Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, April 2, 2018

Tips Biz Dropship

Tips Biz untuk Newbie
Biz tanpa modal (Part 1).

Yup! Untungkan buat biz tanpa keluar modal. Mula-mula kakyung start jadi dropship Nurraysa memang tak keluar modal.

Tapi kan....
RM untuk beli top up internet tu dikira modal la kan?
RM untuk isi minyak kereta jika buat COD macam kakyung tu dikira modal kan?
RM untuk beli plastik bungkus barang nak bagi customer tu kira modal kan?
Jadinya kakyung masih kena keluar RM untuk menjalankan aktiviti bizdropship walaupun permulaannya dikatakan Biz tanpa Modal..

Hukumnya simpel je.. buat Biz mesti kena keluar RM untuk dapat hasil berbentuk Jualan@Keuntungan.

Yang dikatakan Biz tanpa Modal itu hanyalah tidak keluar RM untuk beli stok, set up biz itu sendiri dan set up premis. Ini yang dikatakan tidak keluar RM sebagai modal permulaan.

Itulah kelebihan yang ada bagi newbie yang pestime nak mencebur diri dengan biz on9, yang takde RM sebagai modal permulaan.

Biz Modal Rendah.

Monday, March 26, 2018

Tips Biz Dropship

Tips Biz untuk Newbie
Tips ni khas untuk kawan-kawan yang baru mula terfikir, baru mula bergerak, baru mula berjinak-jinak nak buat biz low cost modal macam kakyung.

Bila kata nak buat biz, setiap hari mesti perlu pastikan ada aktiviti bizdijalankan. Sangat-sangat pelik bila kata nak buat biz tapi aktiviti biz tidak dibuat setiap hari.

Contohnya macam kakyung buat Dropship Nurraysa Beauty secara online dan offline. Jadi aktiviti biz yang kakyung kena buat SETIAP HARI ialah ikut jadual ni
Jadual posting setiap hari...on9
ucap selamat pagi, share tips, share testimoni, share promosi produk share info produk, share testimoni dan buat jualan.


Pastu aktiviti biz secara offline kena update akaun, rekod order, edar flyers, edar sampel, follow up customer. Macam tu la.
In Shaa Allah asbab usaha kita bertindak SETIAP HARI, ada rezeki kita nanti.
Semoga Bermanfaat!
SILAKAN SHARE.

Monday, March 19, 2018

6 TIPS DEKORASI UNTUK RUANG TAMU KECIL

6 TIPS DEKORASI UNTUK  RUANG TAMU KECIL
Kebanyakan idea dekorasi ruang tamu kecil biasanya memanipulasi mata untuk jadikan ruang nampak lebih luas. Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan ruang tamu yang kecil tampil lebih selesa. Untuk itu admin akan kongsi beberapa idea di bawah. Mungkin idea yang akan admin bawakan ini sudah diketahui ramai. Tetapi, ia masih relevan dalam memastikan dekorasi untuk ruang tamu kecil lebih sempurna. Hari ini admin bawakan kepada anda semua beberapa tips serta contoh dekorasi ruang tamu kecil yang pasti buat anda teruja. Siapa tahu, mungkin ada di antara contoh ini sesuai dengan citarasa anda. Walau sekecil mana pun ruang tamu anda, ia layak untuk dijadikan tempat untuk berehat sambil berhibur bersama keluarga. Inilah tips dan contoh dekorasi ruang tamu yang kecil patut anda nilai.

1. GUNAKAN CERMIN HIASAN
Tips menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri.

2. GUNA WARNA NEUTRAL UNTUK RUANG TAMU
Gunakan warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

3. GUNA MEJA KOPI YANG SESUAI
Untuk ruang yang kecil mungkin anda perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar anda mungkin boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.

4. PILIH PERABOT BERSAIZ KECIL
Senarai tips dekorasi ruang tamu kecil di atas seakan tidak lengkap tanpa idea pemilihan perabot. Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.

5. SUSUNAN PERABOT
Cuba susun set sofa atau kerusi di tengah-tengah, berbanding meletakkan kerusi rapat ke dinding. Jika anda tinggalkan jarak di antara perabot dan dinding, ini akan buatkan ruang tamu nampak lebih luas dan selesa. Idea lain yang juga selalu digunakan ialah dengan memilih perabot yang lebih rendah.

6. GANTUNG HIASAN DINDING
Anda boleh tampilkan hiasan dinding untuk berikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas. Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.

Sumber: Hias.my

Thursday, March 15, 2018

PENGENALAN TENTANG NURRAYSA

logo nurraysa.png
Nurraysa Beauty sebuah syarikat produk kecantikan buatan muslimah yang diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepeli. Nurraysa Beauty mengeluarkan produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan membawa tema MESRA WUDUK. Semua produk keluaran NURRAYSA BEAUTY bebas daripada kimia merbahaya sesuai dengan temanya yang Mesra Wuduk di mana ia mudah dicuci dan boleh dibawa solat.

