Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Monday, September 12, 2016

Salam Aidiladha 1437 Hijrah

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Apakah erti pengorbanan buat diri kita?
 Salam Aidiladha 1437 Hijrah

Wednesday, July 13, 2016

#Throwback Eid Al Fitr 2016

Assalamualaikum... Good Morning!!

Alhamdulillah... Allahuakhbarx3... Syukur sangat-sangat kedatangan Syawal 2016 membawa kisah yang sangat bermakna dan satu permulaan yang baik untuk Syawal yang seterusnya amin....

Alhamdulillah dah pun masuk 8 Syawal hari ni. Ramai dah mula kerja. Cuti raya kali ni memang singkat. Ada yang bekerja dalam mood raya..hehehe. Dan tak boleh tahan masa semua warga kota berpusu-pusu nak balik ke rumah masing-masing pada Ahad lepas sebab Isnin dah start keje. Memang happening tengok kat TV kesesakan yang berlaku di merata highway dan jalan raya. Happening (sebutannya haipening) sungguh kan!!

 Hari ni nak kongsi kisah 1 Syawal di rumah saya. Seronok sangat sebab kali ni saya dapat kumpulkan 2 keluarga besar bersama-sama sambut 1 Syawal #keluargaTokMat #keluargaTokAli. Ikut turn raya tahun ni saya kena raya ngan keluarga mentua. Walau dekat tapi untuk berlaku adil kena take turn gak tau.... So, saya amik peluang untuk kumpulkan keluarga saya bersam-sama dengan keluarga mentua. Apa jadi? Ni la jadinya...... sangat awsome!!

Juadah hari raya

4 sekawan

Part of my in laws family

Part of my in laws family

Me Family


Together gether



Makan together gether

  
Me and other half

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
 

Monday, June 27, 2016

Ceritera orang yang tak pernah buat biskut raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Dalam hidup kita ni setiap perkara pasti ada 1st step, langkah permulaan untuk kita buat apa pun mesti mula dengan niat. Semenjak dah duduk umah sendiri, saya pasang niat setiap tahun raya saya nak buat kuih sendiri. Tahun pertama saya mulakan misi ni tahun 2015, alhamdulillah permulaan yang baik.

Alhamdulillah jugak tahun 2016, saya mulakan misi ni dengan inisiatif sendiri, tetapi dengan pemantauan dari Mak mentua. Nak belajar kena la ada mentor kan... So hasilnya selepas 2 hari bertungkus lumus.

Ta da!!!!

Gigih berusaha! Nampak tak latarnya di situ...heheh

Semperit in the making....

Biskut Badam Nestum

Biskut Sarang Semut

Almond London Sebelum dan sesudah itu...

Nyum...Nyum!


 Alhamdulillah, yang paling seronok dapat belajar buat biskut favorite yang sebelum ni kalau nak makan beli kat kedai bila ada budget je, takde budget tak de la merasa. Alhamdulillah pasni leh makan sepuas-puasnya!!

By the way nak citernya, bila buat sendiri biskut raya ni baru la dapat rasa perasaan orang-orang meniaga jual biskut raya tu. Terutama sekali biskut almond london tu. Senang buat tetapi memerlukan kesabaran tahap tinggi sebab apa? Cuba le buat sendiri baru tau... hehehehe.

Dah 2 kali buat biskut raya sendiri fahamlah saya asas nak buat biskut ni sama je adunannya cuma yang membezakan tu tambahan bahan-bahan sampingan seperti Nestum, serbuk koko, oat, badam, etc. Saya pun pilih buat biskut yang mudah dan barang yang diperlukan murah dan senang diperolehi. Bahan utama tepung gandum, mentega, majerin (5 biskut guna mentega, ada 2 lagi guna majerin sebab nk jimat.. hehehe), telur, tepung jagung dan esen vanila.

 Pengalaman setahun sekali memang seronok rasanya. By the way ni la ekspresi diri orang yang tak pernah memasak tetiba kena belajar buat sendiri biskut raya. Teruja terlebih sudah!! Hehehe....

Thanks kepada kawan-kawan yang share resepi mereka di Internet. Sangat-sangat membantu.

