Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Sekolah dah nak cuti...?


Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Diam tak diam tinggal 2 minggu saja lagi sesi sekolah 2015 akan berakhir. Cepat betul masa berlalu!! Najwa dah nak masuk tahun 2. Najihah dah nak tadika.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih kak ngah Najihah selama 11 bulan dia dah bersedia nak melangkah ke alam persekolahan. Kak ngah dah boleh kenal dan tulis nombor 1-10. Huruf Aa to Zz pulak banyak improvement dah. Mesti nak cuba sebut huruf-huruf yang dia nampak di mana-mana saja.

Kak Long Najwa pun semakin maju dalam pelajaran. Saya utamakan subjek Matematik Dan English. Setiap hari mesti buat latih tubi. Pengisian cuti sekolah pun dah diatur. Kak Long akan mula belajar sifir dan Grammar. Kak ngah pulak belajar kenal suku kata.

Sebenarnya Ibu Ilyanie ni yang over excited nak belajar semula, rindu saat-saat di zaman persekolahan. Silibus sekolah rendah tahun 1 semua dah khatam dah... Hahaha...

Dalam pendidikan anak-anak saya tak kejar sangat untuk jadi nombor satu. Saya tekankan belajar untuk ilmu. Dari tak tahu jadi tahu, dari tahu jadi pandai, dari pandai jadi bijak. Buat mereka rasa seronok untuk belajar setiap hari.

So, kita tunggu kisah ragam kak ngah ke sekolah pulak nanti. Tak sabarnya!!

Friday, April 24, 2015

Menjadi seorang pendidik

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

 Lepas grad pada tahun 2003, ramai kawan-kawan yang cadangkan saya jadi cikgu. Saya tak nak sebab tak minat lagi satu saya seorang yang garang, habis nanti anak murid kena dera.

Tahun demi tahun, bila dah ada anak, mahu atau tak saya kena la jadi cikgu jugak. Jadi la, dapat 2 orang anak murid. Tu pun macam-macam ragam!

Pengalaman menjadi cikgu kepada anak-anak saya ni yang paling best bila saya lihat development diorang from years to years. Bermula dengan Kak Long Najwa, saya hantar ke sekolah Permata Kemas masa tu umur 4 tahun. Kak Long Najwa suka menulis dan suka dengan buku. Saya tak ajar cuma bila nampak minat ke arah itu saya beli banyak buku kosong untuk dia menulis dan menconteng.

Bila masuk tahun seterusnya saya hantar dia ke sekolah Tadika Kemas masa umur 5 tahun. Di sekolah tu peringkat permulaan saya ikut perkembangan dia, cikgu-cikgu Tadika akan bekalkan kerja sekolah di rumah dalam buku latihan dan latihan awal Kak Long belajar tulis corak garisan... macam gambar kat bawah.

Contoh garisan... but not in dotted version la.

Credit picca to Google
 Then moving on to belajar menulis ABC, 123 dan Alif Ba Ta dan seterusnya belajar menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Alhamdulillah umur 6 tahun masuk Pra Sekolah dah pandai menyebut suku kata dan umur 7 tahun dapat membaca dengan lancar termasuk juga bacaan bahasa Inggeris.

Apa yang nak saya sharekan di sini ialah ilmu yang saya dapat dari 'proses pembelajaran' yang saya perolehi daripada Kak Long Najwa. Sebelum saya citerkan, one question... apa kaitan gambar garisan-garisan di atas dengan education development Najwa?

Jawapannya ialah anak kita belajar mengenal huruf, nombor dan alif ba ta daripada garisan-garisan tersebut! Itulah satu-satunya ilmu berharga yang saya belajar bila saya jadi cikgu kepada anak-anak saya.

Explore dan develop ur mind from ur own child education development. Masa terlalu suntuk nak citer panjang nanti saya sambung lagi.

Da...!!!


Monday, January 12, 2015

Cerita 12 Jan 2015.. part 1

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah puji-pujian bagi yang Maha Esa kerana telah memberikan nikmat yang melimpah ruah kepada kita despite ada rakan-rakan kita yang masih sedih atas kesan bencana banjir yang melanda.

Alhamdulillah cerita saya hari ni sangat best.. teruja dan sangat seronok.

Kak Long Najwa dah officially murid SK Pengkalan Bharu, tahun 1 Pintar sesi 2015. 







 Terkenang saat mengandungkan dia dan melahirkan dia 7 tahun yang lalu, now she is big girl, big sis!! Huhuhuhu rasa cam nak nangis plak.

Her journey begin today, what will she become after 12 years education begin today. This is her big day!! 

12 JANUARY 2015.

Ibu mendoakan kejayaan yang gilang gemilang buat kak long dan semoga menjadi anak yang solehah dan mengenang jasa ibu abah dan guru serta menjadi hamba Allah yang beriman. Amin.....

Wednesday, January 2, 2013

1st Day School

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

2nd January 2013, hari pertama persekolahan Kak Long Wawa dan Kak Ngah Najihah.

Kak Long masuk Tabika Kemas dan Kak Ngah masuk Taska Permata Kemas.

Masa hantar pagi tadi, kak long memang rileks aje la... dah biasa dengan school dan cikgu-cikgu di situ. Yang si kak Ngah, nampaknya ok. Excited tengok kakaknya berbaju sekolah, berkasut sekolah dan berbeg sekolah. Masuk ke dalam taska terus menyelongkar setiap sudut permainan yang ada di dalam taska tu. Tinggalkan dia dengan pesanan penaja, dan kak Ngah menganggukkan kepala tanda faham (cute sangat masa ni!).

Kak Long dapat ramai kawan yang baru pulak. Dia ke tabika kemas bersama-sama dengan sepupunya, Mukhriz. Dari awal dah berkepit berdua. Sepupunya baru first time ke sekolah, belum ada pengalaman. Harapnya Wawa dapat biasakan diri dengan environment baru dan kawan-kawan baru.

Permulaan baru di tahun baru 2013, semoga anak-anak ibu menjadi murid yang baik di sekolah.



Jom Follow Me