Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

Assalamualaikum...Selamat Pagi!!!

Hari ni saya ingin berkongsi ilmu tentang perkara serius yg berlaku dikalangan preggy mommy tetapi ianya tidak diambil serius dan sering dipandang remeh (saya pun gitu juga... kira baru tau le ni).

Di dalam akhbar berita Harian bertarikh 10 Mei 2012, memuatkan artikel bertajuk MUDARAT IBU, ANAK: Anemia boleh ragut nyawa wanita, anak lemah mental.

Apakah itu anemia, kekurangan zat besi??

Anda boleh layari web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Anemia in Pregnancy.

Menurut artikel di dalam akhbar Berita Harian, ramai wanita mengandung yg mengalami masalah seperti letih, emosi terganggu dan lemah badan adalah simptom biasa yg dialami akibat perubahan hormon ketika mengandung.

Tetapi persepsi ini TIDAK BENAR SAMA SEKALI kerana

"kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.
Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.
"


Mengapa ibu2 yg mengandung perlu mengambil berat tentang perkara ini?? Ini kerana, menurut pakar kekurangan zat besi boleh mengakibatkan kesan yg serius iaitu

"Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya"
 

Rupa2nya rutin yg kita selalu buat kat klinik bila dtg utk check up bulanan tu sangat2lah penting kan, terutamanya bila kita kena check HB. HB kurang bukan sst yg biasa bagi ibu2 mengandung, kalu HB kurang dari 11g/dl maksudnya itu petanda bahawa bb kita tidak mendapat khasiat dan keperluan sebenar untuk dia membesar di dalam rahim kita.

Jadi macam mana caranya untuk kita mendapatkan sumber zat besi ini, bagi mengelakkan anemia??

Setiap kali check up pasti kita akan dibekalkan dengan ubat-ubatan berupa pil termasuk iron pills. Tapi ada sesetengah orang yg tak boleh nak masuk pil ini sebab rasa logam dan kesan sampingan yg mungkin boleh dialami iaitu sembelit.

Kita boleh juga mendapatkan dari sumber2 makanan seperti 

  • Green Leafy Vegetables Broccoli
    Spinach
    Greens
    Kale
    Bok Choy
  • Beans Tofu
    Kidney Beans
    Black-eyed peas
  • Whole Grain Bread & Cereal
  • Eggs
  • Brown or Converted Rice
  • Enriched Pasta
  • Lean Red Meats
PERSOALANNYA??? Berapa ramai dan berapa lama masa yg anda ada untuk menyediakan hidangan tersebut setiap hari??? Sedangkan keperluan untuk mendapatkan sumber zat besi itu diperlukan SETIAP HARI?!

Menurut pakar, spirulina adalah sumber terbaik zat besi kerana ia menyumbang 56 kali lebih banyak berbanding sayuran bayam dan juga mengandungi vitamin B12, 2.5 kali lebih banyak daripada hati lembu. 2 sumber khasiat ini membantu menjana darah, membentuk sel darah merah, menambahkan pigmen merah darah dan memulihkan anemia.

Jadi penyelesaiannya adalah ELKEN SPIRULINA!!!! Mengapa ELKEN SPIRULINA??

1. REKOD BERPRESTIJ

2. DISAHKAN 100% ORGANIK

(Memang banyak spirulina di pasaran tetapi risiko keselamatan dan kesihatan perlu diambil berat bila mengambil spirulina sbb dietry supplement, klik utk rujukan).

3. PENGASAS TERKEMUKA (Saya mengenali dan pernah berjumpa pengasasnya).


 4. Anugerah Tempatan dan Antarabangsa

JHFA certification JHFA certification by the Japan Food & Nutritional Food Association
Golden Award - Taiwan Health Food Society Golden Award from the Taiwan Health Food Society
National Biotechnology & Medical Care Quality Award National Biotechnology & Medical Care Quality Award
Golden Award by Taiwan Health Food Society Golden Award by Taiwan Health Food Society
Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association
GMP Food Certification GMP Food Certification
Certified ISO14001 by SGS, UK Certified ISO14001 by SGS, UK
Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM) Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM)
Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant
Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University
Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Association Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Associatio


5. Terbukti dengan Analisis, Kajian Saintifik dan Klinikal


Nak tau lanjut tentang ELKEN SPIRULINA ni, boleh jengah ke blog saya http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/.



