Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Friday, February 23, 2018

SALAD BOLEH MENGURUSKAN BADAN?



SALAD BOLEH MENGURUSKAN BADAN? APA KEBAIKANNYA?

Ada khasiat ke bila makan sayur salad ni ? Betul ke sayur salad boleh menurunkan berat badan kita? 

Setiap daripada kita mempunyai gaya hidup yang berbeza-beza dan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Ternyata gaya hidup yang kita lalui pada setiap hari memberikan kesan pada kesihatan. Selain daripada bersenam, antara cara yang lain untuk menjaga kesihatan kita adalah dengan menjaga pemakanan. Kita perlu perbanyakkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Salah satu menu makanan yang cukup baik untuk kesihatan anda ialah sayur salah. Sebenarnya masih ramai yang tidak menyukai sayur salad, dan adakah anda termasuk dalam kategori itu? Alahai… ruginya kerana ada banyak manfaat sihat yang boleh anda peroleh daripada sayur salad ini jika dimakan pada setiap hari. Nak tahu apa je kebaikan salad yang boleh bantu anda menurunkan berat badan? Jom check it out !

1. Kaya Dengan Serat
  • Sayur salad mampu memenuhi keperluan serat harian. Tak kiralah salad bulat mahupun salad biasa, keduanya memberikan banyak serat dan mampu menurunkan kadar kolesterol dalam masa yang singkat.

2. Cegah Penyakit
  • Salad yang kaya serat akan membantu melancarkan sistem penghadaman sekaligus membersihkan usus dari racun dan zat-zat sisa yang mengundang penyakit. Makan sayur salad setiap hari akan membantu mendorong gerakan usus dan memperbaiki metabolisme.

3. Kawal Berat Badan
  • Makan sayur salad setiap hari akan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara semulajadi dan akan memudahkan tubuh anda menurunkan berat badan. Kalori akan dibakar dengan lebih baik dan anda pun akan menjadi makin langsing.

4. Cegah Kanser
Salad juga kaya dengan nutrisi yang boleh menurunkan risiko beberapa jenis kanser. Jika anda tidak makan sayur salad mentah,  cubalah buat salad dengan campuran buah beri, pear, epal, lobak merah dan tomato.


Tapi guys ! Kalau korang nak lagi mudah, boleh cuba JAMU V’HERB Nurraysa. Fungsinya adalah seperti berikut :
  • Membantu mengurangkan sakit semasa period
  • Mengaktifkan pembakaran lemak dan membantu menurunkan berat badan
  • Melancarkan alirah darah dalam badan
  • Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
  • Membantu merawat masalah keputihan
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  • Membantu penyembuhan tisu-tisu luar faraj selepas bersalin
  • Mengurangkan keputihan yang berlebihan dengan membantu mengurangkan cecair yang menyebabkan bau tidak menyenangkan
  • Kandungan astrigent dalam manjakani membantu kulit lebih halus dan juga mencegah jerawat
  • Membantu menegang semula otot-otot buah dada
  • Membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
  • Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid

Monday, July 17, 2017

Guasa: Pulmonary embolism

Assalamualaikum wbt... Selamat Pagi!

Ahad 16 Julai 2017, kakyung menonton rancangan NLKO di TV9. Ada satu segmen membicarakan isu kesihatan dan menyentuh tentang kes kematian menyayat hati seorang ibu baru lepas bersalin yang berlaku baru-baru ni.

Kakyung nak berkongsi tentang bicara pagi dalam segmen tu yang berkaitan punca kematian arwah iaitu PULMONARY EMBOLISM

Sebelum ni kakyung pernah buat bacaan dan menulis entri ni KISAH DI SEBALIK TABIR "DARAH BEKU". Dalam entri ni kakyung ada sembang pasal satu benda yang dipanggil 'blood clot' @ darah beku.

Dalam segmen tu ada menyentuh tentang apa yang kakyung baca dan apa yang kakyung tulis. Semuanya bermula dengan darah beku ni.

Semestinya kita yang hidup perlu percaya ajal maut tu dah ditentukan Allah. Kita tak tau bila dan bagaimana kematian kita. Tetapi Allah menjadikan sesuatu perkara tu tidak sia-sia dan kita perlu mengambil iktibar dan teladan. 

