Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, April 6, 2018

JIka tak pecahkan ruyung...

Assalamualaikum..

Dalam diri manusia ni ada satu sifat suka berfikir perkara yang belum berlaku. Belum lagi cuba dah fikir macam-macam kesannya. Perasaan takut tu memang normal, itu ada pada semua manusia kerana kita belum pernah atau tidak biasa melakukan sesuatu perkara tu.

Contohnya, memandu kereta.

Orang yang dah 20 tahun memandu kereta boleh mendabik dada berkata pada orang yang tak pernah memandu kereta bahawa memandu ni kacang je! Kan...
Bagi orang yang tak pernah memandu, perasaan takut tu seumpama nak kena terjun ke bawah dari tingkat 20. Takutnya tu hanya Allah je yang tau, nebes tu usah le cakap. Seram sejuk je rasa dari rumah nak ke tempat sekolah memandu untuk kali pertamanya memegang stereng kereta kan...

Itu fitrah sifat manusia yang Allah ciptakan serba kekurangan banyak khilafnya. Tetapi dalam Al-Quran Allah sendiri menyebutkan yang dia jadikan manusia ni dengan sifat dan fitrah yang hebat dan luar biasa. Kenapa agaknya?

Manusia dijadikan dari tanah (Surah Al Hijr:26),

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."

yang pada pandangan Iblis tak selayaknya disujudkan pada manusia itu kerana kejadian kita yang asalnya dari tanah itu (Surah Al Hijr:33).

Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".

Walaupun begitu, Allah Maha Mengetahui penciptaan segala yang ada di langit dan di bumi telah memberikan fitrah istimewa untuk kita (At-Tiin: 4).

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

Jika tak dipecahkan ruyung...

Jika kita nak berjaya di dunia dan di akhirat, jika kita tak memulakan langkah pertama kita takkan dapat hasil yang kita mahukan.

Allah dah tentukan bahagian hidup kita. Tetapi Allah bagi peluang untuk kita memilih ketentuan yang macam mana yang kita mahukan. Yang baik atau tidak.
Segalanya perlu dikembalikan kepada yang HAK. Kita usahakan sahaja. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji atau pun melakukan perniagaaan, hidup kita pada asalnya diutuskan ke muka bumi adalah untuk beribadah.
Biarlah apa saja yang kita buat itu mendatangkan pahala seperti beribadah kepada Allah.

Wallahu'alam.

Monday, April 2, 2018

Tips Biz Dropship

Tips Biz untuk Newbie
Biz tanpa modal (Part 1).

Yup! Untungkan buat biz tanpa keluar modal. Mula-mula kakyung start jadi dropship Nurraysa memang tak keluar modal.

Tapi kan....
RM untuk beli top up internet tu dikira modal la kan?
RM untuk isi minyak kereta jika buat COD macam kakyung tu dikira modal kan?
RM untuk beli plastik bungkus barang nak bagi customer tu kira modal kan?
Jadinya kakyung masih kena keluar RM untuk menjalankan aktiviti bizdropship walaupun permulaannya dikatakan Biz tanpa Modal..

Hukumnya simpel je.. buat Biz mesti kena keluar RM untuk dapat hasil berbentuk Jualan@Keuntungan.

Yang dikatakan Biz tanpa Modal itu hanyalah tidak keluar RM untuk beli stok, set up biz itu sendiri dan set up premis. Ini yang dikatakan tidak keluar RM sebagai modal permulaan.

Itulah kelebihan yang ada bagi newbie yang pestime nak mencebur diri dengan biz on9, yang takde RM sebagai modal permulaan.

Biz Modal Rendah.

Jom Follow Me