Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Saturday, March 11, 2017

Sebelum berjaya kena kenal dulu apa erti kejayaan

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sebelum khatam Al-Quran, kena kenal huruf Alif Ba Ta
Sebelum baca novel buku cerita suratkhabar, kena kenal huruf ABC
Sebelum berjaya kena kenal dulu apa erti kejayaan pada diri sendiri...

Saya pernah menulis tentang kejayaan ni di entri sebelum ni, boleh klik sini. Hari ni saya nak share satu artikel dalam satu website yang sangat bagus dan perlu dibaca sehingga titik akhir.

Antara kupasan dalam artikel tersebut,
Kita perlu faham maksud kejayaan tu pada diri kita jika tidak kita akan berjuang untuk memenuhi kejayaan orang lain. Akhirnya kita akan rasa hampa dan kecewa.

Untuk memahami erti kejayaan pada diri kita, kita kena tau apa yang menggembirakan diri kita?
Setiap dari kita telah pun mencapai kejayaan tetapi sebab kita tak faham dengan jelas maksud kejayaan tu dalam hidup kita, kita rasa diri kita seorang yang gagal.

Jom baca artikel penuh kat sini..

What Does Success Really Mean to You?

Tuesday, August 23, 2016

Belief vs Faith

Kepercayaan satu kekuatan... Setiap yg kita lakukan ikut apa yg kita percaya.
Kita kerja siang malam sebab percaya hujung bulan Akan dpt gaji.
Kita Niaga sebab kita percaya boleh dapat untung.
Kita berkahwin sebab percaya pasangan kita dapat membahagiakan kita.
Kita buat apa saja sebab percaya...
TETAPI, jangan letak keyakinan kepada setiap apa yang kita buat tu melainkan keyakinan kita pada yang SATU!
Kerana pemikiran yang positif beerti kita percaya Dan yakin kepada Dia. Kita buat apa pun sebab kita percaya Dan yakin dengan perancangan dari Dia.

Sunday, August 21, 2016

#TB: Makan..makan..makan

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Alhamdulillah... Sabtu lepas 6 Ogos selesai majlis makan-makan anjuran Ibu Mertuaku dengan kerjasama biras sekeluarga. Sungguh makan-makannya.. menu ala ala potluck gitu sebab ada 3 orang chef yang jadi tukang masaknya. Emak mentua masak laksa, biras masak nasi minyak dan saya pulak buat mee kari Manora (resepi turun temurun keluarga).


So jadi la begini rupanya... gambar ni sebahagiannya sahaja. Kebetulan le pulak malam tu ada perlawanan bola sepak PERAK vs JDT... apa lagi En Hubby siap setting TV kat laman rumah tu. Setting tempat makan kat luar rumah di buat oleh En Hubby. Dah rupa kedai makan pulak jadinya...


Nak citernya memang begini la keadaannya bila mana keluarga mentua terlibat dalam urusan makan..makan...makan. Serve tu nak kena tip top high class!

Memang tradisi keluarga mentua ni pulak kalau buat kenduri jamu makan orang ni nak masak sendiri. Belum ada lagi yang selama saya jadi part of the family kenduri amik katering. Semua kenduri kahwin adik ipar abang ipar, kenduri doa selamat kenduri kesyukuran, jamuan makan kecil-kecilan semua MASAK SENDIRI. 

Seronok sangat dapat bergotong royong. Walau ada ketika tak dapat kumpul semua tenaga kerja, kerj-kerja masak tu menjadi juga sampai le sesi kendaranya. Penat lepas tu memang le penat!! Cuma itu salah satu cara luangkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan family.

Saturday, August 20, 2016

YUNALIS

Assalamualaikum... morning!

Lately saya banyak tengok video Youtube Yuna Zarai. Hmmm tak tau mula macam mana, saya dah deep into lagu-lagu Yuna walaupun sebenarnya saya tak minat muzik macam tu. Macam mana pun so proud of her achievement yang dah bertapak 5 tahun di US. Diam tak diam dia dah menjelejah banyak tempat di US untuk mempromosikan lagu-lagunya. Kipidap YUNALIS!

Komen-komen yang respon kat video-video dia pun tak kurang hebat jugak.


Untuk seorang yang Muslim, di negara kuasa besar US, untuk dia seorang wanita seorang diri, dari negara kecil yang bila disebut kat situ mesti kena ulang dua kali nak membuka pasaran baru saya boleh katakan dia sudah berjaya. Even ada jemputan untuk on air dan live show dan interview kat sana. Yup! she did it!

Lagu baru duet dengan Usher mesti buka mata lebih luas dengan potensi yang ada pada Yuna. Semoga Yuna terus sukses dan terus maju ke hadapan dan mana tau leh menang awards kat sana. And at the same time terus kekal jati diri anak perempuan melayu terakhir walau di mana berada. Good luck!!