Berbicara tentang darah beku ni akan membuka banyak ilmu lain yang berkait. Mula citer tentang pulmonary embolism (baca tentang maksudnya), berkait dengan darah beku, berkait dengan DVT, berkait dengan darah dan berkait dengan sel darah. Nak faham kena baca semua tentang tu. Ilmunya sangat menarik!





Kesemuanya ini membuatkan kakyung sangat yakin dengan ilmu guasa. Sebab asas ilmu guasa ialah menggesek untuk melancarkan peredaran darah. Di mana kawasan yang terdapat darah tersumbat (blockage), In shaa Allah dengan guasa akan dapat membantu meredakan blockage.

Rasa sakit, rasa kurang selesa dan rasa berbeza pada tubuh badan kita adalah signal atau tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat. Dengan adanya Guasa Board, kayu guasa, di rumah kita boleh lakukan pencegahan awal (biasanya redakan blockage), pemeriksaan awal (mengenalpasti simptom tu berkaitan dengan laluan meredian apa, ni kena belajar sikit la) dan sebagai rawatan peringkat awal.





'Mencegah lebih baik dari mengubati"

#guasasebagaifirstaid
#guasauntukkecantikan

Tuesday, April 11, 2017

Shhh..... Rahsia tau!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Hari ni nak saya nak bongkarkan satu rahsia yang tak ramai orang tau.
Rahsia kesihatan dan kecantikan
Dari hujung rambut sampai hujung kaki
Luaran dan dalaman
Semua rahsia tu ada kat sini..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--

-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-

--
-
-
-
-
-
-
-
-
-



PM @ Whatsapp
 

Monday, April 3, 2017

Bila Ibu Ilyanie Menceceh...

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Assalamualaikum... selamat Pagi!
Hari ni nak menceceh sikit bab kesihatan. Saya ni bukan orang yang layak untuk memperkata tentangnya tetapi ada sedikit kesedaran tentang pentingnya nikmat sihat ni. Hatta kalau kita diserang selesema pun kita leh jadi lemau dan hari biru...
Citernya saya berkenalan dengan seorang hamba Allah yang ada masalah hati. Saya ada belajar sikit-sikit bab penyakit hati ni dan selepas bertemu hamba Allah tu saya buat revision balik.
Kita selalu dengar masalah berkait organ jantung, usus, perut tetapi jarang dengar masalah berkait organ hati. Hati takde saraf sakit, bila sakit kita takde dapat signal dari otak menyatakan ia sakit. Tetapi tau tak hati menjalankan lebih 500 fungsi dalam tubuh kita? Dan hati juga adalah salah satu agen detoksifikasi? Tanpa hati yang sihat organ detoks yang kita sedia maklum buah pinggang, usus, kulit, peparu tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.. Tak perlu citer panjang meh baca ni... demi untuk kesihatan hati kita!
#sharingiscaring
😍😍😍😍😍😍😍😍

https://en.wikipedia.org/wiki/Liver
 

Thursday, March 30, 2017

You are more than what you think you are...

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Amboi... tajuk entri tak boleh blah kan! hehehe sesekali kita buka ke Oh My English apa salahnya kan?
Btw, hari ni nak kongsi satu info tentang macam mana cara kita nak jaga kesihatan otak kita. Sebenarnya secara tak sedar kita melakukannya setiap hari tetapi oleh sebab kita tak faham ilmu neurosains ni kita tak memanfaatkan aktiviti harian kita tu yang membantu kesihatan otak kita.

Meh la... takmo citer panjang jom baca je artikel ni. Oh ya! Untuk step #3 tu saya boleh bantu dapatkan sumbernya. Nak tau lebih lanjut PM tepi ye...


Sumber: www.success.com

1. Sleep to reduce stress.

Ever wonder what happens to all of the stress we accumulate during the day? That car that almost hit you? Your child screaming at you? Even the unconscious stress of self-judgment? Where does it go?
Your beautiful brain collects it and saves it for when you dream to process away. Let me repeat: When you sleep, you process stress and trauma. So, one of the simplest and most effective things you can do is to get your full seven to nine hours of shut-eye each and every day.

2. Rise with the sun.

Your brain uses a cluster of nerve cells called the suprachiasmatic nucleus, located in your hypothalamus to regulate something called “circadian rhythm.” Circadian rhythm is the “master clock” in your brain that syncs all your body’s clocks. Abnormal circadian rhythm is associated with obesity, diabetes, depression, sleep disorders, hormone dysregulation, bipolar disorder and seasonal affective disorder.
In other words, wake up when the sun does—no more sleeping in! If you are a parent, this habit will come naturally as most kids naturally wake with the sun and are happy to be your alarm clock.

