Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label OUTING. Show all posts
Showing posts with label OUTING. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Rekreasi

Sabtu dan Ahad lepas masa dihabiskan bersama2 kami bertiga (+ 1) di dua taman rekreasi yang berbeza.

Sememangnya menghabiskan masa bersama keluarga adalah paling berharga tak kira la kat mana pun kita pegi.. setakat g padang rekreasi pun jadi best...

Meh kita layan picca...

Sabtu: 16/10/10- Padang Polo

First arrival kat padang polo... clueless tak tau nk g mana..

Then she decided nak main kat playground tuh, tp budak2 crowded gilerss so tak jadik gak...

At last kitorang bawak dia g main motor nih.. mula2 tuh janggal dia nak control handle tuh.. tak sampai 5 minit...

Dah pandai sket nak control handle... lastly...

See.. dah pandai dah dia.. jauh sampai abah kena kejar ke depan dulu... Masa nih aku tengah melayan Laksa Kedah...

Kitorang bagi la dia lepas gian main kat playground for budak kecik...

Then amik picca kami bertiga + 1

Lihat perutku... RAMPING kan???? Hehehehe... (28 weeks preggy)



Ahad: 17/10/10- Eco Park, Taman Botani Simpang Pulai

Ramai jugak org dtg walaupun dah kul 6.oo ptg masa kitorg sampai

Cam chanteq plak picca nih.. diambil ngan kamera digital olympus (pinjam abah nye... :D)

Merenung ke masa hadapan...

Nape ek ramai orang kat situ????

Tengok saiz ikan2 tuh.. gedebak u!!!

Menempel la kejap... (Kat sini ramai orang bagi makan ikan... makanannya roti gardenia pun boleh...)

Larian marathon 2 beranak meninggalkan Ibu jauh di belakang... huhuhu.. tak larat nak kejor...

Tak abis lagi marathonnya.. kehabisan oksigen Ibu dibuatnya..

Kasi chance main kejap b4 balik umah.. ni pun jenuh berkonfrontasi ngan si kecik ni sbb tak mo balik..nak men kat playground tuh... JENUH!!!



That's how we spend our time last weekend TOGETHER...

Monday, May 10, 2010

HADIAH HARI IBU.....


Sempena Hari Ibu semalam, takde apa yang menyenangkan hati aku melainkan dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anak aku, Wawa. Disebabkan masa yang aku ada sepenuhnya di gerai aku, maka dapat sehari cuti dan bersama Wawa, sangatlah seronok!

Hari ni gerai aku tutup sebab kena wat 'Gerak Kemas' atau dalam perkataan mudahnya Gotong-Royong, lepas selesai upacara kemas mengemas tu, aku g bawak anak aku jalan-jalan shopping kat Jusco Ipoh.

Memang seronok!!! Yang paling best tu aku ngan Wawa melayan makan AISKRIM BASKIN ROBBINS....! Sedap.... sebab dah lama tak merasa. Dengan 3 perisa aiskrim (tengok kat photo tu, yang satu lagi perisa tak dapat cari gambarnya) dan topping caramel serta coklat M&M.


Choclate Chip (Vanila ice cream with lot of bittersweet chocolate chips).
Jamoca (Jamoca ice cream with a chocolate fudge ribbon and roasted almonds).

Mmmmmmmm..nyum...nyumm.....memang sedap!! (Aku tak de digi cam, so tak dapat nak tayang gambarnya....). Tapi korang mesti leh imagine rupa dan leh terasa RASA aiskrim BASKIN ROBBINS tu kan... Alamak! Kecur air liru aku, macam nak makan lagi....

Dah puas melayan aiskrim, baru gi jalan-jalan and aku sempat singgah kat kedai buku MPH. Korang leh teka tak buku apa yang aku cari?