Monday, May 2, 2011

Healthy Preggy Mummy, Healthy Baby

Assalamualaikum semua!!


Saya nak berkongsi pengalaman preggy utk kedua2 princess dengan anda semua, berkenaan dengan amalan kesihatan yg saya amalkan masa mengandungkan kedua2nya serta outcome selepas bersalin. Memang la orang tua2 kata, setandan pisang tak sama semuanya. Tapi saya percaya pada "Healthy Mummy, Healthy Baby". But then again, semua tu atas rezeki dari ALLAH, cuma tak salah kalu kita berusaha, kan?!


Before saya proceed, saya nak inform tentang persamaan dulu.
1. Dilahirkan sihat tanpa sebarang kecacatan, Alhamdulillah..
2. Berat lahir yg sama: 3.25kg, kebetulan pulak!
3. Pada bulan yg sama iaitu Januari cuma beza tarikh yg adiknya 5 hari kemudian dari DOB kakaknya, ni memang dh plan tp Alhamdulillah ALLAH nak bagi rezeki awal sprt yg dirancangkan.
4. Dilahirkan kedua2nya ikut tingkap, melalui cesarean section (c-sect), atas sebab yg sama iaitu bukaan jalan tak improve more than 12 hours, yg 2nd bb ni memang try nak normal tp.. leh baca pengalaman saya di sini.
5. Kedua2nya pun kena pecah air ketuban, huhuhu...

Then, yg tak sama.
1. Masa preggy kakaknya, takde alahan cuma alahan gatal2 masa bulan keempat preggy. Masa preggy adiknya alahan teruk loya, mabuk, angin, gatal2, belahak, demam, selesema. Mcm2!
2. Pengalaman bersalin kakak walaupun czer, tak susah mcm adiknya. Anda baca la sendiri yek pengalaman bersalinkan adiknya.. Memang pengalaman sepanjang hidup!
3. Masa preggy kakak takde amalkan makan supplemen kesihatan, masa preggy adik supplemen kesihatan ELEKEN jd amalan.
4. Adik dapat peluang kolustrum pertama within 1hrs delivery, kakak takde peluang tu, mula2 dh telan FM. Sedih.. sob..sob...
5. Kakak ada kuning adik tak de kuning, alhamdulillah...hasil khasiat susu Ibu dan supplemen kesihatan yg saya amalkan tu dpt kat adiknya.
 6. Amalan supplemen kesihatan diteruskan sehingga hari ni, Alhamdulillah syukur sebab adiknya takde kena demam lagi walau dh kena cucuk 3 kali. Kakaknya sangat lemah sistem imun, senang kena demam dan tak boleh cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Sian kakak!


Macam saya kata di awal2 tadi, amalan pemakanan tu yg menjadi faktor pelengkap kepada kesihatan ibu dan anak yg dikandung. Saya selalu positif ttg preggy ni sebab masa preggy ni la masa nak berdiet plg sesuai. Bukan diet tak makan langsung tau.. tapi diet sihat dan pemakanan seimbang.


Sebut pasal berdiet nih, masa saya preggy kedua2 princess saya memang saya kurangkan yg mana patut dan tambahkan yg mana patut. Firstly, saya tak amalkan minum ais masa preggy pertama, tp ntah mcm mana preggy 2nd saya gila nak minum air sejuk! Heheh.. yg ni jgn amalkan sangat tak elok tuk badan sendiri, dh tua2 nnt baru tau la mcm mana rasanya. That's why bl saya bersalin kali kedua saya nekad tak mo minum ais and alhamdulillah jadi amalan saya minum air panas or suam jek skrg.


