Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

Cuti-cuti keluarga Geng Suami & Isteri

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah... seperti yang dirancangkan plan bercuti ke Cameron Highlands menjadi kenyataan. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang sekepala. Jadi cuti-cuti tu havoc dan happening!

Kitorang gerak pagi Sabtu dan bermalam di homestay (apa tah nama tempat homestay tu..hehehe). Dan bertolak balik turun dari Cameron petang ahad. Banyak jugak la tempat kitorang gi jenjalan, cuma tempat strawberi dan lavender tak dan nak menjengah. Orang ramai giler!! Jam jugak la jalan kat atas nun...


Sejuk tak sejuk siang hari rasa gak la berpeluh di Cameron tu, bila sampai malam dan kena pulak hujan memang berstoking la dalam rumah tu.. (lantai jubin memang lawan sejuk la kaki ni). Syok malam tu kitorang pakat-pakat buat steamboat dan BBQ. Memang dah siap bawak bahan perap dari Ipoh dan bahan-bahan steamboat sekali. Kat situ masak kuah dan prepare nak makan je. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah ruah sampai tahan la bawak balik makan tengah hari pulak lauk malam tu... 


Bebudak memang seronok la berjalan, langsung tak penat 'berjoget'!





Bercuti ramai-ramai camtu memang best! In Shaa Allah nanti nak plan cuti-cuti lagi dengan geng sefamily Suami & Isteri.. Aamiin.

Friday, March 10, 2017

Happy 10th Anniversary to Us

Assalamualaikum... Selamat Pagi!




 Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah untuk 10 tahun yang sangat hebat!!
Semoga hubungan kami diberkatiMu Ya Allah, dilimpahi rahmatMu dan dijauhi kami dari perkara yang merugikan...Aamiin.
Semoga engkau perkenankan permintaan kami untuk hubungan ini kekal hingga ke SyurgaMu...aamiin.

Menanti 10, 20, 30, 40 tahun lagi hidup bersama, aamiin....

 

Sunday, August 21, 2016

#TB: Makan..makan..makan

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Alhamdulillah... Sabtu lepas 6 Ogos selesai majlis makan-makan anjuran Ibu Mertuaku dengan kerjasama biras sekeluarga. Sungguh makan-makannya.. menu ala ala potluck gitu sebab ada 3 orang chef yang jadi tukang masaknya. Emak mentua masak laksa, biras masak nasi minyak dan saya pulak buat mee kari Manora (resepi turun temurun keluarga).


So jadi la begini rupanya... gambar ni sebahagiannya sahaja. Kebetulan le pulak malam tu ada perlawanan bola sepak PERAK vs JDT... apa lagi En Hubby siap setting TV kat laman rumah tu. Setting tempat makan kat luar rumah di buat oleh En Hubby. Dah rupa kedai makan pulak jadinya...


Nak citernya memang begini la keadaannya bila mana keluarga mentua terlibat dalam urusan makan..makan...makan. Serve tu nak kena tip top high class!

Memang tradisi keluarga mentua ni pulak kalau buat kenduri jamu makan orang ni nak masak sendiri. Belum ada lagi yang selama saya jadi part of the family kenduri amik katering. Semua kenduri kahwin adik ipar abang ipar, kenduri doa selamat kenduri kesyukuran, jamuan makan kecil-kecilan semua MASAK SENDIRI. 

Seronok sangat dapat bergotong royong. Walau ada ketika tak dapat kumpul semua tenaga kerja, kerj-kerja masak tu menjadi juga sampai le sesi kendaranya. Penat lepas tu memang le penat!! Cuma itu salah satu cara luangkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan family.

Wednesday, July 13, 2016

#Throwback Eid Al Fitr 2016

Assalamualaikum... Good Morning!!

Alhamdulillah... Allahuakhbarx3... Syukur sangat-sangat kedatangan Syawal 2016 membawa kisah yang sangat bermakna dan satu permulaan yang baik untuk Syawal yang seterusnya amin....

Alhamdulillah dah pun masuk 8 Syawal hari ni. Ramai dah mula kerja. Cuti raya kali ni memang singkat. Ada yang bekerja dalam mood raya..hehehe. Dan tak boleh tahan masa semua warga kota berpusu-pusu nak balik ke rumah masing-masing pada Ahad lepas sebab Isnin dah start keje. Memang happening tengok kat TV kesesakan yang berlaku di merata highway dan jalan raya. Happening (sebutannya haipening) sungguh kan!!

 Hari ni nak kongsi kisah 1 Syawal di rumah saya. Seronok sangat sebab kali ni saya dapat kumpulkan 2 keluarga besar bersama-sama sambut 1 Syawal #keluargaTokMat #keluargaTokAli. Ikut turn raya tahun ni saya kena raya ngan keluarga mentua. Walau dekat tapi untuk berlaku adil kena take turn gak tau.... So, saya amik peluang untuk kumpulkan keluarga saya bersam-sama dengan keluarga mentua. Apa jadi? Ni la jadinya...... sangat awsome!!

