Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Sunday, May 30, 2010

Apa yang ada dalam fikiran mereka???

Salam semua... lama dah tak jenguk blog ni. Minggu ni penuh mencabar kewibaan dan menyebabkan blog aku ni terpinggir dari mendapat perhatian aku...

Untuk hari ni aku nak ajak kawan2 duduk jap, sambil berfikir sejenak dan bayangkan... kena bayangkan tau..

Bayangkan wajah ibu kita memakai pakaian yang vogue seperti gambar di bawah ni. Soalannya apa perasaan korang sebagai seorang anak??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
Dari akhbar Metro Online

Kalu aku.. memang tak ngaku ibu dah le... Ntah tak kenal sapa tu. Saya bukan anak dia... (memang aku bukan anak dia pun :D).

Itu je n3 aku ari ni. Aku tak mo ulas lebih2 sbb tak mo buka aib orang atau aku pun tak tau lebih mendalam tentang siapa mereka.

Cumanya aku ingin mengajak kawan2 supaya berfikir sebelum bertindak. Jangan lah bertindak dulu then baru nak berfikir dan baru rasa nak menyesal. Sebab dah tak guna "Nasi dah jadi bubur" memang tak leh tukar jadi nasi balik.

Kasihan kat anak2 diorg. Apa perasaan anak2 dorang kan? Esok2 bila anak tu dah besar, jangan le marah pulak bila dia buat perkara yang sama...*sighs*

Untuk berita lanjut korang leh le baca kat metro online klik kat link atas tu...

Thursday, May 27, 2010

Not in the mood...part II

Maaf ye kawan2 sume... sekali lagi saya dilanda perasaan yang meloyakan, nak muntah..bla...bla...bla... yg agak merimaskan. Insya Allah kalu dah ok nanti saya on balik k...

Meh layan beberapa picca for today sempena konvo adik di UITM S.Alam pada 24 Mei 2010.

Wawa nak bagi acu hadiah ek....?

Mak, Abah, Acu and Wawa

Tak kisah dah nak pose kat mana... :D

Lega dah konvo. Peh ni fening lalat la nak bayar PtpTpu....

Wajah keletihan si Wawa...

Friday, May 21, 2010

Contest UnguPurple Crazy


Oleh sebab contestnya UnguPurple, fontnye pun sj dipilih purple...:D. Member sorang ni baru first time wat contest, so aku kira nak support le kan.. di samping mengharapkan agar dapat menang sebb leh dpt hadiah misteri...

Nak tau lanjut sila terjah kat sini ek... http://nazzcoco.blogspot.com/2010/04/contest-ungupurple-crazy.html

Syarat-syarat contest:
1. Jd follower- Dah siap
2. Letak gambar. Ni gambar tahun 2008, leh terima ye tuan contest... :D. Dalam syarat tu tak bgtau gambar terkini pun... :D
3. Buat n3 pasal gambar tu- on progress kat bawa nu....
4. Letak banner promo contest- dh siap

"Ketiga-tiga gambar di bawah diambil ketika berlangsungnya kenduri kahwin adik lelaki aku, Aie pada 31.06.2008 di umah keluarga aku, di Ipoh. Sengaja aku memilih baju sedondon warna UnguPurple untuk dipakai pada hari tersebut.

Tapi bila terpandang gambar ni teringat plak sejarah yang berlaku pada hari pernikahan adik lelaki aku, 29.06.2008. Sebab, masa hari adik aku dinikahkan, kami mendapat perkhabaran dari kampung (umah opah aku) bahawa bapa saudaraku sekeluarga terlibat dengan kemalangan ngeri semasa dalam perjalanan hendak ke rumah kami (masa tu bapa saudaraku sekeluarga hendak datang bertandang ke kenduri rumah kami). Akibat dari kemalangan tersebut, bapa saudaraku meninggal dunia bersama salah sorang anaknya.

Waktu menerima berita tersebut, hanya aku orang pertama yang tahu, sebab aku yang menjawab panggilan telefon itu. Semasa itu, mak abah sanak saudara sibuk nak bersiap2 ke umah pengantin perempuan. Bayangkanlah perasaan aku pabila menerima berita tersebut.

Kerana peristiwa itu, kami sekeluarga menyambut hari perkahwinan adikku dalam suasana yang sederhana sahaja...

Lagi satu yang spesel pasal gambar pakai baju sedondon warna UnguPurple ni, waktu ni Wawa baru 6 bulan dan baru pandai meniarap... :D".






