Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label MRT Life Style. Show all posts
Showing posts with label MRT Life Style. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

Cerita #GuasasebagaiFirstAid

Assalamualaikum... Morning!!

 
Hari ni entri ringkas je...

Satu hari, en suami balik dari kerja mengadu rasa lenguh yang teramat sangat di bahagian kedua-dua kaki terutama di bahagian paha. Kasihan saya melihat keadaannya. Lepas makan malam terus baring sebab tak lalu nak berdiri lama. Apa lagi saya keluarkan senjata kayu hikmat tu. Saya Guasa keseluruhan bahagian kaki kedua-dua belah. Ayat yang keluar dari mulutnya hanya sakit...sakit... Dah memang kaki tu rasa sakit bila Guasa akan rasa sakit. Alhamdulillah lepas Guasa dia dapat tidur lena dan bila saya tanya keadaan kakinya keesokan pagi, Alhamdulillah dia senyum.

Saya belajar Guasa bila sakit maksudnya ada darah yang block, peredaran darah tak lancar. Saya pernah baca artikel tentang darah beku di kaki. Rasa sakit di bahagian kaki adalah sesuatu yang biasa tetapi bila kita tidak melakukan sesuatu untuk meredakannya, dikhuatiri akan memberi kesan buruk pada masa panjang. So, jadikan #GuasasebagaiFirstAid di rumah kita!

PM untuk keterangan lanjut!

Tuesday, October 25, 2016

Guasa Sebagai Alat Untuk Kecantikan Wajah

Assalamualaikum... Morning!!

Sebagai wanita, kita memang menitikberatkan soal kecantikan wajah. Ada yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk mencantikkan wajah. Apa jua cara itu pilihan peribadi. Tetapi saya nak kongsikan satu cara paling mudah dilakukan dan boleh dibuat di rumah saja at all time available. Janji kena rajin je.... nak cantik mesti kena rajin.

Melabur dengan kurang dari RM50, kita boleh buat treatment wajah di rumah. Nak labur extra leh juga guna bersama dengan krim urut muka.


Set Rawatan wajah dengan Terapi Guasa


Caranya kita boleh lakukan dengan mudah ikut langkah demi langkah seperti gambar di bawah. Nak buat anytime, anywhere, berapa kali pun boleh, jika tak guna krim urut tu pun boleh. Dapat guna krim lagi bagus, selepas cuci muka buat terapi urut guasa ni.


1, 2 - Mencegah kedutan di dahi
3 - Mencegah hidung tersumbat (saya selalu buat bahagian ni bila hidung tersumbat)
4, 7 - Kurangkan keletihan mata dan menambah ketajaman penglihatan
5, 8 -Menyihatkan bahagian bawah mata, elakkan mata panda
6, 9 - Mencegah kedut dan garis halus di sekitar mata
10, 13 -Kurangkan bintik hitam dan pori tersumbat
11, 14 - Kurangkan jeragat dan pigmentasi
16 - Menguatkan bahagian gusi atas
12, 15, 17, 18 - Mencegah kedut dan menguatkan gusi bawah
19 - Menguatkan kerongkong, mencegah kedut di leher
20, 21 - Melegakan bahu yang sakit

Tuesday, October 18, 2016

Cuba semak...Mana silap kita??

Assalamualaikum... Morning!!

Cuba semak sekejap. Tak lama...seminit je. Mana silap kita?

Sumber picca: Health Digest

Selalu ke kita ngadu penat?? Naik lif pun penat (itu tersangat melampau tu...)hehehehe. By the way, zaman semakin moden, cara hidup pun dah berubah. Kita kena semak cara hidup kita supaya kita boleh ambik langkah pencegahan awal. Itu kan lebih baik dari mengubati.

Hmmmmm... YOU HAVE A MESSY OFFICE. Yang ni macam mana ye? Cuba tanya en. google nanti ye.... tak pun klik link kat atas tu.

Sunday, October 16, 2016

Kisah di sebalik tabir "Darah Beku"

Assalamualaikum... Morning!!

