Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, October 29, 2010

Breastfeeding news on 2

Credit to Momma Mia for sharing this.. Ini la yg plg2 sy suka pasal n3 beliau.

Ingat lagi tak n3 aku pasal nih???

Ada sst yang ingin aku kongsikan ngan sume nursing mommies...

Jangan lupe terjah blog Momma Mia nih utk ketahui lebih lanjut.

P/s: To Momma Mia, sangat2 berterima kasih kerana melaksanakan homework tuh bersungguh2.. Saya sangat2 menghargainya. Memang n3 mommi ni so insipirational to me... Insya Allah akan dikenang di saat sy menghadapi masalah SUSU SEDIKIT tuh... Thanks Again!!

Bila Wawa sudah pandai tarik muka

Macam yang telah aku khabarkan.. Wawa going to be 3 yrs old on 070111 nnt. Maknanya.. aku dah tue... huhuhu.... :D

Cupp!!!Bukan nak citer pasal tuh...Yang aku nak citer nih pasal apa yang berlaku pagi tadi.
Si Harraz n Wawa masa Raya lepas.


Aku hantar Wawa setiap hari ke rumah Mak aku. Anak sedara aku Harraz turut dijaga oleh Mak.

Bila bertemu 2 beradik nih mcm2 la karenah mereka. Salah satunye berebut barang permainan.

Selalunya bila aku hantar Wawa, aku tak lepak lama kat umah. Terus gerak ke kedai nak siap2 berniaga.

Tapi pagi nih since masa awal lagi, aku pun lepak la kejap tengok gelagat 2 beradik tuh.

Satu sikap yang sangat jelas ada pada diri Wawa ialah.. dia suke berkongsi tapi at the same time dia juga sangat tamak dan kedekut (kedekut n tamak budak2 la...). Manakan tidak. Barang mainan yang dipegang oleh Harraz sibuk2 nak mintak sedangkan kat tangan dia sampai tak muat tangan nak pegang barang mainan...


Lalu bila aku melihatkan perkara tersebut, aku mula memberikan lecture pada Wawa...

Ibu: Wawa.. cube la main elok2 ngan adik tuh.. main sama2 jangan la gaduh2....

Wawa: Agaknya tersentak bila aku tegur begitu, dia tunduk diam.

Ibu: Adik beradik bukan orang lain tak elok kedekut2 nih... jangan nak tamak sangat... Wawa kan ada banyak lagi mainan tuh, bagi la adik main sekali...

Agaknya dia tau yang dia dah buat salah, dia pun tarik muka, mata dah mula bergenang and lastly terus menangis... Sebab merajuk kat aku agaknya dia pegi kat opah dia minta dipujuk..

Heheheh.. macam2 karenah Wawa...

Itu lah citernya bila Wawa sudah pandai tarik muka bila ditegur kesalahannya.

P/s: Bila anak2 dah mula membesar hati ibu menjadi risau sbb takut tak pandai dan tak cukup didikan yang diberi. Kalu setakat bab mengaji, belajar sekolah semua ibu bapa boleh buat. Tapinya bab mendidik jiwa anak2 nih berbalik kita pada kaedah yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi. Semoga aku berjaya mendidik anak menjadi anak2 soleh dan solehah... AMIN....

Thursday, October 28, 2010

Taska for Wawa

Sedang bercadang2 nak masukkan Wawa ke Taska next year.

Tak awal sangat ke?? 070111 Wawa dah 3 tahun... (wohoo!!!kejapnya masa berlalu).

Reason nak letakkan dia kat Taska:

1. Nak dia belajar bergaul ngan rakan2 sebaya.

2. Bermain sambil belajar.

3. Tak la dia asyik terperuk kat umah opah dia sorang2, ada la kawan2 dia nak bermain.

4. Nak test market sbb Wawa tak pernah dijaga oleh sesiapa selain Ibunya nih or kedua2 opah dia (Mak n MIL aku).

Aku takde pilihan spesifik nak masukkan dia Taska yang mana satu. Tapi kalu kawan2 ada pengalaman menempatkan anak2 di mana2 Taska meh la stori mori sket...

Jenuh search kat internet pasal Taska n Tadika nih.. tapi susahnya nk cari yang ada web sendiri.. especially yang kat Ipoh ni la.

Any comment??

P/s: Ada perbezaan ke Taska and Tadika nih??

Announcing the arrival of....

Opss!! Belum tiba lagi....

Ada lagi 11 weeks before the arrival of our newborn bb...

Cuma nak maklumkan kat sini yang nama bb dah pun ada n cuma nak tunggu tuan empunya nya aje yg kuar...


Next week check up for 30 weeks dan akan buat scan untuk confirm gender baby.

Last two weeks dah tau, cuma ibunya ni aje yang tak confident. Sbb tak tgk sendiri identification bb.

So, nama yang nak diberikan nanti starts with...

Kalu boboy CHE dot..dot..dot... (like his father la...)

Kalu gugurl NUR dot..dot..dot...(like her sister)


P/s: Sekarang nih kerap sangat rasa perut ni tegang.. kadang2 rasa tak selesa dibuatnya. But still enjoying the movements...

Wednesday, October 27, 2010

Nak beli S3... ada komen tak???


Nak tau lanjut terjah sini Fabulous Mom

Rasa2nya kena jugak beli Breastpump (BP). Tapi mayb bukan la dalam masa terdekat nih sbb to early... Nak fokus dulu kat direct feeding.. dah 2 weeks berpantang sok baru beli. Ok kan??

Cuma nak mintak pandangan kawan2 pasal BP sets nih.

Tadi tanya admin FM (Fabulous Mom) tentang BP sets for S3 (Spectra 3). Bagus gak offernya.

Semua barang2 di atas tuh dengan harga RM 588.00, jimat RM 198.90 (korang kira la sendiri ek...).

Any comment??

Should i or should i not to buy??

P/s: Ada sesapa yang berpengalaman membeli di FM (Fabulous Mom)? Share plz...

Breastfeeding in Public

Credit to Wikipedia


Perkara nih dah sememangnya menjadi isu global dan juga cabaran to all nursing mommies. Aku takde pengalaman BF di hadapan public. Tapi aku sangat yakin yang aku tak rasa malu dan aku tau aku boleh melakukannya (walla! semangat berkobar2).

Nape tetiba aku nak sembang pasal bab nih??

Dah lama dah aku nak selitkan bab nih dalam n3 aku akan datang. Tapi masa blogwalking kat blog member aku, cik puan AMRINA, aku terpandang komen cik puan DEENA AWANIS tentang cara nak BF in public. So, kira n3 aku nih sama nak bagi info dan juga nak membantu menjawab persoalan cik puan Deena tu jugak la.

Apa yang aku tulis adalah pendapat peribadi yang aku simpulkan secara tak berserabut berdasarkan pembacaan aku di merata tempat. So up to u all nak terima or tak pendapat aku nih. Tak kisah.. kita sama2 belajar kan...