3. Take fish oil.

Fish oil has positive benefits on brain health. My kids go for the hard-core fermented cod liver stuff, and somehow we’ve apparently cemented this into them so well over the years that they ask for it daily although it tastes awful. They take it by the spoonful, but you can also get it in capsule form, which has a pleasant lemon aftertaste.

4. Be mindful and meditate.

Meditation taps into your subconscious mind (just below consciousness) and has innumerable neurological benefits. Not sure how to be mindful on an everyday basis and want an easy way to meditate? I like Headspace—it’s like a “gym membership” for your mind. With its meditation and mindfulness techniques, you can train your mind for a happier, healthier, more enjoyable life.

5. Make yourself uncomfortable.

Your brain needs novelty to grow. How do you know when you’re doing something that’s “new enough”? When it feels uncomfortable, awkward, weird, strange or it scares you. By doing things daily that are out of your comfort zone, you allow your brain to develop new branches on its neuron tree (also called dendritic pathways) instead of shriveling up into a sad dried out tree stump.
Truth be told, I could write a book on this, and I live my entire life around this premise. And although there are many more habits I’d like to see you develop, start with these. After all, can you imagine how incredible it would be if we all lived to our potential?

Tuesday, October 18, 2016

Cuba semak...Mana silap kita??

Assalamualaikum... Morning!!

Cuba semak sekejap. Tak lama...seminit je. Mana silap kita?

Sumber picca: Health Digest

Selalu ke kita ngadu penat?? Naik lif pun penat (itu tersangat melampau tu...)hehehehe. By the way, zaman semakin moden, cara hidup pun dah berubah. Kita kena semak cara hidup kita supaya kita boleh ambik langkah pencegahan awal. Itu kan lebih baik dari mengubati.

Hmmmmm... YOU HAVE A MESSY OFFICE. Yang ni macam mana ye? Cuba tanya en. google nanti ye.... tak pun klik link kat atas tu.

Sunday, October 16, 2016

Kisah di sebalik tabir "Darah Beku"

Assalamualaikum... Morning!!

Saya mula menulis tentang Guasa dalam entri ni, pada tahun 2010. Jadi memang betul la kan pengalaman saya tentang Guasa ni dah masuk tahun ke 7 tahun depan. Masa mula diperkenalkan saya pun takde minat nak amik tahu. Tambah lagi bila upline saya masa tu beriya-iya mengajak saya ke kelas di Elken. Ada satu masa tu dia bagitau saya "Atin.. datang la kelas hari ni. Kita belajar urut dengan tanduk kerbau...". Saya pun berkata-kata dalam hati... Hah???!!! Urut dengan tanduk kerbau???? Terkejut la kan sebab terbayangkan kita amik tanduk dari kerbau tu nak urut.

Hah??!! Takkan tanduk kerbau ni nak guna untuk urut kan...
Bila dah mula gi kelas belajar Guasa dari sifu-sifu hebat, permulaannya saya pun tak seikhlas hati mengenali apa dia Guasa ni. Saya pun mula-mula dulu anggap macam urut biasa. Tetapi bila kita dah selalu pergi kelas, sifu yang hebat tu perturunkan ilmu mereka melalui teori dan paling penting secara praktikal dan kita melihat sendiri testimoni depan mata. Persoalan mula muncul, apa dia Guasa ni sebenarnya?

Dengan sedikit ilmu yang ada, saya mula praktikkan Guasa di rumah. Saya urut guasa mak saya, mentua saya, suami tu apatah lagi kan guasa ni boleh jadi pengikat kasih sayang tau...., saya guasa anak-anak saya then pengalaman tak leh lupa saya guasa adik ipar saya la. Masa tu baru mula berjinak-jinak nak guasa orang lain, sekali dapat pengalaman yang mendebarkan cuak jugak. Tapi alhamdulillah pengalaman tu bagi saya ilmu tambahan. Kemudian saya terfikir pula nak guasa orang. Memang niat masa mula nak guasa orang luar tu sebab nak tambah sumber income. Alhamdulillah banyak membantu juga sumber kewangan saya. Tetapi tak berkat sebab buat kerana RM$$$$. Tetapi saya tak pernah tinggalkan guasa di rumah. Demam, selesema, batuk, kembung perut, sakit kepala macam-macam la saya cuba ikhtiar dengan guasa dulu. Matlamatnya tak mahu bergantung dengan ubat.

