Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label My Breastfeeding Journey. Show all posts
Showing posts with label My Breastfeeding Journey. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Nak bagi makan ke tak nak???

Assalamualaikum Semua!!!

Nak tanya sket...
Memang le polisi breastfeeding kena exclusive sehingga 6 bulan.

Tapi oleh sebab bb Jihah sangat teringin nak makan, sehinggakan kalu kita cuba suakan makanan dia nak ngap!! Boleh tak kita bagi dia makan bites (macam biskut marie, rusk) bukan utk kenyangkan dia, tp bg dia food utk dia hisap atau gigit (cam kita bagi bb mainan gigit utk dia gigit tu)??

Kesian la tgk dia bila dia perhatikan kita makan, memang cam reti aje dia yg kita tengah makan. Dia tengok makanan yg kita makan dan mulut kita bergerak kunyah makanan. Bila tengok muka kesian dia tu, kita pulak rasa tak larat nak makan.
Macam mana ek??

Fyi, baby Jihah sudah pandai meniarap sendiri dengan rasminya pada 1 jun 2011. Dan she's going to be 5 month this coming 12 jun 2011.

Sunday, April 10, 2011

Al Kisahnya ke Morib

Assalamualaikum semua!!!

At last, ada gak masa tuk diri sendiri.. Time org tgh lena diulit mimpi tu lah time utk saya beron9 sekarang. Sebab tu dah jarang2 berupdate blog nih (itu tak termasuk 2 minggu lepas takleh on9 sebab bil berukband tak bayar, hehehe...).
Ok, now we move on to our stori mori morning glory ke Morib, Banting Selangor pada 5hb hingga 7hb April yg lepas.



Kan dah citer ari tu saya ada assessment kat Kem El-Azzhar, Morib. Sebab tu le leh terlepas ke sana. Nak citer panjang2 pasal apa yg saya buat di sana takleh la takut nnt kena ISA lak... ahaks!

To those yg penah isi SPA dan mintak beberapa jawatan bergred 41 akan perlu melalui program assessment tersebut. Btw, sepanjang 2 hari 1 malam tu mmg best la, kira macam g holiday jap. Lepas bebas dari tanggungjawab rumahtangga. Heehehehe....

Disebabkan tak biasa dan tak tau jalan, makanya kami bertiga (saya, Wawa dan En. Hubby) bertolak lebih awal pada 5hb tu sebab nak cari tempat penginapan dan tempat kursus. Bb Jihah terpaksa ditinggalkan di rumah dan dijaga oleh mak saya dan adik ipar sebab tak mau menyusahkan bb Jihah. Lagipun saya tak leh nak ngasuh dia sepanjang program tu.

Program saya tu bermula pada 6hb dan end the next day, tak lama pun kira satu setengah hari je. While saya sibuk di kem tu, Wawa dan En.Hubby menginap di hotel yg agak selesa di Banting. Bercerita tentang hotel, memang berbaloi la belanja menginap selama 2 malam tu, RM 156. Tak lah luxury sgt tp basic needs to ada lengkap. Kalu korang terlajak ke Banting nak overnight kat sana leh la sewa bilik kat Hotel Garden, betul2 tengah pekan Banting.

Sapa penah gi Pantai Morib????! Saya pun first time jejak ke sana and pantainya bukanlah pantai utk mandi tp pantai tuk rileks2 tengok laut. Sebelum saya citer lanjut, yg plg rasa amaze sangat2 pada saya (sebab tak penah tgk kejadian alam tu), masa sampai petang tu di Morib air tgh pasang so tak de la pape yg nak di amaze kan. Tapi masa nak balik tengah hari tu, air laut surut sampai leh jenjalan ke tengah laut!! Subhanallah!! Memang rasa takjub seketika. Hehehehe...
Itu citer pasal perjalanan dan kembara (kembara la sangat!) saya di Morib. Sekarang nak citer bab BF journey saya lak.

Sebulan sebelum nak ke Morib mmg hati dh gundah gulana memikirkan soal stok EBM tuk Jihah masa tinggal nnt, pumping dan jugak stok EBM yg nak disimpan semasa program tu. At last, lain pulak jadinya!

Alhamdulillah setelah berhempas pulas pumping bagai nak rak, stok EBM tuk bb Jihah melebihi jangkaan saya. Dalam masa sebulan saya dapat kumpul 155oz dalam 23 pcs storage beg Autumnz. Balik dari Morib siap ada balance lagi.

Bab pumping dan storage masa program tu, saya still buat pumping tp saya takleh nak buat storage nya. Apa yg saya buat ngan EBM yg saya dah pump tu?? Tunggu sehingga abis n3 ni.