Terdapat pro dan kontra bila membicarakan bab nih. Kalu ikut pembacaan aku kat web Wikipedia nih, tak penah pulak aku dengar nursing mommy kena masuk jail sbb BF bb dia kat public kan...

Even kalu ibu2 bekerjaya pun yang masih BF bb diorang, majikan berhak memberi kelonggaran waktu bekerja untuk membolehkan nursing mommy melaksanakan tugas pumping.

But mostly, aku sangat2 menyokong penyusuan susu ibu walau di mana pun ibu2 berada (tapi tak le sampai kat dalam bilik termenung....).

Yang pro pasal BF in public nih:
1. Kita boleh memenuhi keperluan anak kita pada bila2 masa sahaja.

2. Tak perlu la kita nak cari port exclusive untuk BF bb. Meaning, kita park kejap kat tempat yang sesuai, selak baju terus leh bagi bb menyusukan? Sambil jenjalan shopping pun masih leh BF bb.

3. Kemudahan dan kesenangan kepada kedua ibu dan bb.

4. Jaminan bahawa anak kita akan mendapat manfaat dan khasiat makanan terbaik di dunia walau di mana saja kita berada.

Yang contrasnya plak:
1. Bagi ibu2 yang kurang yakin, ada kemungkinan akan menyebabkan productions susu terjejas sket sbb mood kita yang tidak tenang pada masa tuh (aku tau pendapat nih kurang tepat, ada sesiapa yang leh justify tak??).

2. Tanggapan orang sekeliling, even orang yang lebih tua dari kita pun tak faham konsep BF in public.

3. Pandangan yang kurang enak dari orang sekeliling (orang sekeliling tgk ibu2 yang BF nih macam nak makan orang kan..? Kalu orang bercumbuan, berasamara dana kat public leh plak pandang sebelah mata jek...).

4. Susah la pulak nak selak2 baju bagai... kan??

Tapi semua tu up to urself, dari segi pendedahan dan ilmu pengetahuan.

Sedikit tips yang leh aku share dari seorang aku yang takde pengalaman lagi nih.. (secara logiknya la kan...):
1. Kalu rasa segan, siap2 BF bb kat dalam kereta. Dah siap BF then baru gi jenjalan.

2. Tapinya kalu nak g sesuatu tempat tuh kena la target kat mana ada nursing room dulu (itu pun kalu ada la...). Kalu takde nursing room, surau pun boleh gak.

3. Kalu g makan kat restoran ke, lepak kat tepi pantai, tepi tasik ke, padang permainan ke, masuk la dalam kereta BF bb siap2 or leh gunakan nursing cover cam poncho ke, shawl labuh ke untuk cover masa nursing tu kan...

4. Kalu tak yakin gak, bawak la siap2 bekalan EBM yang disimpan dalam cooler beg. Tapi bab2 nih kena bijak, faham dan jelas pasal kaedah penyimpanan. Takkan nak bagi EBM sejuk kat bb kan? Kena la bagi yang warm sikit. Tapi berapa lama plak EBM tuh leh tahan? Kena bijak menguruskan la.

5. Kalu terpaksa jugak BF bb kat public, En. Hubby kena la mainkan peranan. Jangan la pulak buat dunno jek. Kenalah bantu si isteri cover line or carikan port yang selamat untuk isteri BF bb tuh.

6. Last but not least, sokongan dari En. Hubby paling penting. Pape pun kalu kita berani, yakin dan tak takut nak BF in public, kena la ngan permission dari En. Hubby jugak. Kalu dia tak bagi tak leh nak kata pe, takde cara lain selain BF bb dalam kereta or kena jugak la cari tempat tertutup.

Setakat tu je la kot yang leh aku share tips yang tak seberapa.

For further reading leh la terjah mana2 blog nursing mummy atau web2 or forum portal sprt di bawah:

susuibu.com- BF in Public

susuibu.com- Penyusuan di tempat awam

Baby Center.com

Belog cik puan Ayu Khairy



All the best to nursing mommies!!!

P/s: Tiada perkara yang mudah di dunia nih melainkan kita berusaha bersungguh2 untuk mendapatkannya. Sama lah halnya ngan BF nih...Jangan malas2 tau... :D

Tuesday, October 26, 2010

Breastfeeding news

Sesapa di sini yang penah mengalami salah satu masalah berikut??

Blocked Duct??

Mastitis???

Aku tak penah alami masalah nih, tapi aku takut suatu masa nnt ini menjadi cabaran buat aku dalam misi memberikan makanan terbaik buat anakku...

Aku terpanggil nak berkongsi citer pasal nih apabila salah seorang blogger nursing mom menceritakan sedikit pengalaman beliau yang mengalami masalah tersebut. Kalu nak tau leh baca sini.

Tapi yang menarik perhatian aku ialah, penerangan yang jelas lagikan tak perlu bersuluh... dikongsikan oleh beliau.

Tak perlu aku pulak bercerita panjang lebar, korang terjah terus kat sini.

Happy Reading!!!

P/s: Breastfeeding is forever a learning process for both mom and baby.

Monday, October 25, 2010

My fren.....

Hari nih aku nak guna platform Blog nih sbg nak memujuk hati teman aku yang sedang stress...

Ili... ko jangan la stress sangat...

Ko anggap jek yang apa ko dpt tuh rezki. Tapi bukan anggapan, memang realiti!!! Ko murah rezki....

Nak bandingkan ngan aku nih, degree holder yang terperuk kat ceruk dapur!! Pe cer.....????

Kalu nak ikutkan (mula la aku nak nangis nih...tahan air mata..huhuhuhu....)... aku lagi stress...

Dari dah graduate smpi la ke hari nih aku stress tak abis... tapi aku tetap teruskan jugak kehidupan aku dengan menyematkan fikiran positif "DAH INI MEMANG REZKI AKU.. NAK BUAT CAMNE???"

Aku bercita2 besar tp nak buat camne... dah aku takde rezki dalam nak membina kerjaya yang aku impikan...

Sekarang nih aku keje sbb nak carik rezki, aku dah tolak ketepi segulung ijazah yang aku dapat tuh... tapi di hati aku tetap tersemat satu harapan yang suatu masa nanti aku leh guna balik ijazah aku tuh...

Ili, ko teruskan je ngan apa yang ko dapat... positive thinking... setiap sst kejadian ada hikmahnya..

Aku faham ngan kehidupan PJJ ko tuh... tapi ada gak orang lain yg lebih teruk dari ko tapi diorg leh je lalui semua tuh...

Kalu ko rasa down sgt2... just percaya QADA' DAN QADAR ALLAH.. setiap sst tu pasti ada hikmahnya...

Buat sehabis baik Ili, ko jangan stress jangan putus harapan....

Teruskan perjuangan macam yang aku lakukan skrg...

Chaiyok Ili! Chaiyok!!!

Saturday, October 23, 2010

Back pain.. pain at the back,,, pain here and there...

Gambar hiasan semata2....Credit to Yahoo!


Adatla kan bila ibu preggy dh masuk 3rd trimester nih mesti rasa sakit2 sana sini..