Saya mula menulis tentang Guasa dalam entri ni, pada tahun 2010. Jadi memang betul la kan pengalaman saya tentang Guasa ni dah masuk tahun ke 7 tahun depan. Masa mula diperkenalkan saya pun takde minat nak amik tahu. Tambah lagi bila upline saya masa tu beriya-iya mengajak saya ke kelas di Elken. Ada satu masa tu dia bagitau saya "Atin.. datang la kelas hari ni. Kita belajar urut dengan tanduk kerbau...". Saya pun berkata-kata dalam hati... Hah???!!! Urut dengan tanduk kerbau???? Terkejut la kan sebab terbayangkan kita amik tanduk dari kerbau tu nak urut.

Hah??!! Takkan tanduk kerbau ni nak guna untuk urut kan...
Bila dah mula gi kelas belajar Guasa dari sifu-sifu hebat, permulaannya saya pun tak seikhlas hati mengenali apa dia Guasa ni. Saya pun mula-mula dulu anggap macam urut biasa. Tetapi bila kita dah selalu pergi kelas, sifu yang hebat tu perturunkan ilmu mereka melalui teori dan paling penting secara praktikal dan kita melihat sendiri testimoni depan mata. Persoalan mula muncul, apa dia Guasa ni sebenarnya?

Dengan sedikit ilmu yang ada, saya mula praktikkan Guasa di rumah. Saya urut guasa mak saya, mentua saya, suami tu apatah lagi kan guasa ni boleh jadi pengikat kasih sayang tau...., saya guasa anak-anak saya then pengalaman tak leh lupa saya guasa adik ipar saya la. Masa tu baru mula berjinak-jinak nak guasa orang lain, sekali dapat pengalaman yang mendebarkan cuak jugak. Tapi alhamdulillah pengalaman tu bagi saya ilmu tambahan. Kemudian saya terfikir pula nak guasa orang. Memang niat masa mula nak guasa orang luar tu sebab nak tambah sumber income. Alhamdulillah banyak membantu juga sumber kewangan saya. Tetapi tak berkat sebab buat kerana RM$$$$. Tetapi saya tak pernah tinggalkan guasa di rumah. Demam, selesema, batuk, kembung perut, sakit kepala macam-macam la saya cuba ikhtiar dengan guasa dulu. Matlamatnya tak mahu bergantung dengan ubat.

Ada satu kelas yang saya ikut pada awal tahun 2016, saya mula belajar ilmu yang lebih lagi daripada semata-mata urut dalam Guasa ni. Saya mula diperkenalkan dengan ilmu sains dalam Guasa. Saya mula mengenali apa itu arteri dan vein. Saya juga buat bacaan tambahan tentang ni. Dan saya temui ilmu tambahan bagaimana dengan menggesek tanduk kerbau pada bahagian kulit memberi kesan kepada salur darah arteri dan vein. Alhamdulillah dengan ilmu-ilmu tu saya semakin yakin dan percaya dengan Guasa.

Alhamdulillah hari ni pulak (panjang lebor citernya komer ye......) saya jumpa satu lagi ilmu yang buat saya yakin dan percaya dengan ilmu Guasa.

Masa saya browse through website ni tentang "Must Read: 7 Pains You Should Ignore". 
Bahagian yang kerap alami kekejangan otot
Salah satu poin yang menarik perhatian saya ialah #7. Leg pain with swelling (masalah biasa yang sering kita alami). Dari situ saya mula mencari bacaan tambahan tentang DVT- Deep Vein Thrombosis. Dan akhirnya saya jumpa website ni tentang Darah Beku, Blood Clot, "How to tell if you have a blood clot: Signs, Symptoms and More".

"The most common place for a blood clot to occur is in your lower leg, says Akram Alashari, M.D., a trauma surgeon and critical care physician at Grand Strand Regional Medical Center in Myrtle Beach, South Carolina.
A blood clot in your leg can have various symptoms, including:
  • swelling
  • pain
  • tenderness
  • a warm sensation
  • pain in your calf when you stretch your toes upward
  • a pale or bluish discoloration
Your symptoms will depend on the size of the clot. That’s why you might not have any symptoms or you might only have minor calf swelling without a lot of pain. If the clot is large, your entire leg could become swollen with extensive pain.
It’s not common to have blood clots in both legs at the same time. Your chances of having a blood clot increase if your symptoms are isolated to one leg."