Juadah hari raya

4 sekawan

Part of my in laws family

Part of my in laws family

Me Family


Together gether



Makan together gether

  
Me and other half

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
 

Thursday, December 4, 2014

This is my Life

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... We are coming to the end of 2014.

What now??

Tahun 2015, tahun yang sangat mencabar!! How would you like your life to be?

This is my life... I'm doing it for them!

For the sake of my family.. I want my life to be

A sexy, pretty and gorgeous wife to my hubby.



A pretty and wonderful mom to my kids. And not to forget... menjadikan anak-anak saya kanak-kanak yang membesar dengan sihat (betul-betul sihat dari dalam bukan sihat sebab takde penyakit je, macam mana? PM ME).




How you want to be like that??

I have the way and I can show you how.

PM ME.

Monday, September 1, 2014

Life Goes On

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!




Setiap yang bermula pasti...pasti...pasti ada pengakhirannya yang hanya diketahui oleh yang Maha Mengetahui yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. 

Siapalah kita insan dan hamba yang lemah dan penuh pengharapan pada yang SATU, mempertikaikan cara sesuatu perkara itu berakhir.

Dalam Al-Quran telah disuratkan tentang ini... LIFE GOES ON.



Namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tabah dan kuatkan semangatmu... buat seluruh ahli keluarga mangsa nahas dan tragedi MH17 dan MH370.

Ganjaran sabar di sisi Allah itu sangatlah besar.

Peringatan, iktibar dan hikmah untuk kita semua.....

Saturday, May 31, 2014

Ur My Heart Ur My Soul

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dah lama tak update pasal anak-anak.

Time fly so FAST!!!!!!

Dah takde bau masam baby dah... they growing up so FAST!!!!

Yang Kak Long Najwa dah mula berjinak-jinak nak membaca, rajin menulis dan pantang nampak perkataan akan diejanya dan disebutnya perkataan tu. Alhamdulillah...
Insya allah tahun depan dah masuk darjah 1.

Yang si Kak Ngah Najihah akalnya macam-macam. Menuntut perhatian dari kita dengan cara BERDEGIL. Yup!!! Sampai ke tahap akhirnya dia yang menangis sama ada kena marah atau apa yang diminta tak dipenuhi. Tetapi at the same time paling pandai membodek orang dengan keletah dan mulut murainya.

But both are my heart and my soul!



Sunday, May 11, 2014

Mak... Kakyung Sayang Mak!!!

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!

No words can describe about my feelings to mak.

Only Allah knows better.

Mak... Kakyung sayang Mak!!

Kakyung sayang abah!!


Wednesday, January 8, 2014

Panjang Umurnya.. Panjang Umurnya...

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

Panjang umurnya
Panjang umurnya
Panjang umurnya
Serta mulia
Serta mulia
Serta mulia

Selamat ulang tahun kami ucapkan
Semoga panjang umur kami kan doakan
Selamat sejahtera sehat sentosa
Selamat panjang umur dan bahagia

Alhamdulillah.. Dipanjangkan umurnya setahun lagi.

Semoga puteri-puteri ibu membesar sihat dan menjadi anak-anak yang solehah. Walaupun membesarkan kalian penuh ragam dan cabaran, kalian berdualah racun dan penawar hidup ibu.

 Selamat Ulang Tahun ke 6 Nur Ilyanie Najwa!

Selamat Ulang Tahun ke 3 Nur Ilyanie Najihah!

Birthday Day Girls and Boy (Anak Sedara)










Monday, December 10, 2012

Di ambang Wati....??? Nah... Di ambang 2013...

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!!!



 Tak payah citer banyak-banyak... gambar tu pun dah cukup citer tentang entry saya hari ni. Di ambang 2013, apa citer anda semua??? Resolusi 2012 dan persediaan 2013??

Firstly saya nak citer tentang anak-anak. Alhamdulillah mereka membesar dengan sihat dan alhamdulillah yang paling obvious 2 beradik nih, pot pet pot pet macam bertih jagung. Walau tahun 2012 mencabar buat saya membesarkan mereka terutama sekali tentang kak ngah Najihah yang dah 2 kali masuk hospital sebab gejala batuk dan demam.


 Citer tentang kak long Wawa.

2013, going to be 5 years old dan akan belajar di sekolah tabika kemas. Tak sabar rasanya nak tengok gelagat hari pertama di tabika kemas. Masa umur 4 tahun ni saya hantar dia ke taska permata kemas. Banyak main dari belajar. Planning saya 2013 nak carikan tempat mengaji untuk dia. Mulut makin bijak bertutur, mengomen, mengkritik dan paling tak tahan sekarang ni cara nak berdepan dengan dia kena guna cara konfrantasi secara berkasih sayang dan secara penuh mainan psikologi. Kadang-kadang tak tahan tu ada la juga guna penyangkut baju bagi gempak sikit. 2013, nak pupuk semangat baru dalam diri kak long Wawa supaya dia boleh jadi kakak yg baik dan anak yang solehah.


Geng Taska Permata Kemas
 
Citer tentang kak ngah Najihah (dah tak leh bahasakan adik dah...).