Ada satu kelas yang saya ikut pada awal tahun 2016, saya mula belajar ilmu yang lebih lagi daripada semata-mata urut dalam Guasa ni. Saya mula diperkenalkan dengan ilmu sains dalam Guasa. Saya mula mengenali apa itu arteri dan vein. Saya juga buat bacaan tambahan tentang ni. Dan saya temui ilmu tambahan bagaimana dengan menggesek tanduk kerbau pada bahagian kulit memberi kesan kepada salur darah arteri dan vein. Alhamdulillah dengan ilmu-ilmu tu saya semakin yakin dan percaya dengan Guasa.

Alhamdulillah hari ni pulak (panjang lebor citernya komer ye......) saya jumpa satu lagi ilmu yang buat saya yakin dan percaya dengan ilmu Guasa.

Masa saya browse through website ni tentang "Must Read: 7 Pains You Should Ignore". 
Bahagian yang kerap alami kekejangan otot
Salah satu poin yang menarik perhatian saya ialah #7. Leg pain with swelling (masalah biasa yang sering kita alami). Dari situ saya mula mencari bacaan tambahan tentang DVT- Deep Vein Thrombosis. Dan akhirnya saya jumpa website ni tentang Darah Beku, Blood Clot, "How to tell if you have a blood clot: Signs, Symptoms and More".

"The most common place for a blood clot to occur is in your lower leg, says Akram Alashari, M.D., a trauma surgeon and critical care physician at Grand Strand Regional Medical Center in Myrtle Beach, South Carolina.
A blood clot in your leg can have various symptoms, including:
  • swelling
  • pain
  • tenderness
  • a warm sensation
  • pain in your calf when you stretch your toes upward
  • a pale or bluish discoloration
Your symptoms will depend on the size of the clot. That’s why you might not have any symptoms or you might only have minor calf swelling without a lot of pain. If the clot is large, your entire leg could become swollen with extensive pain.
It’s not common to have blood clots in both legs at the same time. Your chances of having a blood clot increase if your symptoms are isolated to one leg."

Saya percaya dengan bacaan tambahan dari website tersebut, Guasa boleh menjadi medium untuk membantu mengatasi masalah yang berkaitan. Kadang kala kita mengambil ringan soal kesakitan yang kita alami, tetapi untuk zaman kini semuanya bukan mengenai apa yang kita rasa sakit tu. Tetapi ada cerita lain yang berlaku di dalam badan kita yang kita tak tahu. Guasa bukan ubat, bukan juga untuk merawat semata-mata tetapi sebagai alternatif atau ikhtiar awal untuk kita di rumah. Bukan untuk kita sahaja tapi turut membantu ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Mahu tau apa itu Guasa?? PM je.

Tuesday, October 11, 2016

Khasiat Minyak Ikan

Assalamualaikum...Morning!!
Apa kabar semua?? Hopefully semuanya dalam keadaan baik dan sejahtera. Pernah dengar tentang minyak ikan? Sekarang tak susah nak cari  maklumat semuanya di hujung jari tekan je nama end google kan. Cuma kita kena la tapis maklumat yang kita terima tu supaya dapat dari sumber yang boleh dipercayai.
Menurut Dr. Axe secara ringkasnya minyak ikan sangat bermanfaat untuk pelbagai sebab...


Minyak ikan (omega-3 fatty acid) boleh je diperolehi dengan makan ikan laut seperti salmon dan sardin. Persoalannya sanggupkah anda memakan sumber ikan setiap hari?? Hari-hari ikan, tukar resepi je. Hehehe bukan tak sanggup, cuma tak lalu je. Sesekali nak tukar selera. Di sinilah fungsi makanan kesihatan tu berlaku. So nakkan sumber minyak ikan ni makan la makanan kesihatan tambahan Elken EPA DHA.

Dalam banyak-banyak yang ada di pasaran kenapa nak pilih jenama yang dari syarikat Elken ni juga???? Boleh je pilih le mana-mana pun. Cuma yang buat saya yakin dengan EPA DHA Elken ni sebab ni..... teknologi yang digunakan untuk menyingkir bahan cemar.