Friday, August 19, 2016

Kuliah Jumaat: Kenali diri kenali Pencipta

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah #syukurselalu sebab kita masih diberikan peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah yang sementara ni. Bila dapat peluang untuk hidup lagi, mesti fikir tentang lebih banyak peluang yang patut kita rebut. Jangan biarkan hidup kita 'tersangkut' pada tempat yang sama setiap hari. Sebab apa yang berlaku semalam mesti tak berlaku lagi hari ni. Hari ni adalah new chapter dalam kehidupan kita, new phase, new episode. Jom kita create adventure dalam setiap episode kehidupan kita. Walla!!

Citernya hari ni bukan nak bagi motivational talk kat u all. Just nak share sikit pendapat, pandangan dan buah fikiran. Macam tajuk hari ni, kita kenali diri, kita kenali Pencipta. Soalnya sejauh mana kita mengenali diri kita?

Back to basic, kejadian manusia dalam Al-Quran disebut dengan jelas dan nyata dari tanah, air mani (“nuthfah”), kemudian menjadi segumpal darah seterusnya segumpal daging dan seterusnya boleh terus membaca di sini. Itu dari sudut agama, dari sudut sains kita pun perlu mengenali diri kita siapa. Manusia terdiri daripada jasad dan roh. Jasad kita adalah bentuk fizikal tubuh badan yang kejadian asalnya bermula daripada sel.

http://www.slideshare.net/mrtangextrahelp/08-human-organ-systems


Daripada sekumpulan sel terbentuk tisu, kemudian sekumpulan tisu membentuk sebuah organ tubuh, dan sekumpulan organ tubuh membentuk sistem organ.


http://www.slideshare.net/mrtangextrahelp/08-human-organ-systems


 
 Mengenali diri kita secara fizikal membuatkan kita lebih merasa rendah diri kepada Allah yang menciptakan kita. Kita makhluk unik dan istimewa yang Allah jadikan berbanding makhluk yang lain. Sebab tu Iblis dan syaitan cemburu dan dengki dengan kita dan bersumpah untuk menyesatkan kita cucu Adam sehingga ke akhir zaman.

Nanti saya share lagi post yang menarik berkaitan dengan entri kali ni...

Tuesday, August 9, 2016

#TB: Happy happy coloring

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sabtu 30 Julai yang lepas Kak Ngah Najihah ikut serta dalam pertandingan mewarna anjuran FAMA sempena fiesta durian yang diadakan di RTC Gopeng.

Ramai yang join semua budak-budak Tadika dan Pra sekolah. Kak Long Najwa kecewa sikit sebab tak dapat nak join. Sebab dua kategori tu je yang boleh masuk.



Hasil kerja Akhir Kak Ngah


Alhamdulillah rezeki durian runtuh

Alhamdulillah.. tak sangka menang dapat tempat naib johan. Dapat hadiah wang tunai pulak tu. Memang rezeki dia la hari tu. Terus gi belanja makan kat KFC dah lama sangat mintak nak makan ayam goreng tu.

Untung sebenarnya dapat masuk pertandingan mewarna ni. Disiplin yang ada dalam pertandingan tu leh ajar anak kita untuk hargai masa sebab kena siapkan dalam masa yang diberi, pastu leh ajar anak kita tertib dan aturan yang betul sebab nak warna mana leh warna durian merah anggur biru kan.... Bagus bagi diorang masuk pertandingan mewarna ni. Selain dari peluang untuk dapat hadiah yang menarik bila menang, ada juga dapat door gift. Kak Ngah dapat door gift pensel warna. Macam pengalaman masa kak long Najwa sekolah tadika dulu, dapat door gift beg sekolah.

Lagipun dapat spend masa yang berkualiti bersama anak-anak jugak kan... Ibu pun leh la gantung kuali kat umah. Hehehe...

Friday, November 13, 2015

Insan-insan luar biasa

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dalam kehidupan kita ni ada di kalangan kita insan-insan yang sangat luar biasa. Melakukan perkara-perkara luar biasa. Saya sangat respek individu yang sanggup berkorban untuk melakukan perkara yang mereka minat. Ini kisah seorang insan yang begitu menyayangi makhluk Allah seekor kucing. 

Saya seorang pencinta kucing. Tetapi tidak seperti insan-insan ni. Mereka sanggup mengambil kucing-kucing terbiar untuk dijaga. Membantu kucing-kucing yang sakit untuk dirawat. Menyelamatkan kucing yang kena accident, seperti yang saya baca dalam FB baru-baru ni, memerlukan rawatan RM600. Mata kedua belah nya terpaksa dibuang, rahangnya yang patah perlu disambung. Insan-insan ini sangat gigih!