5. Akhir sekali , siapkan slogan...
"Purple atau ungu adalah warna yang....jarang orang suka. Tapi bila sesekali dipakai memang cantik bergaya. Warna biasa orang suka pink, biru, hitam. Tapi itu le UNGU warna yang ada aura tersendiri, warna yang penuh misteri......"

Contest: Kenangan Terindah

Ada sorang member ni baru first time wat contest. Sj nak try join. Menang tu rezki anak dalam pewot ni. Kalah tu pun tak kisah sj cuba suka-suka...

Contest di adakan sempena 2nd Anniversary dan Birthday tuan contest ni. Nak tau lebih lanjut gi le terjah sekarang kat sini.

"Kenangan Terindah"

First Preggy 2007.

Kenangan yang terindah buat aku tentu sekali bila aku dikhabarkan hamil 5 minggu. First time preggy memang tak rasa pape. Jalani kehidupan normal seperti biasa tanpa sebarang alahan. Tapi satu je yang paling aku ingat. Aku ingat aku sangat lapar dan selalu nak makan. Sehari 5 kali kau..!! Breakfast, teabreak, lunch, minum petang, makan malam dan supper.. WOW!! lengkap pakej.

Melalui fasa kehamilan sehingga perut aku semakin hari semakin membesar sangat2 membuatkan aku teruja, almaklum le baru first time. Saat yang paling best bagi aku dan Mr. Hubby pada ketika usia kandungan ku menginjak ke bulan ketujuh. Aku mula merasai pergerakan pertama baby yang aku kandung.. Terasa sungguh ajaib. Best sangat! Tak dapat nak digambarkan melalui perkataan. Aku leh rasa siku dia, leh pegang lutut dia, kaki dia, jari dia...

Pada Januari 2008 hari yang ketujuh, aku mula merasakan kontraksi. Takde pengalaman membuatkan aku clueless. Tengah malam tu ada rasa cecair mengalir. Tak puas hati aku ajak abah hantar gi spital. Masa tu dok ngan mak aku. Mr. Hubby dok jauh keje kat Genting. Memang sedih dok jauh dari Mr. Hubby dalam keadaan sarat begitu. Tapi nak buat camne.

Sampai spital kena tahan ward walaupun kontraksi kerap tapi tak le terasa cam nak bersalin lagi tambahan pulak bukaan baru takat 3cm je. Dah lebih 12 jam bukaan tak besar, air ketuban aku dipecahkan dan sehingga kering abis air ketubanku, babay takmo gak keluar.

At last apa lagi, kena masuk wad bedah le. Aku diinjek bius kat belakang betul2 tengah2 tulang belakang kat bahagian pinggang. Aku tak terasa pape dari bahagian pinggang ke kaki. Aku dalam keadaan kepenatan, kelaparan membiarkan sahaj diriku diperlakukan entah apa le doktor tu buat. Tak sampai 5 minit, " Uuuweeeekkkk!!!!" Terus mengalir air mata ku dan perkataan pertama yang keluar dari mulutku "Anak aku!".

Begitulah indahnya kenangan sewaktu mengandungkan dan melahirkan anak sulung ku NUR ILYANIE NAJWA.


Wawa first day born

Wawa 2 tahun

Hangin satu badan!! (Episod aku jadi customer lak...)

Penah satu ketika (bulan lepas kot), aku ngan Mr.Hubby dan Wawa gi kuar shopping kat Tesco (tempat wajib shopping bagi kitorg, brg murah n banyak pilihan untuk memenuhi keperluan je la...). Lepas shopping tu kitorang decide nak gi makan kat satu restoran mee ........(identiti restoran dirahsiakan) yang memang sangat femes di Ipoh.

Masa kitorang sampai tu jam baru kul 10.30 malam. Tengok ada ramai orang kat restoran tu. Seronok le rasanya nak makan sebab mesti le sedapkan, ramai orang. Kitorang pun amik le tempat duduk. Beginilah cerekarama bermula di dalam restoran tu.

Pelayan: Nak makan apa?
Aku dan suami pun bincang-bincang jap and aku decide nak makan nasi ayam and Mr. Hubby lak nak makan chicken chop.


Aku: Nasi ayam satu mintak nasi lebih ye... (aku berkata penuh sopan dan pelayan tu menulis order aku)


Mr. Hubby: Chicken chop satu (tiba-tiba pelayan tu pandang kat kawan dia buat isyarat bahasa badan). Aku ngan Mr. Hubby terpinga-pinga, apsal plak ni?


Pelayan: Chicken chop dah habis la bang...
Aku dah mula cuak dah...

