Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, June 10, 2016

Azam Tahun Baru: Nak sihat Nak cantik

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Personally, saya percaya kita boleh mulakan azam tahun baru kita yang dah tak berapa nak baru ni untuk kekal sihat dan cantik di bulan Ramadhan. Sebab apa tau, masa bulan Ramadhan saja kita dapat peluang sepenuhnya nak rehatkan perut kita dari bekerja 24 jam.

Saya suka idea untuk berusaha jadi sihat dan cantik lebih dilakukan masa datangnya bulan Ramadhan. Sebelum Ramadhan kita ada Rejab dan Syaaban. Masa ni kebanyakan kita suka buat puasa ganti dan puasa sunat. Itu pun satu permulaan yang baik.

Untuk saya tahun ni saya berazam untuk jadikan ibadah puasa saya #sihatpuasa. Alhamdulillah rasa berbeza sangat, rasa lebih seronok dan lebih tenang (dalam erti kata menahan nafsu serakah selera 'RIMAU' hhehehe...), lebih sihat (perut takde krok krik krok krik dan badan takde la rasa lemau sangat).

Apa yang saya amalkan? Macam jugak puasa sebelum ni cuma ada adjustment sikit yang saya buat terutama ketika berbuka puasa. Yang berbeza sikit tahun ni sebab juadah berbuka air tangan sendiri (sebelum ni duk ngan mentua and ipar jadi berkongsi air tangan dengan mereka).

Dah masuk 5 hari puasa juadah nasi putih tak laku masa berbuka. Mee goreng, kueteow goreng dan nasi goreng yang laku. Mula berbuka makan tamar, pastu minum air suam (cukupkan 8 gelas dalam satu malam) then makan la buah-buahan. Pastu solat dulu, baru sambung makan yang berat (but no nasi putih). Air minuman berais diLARANG SAMA SEKALI. Untuk melegakan tekak yang teringin air sejuk, air yang dalam peti ais tu diteguk seteguk dua je la. Biasa le kan mana nak lepas air sejuk ni hehehe... Pas dah setel berbuka rehat jap then ada buah-buahan sambung makan (pas balik solat terawih). Tido macam biasa la kul 11 @ 12 malam.

Masa sahur esoknya, bangun minum air kosong dulu (memang jadi amalan harian), makan ikut apa yang ada tapi yang ringan. Nasi putih dalam portion yang sedikit, makan roti, lebihan nasi goreng atau kueteow atau mee goreng masa berbuka semalam dan tak lupa jamah tamar. Minum air Milo then lebihkan sikit air kosong dalam 2@3 gelas.

Sepanjang hari puasa buat je tugasan rutin harian sebagai surirumah di samping keluar cari prospek untuk buat servis Guasa. Masa sebelum waktu Zuhur saya lelap kejap.

Apa yang penting moto kita ialah #noicecold dan #sihatpuasa.

Thursday, June 9, 2016

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berada dalam bulan Ramadhan 2016. How is ur Ramadhan this year? Masa dulu-dulu faham bila datang bulan Ramadhan asyik ingat tak boleh makan dan minum je. Bila dah berakal sikit tu ingat Ramadhan ni tentang berpuasa dan solat terawih je. Sekarang ni tambah lagi kesedaran tentang bulan Ramadhan, iaitu fokus utama kita yang kita kejar masa bulan Ramadhan ni.

What i mean is.... ikut kepada apa yang kita fokuskan. Semuanya betul belaka takde salah pun. Untuk saya, tahun ni saya fokuskan kepada #sihatpuasa. Tak perlu le kot nak coleteh panjang tentang kebaikan berpuasa dari segi kesihatan kan, sebab u all semuanya pandai dah bab ni... nk google leh je di sini.

Berbalik kepada fokus yang saya maksudkan tadi, ada yang fokus nak turun berat, nak jengah bazar Ramadhan sebab nak makan juadah 'yang hanya ada di bulan Ramadhan' or fokus nak ibadah terutama solat terawih yang hanya ada di bulan Ramadhan or tak sabar dah buat persiapan untuk menyambut Syawal. Bagi saya azam Ramadhan saya untuk tahun ni, berbuka puasa mengikut sunnah, boleh baca penuh kat sini. Dari semuanya tu, satu-satunya yang saya dah berjaya buat untuk 4 hari Ramadhan ni, alhamdulillah... ialah #noicecold. Seronok sangat dan rasa lain sangat. Sebab sebelum-sebelum ni bila berbuka je mesti nak teguk air minuman sejuk atau berais. Teguk memang tak ingat dunia sampai lastnya perut kembung air. Belum masuk makanan lagi. Lepas tu dah boleh rasa kenyang je makan tamar, minum H2O (air), makan buah dan kuih. Then terus solat dulu. Bila nak sambung makan tu portionnya dah takde la sepinggan, jadi separuh je. Untuk Ramadhan kali ni juadah berbuka pun ala kadar je, ada 2 hari tu saya makan kueteow goreng dan nasi goreng je.