Rasa ralat sket masa hari kejadian saya takde member nak pumping. Participants yg join program tu kebanyakannya bujang dan kalu ibu2 pun anak2 dh besar. Ada seorg ibu yg BF tp anak dia dh 1 tahun lebih dan jugak anaknya disusukan direct (coz dia bawak anak sekali yg menginap tak jauh dr kem). So, aktiviti pumping saya bersendirian. While everyone kat dalam dorm dok sibuk bersiap utk aktiviti seterusnya or dok rehat2 sambil bersembang, saya yg memilih katil paling penjuru sibuk mengepam. Betapa gigihnya saya melaksanakan tugas demi si manja Jihah. Tapi mmg kena pump sebab cik B dah penuh and kalu dibiarkan leh demam plak nnt.

Oleh sebab saya tak mo memanjang2kan citer ngan pengusaha kantin di situ, dan oleh kerana saya dok dorm yg tiada kemudahan chiller peti sejuk, dan oleh sebab saya tak beli lagi cooler beg dan oleh kerana tak mau membazir kan EBM yg dh saya perah..makanya saya.....
Jadikan EBM tu sebagai minuman penambah tenaga saya! Percaya?? Jangan tak percaya. Sedap rupanya rasa BM ni. Lemak2 manis.

Utk pengetahuan u all, saya hebat mempromosikan PSI kat kawan2 yg saya kenal dalam program tu. Kebetulan pulak ada sorang participants yg sedang mengandung 8 bulan, apalagi.. saya seronok la nak citer pengalaman sendiri yg baru sebulan jagung nih. Ada yg tau saya pumping tanya la apa saya buat ngan EBM tu. Bila saya jawab ada yg kata saya penipu... heheheh.. Nape nak tipu plak?! Memang saya minum EBM tu...

Begitulah sedikit sebanyak Al Kisahnya ke Morib utk kali ni. Sori ye sebab picca tak banyak, even picca masa di kem tu pun saya tak amik. Btw, yg plg menyeronokkan bila tau bb Jihah tetap seronok pekena EBM kat umah dan si ibu pekena EBM kat kem, and tak lupa jugak kakak Wawa pun pekena EBM yg saya letak dalam botol susunya (mix up with FM sket).

Wednesday, February 2, 2011

Fuh..fuh... fuhhhh!!!



Fuh..Fuh...Fuhhhh!!! Kasi buang semua itu sarang labah2.


Sangat tidak boleh menulis entry selama ini bkn sbb sibuk, tp sbb tidak ada kesempatan yg selesa utk menulis. Sekarang bb Jihah sedang lena diulit mimpi (finally!!!) barulah boleh menulis.


Banyak perkara nak diciterkan tetapi hari ni just nak kisahkan sedikit pasal perkembangan bb Jihah dan juga yg plg penting pasal Breastfeeding journey saya bersama bb Jihah.


Rentetan kelahiran Jihah pada 12 Januari 2011 yg lalu, maka bermulalah perjalanan Penyusuan Susu Ibu (PSI) saya bersama bb Jihah. Saya teringin nak letak ticker BF kat blog tapi saya tak tau sama ada saya layak utk meletakkannya.


Permulaan PSI saya bersama bb Jihah bermula dengan baik pada 1 jam pertama di mana itulah saat permulaan paling penting yg boleh membantu menjayakan PSI ibu2. Saya meminta bantuan staff nurse di recovery room 5 minit selepas bb Jihah melihat dunia utk saya memulakannya.


Alhamdulillah pada ketika saya masih di atas katil dalam keadaan masih berbaring, saya berjaya memberikan 'golden liquid' iaitu kolustrum pertama kepada bb Jihah. Saya sangat2 berpuas hati!!


Namun begitu, sehingga ke hari ini perjalanan PSI saya bukanlah mudah. Selain diberikan FM kerana bb Jihah tidak bersama saya semasa di hospital (recovery moment utk beberapa jam), diberikan FM di rumah sbb bb Jihah meragam tak puas menyusu (asyik nangis2 je, takut perut kembung. dan ketika itu baru kuar spital dan balik umah tak tau nk buat camne), bb Jihah kerap muak dan penah muntahkan kolustrum keluar ikut hidung masa di hospital ari tu (mmg gelabah masa tu nasib bb Jihah tak lemas) dan macam2 lagi dugaan, cabaran serta culture shock, saya masih lagi learn to get used to it dan terus mencari sokongan dan dorongan dari kawan2 lain (Wow!! statement paling panjang...).


Sehingga ke hari ini hari ke 22 pantang, bb Jihah adalah bb yg berselera besar. Kalu tiba masa feeding, boleh makan masa selama 1 jam, dan kemudian tak sampai 5 minit nak feeding lagi. Kengkadang stress jugak sebab tak penah lalui keadaan macam ni. Seperti yg saya katakan saya masih belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.


Walau mcm mana pun sukar, saya bangga dengan diri saya sebab saya sudah tidak lagi memberikan bb Jihah FM (walaupun ada masanya saya HAMPIR2 give up nak top up).


Betul seperti kata2 Momma Mia... apa yg penting???? MIND SETTING!!!

Permata Hati Ibu

Jom Follow Me