Saya percaya dengan bacaan tambahan dari website tersebut, Guasa boleh menjadi medium untuk membantu mengatasi masalah yang berkaitan. Kadang kala kita mengambil ringan soal kesakitan yang kita alami, tetapi untuk zaman kini semuanya bukan mengenai apa yang kita rasa sakit tu. Tetapi ada cerita lain yang berlaku di dalam badan kita yang kita tak tahu. Guasa bukan ubat, bukan juga untuk merawat semata-mata tetapi sebagai alternatif atau ikhtiar awal untuk kita di rumah. Bukan untuk kita sahaja tapi turut membantu ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Mahu tau apa itu Guasa?? PM je.

Friday, October 14, 2016

Kuliah Jumaat: Kenali diri Kenali Pencipta Part2

Assalamualaikum....Selamat Pagi!!

Sebelum ni saya citer tentang kisah kejadian manusia secara ringkas yang mana kita adalah makhluk paling unik dan beruntung di muka bumi ni. Alhamdulillah syukur kita lahir sebagai seorang manusia, sebagai khalifah di muka bumi.

Manusia terbentuk dari sel dan seterusnya (proses dalam rahim ibu).



Keperluan hidup manusia adalah:

Makanan

Air

Udara

Keperluan lain seperti keperluan rohani dan jasmani.

Tahu tak untuk keempat-empat keperluan manusia tu adalah asas kepada keperluan sel???

Cuba la tanya en. Google nanti ye...
Manusia dapat hidup tanpa makanan selama lebih kurang (ikut sejarah) 3 minggu.

Manusia dapat hidup tanpa air selama lebih kurang (ikut keadaan individu dan persekitaran) 3 hingga 5 hari.

Manusia hanya dapat bertahan untuk hidup tanpa udara (dalam keadaan biasa) selama 3 minit sahaja!!

Keperluan hidup manusia menjadi asas keperluan sel sebab:

Dari makanan sel mendapatkan khasiat(nutrien).

Dari apa yang kita minum sel memperolehi air.

Dari udara yang kita sedut sel memperolehi oksigen.

Oleh kerana diri kita terdiri daripada jasad dan roh, 3 keperluan di atas adalah untuk jasad dan yang menyeimbangi kehidupan kita adalah keperluan keempat iaitu keperluan rohani.

Cuba kita renung-renungkan, dalam kehidupan seharian kita apakah keperluan yang kita penuhi antara keempat-empat itu??

"You know that you need air to breathe. It is the oxygen in air that your body really needs. Every cell in your body needs oxygen to help it metabolize (burn) the nutrients released from food for energy. You also know that you need food. Food gives you energy, but oxygen is needed to break down the food into pieces that are small enough for your cells to use This is known as cellular respiration and it is the process of oxidizing food molecules, like glucose, to carbon dioxide and water. The energy released is chemically trapped for use by all the energy-consuming activities of the cell. Your cells are the energy converters for your body."

Thursday, September 22, 2016

Guasa sebagai First Aid di rumah

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Sebelum kita masuk ke topik entri, saya nak kongsi sikit tentang guasa ni. Secara ringkas, guasa adalah salah satu kaedah perubatan tradisional cina yang diamalkan sejak zaman dinasti cina dulu-dulu. Cara guasa adalah melalui urutan menggunakan alatan seperti sudu seramik, duit syiling dan juga tanduk kerbau.

Di Malaysia, urutan guasa diperkenalkan sejak 20 tahun yang lalu. Dan satu-satunya tempat yang boleh belajar ilmu guasa ni secara profesional adalah di Elken. Kita ada ramai sifu yang bertauliah untuk mengajar guasa dalam kelas secara profesional.

Kenapa nak kena tau tentang guasa ni? Salah satu sebab ialah zaman kini ramai orang mencari kaedah rawatan alternatif untuk merawat dan mengubati penyakit. Ada yang mencari kaedah rawatan bekam, akupuntur, homeopati dan lain-lain sebagai satu alternatif selain dari perubatan moden (mengamalkan ubat-ubatan kimia).

Kesan utama guasa ialah seperti di bawah...


So, macam mana pula Guasa boleh jadi First Aid Kit di rumah?

Citernya macam ni.... biasa kita ada rasa macam ni tak?
1. Sakit kepala, pening kepala, kepala rasa berat, migrain
2. Bahu rasa keras, kejang, rasa tak selesa
3. Tangan rasa lenguh, sengal-sengal, sakit-sakit
4. Pinggang sakit, lenguh, sengal
5. Kaki lenguh, kejang urat, sakit, sengal-sengal

Untuk masalah yang pertama tu kita selalu amik langkah paling mudah makan ubat paracetamol atau ubat pain-killer. Yang lain-lain tu ada yang tampal koyok atau sapu minyak angin urut tangan dan lain-lain.