Mr. Hubby: Takpe la nasi ayam 2 la...


Tak lama lepas tu pelayan tu datang dengan membawa perkhabaran yang menambahkan cuak aku... Masa dia cakap tu muka aku memang berubah abis.


Pelayan: Er... nasi ayam pun habis....


Aku: Habis apa yang ada...? (Aku tanya dengan perasan mencuak-cuak)


Aku: Laksa ada? (Pelayan tu macam dah serba salah mukanya, dia menganggukkan kepala, maksudnya ada la kan...)


Mr. Hubby: Laksa dua (Mr. Hubby berkata sambil memberi isyarat mata untuk aku berdiam diri dan bertenang).


Tak lama pas tu, datang pulak sorang pelayan lain.


Pelayan: Laksa pun dah abis... (berkata dengan muka bersahaja yang dibuat-buat muka tak bersalahnya tu...)
Aku ketika tu GRRRRRRRR....!!!!!! (Tahan hati lagi... kenangkan Mr. Hubby aku tu aje).

At last korang tau apa yang kitorang makan??????

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Berkongsi lah kami bertiga AIS KRIM STRAWBERI....

Leh citer tak apa perasaan korang kalau di tempat aku?

Thursday, May 20, 2010

Hangin satu badan!!

Memang normallah orang mengandung kerap hangin satu badan kan...Sebab hormon tak stabil dan bla..bla..bla..

Tapi orang kata... bukan aku kata tau.. orang kata... "Kalu darah aku naik... aku yang susah! Kalu aku naik darah.. sapa yang susah?" Cuba anda2 sume jawab?

Aku tau aku mencari rezki halal ngan cara meniaga ni (tambahan lak degree holder niaga macam ni, takde orang pandang pun...). Tapi kadang2 gelagat customer ni boleh buat orang yang tengah preggy macam aku ni bertambah2 naik darahnya... Apa le citernya aku ni kan?

Macam ni citer dia...

Hari-hari aku niaga. Hari-hari aku berdepan ngan customer yang mintak macam2 yang ada aku jual. Tapi satu jenis ni yang buat aku hangin.

Cuba tengok picca di bawah. Kalu sekali baca, korang leh tau tak apa yang terjual kat gerai aku? Boleh kan....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Signage kat kedai aku

Antara menu yang ada kat kedai aku.

Tapi kenapa ada yang tanya macam ni... "Bubur nasi ada?". Atau soklan cepu cemas macam ni..."Bubur nasi satu...". Aku tanya lak... "Akak nak bubur nasi apa?" (soklan tu untuk dia pilih apa yang dia nak makan). Tak semena-mena dia leh tanya soklan ni lak "Ada bubur apa ye?".

Aduh!! Memang soklan tu buat darah aku naik.. Bukan sebab apa, penat je tau aku decorate kedai ngan pelbagai signage tapi dia tak nak baca dan terus tanya pulak tu... Cian kat aku... Tapi aku lagi kesian kat dia...

Biarpun anda seorang customer, tak layak peniaga itu dilayan sedemikian. Bila datang gerai makan kita nak makan, kita teliti dulu apa yang ada di kedai tu then baru order kan... Kalu ada yang kita nak tiada dalam senarai menu, leh le tanya untuk confirmation. Kalu peniaga tu baik hati cam aku siap tunjuk lagi gerai mana ada jual. Mudah untuk pelanggan tu kan?

Ada satu lagi kisah yang paling kelakar...!! Customer datang order terus bukan tanya dulu tau.... "Milo ais bungkus!". Apa korang rasa perasaan aku ketika tu???

Begitulah kisah hidup aku sebagai peniaga... :D.

Siapa yang boleh lupakan kenangan???

Hi guys!! I'm home... 2 hari ni takde mood nak tulis n3. Rasa cam MALAS tahap maksimum. Rasa nak baring, rasa nak tidur je (tapi bukan leh pun). Hari ni baru le rasa nak bersemangat skit.

Untuk hari ni, ada satu perkara yang ingin dikongsikan. Dah lama aku simpan idea nak tulis n3 ni.

Soklan cepu cemas aku ari ni... siapa boleh lupakan kenangan??

Tak kira le yang manis ke pahit. Semua kenangan akan terpahat dalam ingatan dan akan menjadi satu memori... Waduh!!! Jiwang karat le plak.

Gambar kat bawah tu semua member2 lepak masa zaman muda remaja aku. Yup! Aku tak berklik ngan dak perempuan... aku berklik ngan dak lelaki saja.