Sebenarnya ini satu petunjuk bagi orang yang dah semakin meningkat usianya ni kan... hehehehe. By the way it is a good sign sebab saya percaya dari pembacaan saya dan pengalaman, bulan Ramadhan boleh jadi turning point untuk kita change lifestyle kepada heathly lifestyle.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak!

Wednesday, July 9, 2014

Cerita Ramadhan Lagi: Sihat bermula Ramadhan ini

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Sejak masuk umur 3 series ni, saya mula mengambil berat tentang kesihatan dan kecantikan (sebab masa zaman bujang tak pernah ambik berat langsung dan tak pernah ambik tau)....

Alhamdulillah...diketemukan dengan ilmu tentang kesihatan dan kecantikan melalui konsep MRT (boleh jelajah lanjut kat sini). Mula membaca dan menelaah tentang kesihatan (paling senang nak dapat info tentang kesihatan dalam akhbar BERITA HARIAN, UTUSAN DAN HARIAN METRO setiap hari Ahad) sehingga diketemukan dengan buku ini 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah.

(Biodata penulis di sini.)


Bila berbicara tentang kesihatan, ramai yang fokus kepada kesihatan tubuh semata-mata. Sebenarnya kesihatan itu satu perkara yang holistik. Merangkumi kesihatan jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial. Ia dinamakan kesihatan holistik.

Jika kita mengabaikan salah satu dari semua perkara tu, jadi pincanglah kehidupan kita. Senang cakap belum cukup sihat lagi..... Cuba perhatikan keadaan sekeliling anda, ramai yang nampak sihat fizikal tetapi rohani dan mental mereka sakit. Dari segi sosial juga ramai yang tak perasaan ada yang 'berpenyakit'.

Panjang pulak celotehnya... Dipendekkan cerita, jadikan Ramadhan kali ni sebagai pencetus (turning point) bagi kita untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Terutama dari segi kesihatannya.

Setiap amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita secara holistik. Sebab apa dari masa bersahur, semasa sedang berpuasa, berbukanya dan amalan ibadat yang dilakukan sepanjang bulan ini boleh memberi pengaruh kepada tahap kesihatan kita untuk hari-hari yang seterusnya.

Sebagai contoh, amalan sunat ketika berbuka dengan memakan kurma terlebih dahulu dengan makan sedikit dan berhenti makan sebelum kenyang, lepas berbuka, kita berterawih pula. Semua tu akan mempengaruhi!

Dalam bulan Ramadhan juga kita diajar untuk bersabar, ia salah satu cara untuk mempengaruhi tahap kesihatan kita. Dalam buku di atas ada menyebut,

"Sering marah ataupun marah secara berlebihan dapat menyebabkan penyakit di dalam jantung dan pembuluh darah. Nabi berkata Marah berasal daripada syaitan dan syaitan terhasil daripada api. Maka padamkanlah kemarahanmu dengan berwuduk. "

So, tak susah nak jadi sihat sebenarnya. Tak semestinya hanya dengan makan suplemen atau mengamalkan diet seimbang kita akan sihat. Ilmu ini perlu dicari, saya ada untuk dikongsikan kepada anda.

Get to know me and more call/whastapp 017-5346280.

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan berlalu.... hikmahnya??

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah hari ni dah masuk 4 Ramadhan. Alhamdulillah... sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menikmati hikmah Ramadhan kali ini. Saya berharap agar kita semua dapat melalui Ramadhan pada tahun ini sehingga ke akhirnya.

Alhamdulillah....sangat merasakan perbezaan yang nyata untuk Ramadhan pada kali ini.

Sebenarnya hidayah Allah itu ada di mana-mana, pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk. Allah pasti akan memberi petunjuk dan hidayah itu tetapi kita sendiri kena mencari.

Alhamdulillah... di usia masuk 3 series ini saya belajar semula tentang kehidupan DALAM ERTI YANG SEBENAR!

Yup!! Saya tidak dapat mengekspresikannya di sini. Kerana perasaan itu tidak terucap dengan kata-kata. Jika mengikuti blog saya sedari awal, saya sendiri merasakan transformasi diri melalui setiap penulisan yang ada di dalam blog ini.