Yg lain2 saya amalkan kurangkan jajan, kurangkan fast food, kurangkan lemak, gula garam, kurangkan minuman kafein dan teh, tambahkan sayuran buah2an dan jugak amalkan makan supplemen.


Mesti anda semua ingat saya nak jual produk. Oh.... jangan la judge saya dulu, lagipun saya bukan jurujual. Takde produk pun kat tangan saya nak dijualkan kat u all semua, saya nak kongsi sedikit tips yg menjadi amalan saya masa preggy, itu jek! Teruskan membaca k!


Perlu ke supplemen???  Perlu ke tidak itu atas budi bicara masing2. Tapi saya di sini nak berkongsi kebaikan supplemen kesihatan ELKEN yg saya gunakan. Kalu nak tau lebih lanjut tentang supplemen yg saya amalkan, sila terjah blog saya yg satu lagi [duniakuelken.blogspot.com].


But then, semua kebaikan tu datang dari ALLAH tapi kita sendiri tak salah berusaha dan membuat pilihan. Sebab selagi hidup memang kita akan berhadapan dengan pilihan. Tepuk dada tanya selera!


Kalu nak tengok produk2 ELKEN yg saya gunakan leh jenguk FB saya, saya share Album to everyone.


Selamat beramal!!

Wednesday, January 19, 2011

Flashback: Part 2

Mengenang semula kisah dimasukkan ward buat kali kedua pada 10 Januari 2011, dan bersalinkan Nur Ilyanie Najihah pada 12 Januari 2011, membuatkan saya terfikir ALLAH itu maha adil meletakkan martabat seorang ibu tinggi dari semua makhluk.

Bukan mudah bagi seorang ibu untuk melahirkan dan membesarkan. Dan iktibar itu saya dapat dari pengalaman saya melahirkan NUR ILYANIE NAJIHAH.
Walaupun punca saya bersalin czer kali kedua tak berbeza dengan yg kali pertama, tetapi saya merasai keseluruhan proses dari mengandung dan bersalin walaupun end up dengan czer.

Ringkasan fakta kejadian:

10 Januari 2011: 
Selepas admitted pd 5 Jan then kuar pd 8 Jan 2011, on this day segalanya bermula.

Pada jam 9.00 pagi, ada leaking (turun tanda air) then ada turun darah, bergegas ke wad bersalin untuk check up. Itu ini, begitu begini, jam 11.30 pagi warded.

Petang tu, doc review kata bukaan 3 cm and doc advice untuk induce pada keesokan harinya jika takde progress bersalin within 24 hrs.

Mula rasa kontraksi yg agak kerap dan sakit sedikit berbeza dari yg dirasa pada 5 Januari ari tu.

11 Januari 2011:
Kontraksi semakin kerap dan sangat sakit, 3 to 4 times in 5 minutes. 

Jam 9 pagi ready for doc review, and at last doc kata tak yah induce sebab dh ada kontraksi. Just waiting for the right time for bb to come out katanya... Fuh!!! Lego den. Walaupun tak tau macam mana rasanya bila kena induce, tapi memang tau akan bertambah2 rasa sakitnya. Kan??

Doc review, utk masuk LR pecahkan ketuban dan wait and see the progress...

Jenuh menunggu, kontraksi semakin kerap dan sangat2 sakit... akhirnya jam 9.30 malam di hantar ke LR.

Jam 10 malam, air ketuban dipecahkan dan bukaan still 3cm.

12 Januari 2011:
Tunggu..tunggu..terus menunggu... kontraksi semakin kuat dan klimaksnya pada sekitar jam 4 pagi, n ketika tu bukaan jalan improve 5cm. Sakit kontraksi yg tak penah saya rasakan sebelum nih. Dalam hati saya berkata pada ketika tu, rupa2nya ini le sakit yg plg sakit selepas sakit nak meninggal (betul ke ayat tu?). Tapi memang tak pernah rasa sakit seperti itu seumur hidup sebelum ni. Insaf sekejap pada kekerdilan diri.

