Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

Friday, January 3, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni hari ketiga dalam tahun 2014. How is your in this early new year? Semua orang nakkan yang terbaik! Insya Allah... Amin... Alhamdulillah..

Biar bagaimanapun keadaannya jangan lupa mengucapkan syukur dan terus tersenyum. Semuanya bermula dan kembali kepada asalnya!

Alhamdulillah untuk saya...perjalanan persekolahan kaklong Najwa dah masuk tahun yang ketiga, dan kali ni dia di tempatkan di sekolah baru, persekitaran baru, cikgu baru dan kawan-kawan baru. Dia dapat menyesuaikan diri cuma ada bercerita tentang seorang rakan sekelasnya yang bernama Iskandar. Apa yang melucukan dia menjelaskan tentang rakannya ini dengan satu ayat, "Otak dia lain...". Bila saya bertanya supaya dia menjelaskan lebih lanjut, katanya kawannya itu ada mencubitnya. Entahlah macam mana keadaannya yang sebenar...

Tentang si kak ngah najihah. Tahun ni dia direhatkan dari menghadiri sesi persekolahan, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kesian juga melihatnya begitu bersungguh-sungguh bersiap seperti kakaknya, dengan beg sekolah tapi alih-alih lepas hantar kak long najwa, dia balik ke rumah. Saya aturkan masa lebih kurang dua jam untuk aktiviti homeschooling dengan tema saya sendiri. Setakat 2 hari persekolahan ni nampaknya ada la idea untuk pengisian baginya.

Itu tentang anak-anak. Tentang saya, alhamdulillah kehadiran tahun baru bawa sinar harapan baru dalam hidup saya. Saya berharap agar saya tetap istiqamah untuk melaksanakan satu persatu agenda tahun 2014. Harapnya begitu juga buat anda, Amin....




Friday, September 13, 2013

SIKAP 99% 1% KEMAHIRAN

Assalamualaikum... Selamat Pagi Jutawan!! Salam Luar Biasa...


Setiap manusia di dunia ini mengimpikan kejayaan dalam hidup.

Hatta seorang pengemis sekali pun...

Sebagai umat Islam tentu sekali impian kejayaan itu diukur bukan hanya di dunia semata-mata tetapi juga di akhirat kelak.

Siapa yang akan berjaya mengecapi impian masing-masing??

Adakah dengan kudrat kekuatan tulang empat kerat?

Atau melalui kepetahan dalam berbicara??

Atau kepandaian dalam mengolah strategi dalam perancangan??

Yang berjaya adalah mereka yang berjaya menakluki sikap diri masing-masing!!

Sikap paling perlu ditakluki adalah semua sikap-sikap negatif yang merosakkan kepetahan berbicara, kekuatan tenaga dan kepandaian mengatur strategi itu.....

Ayuh kita sama-sama ubah 99% sikap untuk memahirkan 1% kemahiran untuk mengecapi kejayaan!!

Next Exit??

Jom Follow Me