Siyes sakit2 nih yg aku tak mo rasa...

Tak bersyukur kah aku???

Hehehe... bkn nak cemuh apa yg ALLAH dh bagi kat aku..

Tapi tu la kan... Sakit2 gini susahnya nk wat keje pape pun.

Nak jalan, nak duduk, nak tidur, nak baring, nak berlari?? Oh.... tidak la sampai kena berlari...

Pendek citer sakit sana sini buat aku rasa tak selesa sangat...

BB pun nampaknya banyak tidur je ari nih...


Huhuhu... Tak suka.. tak suka....

P/s: Sakit belakang aku nih takde la sakit gilerss sprt dalam gambar tuh... :D

Wish List 2011

Ada orang kata Azam Tahun Baru..

Aku lak nak wat Wish List (ala2 azam tahun baru la jugak...) untuk 2011...

Awal sangat ke?? Idak la kot kan.. budget 2011 pun dah abis bentang pd tahun 2010 nih...

So, tak salah rasanya kalu aku nak wat Wish List 2011 tu skrg...

Apa yang ingin aku hajatkan bagi tahun 2011????

Banyak.. sangat banyak (banyak la sangat!!!! :D)...

Antaranya.... erm.... korang tgk la yang terpampang kat side bar blog aku nih..

:D

P/s: Azam tahun 2010 yang dh tercapai?? Tambah korum... :D. Korang plak????

Friday, October 22, 2010

Parenting Skill

Semenjak aku menemukan laman portal yang sangat best ini, PORTAL ANAKKU SAYANG, tiap2 hari aku selongkar di setiap ceruk portal tuh, untuk belajar menjadi seorang ibu dan bapa (parenting skill perlu ada pada kedua2 ibu bapa bukan masing2 belajar peranan masing2 sahaja tau.....).

Hari ni aku nak berkongsi tentang 2 artikel menarik yang ada di dalam portal tuh.

1. Peranan Ayah dalam Keluarga
Dari pembacaan aku, tanggungjawab seorang ayah bukan semata2 memberikan nafkah zahir seperti membeli barang permainan untuk anak2, membawa anak2 dan keluarga pergi bercuti, membeli buku sekolah anak2, membayar yuran sekolah, yuran tuisyen anak2, membayar wang pengangkutan sekolah anak2 atau memberikan wang belanja anak ke sekolah setiap hari.

Tetapi lebih daripada itu....

Lebih berat dan lebih lebih lagi dari apa yang kita sangkakan setiap hari.

Kalu nak tau lanjut, baca dan fahami isi kandungan artikel tersebut...

2. Cara-cara Nabi Mendidik Anak
Dari pembacaan aku, kalu kita selalu terjah blog, web or portal Mat Salleh pasal parenting, semua skill yang diajarkan oleh org barat adalah skill yang Nabi junjungan besar kita Muhammad S.A.W telah gunakan untuk mendidik anak2 Rasulullah...

Kalu korang terlalu berbangga dengan cara orang barat mendidik keluarga mereka terutamanya anak2 diorg, cuba baca artikel tu untuk tau kebenaran kata2 aku....

Sekian untuk kelas Parenting kita hari nih... Happy Reading!!!!

Kalau tak suka.. pulangkan...!!

Hari Jumaat yang penuh syahdu..

Tak tau le nape ari nih aku feeling blue sesangat.. bukan le aku yg nak feeling tp yg berlaku di sekeliling kebetulan membuatkan aku terblues sekejap..

Nak tau kali ni pulak sebab apa?


Terjah kat sini.. Nak cut paste kat blog takut nnt tuannya tak bagi plak..

Tapi kalu ada sesapa jumpa artikel kisah nih tolong bagitau ek...


Sedih dan syahdu..........

Update: 28 weeks

My bb 28 weeks



Berat badan naik 2kg.....

HB turun sket...

Urin ok..

Tekanan darah tetiba jd rendah... pas SN suh duk rehat jap check tekanan darah lagi sekali barulah ok.

Scan bb dah tau gender.. tapi aku yg tak confident plak sbb tak dpt tgk betul2 identificationnya...

Uri di kedudukan yang baik (so, tak yah nk refer to GH).

Air ketuban ok.

Ukuran kepala, panjang kaki tangan perut bb semua ok...

Pasni kena check up 2 minggu sekali pulak...

Overall,

Thank u ALLAH, Alhamdulillah....

Aku menangis...

Dah lama tak nangis.. tapi baru je kejap tadi.. aku tak tahan.. lantas air mata aku mengalir menandakan perasaan terharu dan syahdu ku... (siyes aku feeling nih!!).

Kalu nak tau nape??? Terjah terus kat sini.

P/s: Ya Allah, Ya Tuhanku!!! Permudahkanlah urusanku melahirkan seorang hambaMu ini nanti... AMIN....

Wednesday, October 20, 2010

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu

Sumber dari Majalah Pa&Ma gak (copy and paste, credit to Pa&Ma)...

1. Letakkan bayi berada dekat dengan cik B.

2. Jangan berikan puting kosong kepada bayi dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekaligus mengurangkan kekerapannya melakukan penyusuan langsung (direct feeding).

3. Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dapat dihasilkan.

4. Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi.
To those mummy yg dalam pantang, bagi je bb susu selagi boleh dan jangan setkan jadual.. jam bape nak bagi... tapi bagi ikut demand bb...

5. Susukan bayi dengan kedua2 belah cik B. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian cik B sahaja. Hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.

6. Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.

7. Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama-sama sedang melalui proses pembelajaran tentang penyusuan susu ibu.

Susu Sedikit.. Mainan Psikologi????

Pada pendapat peribadi korang, betul ke susu sedikit ada kaitan ngan mainan psikologi???

Is it...???

Mayb someone will say, "Betul la tuh, bila kita stress susu kita jadi sikit."

Ada juga yang berkata, "Badan letih tak semangat mesti susu jadi sedikit."

Sebenarnya itu semua adalah mainan psikologi yang boleh menggagalkan usaha kita nak menjayakan misi PSI secara eksklusif (bukan aku cakap tau... kaunselor laktasi yang cakap...hehehe...).

Pada orang yang berpengalaman seperti u all u all semua... mcm mana plak?? Apa komen korang?? (Nih nak kasi homework kat beberapa owang nih kang... tunggu ek...).

Daripada pembacaan aku di Majalah Pa&Ma tuh menurut pandangan kaunselor Laktasi yang ditemubual, aku dapat simpulkan begini saje.... (simpulan yang panjang berjela ok.......).

1. Faktor utama yg mempengaruhi susu ibu banyak atau sedikit adalah konsep asas PSI iaitu permintaan vs penghasilan (penawaran).

2. Apabila berlaku permintaan terhadap susu ibu (melalui direct feeding atau pumping), makanya semakin galak penghasilan (penawaran) susu ibu berlaku.

3. Jika berlaku permintaan (direct feeding atau sesi pumping) kurang, makanya semakin sedikit susu ibu dan akhirnya akan menjadi berkurangan.