Boleh je nak ikut cara tu, apa kata kita belajar satu lagi cara paling mudah, paling senang, paling cepat legakan rasa yang dialami kat atas tu. Dalam 10-15 minit dah boleh rasa perbezaanya.





Selain dari 5 rasa di atas tu, ada lagi keadaan kesihatan yang guasa boleh bantu (termasuk yang melibatkan anak-anak), seperti
1. Batuk
2. Demam ringan
3. Selesema
4. Sakit tekak

Sangat berbaloi untuk memiliki set guasa ni di rumah sebagai First Aid Kit. Nak tau lanjut leh PM saya.



Wednesday, August 3, 2016

Pasca Syawal 2016

Assalamualaikum... Morning!!

Alhamdulillah... Dh pun kita ke penghujung Syawal. Masa Ramadhan kita kurang makan, bila Syawal tiba terlebih-lebih makan berbanding bulan lain. Open house tak henti2 setiap minggu. Setiap hari dok pekena saki baki biskut raya yang tinggal. Jadi... Mula le sembelit, ceri beri, sakit perut, perut memulas2, kembung perut.

Jangan gusar jangan khuatir, kita servis usus dan perut dengan Lactose S untuk buang segala macam makanan yang tak hadam melekat di dinding usus. Diambil bersama dengan Elken Spirulina untuk mengimbangi keasidan tubuh akibat dari makanan yang terlebih lemak, terlebih gula, terlebih garam, terlebih kalori, terlebih karbohidrat dan terlebih kolestrol tu.... 

‪#‎jomsihat‬



 

Wednesday, February 11, 2015

Apa yang saya buat dalam biz Elken?

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Bila bercakap tentang biz direct selling, fokus utama adalah mesti menjual, promot produk, menjual produk, customer dan membeli. Terma-terma ni selalu dikaitkan dalam biz direct selling. Untuk orang yang terlibat dengan biz direct selling ni pulak, nak tahu yang seseorang tu berjaya mesti kena ada income besar, ramai downline dan pangkat tinggi.

Tetapi tahukah anda di Elken, semua itu adalah petunjuk-petunjuk palsu yang menentukan kejayaan dalam biz direct selling???

Walaupun dah masuk tahun ke 5 dalam dunia Elken, dalam biz network Elken, saya masih baru dan mentah dalam selok-belok perniagaan ini. Setiap hari saya belajar...belajar dan belajar lagi untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Jadi apa yang saya buat dalam biz Elken?

Kerja saya setiap hari ialah mempromosikan gaya hidup sihat, gaya hidup MRT:

1.Pencegahan lebih baik dari mengubati

2. Reverse treatment (rawatan berbalik) for CKD, cardiovascular, Cancer, etc

3. Terapi- Rawatan tanpa ubat (free drugs treatment)

4. Gaya hidup sihat gaya MRT- 4 langkah penjagaan kesihatan

Pengedar Sah Elken
(ID no: 101000000724)
Call.SMS.Whatsapp: 017-5346280
Email: puteri_hannan@yahoo.com
Blog: puterihannan.blogspot.com

Wednesday, February 4, 2015

Sambungan... Kuasa Hikmat Kayu Hitam

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!


Hari Selasa lepas, saya bersin tak henti-henti. Dah itu tandanya nak selesema le. Alhamdulillah... seperti yang dijangkakan, saya kena demam selesema. Saya rasa sangat tak selesa sebab badan rasa sangat lemah, sendi-sendi badan semua sakit. Anak-anak bising suruh saya pergi klinik, sebab itu yang kita buat bila mereka sakit kan...

Since dah amalkan MRT sejak tahun 2010, dan dah sedar kebaikan dan kepentingan MRT, alhamdulillah saya usaha untuk tidak amalkan sebarang ubat bila kena demam selesema atau batuk. Apa yang saya amalkan selama kena selesema dan demam dalam 3 hari ni?

Saya guna kayu ni dan saya buat ikut dalam video ni saja. Alhamdulillah... Malam saya buat guasa, bangun tidur pagi tu dah rasa lega dan badan rasa lebih segar berbanding masa hari pertama kena selesema dan demam.