Pada ketika sakit tu, saya menjerit sekuat hati dalam LR tu. Sakit........!!!!! ALLAH sahaja yg tau mcm mana rasanya dan keadaan saya pada ketika menahan kesakitan itu. Subhanallah!!! Sangat2 membuatkan saya rasa insaf.

Jam 7.00 pagi, setelah menunggu dari jam 10.00 malam (11 Januari 2011) selama hampir 9 jam menahan kesakitan. Akhirnya doc review terpaksa emergency czer sbb dh lama bb tak kuar sejak air ketuban pecah.

At last....

Jam 7.30 pagi, Alhamdulillah Nur Ilyanie Najihah selamat dilahirkan. 

Syukur Ya ALLAH!!

--------------------------------------

Walau saya tau, ada di kalangan yg membaca kisah saya ni dah biasa mengalami atau dh pernah merasa. Seperti yg saya katakan, walau bersalin anak kedua ini segalanya pengalaman pertama untuk saya.

Melalui alahan teruk di awal preggy, alahan gatal pada kulit, menunggu masa untuk bb kuar sehingga kandungan 40 minggu, merasai sakit nak bersalin dan akhirnya czer kali kedua. Subhanallah!! Itu je yg mampu saya ucapkan.

Hasilnya selepas dibukakan tingkap...

Tuesday, January 18, 2011

Flashback: Part 1

Ramai kawan2 yang bertanyakan tentang kenapa saya bersalin czer untuk kali keduanya. Memang dari awal saya mengharapkan agar saya dapat peluang untuk merasai pengalaman bersalin secara semulajadi. Tapi ALLAH lebih berkuasa dalam segalanya.

Walau macam mana pun, pengalaman bersalinkan Nur Ilyanie Najihah kali ni memang pengalaman seumur hidup saya yg tak akan saya lupakan sampai bila2 dan sangat2 memberikan impak dalam hidup.

Flashback masa warded 5 Januari 2011.....

Sepatutnya tarikh tu saya ada appoinment di Day Care Hospital Bersalin Ipoh untuk follow up pasal post Baby breech masa kandungan saya 34 minggu.

Pada jam 4.00 pagi 5 Januari saya mula merasakan kesakitan seperti sakit masa kita datang bulan, kejap2 tapi sakit leh tahan la. Mula2 tu ingat sakit main2 tp hampir sejam sakit still rasa, tapi saya paksa diri tidur.

Pagi tu siap2 gi Day Care untuk appointment. Sampai kat sana, nurse suruh saya ke LR. Dalam hati saya, hah sudah!!! Saya yg masih boleh berjalan, tak terasa nak bersalin tapi disuruh ke LR masa tu. 

Puncanya dia tgk muka saya asyik berkerut mcm menahan sakit, then dia tanya ada kontraksi ke. Saya jawab ada rasa sakit, tu le sebabnya dia suh saya terus ke LR.
Last picca yg sempat diambil masa kat Day Care tu, 39 weeks++
Semasa di triage counter, saya disuruh itu ini dan begitu begini akhirnya kena warded untuk pemeriksaan lanjut. Nak tak nak mau tak mau, terpaksa le jugak. Pada hari tu mmg tak ready langsung!

 4 hari warded, takde progress. Kontraksi berkurangan dan akhirnya disuruh balik pada 8 Januari 2011. Duduk di hospital, takde buat apa... Subhanallah!!!! Hanya Allah yg tahu tahap boringnya.

Bersambung...

Saturday, January 8, 2011

Horeyyy!!! Boleh balik umah..

Horeeyyy!! Boleh balik umah, bawak balik bb Ibu dalam pewot.


