Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Friday, March 10, 2017

Happy 10th Anniversary to Us

Assalamualaikum... Selamat Pagi!




 Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah untuk 10 tahun yang sangat hebat!!
Semoga hubungan kami diberkatiMu Ya Allah, dilimpahi rahmatMu dan dijauhi kami dari perkara yang merugikan...Aamiin.
Semoga engkau perkenankan permintaan kami untuk hubungan ini kekal hingga ke SyurgaMu...aamiin.

Menanti 10, 20, 30, 40 tahun lagi hidup bersama, aamiin....

 

Tuesday, May 12, 2015

Best ke Blogging?

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... diam tak diam time goes by, time fly fast, bla...bla...bla.... Dah 5 tahun saya berblogging. Ingat lagi entri pertama saya di sini. Masa tu hingusan lagi. Tak pandai satu benda pun pasal blogger ni nak edit nak letak gambar, nak tukar background, macam-macam la.....

Alhamdulillah.. I am proud of my blog. Biasa-biasa je, follower pun tak seberapa. Tetapi saya tetap terus menulis entry by entry. Saya dah anggap ni satu electronic diary saya. Yang suatu masa nanti akan saya wariskan kepada anak-anak saya. Saya memang suka menulis. Tulis apa saya yang terlintas di fikiran saya. Tak tertumpu pada satu-satu perkara saja.

Saya update blog hanya di CC sahaja sebab saya takde PC di rumah dan smartfon saya tak cukup besar yang memuaskan hati saya untuk digunakan menghapdet blog.

Happy 5th Anniversary to my beloved blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE.

By the way, tengah teringat ni nak kongsi sikit la citer pasal majlis perkahwinan aktor handsome idaman Malaya, si Fahrin Ahmad. Pelakon lelaki idaman kalbu saya tak ramai... ada beberapa je. Saya meletak standard yang tinggi ye untuk mereka bertakhta di hati saya. Jadi salah sorangnya tu ialah Fahrin Ahmad selepas Aaron Aziz.

Jadi hari Ahad lepas tengok Melodi kat TV3 ada la liputan majlis perkahwinan aktor ni. Totally sweet diorang berdua. Tahniah buat Fahrin Ahmad dan pasangan.

Credit picca

 Lama menyepi bab cintan cintun akhirnya kahwin gak dia. Alhamdulillah...tumpang gembira. Citernya, dalam slot Melodi tu ada satu bahagian yang buat saya tersentuh dan air mata saya bergenang...scene apabila Fahrin mencium dahi isterinya lalu dipeluk erat isterinya tu....... Zup!! terasa hati jap ngan scene tu.... Selalu lepas isteri salam tangan suami, cium dahi, habis tang tu je.... ni... Sapa tengok ari tu tau la....

Ok la takat tu je... Nanti sambung lagi k! Da....!!!

 

Wednesday, March 19, 2014

Coretan untuk Abang.....


 Assalamualaikum... Selamat pagi!


Alhamdulillah... Syukur kepada yang Maha Esa kerana saling mempertemukan kita di saat kita saling memerlukan. Alhamdulillah sehingga ke tarikh keramat 09 Mac 2014... dah 7 tahun kita melayari bahtera rumahtangga bersama-sama. Susah senang pahit manis kita harungi bersama sehingga ke saat ini. Semoga Allah memberkati rumahtangga kita sehingga ke akhir hayat, Amin... Ya rabbal'alamin...

Mengenang kembali detik pertemuan pertama kita, ia adalah kenangan terindah untuk dikenang. Setelah sekian lama tidak berhubung tahun 2003, kita dipertemukan semula melalui satu panggilan telefon. Sedangkan kita sudah mengenali sejak zaman sekolah menengah lagi.

Bibit percintaan bermula apabila kita disatukan 7 tahun yang lalu, itulah mulanya musim percintaan kita. Indahnya percintaan selepas perkahwinan.

Alhamdulillah... kita dikurniakan 2 orang permata hati, amanah dari Allah untuk kita jaga dengan baik. Insya Allah...Semoga kita mampu menjadi ibu bapa terbaik buat mereka berdua.

Tiada lagi kata yang paling baik untuk diungkapkan selain

Alhamdulillah...

Amin....

Insya Allah....

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau berkati dan peliharalah rumahtangga kami dan jadikan kami hambaMu yang selalu mensyukuri setiap nikmat dan rahmat serta cabaran dan dugaan yang kau berikan kepada kami. Amin..."


 



Thursday, March 10, 2011

Happy 4th Anniversary!

*Special entry to a special couple


4 tahun lalu kita disatukan dalam ikatan yang sah walaupun kita berdua banyak perbezaannya.
2 tahun sebelumnya kita dipertemukan semula pabila diriku memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu.

Dalam masa 2 tahun tu jugak, kita melalui pelbagai rintangan dan halangan sebelum kita dapat disatukan dalam ikatan yang sah.

4 tahun selepas itu kita dikurniakan seorang lagi permata hati yang mengikat kasih sayang dan rasa cinta antara kita.
Walaupun dalam masa 6 tahun ni kita dah lalui bermacam2 halangan dugaan dan cabaran, Insya Allah kita akan tetap bersatu sepakat dan sehati sehingga ke akhir hayat dengan izin dariNya.

Dan harapan kita agar 10, 20 tahun dari sekarang dan sehingga ke akhir hayat, kita akan tetap bersama melalui segala suka duka pahit manis dan segala ranjau kehidupan bersama seia sekata sehati dan sejiwa.

Amin...Ya Rabbal 'Alamin....

Happy 4th Anniversary To Us!

090307-090311


Jom Follow Me