Dalam ramai2 tu ada seorang yang dah pergi meninggalkan kami. Tahun ni dah masuk 4 tahun (aduh tiba2 sebak rasa di hati) dia pergi. Meninggal sebab eksiden tahun 2006, masa umur arwah 26 tahun. Masa tu aku keje kat Genting sama ngan Mr. Hubby. So, tak dapat tengok jenazah buat kali terakhir. Cuma dimaklumkan melalui panggilan telefon je.

Hanya tinggal kenangan.
Gambar terakhir bersama arwah (masa ni aku dah kawan ngan Mr. Hubby dan ketika ni kenduri kawin adik ipar aku). Arwah yang paling depan pakai baju kelabu tak pandang kamera.

Aku dan arwah ada banyak kisah. Even arwah ngan Mr. Hubby pun sahabat karib sebenarnya dari kecil. Arwah adalah teman, sahabat, kawan, kekasih dan ex lover aku sebelum aku bersama ngan Mr. Hubby.

Macam2 kenangan pahit manis suka duka yang aku lalui bersama dorang. Tak dapat aku nak citer kat sini. Biasalahkan zaman remaja, zaman mencari identiti diri. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang dalam melalui perjalanan hidup masing-masing.

Tapi sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri. Ada yang dah beranak pinak. Ada yang masih membujang trang tang tang. Ada juga yang masih tercari-cari haluan hidup.


Begitulah suratan takdir kehidupan kita.

Wednesday, May 19, 2010

Award Lagi...

Sekali 3 award da...

Thanks untuk adik ayien sbb bagi ketiga-tiga award ni kat akak.. terharunya rasa di hati..

Hati berkembang mcam bunga matahari ni skrg... :D

Bombastic blog award

Nak tag 2 award ni kat beberapa orang...
Fasya Abdy
Cikgu Ili
A.Z.N.E.E
Shamleen
kak TTM
kak LG
Sekali lagi... Nice bloggers award

p/s: Kira terima ngan hati yang terbuka award-award ni tanpa sebarang keje umah ye... :D. Thank u again dik ayien.

Tuesday, May 18, 2010

Not in the mood...

Hari ni betul2 not in the mood nak wat n3 yang menarik. Aku tak bape sihat. Selesema!!!! Rasa nak muntah (rasa nak aje lum muntah lagi), loya tekak, mual angin satu badan... kebuluran... :D.
Nanti kalu dah ok sket baru aku tulis n3 yang in the mood k...


Beginilah keadaan bb di dalam rahim aku...


Monday, May 17, 2010

Kuteringin @ kumengidam??

Hari ni aku dapat jugak makan nasi ayam bazar bulat. Wow! Nasi ayam apa tu??

Ini kesnya sebelum aku tau yang aku ni preggy lagi lidah aku ni dah terasa-rasa nak makan nasi ayam bazar bulat tu... Peh dah confirm aku ni preggy 6 minggu, perasaan teringin tu lagi membuak-buak.

Sampailah ke pagi tadi sebelum hubby g keje, siap pesan kat dia... "Abang jangan lupa tau... (sambil buat muka malu2 meow...). Nasi ayam tu...". Mr. Hubby hanya mampu tersenyum, sambil berkata "Belum pape lagi dah ngidam!" Alamak kena batang hidung... toing!!

Apa nak buat, lidah ni yang teringin sangat merasa nasi ayam bazar bulat tu. Then at last dapat le jugak aku merasanya bila tengah hari tadi hubby datang ke kedai aku bawak bungkusan. Dari jauh aku dah tersenyum kerang busuk (ee...busuknya!!).

p/s: soklan aku hari ni... itu kira mengidam ke? walau sebenarnya aku teringin nak makan nasi ayam tu dari awal lagi....

Info: Menu tu dipanggil Nasi Ayam Bazar Bulat sebab kalu sape dok kat Ipoh, zaman sehingga ke awal 2000 ada sebuah arked dikenali BAZAR BULAT kat pekan Ipoh ni (arked tu memang berbentuk bulat, kalu jalan2 situ, kita kira memusing2 bangunan tu). Dalam bangunan tu ada sebuah restoran kecil yang specialty dia jual Nasi Ayam. Masa sekolah rendah dulu abah suka sangat bawak kami adik beradik makan nasi ayam situ. Tapi sekarang Bazar Bulat tu dah diruntuhkan jadi tapak parking kereta (sedih tul org tak amik kisah warisan tinggalan sejarah ni). Sekarang ni restoran tu ada bukak kat tempat lain berdekatan ngan tapak Bazar Bulat tu... Itu le alkisah aku teringin a.k.a aku mengidam NASI AYAM BAZA
R BULAT...