Macam mana guasa boleh membantu? Kerana setiap gesekan kayu guasa di titik meridien akupuntur yang ditunjukkan di dalam video tu membantu mengaktifkan sel darah dan melancarkan peredaran darah di bahagian tersebut (supaya khasiat dari makanan dan oksigen sampai ke dalam sel darah).


 

Tuesday, October 7, 2014

Life Style Consultant

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Qurban, meraikan pengajaran dalam peristiwa kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kisah pengorbanan seorang anak terhadap ayahnya dan seorang hamba kepada Allah, Tuhan yang Esa.

 Entri saya kali turut melibatkan kisah pengorbanan seorang individu, soalnya adakah anda sanggup untuk berkorban?

Apa gaya hidup anda sekarang? Maksud saya dari segi kesihatan...?

Pernah terfikir tentang ni tak?

Saya mengaku saya tak pernah fikirkan tentang gaya hidup saya dari segi kesihatan sehinggalah saya ditemukan dengan konsep MRT yang mana ia telah mentransformasi kehidupan saya dari segi kesihatan kepada...
GAYA HIDUP MRT (MRT LIFE STYLE).

We are now coming to 3rd quarter end of the year 2014, mulakan resolusi anda untuk tahun ini supaya menjelang tahun 2015 anda telah jelas dengan azam yang ingin anda capai, Nak kekal sihat dan cantik..SECARA SEMULAJADI!!

Saya dah jelas dengan sebab KENAPA saya nak buat biz ELKEN!!!

Kalau sebelum ni saya buat biz Elken untuk $$$$$RMRMRM... Jangan ikut cara saya!!! Saya tak berjaya pun dengan misi ini!!

Lepas tu nak buat biz Elken sebab nak suruh orang makan Spirulina, nak suruh orang belajar guasa, nak suruh orang pakai Bio Pure, minum air RO....pun tak berjaya!!!! Jangan ikut cara saya ni....

But now, after a year inactive involvement dalam biz Elken, saya mula nampak sinar baru dalam bidang kerjaya MLM Elken.... Elken is such a great company for this 3-4 years baru hari ni sekarang saya nampak apa yang saya patut buat dalam biz ELKEN ni!!

Saya nak jemput anda di luar sana yang tak tau cara nak ubah gaya hidup anda sekarang... Jom kita ubah sekarang kepada gaya hidup MRT!

Oh yess!!!! That is my ultimate goal now!!



  "Change ur life style to MRT life Style"

Monday, March 19, 2012

Maniskan wajah dengan senyuman itu lebih baik....

Assalamualaikum....

Fakta dan bukan auta

"5.6 juta daripada 28 juta bersamaan hampir suku rakyat Malaysia disahkan menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika ini."

"..tabiat pemakanan yg mana mereka gemar mengambil makanan tinggi kandungan gula."

"Malaysia antara negara paling banyak menggunakan gula hinggakan barang asas itu pernah kehabisan di pasaran."

Sumber: Harian Metro, Khamis 8 Mac 2012.

Bukankah ini suatu fakta yg amat membimbangkan. Adakah anda mahu menjadi sebahagian dari statistik tersebut. Jika anda tidak, adakah anda rela ahli keluarga menjadi sebahagian drpdnya?

Jika jawapan anda adalah tidak, anda harus bertindak. Bagaimana??

Kurangkan gula dalam makanan dan minuman??

 Satu lagi fakta menarik.


 Fakta ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia terlalu taksub dengan gula. Sudah la minuman instant tersebut mengandungi kandungan gula tinggi, ditambahkan lagi gula utk memaniskan. Berganda2 gula kita minum setiap hari. Itu tak termasuk makanan lain yg kita ambil akhirnya tidak ditukar menjadi tenaga bahkan di simpan di dalam tubuh sbg gula.


Kanak2, wanita mengandung, remaja sesiapa saja berisiko menghidap diabetes kerana ia bukan penyakit berjangkit tetapi disebabkan oleh metabolic disorder dan tabiat pemakanan kita.


Oleh itu apa langkah terbaik?


Amalkan TERAPI PEMBAHARUAN MOLEKUL. Itu adalah kaedah penjagaan dan rawatan secara holistik yg boleh membantu tubuh bertindak melakukan pemulihan secara semulajadi.


Nak tau lanjut?


Tunggu entri saya seterusnya.


P/s: Maniskan wajah dengan senyuman itu lebih baik....








Jom Follow Me