Kolestrol merupakan isu pertama kesihatan kita. Itu salah satu punca utama kepada masalah penyakit kronik darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Obviously bila dah mula menghidapinya kita kena makan 2 jenis ubat kimia yang berlainan untuk mengawal kolestrol dan mencairkan darah. So, lebih baik pilih untuk makan EPA DHA Elken dari sekarang, kan!



Sumber gambar dari elken e-library.

Wednesday, August 3, 2016

Pasca Syawal 2016

Assalamualaikum... Morning!!

Alhamdulillah... Dh pun kita ke penghujung Syawal. Masa Ramadhan kita kurang makan, bila Syawal tiba terlebih-lebih makan berbanding bulan lain. Open house tak henti2 setiap minggu. Setiap hari dok pekena saki baki biskut raya yang tinggal. Jadi... Mula le sembelit, ceri beri, sakit perut, perut memulas2, kembung perut.

Jangan gusar jangan khuatir, kita servis usus dan perut dengan Lactose S untuk buang segala macam makanan yang tak hadam melekat di dinding usus. Diambil bersama dengan Elken Spirulina untuk mengimbangi keasidan tubuh akibat dari makanan yang terlebih lemak, terlebih gula, terlebih garam, terlebih kalori, terlebih karbohidrat dan terlebih kolestrol tu.... 

‪#‎jomsihat‬



 

Friday, June 10, 2016

Azam Tahun Baru: Nak sihat Nak cantik

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Personally, saya percaya kita boleh mulakan azam tahun baru kita yang dah tak berapa nak baru ni untuk kekal sihat dan cantik di bulan Ramadhan. Sebab apa tau, masa bulan Ramadhan saja kita dapat peluang sepenuhnya nak rehatkan perut kita dari bekerja 24 jam.

Saya suka idea untuk berusaha jadi sihat dan cantik lebih dilakukan masa datangnya bulan Ramadhan. Sebelum Ramadhan kita ada Rejab dan Syaaban. Masa ni kebanyakan kita suka buat puasa ganti dan puasa sunat. Itu pun satu permulaan yang baik.

Untuk saya tahun ni saya berazam untuk jadikan ibadah puasa saya #sihatpuasa. Alhamdulillah rasa berbeza sangat, rasa lebih seronok dan lebih tenang (dalam erti kata menahan nafsu serakah selera 'RIMAU' hhehehe...), lebih sihat (perut takde krok krik krok krik dan badan takde la rasa lemau sangat).

Apa yang saya amalkan? Macam jugak puasa sebelum ni cuma ada adjustment sikit yang saya buat terutama ketika berbuka puasa. Yang berbeza sikit tahun ni sebab juadah berbuka air tangan sendiri (sebelum ni duk ngan mentua and ipar jadi berkongsi air tangan dengan mereka).

Dah masuk 5 hari puasa juadah nasi putih tak laku masa berbuka. Mee goreng, kueteow goreng dan nasi goreng yang laku. Mula berbuka makan tamar, pastu minum air suam (cukupkan 8 gelas dalam satu malam) then makan la buah-buahan. Pastu solat dulu, baru sambung makan yang berat (but no nasi putih). Air minuman berais diLARANG SAMA SEKALI. Untuk melegakan tekak yang teringin air sejuk, air yang dalam peti ais tu diteguk seteguk dua je la. Biasa le kan mana nak lepas air sejuk ni hehehe... Pas dah setel berbuka rehat jap then ada buah-buahan sambung makan (pas balik solat terawih). Tido macam biasa la kul 11 @ 12 malam.

Masa sahur esoknya, bangun minum air kosong dulu (memang jadi amalan harian), makan ikut apa yang ada tapi yang ringan. Nasi putih dalam portion yang sedikit, makan roti, lebihan nasi goreng atau kueteow atau mee goreng masa berbuka semalam dan tak lupa jamah tamar. Minum air Milo then lebihkan sikit air kosong dalam 2@3 gelas.

Sepanjang hari puasa buat je tugasan rutin harian sebagai surirumah di samping keluar cari prospek untuk buat servis Guasa. Masa sebelum waktu Zuhur saya lelap kejap.

Apa yang penting moto kita ialah #noicecold dan #sihatpuasa.