Ha.......Buku ni.... (Sila tengok di bawah).
Akhirnya aku dapat memiliki Cinta Sufi.... lengkaplah trilogi Bagaikan Puteri aku. Korang harus membaca trilogi ni tau. Best!! Mesti layan dan kalu dah mula baca mesti nak baca lagi...dan lagi...dan lagi....

Trilogi hasil karya Ramlee Awang Murshid (Novelis Thriller No. 1 Malaysia).

Dah penat berjalan-jalan, melayan karenah Wawa bermain kat children playground kat foodcourt Jusco and sempat sambar 2 3 helai baju untuk aku dan Wawa, barulah kitorang gerak balik. Best dan enjoyable...

p/s: Happy Mother's day to all mothers in the world....

Thursday, April 22, 2010

BESTNYA BERENDAM...MACAM BADAK BERENDAM?


Dua hari aku tak niaga. Sekarang ni penat sikit sebab aku yang pulun uruskan kedai tu sendiri (tanpa pembantu) dari membeli barang, memasak, setting, berjual, mengemas dan membersih. Fuhh!! Lengkap pakej dalam sehari. Memang penat tapi nak buat camne? Inilah kehidupan aku sekarang.

Masa 2 hari bercuti pun bukan le cuti sangat buat aku, sibuk ngan Wawa dan Mr. Hubby pulak. Tapi yang tak hingat tu... Hari Selasa lepas aku bertiga beranak melepaskan geram terjun dan berendam ke dalam air sungai di kawasan perkelahan Ulu Chepor.

Best...best...!!! Aku dah jadi gian pulak sekarang ni, mesti nak berendam dalam sungai tu kalau aku cuti niaga. Wawa apatah lagi, dalam terketar-ketar menahan kesejukan air tu nak jugak sama berendam. Ada beberapa faktor yang menjadikan Ulu Chepor tu tempat yang paling best untuk berendam bagi aku, Mr. Hubby dan Wawa.

1. Jarak dari rumah mak aku di Pekan Razaki (atau dari rumah MILkat Kg ) ke Ulu Chepor tak de le sampai sejam, dalam 30-45 minit je masa perjalanan. Dari rumah dah siap pakai "berendam outfit" so, sampai aje leh terus berendam...

2. Duit minyak pun tak le luak sangat kalu nak ke Ulu Chepor tu pergi balik dari rumah mak aku
kat Pekan Razaki (atau rumah MIL kat Kg. Melayu), so... safe budget.

3. Masa pegi ari Selasa tu, entrance tak kena bayar pun. Kalau tak, ada sekali pegi weekends kena bayar RM2.00. Safe budget lagi...

4. Pegi hari Selasa ari tu pun, tak ramai pengunjung. Ada tu ada tapi tak le crowded sangat. Cuma yang ramai a group of budak-budak PUO buat aktiviti jungle tracking. Aku, Mr. Hubby dan Wawa conquer tempat yang kitorang mandi tu tanpa gangguan. Oleh sebab Wawa di bawah paras ketinggian, jadi kitorang mandi kat tempat paling "dalam" untuk Wawa.

5. Menikmati kesejukan air sungai Ulu Chepor tu buat aku nak dok berendam lelama je kat dalam sungai tu. BEST! Memang best! Sambil menikmati bekalan makanan bawak dari rumah (safe budget)... Boleh korang bayangkan excitementnya?

6. Tempat nak salin baju memang takde masalah walaupun ala kadar je ruang tertutup tu tapi, nak menyalin baju tu tak le sesusah kena bayar RM1.00. (Safe budget lagi!)

Dipendekkan citer, memang berbaloi-baloi habiskan masa di Ulu Chepor.

Layan le...A few snapshot dari web cam laptop aku untuk tatapan semua.... (citernya aku takde digi cam, ini je kemudahan yang ada demi untuk mengabdikan secebis kisah di dalam blog aku ni :D).

Lihat wajah Wawa menahan kesejukan, kaki dia tu memang dah sejuk berendam dalam air tu.

Happy faces of Mr. Hubby and Wawa






Wawa and Ibu

Jom Follow Me