4. FIL atau Feedback Inhibitor of Lactation adalah sejenis protein yang berkumpul di cik B kita berfungsi memberi maklum balas (signal) kepada proses penghasilan susu.

5. Apabila susu ibu tidak dikeluarkan dari cik B kita (kesan daripada permintaan yang kurang), makanya banyak FIL berkumpul di cik B kita.

6. Bila FIL banyak berkumpul di cik B kita (tahap FIL tinggi), makanya ia akan memberikan petunjuk supaya susu sedikit dihasilkan (lama-lama penghasilan susu akan berkurangan).

7. Jika sekiranya susu ibu sentiasa dikosongkan dari cik B kita (sama ada melalui direct feeding atau pumping), maka FIL akan kurang berada di cik B (FIL rendah), ia akan memberi petunjuk lebih banyak susu perlu dihasilkan.

8. Oleh sbb tu, kita kena teruskan penyusuan (tingkatkan permintaan melalui direct feeding atau pumping) walaupun realiti yg kita hadapi susu yg keluar sedikit. Teruskan jugak jangan berhenti dan banyak berfikir....

9. Sebenarnya bayi menyusu untuk memenuhi keperluannya dan berhenti apabila berasa kenyang. So... bila kita FIKIR amaun yang kita bagi tu sedikit dan tak cukup sebenarnya sudah memadai bagi bayi untuk memenuhi keperluan yang diingininya bagi setiap sesi penyusuan.

Point no 9 nih aku highlight MERAH sbb apa yang aku dapati, kebanyakan ibu2 terlalu MEMIKIRKAN soal cukup atau tidak susu yang kita bagi. Fahamkan betul2 statement di atas supaya kita lebih jelas tentang konsep sebenar PSI nih.

10. Rangsangan (direct feeding atau pumping) ke atas penghasilan susu dengan lebih kerap dapat membantu menjadikan proses semulajadi penghasilan susu ibu di cik B kita lebih stabil dan konsisten.

Maksudnya bagaimana kita stimulate cik B kita untuk hasilkan susu tu la yg mempengaruhi mcm mana proses penghasilan susu tu nnt.

11. Tiada makanan khusus yang berupaya meningkatkan penghasilan susu ibu.

12. Apa yang paling penting bukan apa yang ibu-ibu makan, tetapi BAGAIMANA BAYI MAKAN. Iaitu dengan cara:

a. Bayi menyusu dalam posisi yang selesa (Positioning)

b. Menyusu dengan cara yang betul (Lacthing)

c. Kekerapan sesi penyusuan (Ransangan)

13. Dari segi diet untuk ibu-ibu ada 2 faktor yang mempengaruhi penghasilan susu:

a. Minum air secukupnya tidak kira apa jua jenis minuman yg diambil sama ada susu, jus buah2an ataupun sekadar air kosong. Petanda dahaga yang kita alami adalah petunjuk kita memerlukan cecair tambahan. So, disiplinkan diri dengan meminum lebih banyak air.

b. Tambahan kalori dalam makanan lebih dari wanita lain yang tidak menyusukan bayi. Jadinya, makan dengan lebih kerap dalam portion yang sedikit iaitu 5 hingga 6 kali sehari.

Jadinya, apa yang kita rasakan dan alami sebelum2 nih hanyalah sekadar mainan psikologi semata2. Kita perlu faham mcm mana tubuh badan kita berfungsi dalam proses penghasilan susu ibu. In that case, barulah kita mengerti masalah yang kita hadapi itu memang boleh diselesaikan....

Good luck to all Nursing Mom!!!!

P/s: Nak bagi homework kat kawan2 nih, citer la ttg masalah susu sedikit and mcm mana korang hadapi dan selesaikan. Dah berjaya diselesaikan ke atau masih bermasalah??
Ayu Khairy
Deena Awanis
Cik Puan Miera
Kak Izzah (MBfPC)
Momma Mia
Pn Amiey

Bahaya tak kalu ibu preggy tak makan nasi??

Siyes aku tak de selera makan nasik... (refering tu nasi putih with lauk pauk).

Menu harian aku..

Breakfast: Roti or Roti Canai or Kuih2 or Biskut with Milo

Lunch: Takde. Jarang sangat aku makan waktu lunch... biasanya akan makan belah petang terus.

Hi Tea: Makan lunch terus kalu nasi makan nasi goreng or nasi lemak tak pun aku buat maggi sup or maggi kicap (buatan sendiri tak pakai perencah maggi tuh).

Dinner: Kadang2 jek paksa makan nasi putih with lauk dalam portion yg sedikit. Kalu tak aku makan roti or biskut jek...

In between meal time aku makan la snek kuih2 ke, roti ke, biskut ke...

Tak pe ke ye?? Risau gak bb tak cukup zat nanti nih....

Sejak lepas raya mood nak makan cenggini.. Masa pose tuh mmg balun nasi tiap2 ari.....

Risau plak rasanya... Hemmmm.........

Mintak advise korang sket... Plssssss.....

Tuesday, October 19, 2010

Contest: Papa & Baby Contest


Contest lagi... :D. Cam aku cakap ari tuh.. kalu senang syarat2nya dan ada picca tuk dipertaruhkan aku join la. Masuk pun sekadar suke2 hati jek.. menang ke kalah ke adat la pertandingan.. :D.

Ni pulak contest anjuran blog Cute Mum. First time la aku masuk contest yang perlu ada penglibatan anak and abahnya aje.. Slalu tuh Ibu aje ngan anak2 atau anak2 jek.. :D. Kira aci jugak la contest nih bagi peluang kat Abah2 and Papa2 di luar sana femes jap kat blog masing2.

Syarat2nya mudah. Korang leh terjah terus ke blog tuan umah untuk tahu lebih lanjut.

Dan nin dia.. picca yang dipertaruhkan untuk contest nih....

Nama Abah: Che Fadzlee B Mohd Ali
Nama Baby: Nur Ilyanie Najwa Bt Che Fadzlee
Umur Baby: 2 Tahun 10 Bulan

Parenting is not an easy job

Kenapa plak aku refer terma Parenting sebagai job atau pun satu pekerjaan..???

Sememangnya tak de kerja yg paling susah di dunia nih selain menjadi seorang IBU DAN BAPA.

Kenapa plak gitu rupenya??

Fening lalat korang sekejap kan ngan n3 aku nih.

Sebelum aku menerangkan secara lanjut, meh terjah blog member aku nih, Ayu Khairy. Sebab dia dh membuka mata dan minda aku untuk mengambil berat soal pendidikan anak2 dari usia awal.

Not just mengajar ABC, 123 or Alif Ba Ta.... tetapi lebih dari itu.

Memang le n3 dia citer pasal perkembangan anak dia Meor Imran Hariz, tapi yang aku nak kongsikan di sini ialah pada akhir n3 tuh dia ada letak nama satu portal yang belum pernah le aku jumpa setakat nih.

Portal tersebut ialah.....