Friday, June 24, 2016

Azam 2016: Biskut Raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Hari ni nak kongsi cerita tentang persediaan menyambut Syawal. Tahun lepas kali pertama dalam seumur hidup buat kuih raya, citer lanjut baca sini. Tahun ni dan insya Allah tahun seterusnya menjadi azam tahun baru untuk buat invention kuih raya dengan jari jemari Ibu Ilyanie. Hahahahaha!! (gelak orang jahat)

Untuk Syawal 2016, dah prepare beberapa resepi dan dah pun beli barang-barang untuk buat biskut raya. Cadangannya nak buat kuih semperit (alhamdulillah menjadi tahun lepas kali ni kita buat lagi), biskut chocolate chip, cornflakes coklat, biskut sarang semut (siyes!! mula-mula idak le tau ni biskut apa, anak yang sulung request... so tahun ni kita cuba try test okey! hehe), biskut badam nestum, popia mini dan one more.. jeng3x nak try buat biskut almond london u!!!

 Confident level ada dalam 75%, so kita tengok la nanti hasilnya ye.... Tunggu!!

Saturday, August 15, 2015

Great Achievement 2015

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!!

Setiap orang ada melalui kisah pencapaian yang dibanggakan. Even baby pun akan diraikan pencapaiannya bila dah boleh berjalan dan bercakap.

Kali ni nak share dengan korang kisah pencapaian kecil aku pada hari raya tahun ni, 2015. Citer nya sejak dari zaman bujang tak pernah pun berasap dapur atau berbau biskut, kuih atau kek raya bila nak dekat2 raya. Selalunya mak akan tunjuk-tunjukkan kat kedai je. Bila dah kahwin dok serumah dengan mak mentua, baru merasa dapur oven berasap dan berbau biskut raya kat umah bila dah nak dekat-dekat raya tu.

Untuk tahun ni, bila dah duduk rumah sendiri lagi pulak nak save budget nak tak nak, reti tak reti, tau ke tak tau kena buat jugak la biskut raya tu. Alhamdulillah... Menjadi la 5 jenis biskut raya dari air tangan Ibu Ilyanie sendiri. Since kami anak beranak gemor bebenor biskut chocolate base ni, maka jadilah biskut badam nestum, biskut badam bercoklat, biskut koko, biskut jejari bercoklat (dah abis dah biskut-biskut ni) dan jangan tak tau dengan tangan Ibu Ilyanie menjadi jugak buat biskut semperit you!!

Moralnya, jangan kata tak tau, tak reti, tak pernah buat, tak pernah belajar buat makanya tak boleh nak buat biskut raya ni. Sebabnya aku pernah cuba buat biskut raya jadi keras macam batu, buat kek ke tong sampah akhirnya. Kena berani dan jangan putus asa, terus mencuba tau. Usaha tangga kejayaan!

Tuesday, August 11, 2015

Masa Berlalu Tanpaku Menyedari

Assalamualaikum... Selamat pagi!!!

Lama gilerrrssss!!!!!! X hapdet blog. Rindu....!!!! Macam-macam nak tulis, masa saja yang mencemburui kita. Ni pun dah nak hujung-hujung Syawal dah. Di kesempatan yang bersisa ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Bila cakap pasal masa, sekejap je dah nak masuk ke fasa terakhir 2015. Macam mana progress tahun 2015 ni? Whatever it is... Sentiasa #syukurselalu dengan setiap yang berlaku. Ambil iktibar dan hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku di dalam hidup kita. Pencapaian yang kita perolehi kita #syukurselalu dan usaha lagi untuk pencapaian yang seterusnya.

Ok la cukup sesi membebel kita pada petang ni. Sekian....

Monday, August 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

Walaupun Syawal dah sampai ke penghujung, saya tetap tak mahu ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua penjengah blog puterihannan @ IbuIlyanie.



Sambutan Aidilfitri tahun ni sederhana sangat sebab kena keje di pagi Syawal....!!! Huhuhuhuhu.... Makan rendang ketupat kuih raya pun tak puas!

Sian kat anak-anak sebab tak dapat beraya bersama-sama.

By the way, sibuk jugak dengan preparation untuk pindah ke rumah baru. Alhamdulillah dipermudahkan dan dimurahkan Allah rezeki untuk tinggal di rumah sendiri. Insya Allah dalam proses pengubahsuaian sikit di bahagian dapur nak pasang gril pintu dan beli perabot.

 Tak banyak cerita, layankan je...


BUDAK YANG SANGAT RAJIN.... SEBELUM

RAJIN LA SANGAT KAN.... SELEPAS

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...

Ucap selamat yang terlewat...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Monday, August 27, 2012

Masih dalam mood raya

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Everyone in Hari Raya mood... walaupun ramai yg dah bekerja dan anak2 pun dah mula bersekolah hari ni.

Buktinya.. semua org menayang gambar2 chantek di hari raya di FB dan jugak di blogspot masing2... termasuklah saya.

Oleh itu, saya dengan ini mengumumkan bahawa saya pun nak tayang gambar raya..