First Preggy...2007

Akhirnya... Kini pasti.. Ku merasai...


Masa mula-mula aku join siri Jelajah blog oleh blogger femes, En Ben, adalah pada 7th May 2010...

Aku tunggu punya tunggu...punya tunggu...punya tunggu...punya tunggu...punya tunggu... (brapa kali punya tunggu dahh?..).

Dan tak semena-mena aku telah diterjah oleh En. Ben pada hari ini.

Wow! Terima kasih le En. Ben. Walaupun sesi jelajahnya macam roket ari ni. Tapi at least dia nak le jugak jenguk kejap...

Nin dia... :D. Tengok kat sini...http://www.benashaari.com/2010/05/jelajah-blog-puteri-hannan.html

Sunday, May 16, 2010

Award kedua...


Alhamdulillah... lagi sekali aku dikurniakan award dalam bulan kedua aku berblogging. Firstly sebelum aku berceloteh, adalah lebih baik aku ikut protokol penerimaan anugerah (Sapa-sapa yang dapat award ni kena ikut protokol ni tau...).

1. Copy award kat blog
Dah siap

2. Buat ucapan kepada pemberi award dengan penuh perasaan sekali tau
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk mendapat award ni. Terima kasih juga kepada dik Fasya Abdy sebab beri kepercayaan kepada saya serta juga buat teman-teman blogger yang sentiasa menyokong saya. Terima Kasih! (Alamak! sekali ucapan terima anugerah ABPBH le pulak... hik3).

3. Apa yang bermain di fikiran korang sekarang ni?
Nak balik jumpa Wawa dan windu kat Mr. Hubby gak... boleh gitu?

4. Apa nama samaran korang
- Abot (masa sekolah tingkatan 4 & 5) - Puterihannan (dunia cyber) - Kakyung dalam keluarga - Mak long di kalangan anak sedara

5. Berikan 3 orang yang korang sayang
- Mak - Abah - Mr. Hubby ngan Wawa (satu pakej ye...)

6. Panggilan untuk si dia
- Mr. Hubby (dalam blog)

7. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
Tak harap lain dah selain $$$$$$$..hik3

8. Blog yang korang suka visit
Tengok kat list dalam blog utk kategori "Most Visited"

9. Tag award kepada 15 orang yang korang nak tag
Cikgu Ili niezareena marjan ibtisam
Dik Awe nordaleela Mek Da
Durratul Ain cikpuanmiera kak TTM
Dik intan ayien Miss Ketot
ibuayah damia ctshah dik rathiqah

Contest Cuti-cuti di Cherating


Bestnya kalu dapat gi bercuti bersama keluarga atau HONEYMOON sekali lagi bersama Mr. Hubby tersayang. Ronda-ronda tadi terjumpa pulak contest "CUTI-CUTI DI CHERATING" anjuran blog YUSRA TOURS & TRAVEL ni. Korang hanya perlu create satu esei (macam masa kat sekolah dulu) tentang tajuk antaranya "Percutian Impianku di Cherating". Kalu korang nak tau lebih lanjut gi terus terjah blog tu ek...

"PERCUTIAN IMPIANKU DI CHERATING"

Aku memang suka gi bercuti. Tambahan pulak jika bercuti di tepian pantai, leh tengok sunset @ sunrise, leh dengar bunyi ombak, leh hidu bau laut dan boleh jalan-jalan tepi pantai sambil berpegangan tangan ngan Mr. Hubby. Wah...! So romantic...

Tapi aku jarang-jarang dapat peluang untuk bercuti sebab aku kurang berkemampuan untuk bercuti-cuti Malaysia. Selalunya tempat yang biasa aku pegi untuk bercuti (bercuti ke?) adalah dalam sekitar kawasan berdekatan ngan hometown aku di Ipoh. Contohnya gi mandi laut kat Teluk Batik atau gi mandi sungai kat Ulu Chepor. Itu pun bukan kira bercuti, sebab dekat leh balik ari je. Kalu bercuti tu kira menginap kat resort dan bermalam sehari dua le kan...?

Andainya aku berpeluang untuk pergi bercuti di Cherating.... alangkah bestnya hidup. Apatah lagi kalu dapat peluang pergi honeymoon kali kedua ngan Mr.Hubby mesti lagi best!