PORTAL ANAKKU SAYANG


Sangat2 informatif... memang boleh buat kelas tuisyen la ngan En.Hubby korang masing2, sambil duduk rileks layan tv tuh baik layan Portal nih..

Ada pelbagai artikel yang sangat menarik dan informatif. Aku sendiri baru melayari sebahagian 10% je portal tuh.

Jadinya bila aku kata menjadi IBU dan BAPA adalah pekerjaan yang paling susah di dunia nih, korang akan tau kenapa bila korang jenguk portal tuh nanti.

Happy Reading!!!

P/s: Ayu.. ko mmg sumber inspirasi dan informasi aku... :D



Skin to Skin contact

Credit to http://www.mystfx.ca/InfantSkinToSkinContact/

Sebenarnya apa2 pun istilah, terminologi dan pendekatan yang korang baca dalam artikel Breastfeeding adalah sangat penting untuk diambil tahu sebenarnya ye kawan2...

Istilah "Skin to Skin Contact" nih aku dgr dari mula2 tau pasal BF, then continued masa kat SGM ari tuh.. tapi disebabkan berlagak pandai.. aku tak le tanya lanjut pasal istilah nih.

Hari nih aku jumpa agi istilah nih kat forum Susuibu.com untuk isu permasalahan nih. Aku pun start googling and let see what I have found out about it...

"Skin to skin contact immediately after birth, which lasts for at least an hour has the following positive effects on the baby:
  • Are more likely to latch on
  • Are more likely to latch on well
  • Have more stable and normal skin temperatures
  • Have more stable and normal heart rates and blood pressures
  • Have higher blood sugars
  • Are less likely to cry
  • Are more likely to breastfeed exclusively longer

Walla!!! Ghupe2nya.. banyak manfaat yang diperolehi dari method nih. It is not just a term used in BF but it is a method yang sangat bagus.....

Kalu korang nak tau leh terjah kat mana2 web yang bincang pasal nih atau leh je g kat sini.

P/s: Any info ttg BF, aku tak terus copy paste dalam satu2 n3. Lagi bagus kalu korang gi baca terus kat link yg aku bagi or google.

Rekreasi

Sabtu dan Ahad lepas masa dihabiskan bersama2 kami bertiga (+ 1) di dua taman rekreasi yang berbeza.

Sememangnya menghabiskan masa bersama keluarga adalah paling berharga tak kira la kat mana pun kita pegi.. setakat g padang rekreasi pun jadi best...

Meh kita layan picca...

Sabtu: 16/10/10- Padang Polo

First arrival kat padang polo... clueless tak tau nk g mana..

Then she decided nak main kat playground tuh, tp budak2 crowded gilerss so tak jadik gak...

At last kitorang bawak dia g main motor nih.. mula2 tuh janggal dia nak control handle tuh.. tak sampai 5 minit...

Dah pandai sket nak control handle... lastly...

See.. dah pandai dah dia.. jauh sampai abah kena kejar ke depan dulu... Masa nih aku tengah melayan Laksa Kedah...

Kitorang bagi la dia lepas gian main kat playground for budak kecik...

Then amik picca kami bertiga + 1

Lihat perutku... RAMPING kan???? Hehehehe... (28 weeks preggy)



Ahad: 17/10/10- Eco Park, Taman Botani Simpang Pulai

Ramai jugak org dtg walaupun dah kul 6.oo ptg masa kitorg sampai

Cam chanteq plak picca nih.. diambil ngan kamera digital olympus (pinjam abah nye... :D)

Merenung ke masa hadapan...

Nape ek ramai orang kat situ????

Tengok saiz ikan2 tuh.. gedebak u!!!

Menempel la kejap... (Kat sini ramai orang bagi makan ikan... makanannya roti gardenia pun boleh...)

Larian marathon 2 beranak meninggalkan Ibu jauh di belakang... huhuhu.. tak larat nak kejor...

Tak abis lagi marathonnya.. kehabisan oksigen Ibu dibuatnya..

Kasi chance main kejap b4 balik umah.. ni pun jenuh berkonfrontasi ngan si kecik ni sbb tak mo balik..nak men kat playground tuh... JENUH!!!



That's how we spend our time last weekend TOGETHER...

Sunday, October 17, 2010

SGM 5th Perak

SGM ke 5 berlangsung dengan jayanya pada 16 Oct 2010, dengan tema warna MERAH. Paling menggembirakan jumlah ibu2 yang hadir semakin bertambah berbanding SGM ke 4 sebelum nih.

Tak mo citer panjang2 meh kita layan picca yang sempat di abadikan...


Group Ibu2 preggy belajar ttg Persediaan PSI semasa preggy

Ate...khusyuk le bebeno!!!

Tetamu jemputan malaysian yg kini menetap di Aussie.. pakar dalam bidang Lactation.


Dr. Nadrah Arifin, orang kuat MBfPC yang sangat komited menganjurkan SGM di utara

3 sekawan yang giat mempelajari PSI
Makan Time (tema potluck)

Mari kita belajar guna sling!


Semasa berlangsungnya aktiviti tersebut, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan perbincangan. Aku dok dalam kumpulan ibu2 mengandung lah... diskus pasal persediaan utk Penyusuan Susu Ibu (PSI) semasa preggy.

Antara intipatinya ialah persediaan dari segi ilmu pengetahuan, persediaan mental dan fizikal serta persediaan PSI semasa ibu2 bersalin. Nak diciterkan nanti panjang lebar pulak. So, kalu korang nak tau next time seharusnya korang join aktiviti sokongan seperti ini. Memang sangat2 membantu!

Oh ya! Para bapa pun ada gak datang, ada yang join venture sama dan ada gak yang amik alih jadi tukang amik gambar.....

Tak kisah la pun kan.. janji diorang bagi support kat isteri2 diorang tuk BF anak2 mereka.

Tapinya En. Hubby aku tak dapat datang bersama ngan Wawa. Malam sebelumnya Wawa kena demam, panas badan dia.. so aku tak brani nak bawak dok kat Padang tu time panas2... Tinggallah dia di umah bersama En.Hubby.

Insya ALLAH akan diadakan lagi SGM pada bulan2 yang akan datang dengan topik2 menarik bagi membantu ibu2 menjayakan aktiviti Penyusuan Susu Ibu.

Whatever it is... SUSU IBU IS THE BEST FOOD FOR UR CHILD!!

Friday, October 15, 2010

SGM datang lagi....

Just nak bagitau esok aku ada aktiviti SGM kali ke 5 yang membawakan tajuk yg sangat2 menarik utk di kongsikan nnt..

So pepehal nnt aku update lagi ek...

Kepada sesapa yang tak tau apa itu SGM, jangan segan silu ke n3 aku yg sebelum2 nih untuk tau lebih lanjut...

Adios!!

GA: The way They Sleep


Aku bukan le sangat rajin nak join GA or contest di Blog nih. Sebab saingan tu sengit sangat and aku pilih yang mana senang nk buat.. hehehehehe.. (aci tak?!).