Lepas review by doc tadi, doc kata leh balik sbb takde tanda, contraksi tak kuat and tak kerap and bukaan tak improve, bb Ibu gerak ok.

Dateline yg diberikan adalah sehingga 18 Januari 2011.
Kalu sehingga ke tarikh 17 Januari 2011 takde pape gak, 18 Januari baru leh induce.


Untuk sekarang nih kandungan berusia 39 weeks 4 day (ikut kiraan doc), takleh nak induce sbb ada risiko pada luka pembedahan dulu. Dan takde tanda2 yg membolehkan induce dibuat.
By the way dah dengar explanation doc baru rasa lega and redha.


Sebelum ni tak tau menda tu yg rasa cam runsing je memikirkan tentang nak bersalin nih. Al-maklumlah walau anak kedua tp this is the first time nak bersalin scr normal. Harapnya impian tercapai.
Balik umah kena monitor beberapa perkara:
1. Pergerakan Baby
2. Tanda2 bersalin seperti turun air (leaking), turun darah atau pecah ketuban.


3. Kontraksi yg sangat kuat dan semakin kerap every 1 minute.


So, kita tunggu dan lihat saje la.

Friday, January 7, 2011

Warded for 3 days

Saya terpaksa warded selama 3 hari di Hospital Bersalin Ipoh kerana mengalami kontraksi yg kerap pada Rabu 5 Jan 2011 yg lepas.

Tapi sehingga sekarang tiada tanda2 darah, air atau pecah ketuban yg keluar dan kontraksi semakin kurang serta bukaan laluan masih 1 cm.

Boringnya la duk kat spital nih takde buat pape.
Tambah2 jeles sangat dengar suara tangis bayi di bilik sebelah menyebelah.

Esok, jika masih tiada perkembangan saya akan dibenarkan balik.
Dengan syarat kontraksi saya tidak kerap dan kuat, tiada turun tanda dan bukaan masih sama so baru dibenarkan balik.

Tapi hati ni masih tidak tenang mengenangkan EDD yang semakin hampi iaitu pada 9 Januari 2011.
Ingatkan dapatlah sama tarikh ngan Kak Long Wawa iaitu 7 Jan 2011, nak buat camne Baby Ibu masih belum mahu keluar.

Makanya, saya terus menunggu dan terus menanti.
Doakan untuk saya dan Baby Ibu ye....

Da!!!

Tuesday, January 4, 2011

39 weeks in my womb

Credit to Google
Hari ni g weekly check up kat KK.

As usual kena test urine, HB tak payah.

Timbang berat, check tekanan darah.

Masuk bilik jumpa misi.

Check bb heartbeat, ukur perut, tgk kaki.

Pot pet pot pet kejap, dah siap!!
Conclusion...

Tekanan darah ok.

Berat as usual naik.

Urine ok.

Heartbeat bb ok.

Position bb ok.

So, esok g day care kat Hospital Bersalin Ipoh untuk review perut dan bb.

39 weeks in my womb


That's it...da!!!!

Monday, December 27, 2010

Macam mana rasanya?

Walaupun kali kedua mengandung.

Dan Insya Allah tak lama lagi kali kedua bersalin.
Tapi.... mcam mana rasa nya nak bersalin ek?

Semalam tak leh nak tido. Asyik teringatkan nak bersalin jek. Kira rasa cam confius sekejap.
Sekarang ni dh kerap gak rasa contraction yg tak kuat, sakit di pinggang, sakit di bawah... mcm2 le rasanya.

Perasaan nih usah la nak cakap. Mcm2 ada rasa.
Haish!

Baby...baby.... Ibu tak paksa baby kuar sekarang. Bila baby rasa dh sedia nak tgk dunia, baby kuar la yek. Cuma Ibu ni jek yg ngelabah lebih....

:D

Friday, December 24, 2010

Edisi terkini preggy Baby Ibu

Hari ni nk sambung kisah edisi khas semalam.