Aku kini sedang hamil 6 minggu, jadinya kebetulan pulak ada peluang join contest hangat dari YTT ni, mestilah nak cuba nasib. Kalu menang, memang kegembiraan berganda le buat aku. Lagipun dah lama tak berdua-duaan ngan Mr. Hubby, kali terakhir berdua-duaan ngan Mr. Hubby tahun 2007. Masa tu honeymoon ke Langkawi.

Kalu dapat leh le aku plan ngan hubby untuk pegi masa 4th anniversary kami bulan March 2011 nanti.....

Hopefully my dream for our 2nd honeymoon will come true... Insya Allah... Amin...

Saturday, May 15, 2010

Jom dengar lagu...

Waktu petang gini rileks-rileks sambil dengar lagu jap, nak share lagu femes once a upon a time dari Everclear, Wonderful. Liriknya very meaningful... :D.

Nak dengar lagu dia leh je g kat u tube ni.

Title: Wonderful
Singer: Everclear

"Hey, ain't life wonderful? Wonderful, wonderful, wonderful... Isn't everything wonderful now?"

I close my eyes when I get too sad
I think thoughts that I know are bad
Close my eyes and I count to ten
Hope it's over when I open them

I want the things that I had before
Like a Star Wars poster on my bedroom door
I wish I could count to ten
Make everything be wonderful again

I hope my Mom
And I hope my Dad
Would figure out why they get so mad
I hear them scream
I hear them fight
They say bad words that make me wanna cry


I close my eyes when I go to bed
And I dream of angels that make me smile
I feel better when I hear them say
"Everything will be wonderful someday"


Promises mean everything
When you're little and the world's so big
I just don't understand how
You can smile with all those tears in your eyes
And tell me everything is wonderful now

Please don't tell me everything is wonderful now

I go to school and I run and play
I tell the kids that it's all ok
I laugh a lot so my friends won't know
When the bell rings I just don't wanna go

Go to my room and I close my eyes
I make believe that I have a new life
I don't believe you when you say
Everything will be wonderful some day

Promises mean everything
When you're little and the world's so big
I just don't understand how
You can smile with all those tears in your eyes
And tell me everything is wonderful now

No, no
I don't want to hear you tell me everything is wonderful now
No, no
I don't want to hear you tell me everything is wonderful now

I don't want to hear you say
That I will understand some day
No, no, no, no
I don't want to hear you say
That you both have grown in a different way
No, no, no, no
I don't want to meet your friends
And I don't want to start over again
I just want my life to be the same
Just like it used to be
Some days I hate everything
I hate everything
Everyone and everything

Please don't tell me everything is wonderful now...
No
Please don't tell me everything is wonderful now...
No
Please don't tell me everything is wonderful now...
No
I don't want to hear you tell me everything is wonderful now...
No
Please don't tell me everything is wonderful now...

Everything is wonderful now...
Everything is wonderful now...
Now
Now
Everything is wonderful now...



Australia.. tunggu kedatanganku...

Hidup kita ni penuh dengan harapan, cita-cita dan impian. Ada yang berkemampuan untuk memperolehinya dan ada yang perlu bersusah payah untuk mengecapinya.

Hari ni aku nak bercerita tentang impian aku. My Golden Dreams!

Dalam hidup kita mesti ada satu tempat di dunia ni (selain tanah tumpah darahku, Malaysia) yang menjadi idaman untuk kita pegi. Tak kira untuk visit ke, vacation ke, family trip ke, honeymoon ke. Atau apa-apa istilah lain yang korang nak gunakan.

My feveret place in the world is... AUSTRALIA...!!!!
Aku teringin sangat-sangat nak ke sana. Tak tau le kenapa. Aku ada 2 orang kawan blogger yang sedang menetap di situ. Kalu korang nak tau kenapa aku jatuh cinta nak gi Aussie, leh terjah jengok blog dorang kat sini atau sini.

Meh layan tengok picca yang menarik tentang Aussie (dikutip dari umah pakcik google)...

Layanzzz...
Sydney Opera House- Trademark for Australia

Sapa tak kenal makhluk Allah ni? Gi tengok ensiklopdia balik. Kalu tak de gi beli satu...
Kalu aku dapat aku nak belai, gomol, cium... dan letak dalam beg bawak balik...Leh tak?

Ni lagi satu.. apa tengok-tengok. Nak hutang ke? Tengok bb dia dalam pouch tu.. chumelnya..!!!

Perth Eye

Melbourne


Queen Victoria Market, Melbourne


Itu je yang dapat aku cari dari pakcik google. Kalu nak lebih lanjut gambar2 menarik yang telah dilawati secara realiti oleh orang yang sebenar, leh terjah blog ni. Lagi kat sini dan kat sini. Korang leh tau le kenapa aku nak bebenor (kat oghang payrock) ke Australia tu...

p/s: kak TTM, promote blog akak sekali ni :D.