Berbalik kepada kisah Ramadhan, jika anda masih merasakan tiada apa-apa, Ramadhan kali ini masih sama seperti bulan-bulan lain, dan seperti hari-hari biasa... Jangan berputus asa terus mencari HIKMAH dalam setiap hari yang anda lalui.

HIKMAH dalam maksud bahasanya adalah.....(rujuk sini). Salah satu yang saya pelajari di usia 3 series ini, HIKMAH! Ia perlu dicari dan tidak datang dengan sendirinya.

Saya merasakan adalah sangat rugi jika kita melalui hari-hari di bulan Ramadhan ini seperti hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain. Walau perbezaanya hanya pada berlapar dan dahaga, lebih dari itu ada dalam pakej di bulan Ramadhan ini. Lebih dari semata-mata menuntut malam Al Qadar, bersedekah dan membaca Al-Quran.

Mendengar perkongsian dari radio IKIM.fm, bagi orang yang betul-betul memperolehi dan merasai hikmah yang ada di dalam bulan Ramadhan ini, akan merasa sangat gembira apabila Ramadhan menjelang dan akan menangis apabila sampai ke penghujung Ramadhan nanti!

Perasaan ini tidak wujud sendiri, ia perlu dipupuk. Untuk dipupuk, kita perlu mengenali, untuk mengenal, kita perlu ada ilmu dan untuk memperolehi ilmu kita perlu belajar.

Hikmah bulan Ramadhan lebih dari bazar Ramadhan, lebih dari persediaan untuk Syawal, lebih dari itu!!!

Carilah...teruskan mencari Hikmah yang tersembunyi di sebalik bulan Ramadhan ini.

Semoga kita berkesempatan memperolehi hikmah itu dalam Ramadhan kali ini... Amin.

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai TURNING POINT... untuk hari-hari yang mendatang.

credit picca to Google.com

Monday, June 16, 2014

Waiting for Ramadhan... Secrets Revealed

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Nak tau satu rahsia???

Rahsia ni takde sapa yang tau lagi...

Korang orang bertuah untuk tahu rahsia ni dari orang lain...


Rahsianya ialah... Masa bulan puasa ni la korang boleh tambah berat badan berkali ganda atau turun berat badan dalam keadaan yang sihat.

Apa????!! Biar betul??!!!!

Memang betul....

Tips mudah je.

1. Sahur- makan makanan yang berkhasiat.
Kalu ikut sunah Rasulullah S.A.W, makan buah kurma dah memadai. Bersahur bukan nak mentekedarah kononnya sampai ke berbuka nanti kenyang. Bukan!!! Selain dari pahala bersahur, kita nak menyediakan perut untuk kosong selama lebih dari 8 jam sehari. So, cadangan saya paling sesuai untuk dimakan semasa bersahur adalah ELKEN SPIRULINA. Bukan sebab diwar-warkan tentang kebaikan ia sebab nak disuruh beli, tapi dengan pemikiran logika akal. Kalu nak sihat walaupun berpuasa, amalkan pemakanan seimbang. Time bersahur mana la sempat nak disediakan keseluruhan keperluan nutrisi dalam sehari, makanya apa yang dikaji dan dibuktikan ada dalam Elken Spirulina, Insya Allah akan memberikan manfaatnya. Saya dah amalkannya sejak 2010...sehingga sekarang!

2. Masa berbuka- Makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang.
Banyak makan itu adalah sifat mazmumah (rujuk sini) jadi di bulan penuh keberkatan ini, tak sewajarnya kita memenuhkan perut kita ketika berbuka sedangkan dari segi fitrah, berpuasa adalah untuk merehatkan perut dari bekerja tanpa henti selama 11 bulan. Wajarnya kita makan sedikit, berhenti sebelum kenyang dan makanlah makanan yang seimbang.

3. Minum air kosong secara 'berlebihan'- bagi menggantikan cecair yang berkurangan di waktu siang hari semasa berpuasa.
Amalkan minum habis satu botol 1 liter air kosong semasa selepas berbuka sehingga waktu bersahur. Paling bagus minum air tulen.

4. Sebelum ramadhan tiba- kasi cuci itu perut dan usus dulu.
Boleh ke....???
Kasi cuci, bila berpuasa perut dan usus pun dah kurang kotoran degil di dalamnya lagi bermanfaat kita berpuasa dari segi kesihatan.
Nak tau lebih lanjut jom sembang ngan saya.


Jom Follow Me