Kisah semalam tu mmg dh lama diperam, nak diciterkan pun masa tak sesuai.
Alkesahnya nak citer perkembangan terkini ttg Baby Ibu pas check up Rabu lepas je, tapi meleret2 pulak sampai citer pasal mcm2. 

So, hari ni nak kisahkan pasal edisi terkini preggy Baby Ibu untuk minggu ke 37.
Hasil dari pemeriksaan dan ultrasound prosedur yg dibuat di KK ngan di GH, status updated as below...

Berat Ibu terkini: 70 kg
HB: 12.4

Tekanan darah: 110/60
Air ketuban, uri, panjang tangan kaki badan perut kepala Baby Ibu: Alhamdulillah in good condition

Heartbeat Baby Ibu: 140/+

Berat Baby Ibu: 3.33kg (estimated)

Position Baby Ibu: Berada di kedudukan yg betul dan bersedia untuk melihat dunia pada bila2 masa Baby Ibu bersedia.

Gender Baby Ibu: Boy or Gugurl????? (Jap lagi bagi tau ek....)

Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ya ALLAH!!

However, still kena monitor lagi coz takut Baby Ibu pusing balik ke atas. So, kena datang melapor diri ke Wad Hospital Bersalin Ipoh pada 5 Jan 2011 nanti. Tapi tengok la minggu depan ada appointment kat KK untuk minggu ke 38. EDD patutnya 9 Jan 2011.

Macam mana pun rasa syukur kupanjatkan kepadaMu Ya ALLAH kerana mendengarkan rintihan hatiku selama ini... Alhamdulillah...

Oh ya!! Gender Baby Ibu is confirmed.... (Dengan Izin Allah ye... kengkadang takleh jangka jugak. Tapi nampak identificationnya as below).



-
-
-
-

-
-
-
-
-

-
-
-

-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-

-
-
-
-

-
-
-
-

 
Credit to Yahoo!

Friday, December 17, 2010

Appointment on Wed

Tadi En. Hubby balik jap and he gave me a letter.


Surat dari KK utk appointment with doc O&G kat GH,

this coming Wednesday at 10.00 am.


Akan saya tunggu di situ dari jam 8 pagi lagi.

Semangat ke???


Tak sabar dah nak tau solutions to my prob.

Please pray for me...


Ya ALLAH! Ku mohon dipermudahkan segala urusan dan selamatkanlah kedua ibu anda baby ibu. AMIN.....

Wednesday, December 15, 2010

95% preparation ready

Alhamdulillah....

Dalam kekalutan nak sediakan 3 barang keperluan akhir sblm bersalin akhirnya dah siap hampir 95%.

Breastpump dh beli...beli yg biasa2 jek sbg permulaan. Yg tertepek kat wishlist tu KIV dulu.

Bengkung Warisan Mama dari Sara Kids dah beli..


Tinggal nak beli set bersalin jek lagi. Insya Allah akan disediakan akhir bulan nih.

Beg barang bb dh siap..

Tinggal beg barang ibu jek belum setting.

P/s: Still waiting for calls from KK, untuk appointment kat GH nanti.

Tuesday, December 14, 2010

External cephalic version

Ada sesiapa yg melalui sendiri pengalaman atau sapa2 ada kawan yg melalui pengalaman ini??




BREECH BIRTH




Share sikit please...


Pro?



Contra?


Result?


Pilihan yg ada??

Confirmed

Semua dh confirmed...

But only Allah knows better....


Cumanya, yg menjadi persoalan di benak hati ini,

1) Macam mana nk mulakan sesi breastfeed bagi ibu2 yg bersalin secara czer?

2) Sesiapa ada pengalaman sendiri bersalin czer dan terus BF bb once bersalin?

3) Boleh ke demand dari pihak spital tuk BF bb within 1 hour selepas bersalin?

4) If not able to BF within 1 hr, terpaksa la pumping kan?