Friday, May 14, 2010

CUTE PINK BABIES CONTEST


Dok geledah kat umah DUNIAKU SHAH & ARYN, terjumpa le pulak contest "CUTE PINK BABY CONTEST" ni.

Contest ni dianjurkan sempena ngan sambutan 1st birthday anak tuan umah contest pada 30 Mei 2010 iaitu birthday girl "
Sharifah Nayli Qasrina".

Baca dan baca dan baca...senang nampak gayanya tu yang join tu. Cuba nasib je... meh jenguk kat blog tuan punya contest
asyna8286.blogspot.com.


Nama: Nur Ilyanie Najwa (WaWa)
Umur: 2 tahun 4 bulan
Tarikh Lahir: 07 Januari 2008

Hari-hari ibu pesan kat WaWa:
"WaWa budak...?? Baik...(WaWa jawab). Kalau budak baik, Wawa mesti
1. Be good?.... girl
2. Don't be?... naughty
3. Listen to?.... Opah, Abah etc.. (ikut keadaan dia tinggal ngan sapa).
Ok.. good girl".

Aku... Di dalam rahim ibu (5 minggu)

Penah tak terfikir keadaannya semasa kita di dalam rahim ibu? Memang kita tak penah nak fikirkannya sehinggalah kita memegang title seorang ibu atau bapa.

Begitu jugak bagi aku...Kini aku seorang ibu. Pengalaman melalui fasa kehamilan anak pertama ku dan kini Insya Allah untuk yang kedua sangat aku nanti-nantikan...

Untuk hari ni dan hari-hari seterusnya aku nak kongsi tentang kisah hidup "Aku...Di dalam rahim ibu....".

Inilah keadaan kita sewaktu berusia 5 minggu di dalam rahim ibu. Keadaan asalnya mungkin berbeza, tapi ini je visual yang dapat aku perolehi untuk dikongsikan bersama.

Dari web ni pulak aku dapat kongsikan beberapa keadaan kita yang berusia 5 minggu di dalam rahim ibu (sorry tak leh nak translate, banyak sangat terma nye).

"Your embryo is growing at a furious pace. At this point, he's about the size of a sesame seed, and he looks more like a tiny tadpole than a human. He's now made up of three layers — the ectoderm, the mesoderm, and the endoderm — which will later form all of his organs and tissues.

The neural tube — from which your baby's brain, spinal cord, nerves, and backbone will sprout — is starting to develop in the top layer, called the ectoderm. This layer will also give rise to his skin, hair, nails, mammary and sweat glands, and tooth enamel.

His heart and circulatory system begin to form in the middle layer, or mesoderm. (This week, in fact, his tiny heart begins to divide into chambers and beat and pump blood.) The mesoderm will also form your baby's muscles, cartilage, bone, and subcutaneous (under skin) tissue.

The third layer, or endoderm, will house his lungs, intestines, and rudimentary urinary system, as well as his thyroid, liver, and pancreas. In the meantime, the primitive placenta and umbilical cord, which deliver nourishment and oxygen to your baby, are already on the job
".

Ibu kita juga mengalami beberapa keadaan perubahan fizikal yang biasanya berlaku di peringkat ini. Antaranya...(yang ni pun tak dapat nak translate, tak reti sebenarnya...).

"You may notice some pregnancy-related discomforts already. Many women report sore breasts, fatigue and frequent urination starting in the early weeks. You may also have nausea, though it's more likely to show up in the coming weeks.

You'll also want to continue or start an exercise routine. Exercise helps you develop the strength and endurance you'll need to manage the extra weight you'll be carrying. It may help prevent some of the aches and pains of pregnancy, and many women find that it's a great stress-reducer. Exercise can also help you get ready for the physical rigors of labor.

Finally, it's easier to bounce back after you give birth if you've continued some form of exercise throughout pregnancy. Choose a safe, moderately vigorous activity you enjoy. Walking and swimming are fine choices for pregnant women
".

Hopefully n3 aku nanti leh bagi gambaran sedikit sebanyak tentang pengalaman seorang ibu melalui jerih perih dan susah payah mengandungkan kita di dalam rahimnya selama usia 9 bulan (atau ada yang lebih @ atau ada yang terawal). Dan juga sebagai panduan bagi ibu-ibu yang sedang melalui proses kehamilan.

Untuk info lanjut leh jengok ke web ni.

Beware!!!!

