Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, January 31, 2012

New Begining in early 30s

Assalamualaikum....

Hari ni di tanggal 31 Januari saya ingin membuat pengumuman penting...
* Selamat tahun baru 2012 (walau dh terlewat nak diucapkan), semoga permulaan yg baik di tahun baru 2012 berterusan sehingga ke penghujungnya.

** Saya masih di sini tetapi tidak dapat mengikuti anda setiap hari...nak blogwalking pun takleh.. huhuhu. Teruskan mengikuti saya tanpa jemu (walau blog berupdate sesekali sahaja).

Alhamdulillah, permulaan 2012 saya baik dan berdoa supaya baik juga hingga ke penghujungnya. Anak2 dh semakin membesar, baru je celebrate birthday kedua2 princess saya yang berumur 4 tahun dan 1 tahun. They growing up so fast sampai saya rasa tak mau kehilangan momen2 indah di saat kelahiran mereka dan momen2 comel when they are still babies... Bila anak2 dh semakin membesar terutamanya di saat kita mula menghantar mereka ke sekolah, baru saya dapat rasakan bebanan dan tanggungjawab keibubapaan yg sgt berat utk mereka.

Kalu masa mula2 dapat Wawa saya rasa seronok melalui pengalaman ada baby (org baru) dalam hidup kita... tapi bila kakak Wawa dah mula di hantar ke taska dan adik Jihah dah boleh berlari barulah tersedar yg saya kena jadi seorang ibu yg bertanggungjawab iaitu mengasuh dan mendidik.

Sekarang ni saya giat mengasuh dan mendidik Wawa tentang seni kreatif. Macam2 yg saya belikan antaranya yg saya hadiahkan kepada Wawa sempena her 4th birthday, set water colour dengan kertas lukisan. Mungkin tak seberapa tapi mesej saya jelas untuk dia belajar melukis suara hati dia di atas sehelai kertas kosong itu.

Najihah semakin hari semakin bijak. Berlainan karakter dengan Wawa yg lebih preserve, sensitif dan lemah lembut. Najihah tahan lasak, ligat, nampak lebih matang dari usia sebenar (walau setahun jagung, tapi gaya dh macam budak umur 2 tahun), bijak terlebih (propa lebih sebenarnya). Mungkin sebab berbeza cara asuhan, buat kedua2 princess saya berlainan karakter. Yang Wawa diasuh opahnya (mak saya) sejak lahir duk dalam katil manakala Najihah saya yg mengasuhnya dari lahir (berpantang dan membesar di umah mak mentua) secara terbuka (tak guna katil sangat), so nampak la perbezaannya.

Begitulah cerita anak2... tentang saya?

Alhamdulillah saya mendapat sinar baru dalam kehidupan saya di tahun 2012. Saya mendapat kembali diri saya yg hilang sebelum ni. Lebih bersemangat, bermotivasi menghadapi cabaran dan lebih positif mengharungi dugaan dan halangan.

Orait.. cukup setakat ni dulu dari saya. Semoga dapat ketemu di hari dan waktu yg lain. Dan semoga setiap apa yg kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah. Amin...


Jom Follow Me