Nih GA dari blog http://hafizahismail.blogspot.com.

Kalu korang teringin nk join senang jek syarat2 nya.. leh terjah terus ke blog tuan umah tuh.

Inilah dia picca yg aku pertaruhkan utk GA nih...

Kalu diikutkan takde la kiut miut sangat gaya Wawa tido. Tapi aku sangat suka melihat dia tido dalam keadaan begini, seolah2 dia memang lena diulit intan. Korang buat la mcm mana skali pun kat pipi gebush dia tu ke gomol2 dia ke.. mmg takde kesan. Tapi tu fasa pertama tidonye. Tak sampai 1/2 jam kang abis bantal busuk tah kemana, selimutnya tah ke mana... Whatever pun gaya tido anak ibu nih la yg menyejuk kan hati ibu setiap malam..... Sayang.....kat Wawa!! Mmmuuahhhh!!!!

NUR ILYANIE NAJWA BT CHE FADZLEE

2 TAHUN 10 BULAN

New Passion and New Interest

Sebelum2 nih aku tertanya2 kenapa la orang suka nak membeli secara online atau dlm BI nye Online shopping??

Aku?? Penah sekali je beli secara online dari butik online nih, itu pun sbb nak bagi support kat member yg baru terjebak dalam dunia blogshop sebagai penjual.

Tetapi disebabkan sesuatu isu, menjadikan aku teruja dan memiliki interest yang baru iaitu...

BLOGWALKING KAT BLOGSHOP dan BLOG FASHION BLOGGER.

Blogshop yang aku kunjungi terutamanya blogshop tudung & shawls, baju, seluar dan dress.

Aku belum lagi membeli dari mana2 blogshop yang aku terjah (sbb lum ada budget untuk diri sendiri, skrg nak ngumpul tuk newborn dulu). Insya Allah lepas bersalin sok baru nak mula menyimpan tuk diri sendiri (iyolah sangat tuh!!).

Fyi, sebenarnya aku sangat2 cerewet dalam memilih dan membeli. Kadang2 kalu shopping kat luar, sampai berjam2 jalan mencari satu benda jek. Paling hampeh last2 tak beli pun... ngeh3. Biasa la tuh kan...

Di sini aku nak kongsi beberapa blogshop yg aku tgh rajin melawat dan juga ada 2 3 blog dari fashion blogger yang menjadi sumber inspirasi aku.. (bkn le sgt sumber inspirasinya, saja2 jenjalan cuci2 mata).

http://www.radiusite.com/


http://jezmineblossom.blogspot.com/



http://oldblossombox.blogspot.com/



http://chantekdress.blogspot.com/



http://dianarikasari.blogspot.com/


http://www.myamethyst-shea.com/



http://www.alhumairacontemporary.com/

http://www.kfglam.com/

http://www.modishmodehouse.com/




Kalu teringin nak berfesyen scr muslimah, leh la terjah blog2 di atas sbg mencari sumber inspirasi dan membeli...

Happy Shopping!!

P/s: I still wonder kenapa orang suke blogshop or online shopping??? Any comment???

Life isn't easy

Sapa kata hidup nih senang??

Bukan senang nak senang
Bukan susah nak susah
Lagi susah nak senang
Daripada senang nak jadi senang


Orang yang senang hidupnya pun belum tentu merasakan kesenangan itu suatu kenikmatan.

Apatah lagi kalu orang susah yang selalu merasakan kesempitan dalam hidup seharian.

Namun begitu, apa2 pun kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada dan yang paling penting bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan kepada kita.

Bersyukur dan redha.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim: Ayat 7)


P/s: Setiap hari mengharapkan agar hidup ini berubah ke arah kebaikan....

Thursday, October 14, 2010

Jadual waktu harian

Macam kat sekolah le pulak nak kena buat jadual waktu harian kan?? Lepas ni kelas BM, peh tu kelas sains, paling best time rehat (time nih kena tulis besar2 atas kertas kasi nampak jelas sket).

Hah sudah la tuh!! Ntah apa2 aku mengarut nih....

Sebenarnya, selain nak berpantang kat mana (umah MIL or Mak), lagi satu perkara yang bakal menjadi agenda utama yang perlu difikirkan dan dicarikan jalan penyelesaiannya dari sekarang ialah.... (fuh! fuh! fuh! hamik nafas kejap...)

JADUAL WAKTU HARIAN SELEPAS BERSALIN.

Sebenarnya perlu ke aku buat sume jadual waktu nih?? Tak tau le nak jawab soklan cepu cemas tuh.. perlu ke tak??

Tapi aku rasa aku perlu buat di peringkat permulaan sebab aku merasakan yang hidup aku bakal dilanda wabak keBZian yang serius selepas dah bersalin nanti. Mula2 dari hari pertama berpantang lagi aku tau aku akan BZ gilerss!!

Macam mana nak buat jadual waktu nih ek??

Aku pun tak tau nak cakap mcm mana nak buat... Fening.. fening..

Yang pasti ada 1001 agenda hidup aku yang bakal membuatkan aku BZ gilersss....

1. Menjaga dan mengasuh Wawa (termasuklah aktiviti mandi, make up Wawa, makan, main, reading, tidurkan dia, susukan dia... etc...etc..etc...).

2. Menjaga dan mengasuh our newborn BB (termasuklah agenda seperti kakaknya nanti tambahan dengan Breastfeeding yang sangat2 kerap, Pumping yang perlukan komitmen padu).

3. Urusan rumah tangga (termasuklah mengemas, mencuci, memasak, melipat pakaian, etc....etc...etc...).

5. Urusan berpantang selama 44 hari (bertungku, mandi air rebusan daun, berbengkung, berurut, etc..etc..etc..).

6. Bila dah habis pantang 44 hari dan mula berniaga... (8 jam sehari kat kedai, di tambah dengan agenda nak mengepam utk stok si kecik tuh nanti...).

Siyes!!! Sumenya aku dh fikirkan dari sekarang di usia kandungan aku baru mencecah 27 minggu...

Whatever it is... satu aje la yang menjadi penawar di saat fikiran aku berkecamuk dengan sume perkara di atas...

Aku percaya ALLAH jadikan wanita itu perkasa baja hitam.... (ha.. kan dh melalut tuh!!). Bukan.. ALLAH jadikan wanita itu perkasa, memang wanita ALLAH jadikan berkemampuan untuk menguruskan kesemua 1001 hal rumah tangga.

Percaya tak??

Nak tau??

Cuba la tgk hasilnya nnt....

P/s: Ya ALLAH, Ya Tuhanku! Permudahkanlah segala urusan ku dan berikan aku kekuatan untuk melalui segala ujian dariMU...AMIN...

Masihkah ku bertahan???

Minggu depan dah masuk minggu ke 28 = bulan ke 7 preggy.

Maknanya ada lebih kurang lagi 12 minggu (
kalu genap 40 minggu la...) sebelum baby kuar dari dunia yang gelap di dalam rahim ibu (huhuhu... tak sabar rasanya).