Kawan2 yg penah ada pengalaman atau sesiapa yg ada kawan pengalaman sprt di atas tolong share sket ngan saya yek...


P/s: Hati ini redha menerima, hanya berharap dan berdoa kedua2 ibu and baby ibu sihat dan selamat....

Monday, December 13, 2010

Resting at home

Dah 36 weeks dah = to 9 month preggy..

Mcm2 dh rasa...

Tido tak lena, kerap rasa nk terkucil, rasa sangat berat di bahagian bawah perut, mcm2 la...

Dh start cuti, resting at home...

With nothing much to do.

Layan si kecik Wawa...

Layan FB kejap...

Blogwalking and update blog bila ada mood...

Risau ttg esok...

Esok adalah penentunya.

Pape pun berdoa agar semuanya selamat.. Ibu and Baby Ibu.


AMIN......

Tuesday, December 7, 2010

Anak vs Ibu


VS


Makin dekat makin berdebar2....

Sekarang nih tinggal 3 jek barang yg perlu dibeli.

1. Set Bersalin NR

2. Set Breastpumps

3. Bengkung- plannya nak beli kat Sara Kids. Ada idea tak kat mana lagi leh dpt yg harga berpatutan???


Kerana masalah2 yg tak dpt dielakkan, budget nak beli 3 barang di atas sedikit lari la...


Akibatnya,



Kalu beli Set Bersalin, takleh nak beli set breastpump...

Kalu beli set breastpump, takleh nak beli pulak set bersalin...

Haduih!!! Fening la.. fening la...

Saturday, December 4, 2010

85% preparations ready...

Lately rasa sgt malas nk update blog..

Tapi aku tak penah tinggal blogwalking ke umah2 teman blogger and even i'm hunting for new blog for mom to be list and nursing mom list.

Sapa2 yg sudi nak masuk ke dalam list aku meh la tinggal kan link di n3 nih yek or kat shoutbox tu pun boleh.


Back to our main topic,


85% complete!!!

Yup!!

Perkara2 yg dh disiapkan dan dalam persiapan...

1. Have decided untuk berpantang kat umah MIL.

2. Barang2 baby dah siap beli semuanya dan dah siap berpacking kemas2 utk elakkan dari berhabuk. Tinggal nak angkut baby cot ngan tilam dari umah Mak.

3. Checklist barang2 baby ngan ibu yg nak dibawa ke hospital dah tersedia, tinggal nak siapkan beg ngan packing jek.

4. Sedang bertungkus lumus menyimpan budget utk brg2 ibu:
Set Bersalin NR

Breastpumps Spectra 3 sets

Bengkung

5. Persiapan peralatan yg perlu kat umah MIL- lum mula pape agi... brg dh ada tp tak setting lagi.

So, that's it!

Now nak tanya u all yg sedang berpantang n baru lepas berpantang... minuman pe yg korang amalkan masa berpantang? Maksud aku selain dr yg khusus tuk berpantang le mcm kopi ke.. milo ke... susu ke... apa ke...?? Leh share tak..

Semalam bersembang ngan MIL, ada la beberapa tips pantang larang yg bakal diperdengarkan masa aku berpantang nnt.

Antaranya MIL dah pesan awal2 tak leh minum air masak banyak2...

Makan kalu goreng tak pe.. kalu masak sup banyak sangat air dalam badan nnt urat kembang...

Phewww....


P/s: Tak rasa rugi pun bila MIL perturunkan ilmu berpantang dia.. yg penting kita sendiri dh buat homework and amik yg mana perlu n terbaik. Kan?

Wednesday, December 1, 2010

Ada apa dengan December??

Staff gomen seronok dengan kehadiran Dec.. walaupun sedikit tp leh la buat menambah belanja RM500 tuh kan...

Pasangan dua sejoli lagi seronok dgn kehadiran Dec nih sbb rata2 ada je kenduri menyambut hari bahagia mereka... kepada yg bakal menjadi raja sehari 'SELAMAT PENGANTIN BARU'.