Font sengaja aku pilih warna merah sebab nak kawan-kawan semua alert dengan 7 PERINGATAN penting penggunaan FACEBOOK.

Artikel diperolehi di web site ini http://finance.yahoo.com/family-home/article/109538/7-things-to-stop-doing-now-on-facebook.

7 Things to Stop Doing Now on Facebook
by Consumer Reports Magazine
Wednesday, May 12, 2010

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.


Thursday, May 13, 2010

Mas Thomas dan Mas Uber...


Masing-masing buat n3 pasal Mas Thomas ngan Mas Uber ni, aku pun nak nompang sekaki gak... :D (citernya tak nak dikatakan duduk bawah tempurung... ops! saya bukan katak ye...).

Honestly, aku tak amik tau pun...(bukan warganegara ke aku? jgn kata gitu... aku tau cuma knowledge tak banyak je...). Walau apa pun aku masih tetap mengharapkan agar pasukan Malaysia dapat meraih kemenangan seperti yang kita lalui 18 tahun lalu.

For info tentang Piala Thomas sila jemput ke sini. Dan jangan lupa tengok vid clip tu tau...kat sini (nak download vid clip tu tapi tak leh plak, tengok kat utube je ek...).

Bestkah pregnant?


Tentu la best...!!!

Untuk pasangan yang baru berumah tangga tu dan masih dalam mood honey moon tu, nanti bila dah dapat perkhabaran tentang kewujudan seorang insan di dalam rahim anda.. Do enjoy every minute of your time when you become pregnant...

Aku pun rindu je nak preggy lagi. Hem.. sebenarnya tengah tunggu esok ni.... So, esok je la aku citer lebih lanjut tentang keseronokan berpregnant ni k... :D.

Aku nak cantik...Aku nak kurus @ Aku nak sihat...??

Sebenarnya kalu nak cantik kena la sihat dari dalam dulu. Tak sesuai jika hanya cantik luaran tapi dari dalam, badan kita menyimpan toksik dan segala macam benda yang boleh menjejaskan sistem imun kita. Dah lama-lama nanti kita akan mula rasa badan tidak boleh menerima bebanan lagi, pada masa tu tubuh kita tidak lagi nampak cantik dan berseri.

Orang perempuan tentu sekali nak cantik, tapi istilah cantik aku ni bukan cantik body je. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Korang kenal kan model ni, pemenang ANTM cycle 8. Cantik ke?


Jaslene Gonzales (Pemenang ANTM Cycle 8)

Honestly, cantik memang subjektif. Tapi kecantikan diri terpancar sendiri apabila seseorang itu sihat. Kalu macam model ni terasa macam dia ni tak cukup makan pulak. Too skinny...

Kalau yang ni pulak, kita boleh tengok perbezaan yang sangat ketara kan?

Danielle Evans (Cycle 6) dan Jaslene.

Sekurang-kurangnya kita nak bentuk tubuh dan wajah menarik seperti dalam gambar di bawah ni kan? Ada cutting, muka pun berseri dan menarik.

Saleisha Stowers (Pemenang ANTM Cycle 9).

Oleh itu, untuk memiliki susuk tubuh yang menarik seperti model di atas, kita perlu berdiet....Diet? Diet seimbang? Diet untuk kurus atau diet untuk sihat?

Ini lagi satu hal. Aku masih kurang faham dengan amalan individu tentang diet ni. Confius... seriously confius...

Bukan sebab apa, ada kuar berita tentang kematian akibat pengambilan pil-pil untuk kurus. Sanggup berlapar sebab nak kurus. Sanggup makan macam-macam produk untuk kurus dan cantik. Sanggup macam-macam untuk cantik dan kurus.

Tak boleh ke kita cantik dan menjadi kurus secara semulajadi?? Kenapa perlu mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk cantik dan kekal kurus?

Sebaik-baiknya kita kena faham betul-betul tentang tubuh badan kita. Maksudnya, kenalpasti saiz dan berat badan yang ideal dengan ketinggian tubuh badan kita serta kenalpasti sama ada tubuh kita alah dengan penggunaan sesuatu produk yang ingin kita ambil. Jangan pakai bedal aje!

So, guys.. yang mana kawan-kawan blogger sedang berdiet seperti aku...teruskan dengan cara yang sihat dan tidak mendatangkan mudarat.

Amalkan Gaya Hidup yang Sihat...

Wednesday, May 12, 2010

Cute Baby....

Mood ari ni nak letak gambar baby yang comel-comel ni aje...

Layanz.....







Jom Follow Me