Berikut adalah Kenapa Nurraysa Mesra Wuduk;

MESRA WUDHUK:
Tanpa silikon dan tanpa plumbum yang menghalang air sampai ke pori bila berwuduk.

BEBAS SLES:
SLES digunakan untuk menggalakkan buih keluar lebih banyak tetapi tidak elok untuk kulit kerana untuk kulit sensitif boleh menyebabkan keradangan atau kulit menjadi kering.

BEBAS PARABEN:
Bahan-bahan ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit akan masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Boleh menyebabkan baligh awal atau menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua2 lelaki dan wanita.

BEBAS PLUMBUM:
Bahan yang boleh menyebabkan bibir kita menjadi hitam apabila dipakai lama kerana ia terdiri daripada toksik logam yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.

Nama NURRAYSA merupakan gabungan dari 3 nama depan keluarga pengasas nurraysa iaitu :
NUR : Nama awal pengasas sendiri NUR AINI ZOLKEPELI
RAY  : Nama Anak Sulung RAYYAN
SA     : Nama Suami SAIFUL

Friday, February 23, 2018

SALAD BOLEH MENGURUSKAN BADAN?



SALAD BOLEH MENGURUSKAN BADAN? APA KEBAIKANNYA?

Ada khasiat ke bila makan sayur salad ni ? Betul ke sayur salad boleh menurunkan berat badan kita? 

Setiap daripada kita mempunyai gaya hidup yang berbeza-beza dan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Ternyata gaya hidup yang kita lalui pada setiap hari memberikan kesan pada kesihatan. Selain daripada bersenam, antara cara yang lain untuk menjaga kesihatan kita adalah dengan menjaga pemakanan. Kita perlu perbanyakkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Salah satu menu makanan yang cukup baik untuk kesihatan anda ialah sayur salah. Sebenarnya masih ramai yang tidak menyukai sayur salad, dan adakah anda termasuk dalam kategori itu? Alahai… ruginya kerana ada banyak manfaat sihat yang boleh anda peroleh daripada sayur salad ini jika dimakan pada setiap hari. Nak tahu apa je kebaikan salad yang boleh bantu anda menurunkan berat badan? Jom check it out !

1. Kaya Dengan Serat
  • Sayur salad mampu memenuhi keperluan serat harian. Tak kiralah salad bulat mahupun salad biasa, keduanya memberikan banyak serat dan mampu menurunkan kadar kolesterol dalam masa yang singkat.

2. Cegah Penyakit
  • Salad yang kaya serat akan membantu melancarkan sistem penghadaman sekaligus membersihkan usus dari racun dan zat-zat sisa yang mengundang penyakit. Makan sayur salad setiap hari akan membantu mendorong gerakan usus dan memperbaiki metabolisme.

3. Kawal Berat Badan
  • Makan sayur salad setiap hari akan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara semulajadi dan akan memudahkan tubuh anda menurunkan berat badan. Kalori akan dibakar dengan lebih baik dan anda pun akan menjadi makin langsing.

4. Cegah Kanser
Salad juga kaya dengan nutrisi yang boleh menurunkan risiko beberapa jenis kanser. Jika anda tidak makan sayur salad mentah,  cubalah buat salad dengan campuran buah beri, pear, epal, lobak merah dan tomato.


Tapi guys ! Kalau korang nak lagi mudah, boleh cuba JAMU V’HERB Nurraysa. Fungsinya adalah seperti berikut :
  • Membantu mengurangkan sakit semasa period
  • Mengaktifkan pembakaran lemak dan membantu menurunkan berat badan
  • Melancarkan alirah darah dalam badan
  • Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
  • Membantu merawat masalah keputihan
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  • Membantu penyembuhan tisu-tisu luar faraj selepas bersalin
  • Mengurangkan keputihan yang berlebihan dengan membantu mengurangkan cecair yang menyebabkan bau tidak menyenangkan
  • Kandungan astrigent dalam manjakani membantu kulit lebih halus dan juga mencegah jerawat
  • Membantu menegang semula otot-otot buah dada
  • Membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
  • Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid

Monday, November 14, 2016

Bila anak-anak bergaduh, mak jadi Monster?

Assalamualaikum... Morning!!

Macam tak biasa le pulakkan... hehehe. Sapa ibu-ibu yang tak jadi monster bila anak-anak yang tengah syok main gelak ketawa tetiba dengar menangis dan berteriak? Tak kisah le apa sebabnya...

Picca: PA&MA

Saya pun macam tu la jugak. Kekadang tu jenuh jadi monster, jadi naga pun tak menjadi jugak. Maybe kita sama-sama boleh praktikkan cara ni untuk mengelakkan kita menjadi monster bila anak-anak bergaduh. Selamat Mencuba!

Bila Anak Asyik Bergaduh, Buat 5 Perkara Ini Supaya Mama Tak Jadi 'Monster'


Wednesday, July 27, 2016

Alhamdulillah.... Lega dah renew lesen kereta

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

 Alhamdulillah... lega rasanya pagi-pagi lagi hari ni dah selesaikan satu tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab.