Budak2 yg sekolah pun seronok dgn kehadiran Dec sbb leh spend time dok umah main game, spend time ngan kengkawan dan keluarga masing2.




Tapi bagi aku...


Bukan tak seronok....

Cumanya....


Hati makin berdebar debar.. dup dap..dup dap..


Tinggal lagi....


-
-
-
-
-
--
-
--
-
-
-
--
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
40 hari lagi???!!!!!!!!


Wah.. baru terpandangkan pregnancy ticker tu tadi.... huish!! cam tak caya jek...

Cepat tol masa berlalu!!!

Check up 34 weeks semalam pun keadaan masih sama.

BB masih in breech condition.


So, kena tunggu lagi 2 minggu for 36 weeks check up utk dok buat keputusan dgn ujian scan.

Menarik nafas panjang aku dibuatnya bila mengetahui kedudukan bb masih lum ada perubahan. Agaknya bb selesa berada dekat dgn jantung ibu, sbb di situ dia berasa tenang dan selesa.

"Ya Allah, Ya Tuhanku!! Permudahkanlah urusanku untuk melahirkan umat nabiMu, Muhammad S.A.W. AMIN....."

P/s: Biar apa pun yg berlaku, czer ke normal ke, ibu tetap menerima kehadiranmu dengan hati yg redha.... Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita.

Thursday, October 28, 2010

Announcing the arrival of....

Opss!! Belum tiba lagi....

Ada lagi 11 weeks before the arrival of our newborn bb...

Cuma nak maklumkan kat sini yang nama bb dah pun ada n cuma nak tunggu tuan empunya nya aje yg kuar...


Next week check up for 30 weeks dan akan buat scan untuk confirm gender baby.

Last two weeks dah tau, cuma ibunya ni aje yang tak confident. Sbb tak tgk sendiri identification bb.

So, nama yang nak diberikan nanti starts with...

Kalu boboy CHE dot..dot..dot... (like his father la...)

Kalu gugurl NUR dot..dot..dot...(like her sister)


P/s: Sekarang nih kerap sangat rasa perut ni tegang.. kadang2 rasa tak selesa dibuatnya. But still enjoying the movements...

Saturday, October 23, 2010

Back pain.. pain at the back,,, pain here and there...

Gambar hiasan semata2....Credit to Yahoo!


Adatla kan bila ibu preggy dh masuk 3rd trimester nih mesti rasa sakit2 sana sini..

Siyes sakit2 nih yg aku tak mo rasa...

Tak bersyukur kah aku???

Hehehe... bkn nak cemuh apa yg ALLAH dh bagi kat aku..

Tapi tu la kan... Sakit2 gini susahnya nk wat keje pape pun.

Nak jalan, nak duduk, nak tidur, nak baring, nak berlari?? Oh.... tidak la sampai kena berlari...

Pendek citer sakit sana sini buat aku rasa tak selesa sangat...

BB pun nampaknya banyak tidur je ari nih...


Huhuhu... Tak suka.. tak suka....

P/s: Sakit belakang aku nih takde la sakit gilerss sprt dalam gambar tuh... :D

Friday, October 22, 2010

Update: 28 weeks

My bb 28 weeks



Berat badan naik 2kg.....

HB turun sket...

Urin ok..

Tekanan darah tetiba jd rendah... pas SN suh duk rehat jap check tekanan darah lagi sekali barulah ok.

Scan bb dah tau gender.. tapi aku yg tak confident plak sbb tak dpt tgk betul2 identificationnya...

Uri di kedudukan yang baik (so, tak yah nk refer to GH).

Air ketuban ok.

Ukuran kepala, panjang kaki tangan perut bb semua ok...

Pasni kena check up 2 minggu sekali pulak...

Overall,

Thank u ALLAH, Alhamdulillah....

Jom Follow Me