    
 2013, saya masukkan Jihah ke taska permata kemas. Sebab apa? Awal sangat kot...? Sebab Jihah perlu didisiplinkan dirinya.  

Personaliti dan karakter Jihah sangat bercanggah dengan kak long Wawa. Walau baru berusia setahun jagung, perangai, minded dan personaliti bak budak berusia 2-3 tahun. Yup! She's matured enough than her age. Mula berjalan seawal usia 10 bulan, mula menyebut perkataan seawal usia 12 bulan, dan Alhamdulillah sekarang dah boleh bercakap dan boleh memahami arahan-arahan mudah, boleh tunjuk mana satu telinga, mata, kepala, rambut mulut, kaki dan tangan bila kita yang menyebutnya. Pakai baju sendiri pun dah mula pandai (dengan bantuan ibu bagitau mana lubang nak masuk tangan n kepala). Dan satu lagi sebab kena hantar dia ke taska, dia sangat suka menyakat orang. Yup! Umur setahun jagung pandai menyakat orang.... jadi kena ajar bab disiplin sikit.

Citer tentang Ibu Abah pulak.

Alhamdulillah dan Insya Allah... rumah tangga yang dilayari sejak tahun 2007 akan masuk tahun ke 6. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hubungan suami isteri... ada la jugak turun naiknya. Tapi apa yang penting??!! KERJASAMA!!! Tolak ansur, berdiplomasi dan jangan sesekali ada perasaan negatif dalam diri. 

Tahun 2013, berharap agar lebih banyak komunikasi 2 hala dan musyawarah antara kami. Semakin hari semakin sibuk, sampai nak duduk bersembang pun kena buat appoinment..:D. Perkahwinan kami atas dasar cinta selepas kahwin (jadi banyak percanggahan dan perbezaan, tapi kerana chemistry antara kami), alhamdulillah jodoh antara kami dah ditentukan dan bila dikenang-kenang memang tak percaya yang kami boleh bersama selama 6 tahun ni.

 
Citer tentang saya dan Biz Elken...

 2012 banyak yang telah saya belajar tentang hidup. Bukan senang nak hidup senang, tapi TAK SUSAH juga nak hidup senang. Semuanya di atas pilihan sendiri, nak senang jadi senang, kalu fikir susah jadi susah.

2013 ada banyak perancangan untuk menjayakan biz saya ini. 2012 macam saya katakan, saya belajar... banyak yang saya belajar tentang cara nak menjayakan biz ini. Nak berjaya bukannya untuk dapatkan RM3000-5000 sebulan. Tetapi nak berjaya dengan biz Elken, mesti kena dapat RM10,000.00 sebulan!! Itu baru boleh dikatakan berjaya di Elken (berjaya sikit la....). Macam mana nak buat??? Itulah yang saya belajar semasa di tahun 2012.

Lagi saya belajar... nak menjayakan biz Elken, saya mesti ada IMPIAN. Kerana itulah yang menggerakkan perjuangan saya. 2012, impian saya tak cukup besar, jadi ada turun naik. Bila semangat datang baru ada motivasi, bila semangat hilang tak de motivasi. Jadi saya revise balik kenapa nak buat biz Elken??
1. Nak bagi kesihatan yang baik kepada keluarga terutama mak abah, mak mentua, anak-anak dan suami.


2. Saya nak income RM10,000.00

3. Saya nak pergi melancong (honey moon @ family trip) ke Australia!!!!

4. Kebebasan Kewangan (Debt Free)


Bila nak berjaya dengan biz Elken, saya mesti IKUT 100%, kena ikut sistem pendidikan, kena ikut cakap upline, dan kena ikut 100% apa yang dah sedia ada. Tak payah nak memandai-mandai rekacipta cara lain. PHOTOCOPY JE!

99% sikap saya mempengaruhi kejayaan biz saya. Sebelum ni saya seorang yang sangat tidak pandai bersosial (bermasyarakat) suka buat hal sendiri, tak suka nak bazir masa sembang, tak suka grouping, tak pandai senyum, tak pandai amik hati orang, selalu buat orang terasa hati, macam-macam sikap negatif. 

2012, saya ubah tetapi belum capai 80%, 2013 saya perlu ubah 100%!! Hati kena ikhlas, jujur dan telus bila berkongsi, 4 besar mesti kena BESAR (mata, suara, gaya dan senyum). Kalu dulu tak pandai bermasyarakat, sekarang kena pandai bermasyarakat. SEMUA KENA BERUBAH!!

Buat biz Elken tak susah langsung, kalu nak capai income RM10,000.00 sebulan cabaran yang hebat perlu dihadapi. Kerana kita nak buat sesuatu kerja yang berbaloi, kita hadapi saja cabaran dan dugaan itu dengan senyuman....

2013 tahun penting bagi saya, saya perlu capai satu perubahan dalam hidup sebelum usia saya menjejak ke era 4 series....

"Ya Allah.. Aku hanya merancang, Engkau adalah perancang. Bantuilah aku menjayakan segala perancanganku di tahun 2013 ini, Amin..."

Semoga azam dan perancangan tahun 2013 anda juga berjaya, Amin.

Jom Follow Me