Anyone dah renew ke lesen (kenderaan) yang dah expired tu?? hehehehe... saya dah buat dah pagi ni.

Leh pulak terlupa nak renew sedangkan dah expired pada 14 July 2016 hari tu. Seb baik la takde nak ke mana di bandar bawak kete pun hantar pergi balik anak-anak ke sekolah yang dekat ngan umah.

Renew sebelum expired tu boleh la buat setahun je RM32. Dah terlebih tarikh ni kena la caj double bonus RM62.10. Untung gak leh lajak untuk 2 tahun terus, kan....!

By the way senang je nak renew lesen sekarang ni, kat pejabat pos je. Saya dah tercongok depan pejabat pos awal-awal pagi sebelum buka lagi. Semangat nak renew lesen tu.

Cuma bagi IC, bagi lesen lama dan DUIT jangan lupa nak bawak plak.... tak sampai setengah jam dah setel. Kan sekarang guna kad lesen yang chantik tu.... kejap je la mesin tu printkan. Cuma musykil satu je... lesen lama yang expired tu disuruh bawa balik. Nak buat koleksi kot.....


 Okay guys! Ingat ye renew lesen kenderaan anda sume....

 

Thursday, June 30, 2016

Tutorial Penuh untuk orang yang nak belajar baking

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah dah selesai membakar biskut raya untuk tahun ni. Dapat la buat 8 jenis resepi biskut raya dengan modal kurang RM150.00. Dan setiap satu jenis dapat buat paling banyak 200 biji. Berbabaloikan! Harus belajar buat biskut raya sendiri.

By the way masa tengah google cari resepi biskut raya guna majerin saya terjumpa satu web address ni yang saya rasa sangat bagus infonya untuk kita-kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembakingnan.

Cuba terjah tengok kat sini tau. Sangat informatif!


 

Tuesday, February 17, 2015

BEWARE!!! They are among us.....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!



PMME.

I AM elkenian 

Pengedar Sah Elken 

(ID no: 101000000724) 

Call.SMS.Whatsapp: 017-5346280 

Email: puteri_hannan@yahoo.com 

Blog: puterihannan.blogspot.com



Youtube Video sharing:


Wednesday, August 6, 2014

Kegilaan atau...?

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.(Al-Israa:70)"

Ini satu kegilaan atau apa...? Anda jawab la sendiri...

Namun begitu, Allah menjadikan manusia itu hebat, lebih hebat dari segala makhluk kejadianNya yang lain.

Anda hebat, saya hebat kita sama-sama hebat...

#wearemorethanwhatwethinkweare

Cliff Camping, credit picca here.

 Lanjut ke sini.

Tuesday, January 21, 2014

Susah ke nak buat Biz Elken?????

Assalamualaikum... Selamat Pagi.

Ada orang tanya saya, kenapa buat Biz MLM?
Kenapa Elken?
Susah ke buat biz Elken?
Kenapa aku tengok ko tak kaya-kaya lagi buat Biz Elken ni??

Yup!!

Saya terima segala soalan-soalan tu dengan hati terbuka.

Saya belum berjaya dengan Biz Elken, masih merangkak-rangkak. Nak dapat income 3 angka sebulan pun tak menentu. Ada ketikanya takde income pun!!!

Tetapi saya tetap bertahan dengan Biz Elken ini!

Terus berjuang mencari jalan untuk menempa kejayaan dengan peluang hebat dalam biz Elken.

Ada enam rahsia yang tak pernah saya reveal, tentang sebab mengapa Biz Elken sangat mudah dan mesti direbut peluangnya untuk menjayakan kehidupan anda.

Nak tau keenam-enam rahsia tu??

Jom chit chat personally dengan saya via...

FB: Ibu Ilyanie Cottage
Blog: ibuilyaniescottage.blogspot.com
Call/sms/whatsapp 017-5346280.
 
P/s: Jika warga emas pun mampu untuk melakukan Biz ini... mereka boleh pastinya anda pun boleh... Yang paling penting KENAPA NAK BUAT BIZ ELKEN???
 

Thursday, August 22, 2013

Renovation in Progress

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...

Renovation is in Progress.

Perubahan membawa kepada kebaikan.

Nantikan kemunculannya!!

Saturday, April 6, 2013

Proud to be Perakian!!!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!!

Hari ni entry saya berbeza dari biasa, letih jugak korang nak baca citer tentang Elken sesaja kan... So, tadi browsing FB terjumpa le satu gambar kelas bahasa orang perak.

Moh kite belajor same!!


 Awak (merujuk kepada saya le..) orang peghak pun idak le fasih bebeno bahasenye. Tapi bile jumpe ghambo ni, udah le teman rasa bangga bebeno!! Idak le jumpa kat mane-mane pun gaye bahasenye ni...

Ce kita bace bersame-same...

P/s: Macam mana le anda semua nak nyebut perkataan nih? NYEGHOGIN 

Selamat belajor!! 

Jom Follow Me