Ini maksudnya, aku kena lebih berwaspada dan berhati2 membawa perut aku ke hulu ke hilir sbb semakin hari semakin memboyot... (dah la perut aku kecik, memang terasa mengahnya!!).

Masalahnya, boleh ke aku bertahan dengan tugas2 rutin aku kat kedai??? Memasak, mengangkat periuk, mengemas, mencuci lantai, ke pasar....

Badan aku Insya Allah boleh la kot nak bertahan. Tapi aku susah hati bila memikirkan baby kat dalam pewot nih.

Kalu aku tak uruskan kedai sapa lagi yang nak diharap? Aku memang takde pembantu.

Susah.. bukan senang nak cari pembantu yang betul2 nak buat keje. Pembantu yang nak duit aku nih ade la...

Jadi, mampukah aku bertahan??

P/s: Hari nih rasa perut ku sangat2 la tegangnya... sampai nak berjalan pun kena perlahan2 kalu tak terasa sangat perut nih padat, penuh. Semput aku...!! Baby... Ibu harap bb kuat semangat di dalam tuh ek...

Berpantang... di MIL or di Umah Mak??

Walaupun aku dah nak masuk minggu ke 28 = bulan ke-7 preggy (masih awal lagi la kiranya kan...), banyak perkara yang berlegar2 di fikiran aku.

Salah satunya ialah tempat di mana aku nak berpantang.

Fyi, aku memang menetap bersama2 ngan MIL aku. Since kami takde umah sendiri lagi, so aku tinggal dulu ngan MIL sebelum berkemampuan untuk membeli sebijik umah hak milik kekal (tak mo sewa2).

Masa bersalinkan Wawa dulu aku berpantang di umah Mak aku. Biasa la kan, first time jadi ibu terasa selesanya bila kita berpantang di umah Mak sendiri.

Tapi semasa aku berpantang di umah Mak aku, boleh dikatakan SEMUANYA 100% mak aku yang buat. Aku just BF Wawa jek... makan, minum, mandikan Wawa, bertuam Wawa, siapkan pakaian Wawa lepas mandi, sume Mak aku yang buat.

So, aku terasa le sangat2 yang aku nih tak belajar pape pun dari Mak (maksudnya wat praktikal sendiri).

Sebab tu aku plan nak berpantang di umah MIL plak kali kedua nih. Ye la kan... dah MIL kita, takkan le kita nak harap 100% SEMUANYA dia yang buat. Mau aku kena bebel ngan En. Hubby nanti.

Aku berniat nak belajar berdikari dari usaha berpantangnya (segala mcm pasal berpantang lah), menjaga dan mengasuh Wawa serta menjaga dan mengasuh our newborn nanti. Memang nak rasa betul2 pengalaman menjadi ibu sejati.. (chewahh!!).

Lagi satu kalu berpantang kat umah MIL (umah dia ala2 umah kg), segala pokok daun yang nak dipakai untuk tujuan berpantang sok leh aje main petik2 kat sekitar umah. Sonang!!!

So, umah MIL ke umah Mak??

Hem... tak decide lagi nih....

Bila Blue Bear buat perangai...

Ni masa mula2 sebelum Blue Bear tuh buat perangai (Photo credit to Celcom)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
Ni la dia muka2 Blue Bear yg saja nak cari pasal ngan aku nih! (Photo Credit to Celcom)

Selama nih aku cuma mendengar rintihan dan aduan dari kawan2 yang menggunakan khidmat Blue Bear tuh. Aku pun tak terfikir nak merasa penangannya bila Blue Bear tuh buat perangai.

Ha.. sekarang nih! Hamik kau!!!

Disebabkan Blue Bear tuh buat perangai, makanya susah giler aku nak update misi blogwalking aku ke merata blog sambil2 melayan muka buku (FB ler...) aku.

Sekarang nih terpaksa le aku browse dari satu blog ke satu blog saja. Takleh dah nak browse sekali 10 blog dalam satu masa.

Kalu aku buat cenggitu, alamatnya bersarang labah2 le aku nye blog tak berupdate.

Ni la dia penangan bila Blue Bear tuh buat perangai....

P/s: Ini le satu caranya dorang nak sengkek kan kita... (suh upgrade GB broadband utk upgrade kan speed la kunun!!).

Monday, October 11, 2010

PEMANDU !@!&@^!*&@!&@ punca kemalangan

Bagi yang beragama Islam, wajib untuk kita mengingati bahawa AJAL MAUT ketentuan Illahi.

YES!!! No doubt about it. Tapi kalu dah perangai pemandu kita (tak kisah le apa jenis kenderaan pun) bila di atas jalan raya macam !@!(*@*!(@!*$&%&# (sila isi tempat kosong, pepaham lah sendiri)??? Macam mana nak buat??? Sapo nak jawab soklan cepu cemas nih??

Dan ini jugalah yang berlaku pada petang semalam. Akibat pemandu !*^@!%^* manusia yang tidak bersalah turut menjadi mangsa.

Sapa nak jawab pada ahli keluarga mereka yang mungkin baru bertemu, alih2 dapat khabar berita yang menyayat hati nih??

Nape aku emo sangat??!! Memang aku emo!!!

Mula2 tuh takmo amik tau, tp bila dilihat kesan kemalangan dari gambar2 yg ada tuh aku jadi tersangat lah emonya...!!!

Kalu korang nak tgk lanjut, sila terjah kat sini...

http://suffer.frenzyfm.my/2010/10/gambar-video-kemalangan-ngeri-101010.html

Al-Fatihah buat semua jenazah yang beragama Islam dan Takziah buat ahli keluarga mereka.

Al-Fatihah...


P/s: Yang paling terkesan pada aku, bila aku tertengok plak gambar TANGAN di atas jalan. Yup! Tangan saja yang tinggal di atas jalan... Nauzubillah...

Sunday, October 10, 2010

Penat

Credit to Yahoo!

Penat... Sangat penat...

Tapi nak buat macam mana?

This is my life that I have choosen...

Sangat penat!

Thursday, October 7, 2010

Ten ten ten

10 10 10...

Ramai orang berebut2 nakkan tarikh tersebut. Ada dengar citer2 dari kawan2, kadi overbooking untuk upacara nikah pada tarikh tersebut. How amazing the number triple 10 is.....

Memang diakui setiap tahun orang akan pilih tarikh keramat yang triple tuh (cthnya 09 09 09, 08 08 08) sbg tarikh memperingati peristiwa penting dalam hidup (tentang perkahwinan, nikah, due bersalin... :D).

Di kesempatan ini (mcm nak buat ucapan hari raya plak),

Firstly nak ucapkan CONGRATULATIONS in advance to all mommy to be yang bersalin pada tarikh tersebut.

Secondly, paling best kalu ada yg menyambut ulangtahun (kelahiran/ perkahwinan) yang KESEPULUH pada
10 10 10 itu (kalu ada memang grand giler lah sbb once in a life time!).

Thirdly, to all bride and groom to be yang akan menyambut hari penting mereka pada tarikh tersebut.