Thursday, June 9, 2016

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berada dalam bulan Ramadhan 2016. How is ur Ramadhan this year? Masa dulu-dulu faham bila datang bulan Ramadhan asyik ingat tak boleh makan dan minum je. Bila dah berakal sikit tu ingat Ramadhan ni tentang berpuasa dan solat terawih je. Sekarang ni tambah lagi kesedaran tentang bulan Ramadhan, iaitu fokus utama kita yang kita kejar masa bulan Ramadhan ni.

What i mean is.... ikut kepada apa yang kita fokuskan. Semuanya betul belaka takde salah pun. Untuk saya, tahun ni saya fokuskan kepada #sihatpuasa. Tak perlu le kot nak coleteh panjang tentang kebaikan berpuasa dari segi kesihatan kan, sebab u all semuanya pandai dah bab ni... nk google leh je di sini.

Berbalik kepada fokus yang saya maksudkan tadi, ada yang fokus nak turun berat, nak jengah bazar Ramadhan sebab nak makan juadah 'yang hanya ada di bulan Ramadhan' or fokus nak ibadah terutama solat terawih yang hanya ada di bulan Ramadhan or tak sabar dah buat persiapan untuk menyambut Syawal. Bagi saya azam Ramadhan saya untuk tahun ni, berbuka puasa mengikut sunnah, boleh baca penuh kat sini. Dari semuanya tu, satu-satunya yang saya dah berjaya buat untuk 4 hari Ramadhan ni, alhamdulillah... ialah #noicecold. Seronok sangat dan rasa lain sangat. Sebab sebelum-sebelum ni bila berbuka je mesti nak teguk air minuman sejuk atau berais. Teguk memang tak ingat dunia sampai lastnya perut kembung air. Belum masuk makanan lagi. Lepas tu dah boleh rasa kenyang je makan tamar, minum H2O (air), makan buah dan kuih. Then terus solat dulu. Bila nak sambung makan tu portionnya dah takde la sepinggan, jadi separuh je. Untuk Ramadhan kali ni juadah berbuka pun ala kadar je, ada 2 hari tu saya makan kueteow goreng dan nasi goreng je.

Sebenarnya ini satu petunjuk bagi orang yang dah semakin meningkat usianya ni kan... hehehehe. By the way it is a good sign sebab saya percaya dari pembacaan saya dan pengalaman, bulan Ramadhan boleh jadi turning point untuk kita change lifestyle kepada heathly lifestyle.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak!

Thursday, April 21, 2016

Ingat 5 sebelum 5

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Dua hari lepas 19 April 2016, saya dikejutkan dengan berita pemergian sepupu saya yang muda berumur 27 tahun. Masa menziarah ke rumah emak saudara, saya diceritakan yang arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit yang serius tetapi 2 hari sebelum arwah pergi, keadaannya nampak seperti tidak sihat tetapi tanda-tanda demam tidak kelihatan. Arwah berasa panas (walaupun badannya tidak demam) muntah-muntah, kurang selera makan. Dari cerita kakaknya, arwah didiagnos menghadapi jangkitan kuman di paru-paru dan merebak ke seluruh organ termasuk di bahagian otak.

Untuk kita yang beragama Islam, kematian itu pasti dan hidup itu Insya Allah. Setiap yang dilalui arwah itu asbab kepada kematian beliau. Tetapi kita yang masih hidup ini patut menjadikan ia sebagai satu pengalaman.

Ingat 5 sebelum 5.. Salah satunya kesihatan sebelum kesakitan.

Kadang-kala mati boleh bagi kita inspirasi untuk hidup.
Jika sihat jangan anggap diri kita tak sakit. Jika kita tak sakit jangan anggap diri kita takde penyakit. Berhati-hati dengan tanda-tanda awal KEMEROSOTAN FUNGSI ORGAN kita... Badan kita unik, sebelum jumpa doktor badan kita dah tunjuk tanda-tanda diri kita tidak berada dalam keadaan kesihatan yang baik (separa sihat). Soalnya Adakah kita nak tunggu masa doktor yang bagi tau "pankreas awak ada masalah, kolestrol dalam darah terlalu tinggi, salur darah tersumbat, awak ada masalah dengan jantung...." Nauzubillah.... Pilihan di tangan kita, takde ilmu kita sama-sama belajar. 



P/s: Salah satu kesan guasa ialah menunjukkan simptom penyakit.

Jom Follow Me