Nanti next n3 saya akan kisahkan ceritera selepas hari raya yg banyak berlaku pada masyarakat Melayu kita. Nak tau apa dia?? Nantikan episode yg seterusnya ye...

Kita layanz...

Sebahagian besar keluarga mentua saya


kakak ipar and Family

kakak ipar and family

adik ipar and family

mak anda adik ipar

Tema Oren utk tahun ini...

Pagi raya di Hospital Slim River.. Semoga moyang Jihah and Wawa cepat sembuh, Amin....

Gelagat 3 beradik





Me and Him... (Luv this picca)

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum... Selamat pagi!!


Ramadhan dah pun sampai ke penghujungnya. Totally masa berlalu SANGAT PANTAS!!! Tak lama lagi umat islam akan menyambut Syawal, bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa. 

Dah akhir Ramadhan ni terasa jugak sayunya sebab dalam setahun bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa bagi kita. Tapi, life goes on dan di kesempatan ini...

Saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan secara langsung atau tak langsung berlaku di dalam penulisan saya telah menyinggung perasaan mana2 pihak. Saya juga nak bagi pesanan penaja sikit, berhati2 di jalan raya semasa pulang ke kampung dan jangan pelahap sangat makan di musim raya ni, nnt naik berkilo2 pulak berat badannya.. hehe..

Akhir sekali..




 "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"

Im sorry. Pls forgive me, Thank you, I love u. 

Tuesday, September 14, 2010

Ceritera Raya 2010

Raya tahun ni disambut ala kadar jek. Tapi yang pastinya tema raya kali ni (n of course setiap tahun dan juga di mana2 pun jua) pasti temanya MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN...

Raya pertama: Rumah Opah di Sungkai Perak

Tahun 2010 ni agak menyedihkan sket beraya di Sungkai sebab cuma keluarga kami saja yang balik beraya. Adik beradik mak yang lain (yang masih ada) semua tak dapat balik. Kesian kat Opah.. sebab dari kecil aku beraya di Sungkai, umah opah mesti penuh ngan sanak saudara. Walaupun cuma keluarga kami saje yang ada, raya tetap happening ngan aktiviti MAKAN.

Family potrait

One happy family (Insya Allah...)

Candid si Wawa

Abah with Opah

Loving couple

The sista

Suke picca nih...

Budak kecik yang nakal... si Harraz

Family adik aku

2 budak nakal

Raya kedua: Balik Ipoh umah MIL

Takde pape aktiviti pun sebab keluarga MIL pegi beraya kat Perlis. Diorang bertolak awal pagi so tak dapat nak join sekali. Sampai di umah terus uruskan laundry yang dah penuh bakul.


Dah ready nak balik Ipoh

Raya ketiga: Rumah MIL, Ipoh

Bila 5 keluarga berkumpul dalam umah kecil yang didiami oleh MIL aku ni, makanya takde benda lain nak buat selain dari MAKAN..MAKAN.. DAN MAKAN...

Bangun pagi2 lagi dah bersiap sarapan terus bershopping ke Pasar Besar Ipoh. Rancangan menu raya ketiga ni, tengah hari: Ikan bakar, ketam masak gulai kari, Daging Masak Itam (menu yang aku ngidam2kan sejak sebelum bulan Ramadhan...). Memang kenyang tak hingat!!!

Sedang tumis bawang... baru nak mula tunjuk skill

Ta daa!!!! Nin dia daging yang telah masak n kena masak lagi sampai kering
Tambah kicap untuk bagi hitam

Menjelang senja persediaan dibuat untuk MAKAN LAGI. Of course kalu korang penah baca n3 aku sblm ni, bila berkumpul keluarga MIL aku ni tak lain dan tak bukan BBQ la... apa lagi... BBQ kali ni different sbb selalu kitorg bakar sausage, isi ketam & ayam sahaja. Kali ni ada tambahan sausage, isi ketam, ayam, sotong dan udang!! Memang senak perut dibuatnya....

Nin dia....

MIL yang sangat ROCK oooo!!!

Gigih menyiapkan hasil pembakaran

Geng pro tengah bertungkus lumus

Makan time!!

Main bunga api sangatlah perlu untuk menambah keriuhan...

Raya keempat: Rumah MIL, Ipoh

SIL dah bertolak balik ke KL so umah pun dah sunyi dari riuh rendah anak2 buah. Tapi sesi malamnya aku isikan dengan aktiviti 'JUST THE 3 OF US'. Jalan2 cuci mata kat Jusco Kinta City.




Begitulah ceritera Hari Raya 2010 milik aku sekeluarga.... How bout u all?? Mesti lagi happening...

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN."

Jom Follow Me