Congratulations to all...!!

Wednesday, October 6, 2010

Amalan Berpantang secara Tradisional

Banyak juga web yang bercerita tentang amalan berpantang selepas bersalin. Sampai aku tak tau nak ikut cara yang macam mana. Tapi aku jumpa satu artikel tentang amalan berpantang secara tradisional kat web nih. Aku rasa leh follow la kot bila dah bersalin nanti.

Amalan-amalan berpantang secara tradisional:

1. BERTUNGKU
- Alat yang digunakan adalah batu tungku- dipanaskan di atas api dalam masa setengah hingga 1 jam
- Bahan2 lain yg digunakan bersama- daun mengkudu @ daun sirih @ daun lengkuas
- Tujuan:
a. Menghangatkan badan ibu
b. Membuang angin dalam badan (termasuk angin meroyan)
c. Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
d. Membetulkan dan melancarkan perjalanan darah
- Cara-cara: Bertungku mula dari pangkal paha, berhampiran ari-ari @ bawah pusat, atas perut (bawah cik B), tapak kaki dan tumit.
- Bertungku dilakukan terus setiap hari sehingga habis pantang.
- Nak tau lanjut leh terjah kat si
ni http://iceblessedbeauty.blogspot.com/search/label/Bertungku

2. BERURUT
- Dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku
- Seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut
- Atau di penghujung pantang pada hari ke 42 hingga ke 44, hari ke 60 dan hari ke 100 pantang
- Tujuan:
a. Memulihkan kesegaran tubuh badan
b. Melancarkan peredaran darah
c. Membuang angin di dalam badan
d. Membetulkan urat
e. Memperkemaskan bahagian perut
f. Mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran dari dalam badan
g. Melancarkan pengaliran susu

3. MANDIAN SEMASA BERPANTANG
- Ada 2 jenis iaitu mandian air rebusan daun (aku hanya nak citer pasal nih aje)/ mandi lulur (gunakan bahan lulur)
- Mandi air rebusan daun dilakukan selepas berurut & bertungku
- Dilakukan selama 2 minggu
- Bahan-bahan: daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun inai, daun mengkudu, rempah halba dan daun limau purut
- Contoh ramuan yg diperlukan:
a. 10 helai daun limau purut
b. 4 biji halia muda
c. 7 helai daun pandan
d. 2 helai daun kunyit hitam
e. seketul lengkuas
f. segenggam halba (dipunjutkan ala2 sup bunjut adabi tuh)
- Cara-cara penyediaan air mandian:
a. Gunakan periuk tanah
b. Bahan2 dibasuh dan dijerangkan bersama air di atas api sederhana
c. Masukkan halba yg dipunjutkan
d. Setelah air siap, campurkan dengan air pili bersama air rebusan tersebut dan pastikan suhu suam2 kuku jek...
- Cara-cara mandi dengan air rebusan daun
a. Jirus mulai dari bahagian ibu kaki kanan hingga ke pinggang (ulang pada kaki kiri)- supaya urat tidak tersentak bila terkena air
b. ulang jirus kaki ke bahu bahagian kanan (ulangi di bahagian kaki kiri)
c. mandi keseluruhan badan
d. Daun-daun dari air rebusan dan punjut halba boleh guna untuk digosokkan ke bahagian badan
- Tujuan:
a. Mengeluarkan angin
b. Mengendurkan otot
c. Menghaluskan kulit
d. Awet muda

4. MEMAKAI BENGKUNG
- Sebelum memakai bekung:
a. Sapukan perut dengan ubat barut (tepel) yang dicampurkan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis (atau guna ubat barut yg dh siap ada dlm set bersalin yg korang beli)
- Khasiat tepel:
a. Mengurangkan rasa sakit di perut
b. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
c. Mengempiskan perut
d. Memulihkan kondisi perut
- Selain itu rawatan luar yg perlu:
a. pemakaian param- ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin
b. pemakaian pilis- disapukan memanjang menutupi dahi supaya dapat menghilangkan rasa pening kepala

5. PEMAKANAN
- Di awal2 bersalin- makan makanan kering untuk mengecutkan rahim
- Adalah dilarang sama sekali memakan makanan yang: pedas/ gatal/ berlemak dan berminyak
- Tujuan: Mengelakan angin meroyan @ tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asal
- Ada yang mengatakan jika minum air batu (of course la tak boleh) dan minum terlalu banyak air akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang (yang minum air ni mungkin air yg sejuk bedi kot, kalu minum air biarlah air suam sbb air perlu utk ibu2 yang BF)
- Mengurangkan pengambilan makanan: bergula, lemak, berminyak yang berlebihan
- Cara-cara memasak makanan ketika berpantang: Panggang, Rebus, Dikukus
- Penggunaan bahan2 ini sebagai bahan perasa adalah sangat digalakkan:
a. Lada Hitam
b. Halia
c. Serai
d. Asam gelugur
e. rempah ratus
- Ulam-ulaman: Pegaga/ kunyit/ halia/ cekur dan mengkudu
- Mengelakkan makanan berangin:
a. dari kekacang: kering/ kacang panjang/ kacang soya
b. susu/ hasil susu: susu/ ais krim/ keju
c. sayuran: kobis/ lobak putih/ lobak merah/ kubis brussel/ bawang/ kobis bunga/ asparagus/ timun/ brokoli
d. sayuran berubi: kentang/ sengkuang
e. buah2an: prun/ aprikot/ epal/ kismis/ pisang/ sukun/ pear/ pic
f. bijirin/roti: makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk pastri, roti dan bijirin
g. makanan berlemak: yang bergoreng
h. cecair: minuman bergas
i. seserat: kacang/ oat/ kacang panggang


Fuh!! Kalu dipraktikkan memang namanya berpantang betul2 la tuh. Itu tak termasuk lagi petua2 pantang lain yg melarang orang perempuan baru lepas bersalin membuat keje2 di umah. Cthnya yg aku tau tak leh angkat2 berat sbb takut bentan dan sebagainya lah..

Tapi sebenarnya kalu dikaji2 pantang larang masa berpantang nih (terutamanya rawatan pulihkan tubuh badan) perlu sebab logik akalnya, umur kita semakin meningkat, tapi kalu panjang umur badan kita nih nak dipakai lama. Dah tu perempuan bila dah masuk umur 30 an mmg le kena banyak berpantang sbb banyak sangat penyakit leh kena (tak mo le sebut2 apa penyakit2 nya...gerun).

To all preggy mummy yang bakal melalui saat2 ini, hope n3 nih leh jadi panduan. Ikut suka u all gak nak ikut ke tak. Tapi aku memang dh pasang niat nak pantang betul2 tak kisah le bersalin normal ke czer.

Selamat beramal!!

Sumber rujukan:
http://iceblessedbeauty.blogspot.com/
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a53104.htm

P/s: Nak tagged Deena Awanis sebab anda sedang berpantang sekarang nih, leh la nnt citer pengalaman berpantang anda ok...

Jom Follow Me