Salute kepada anda insan-insan luar biasa!!!

Thursday, November 5, 2015

Hobi saya.... BERKEBUN!

Assalamualaikum....Selamat Pagi!

Hari ni nak bercerita tentang hobi. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk berubah menjadikan berkebun sebagai satu hobi apabila umur mencecah 30an. Yang mana sebelum dari umur itu, berkebun bukanlah sesuatu yang menjadi minat dan hobi saya.

Nak tau macam mana saya boleh terjebak dengan hobi berkebun ni?

Salah satu sebab paling utama kerana Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami untuk duduk rumah milik sendiri (maksudnya bukan la menyewa rumah orang lain). Jadi we have the full control la kan... (citernya sejak kawin dok ngan mak mentua dan kakak ipar.. ate pepaham le ye deme2 sume). Jadinya bila dah dok umah sendiri pakat-pakat la nak menghias halaman rumah yang sekangkang kera tu. Dan of course orang yang tak pernah berminat nak berkebun ni amik jalan mudah untuk cantikkan laman umah dengan menanam pokok-pokok bunga ini!! Ros Jepun....!

Asalnya saya memang peminat bunga-bunga ni sejak dari bergelar isteri dan ibu (which is masa anak dara... ada aku kesah!!). Jadi menyimpan azam yang tinggi bila dah ada umah sendiri mesti nak tanam pokok bunga ni. Mulanya jiran dekat umah tu hadiahkan sepasu bunga ni. Masa tu tak nak try2 je. Sebab orang kata kalau tangan panas susah nak jadi tanam apa pun.

Alhamdulillah dari sepasu, jadi la berpasu-pasu dan bunganya kembang sekuntum-sekuntum. Bila tengok kat umah orang berkuntum-kuntum bunganya yang berkembang (ada sikit jeles la...) terus berazam lagi cari cara nak bagi pokok-pokok bunga kat umah tu blooming. Dapat la cari baja bunga dan tambah dengan baja organik (tahi lembu yang dikutip kat padang permainan kat umah.. hehehe). Sebelum ni ada yang kata bunga ni tak boleh tempat panas dan perlukan banyak air. Maka di letakkan kat tempat yang redup. Pastu datang sorang kawan komen kata bunga ni kena letak tempat kena matahari. Kalih pulak letak kat luar umah. Alhamdulillah dengan gabungan tips2 dan hati suci murni nak berkebun, makanya terhasillah MINI GARDEN kat depan umah (which is sekarang ramai yang jatuh cinta dan berkenan ngan bunga-bunga tu).

Ada sapa2 yang bekenan nk bunga RJ ni, meh la ke kebun teman ni, just ketik2 je.. Senang sangat nak tanam!  



Tuesday, August 11, 2015

Masa Berlalu Tanpaku Menyedari

Assalamualaikum... Selamat pagi!!!

Lama gilerrrssss!!!!!! X hapdet blog. Rindu....!!!! Macam-macam nak tulis, masa saja yang mencemburui kita. Ni pun dah nak hujung-hujung Syawal dah. Di kesempatan yang bersisa ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Bila cakap pasal masa, sekejap je dah nak masuk ke fasa terakhir 2015. Macam mana progress tahun 2015 ni? Whatever it is... Sentiasa #syukurselalu dengan setiap yang berlaku. Ambil iktibar dan hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku di dalam hidup kita. Pencapaian yang kita perolehi kita #syukurselalu dan usaha lagi untuk pencapaian yang seterusnya.

Ok la cukup sesi membebel kita pada petang ni. Sekian....

Tuesday, June 30, 2015

Sticky Post: Ukhuwahfillah.. Salam Perkenalan

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Salam perkenalan... Jemput baca entri kat blog saya dan sudi-sudilah komen juga ye. Then tinggalkan link di bawah untuk saya bertandang ke blog anda pula.

Jom kita berukhwahfillah!


Friday, May 8, 2015

Helpless

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!


Pagi-pagi ni pergi ke Mydin RTC. Sampai kat tempat parking nampak seekor ibu kucing ni tengah duduk menung sambil mengiau-ngiau.


Saya rasa hairan sebab dia mengiau tak henti-henti seperti meminta tolong. Saya pun pergi dekat dan memerhati gelagat kucing tu.





Tengok tu sampai masuk kepala dalam lubang tu! Dalam hati dah agak dah ni mesti kes anak dia masuk dalam lubang tu. Telahan saya betul sebab dapat dengar suara anak kucing dari dalam lubang tu!!

Mula-mula tu saya berdiri je perhatikan dia, terasa HELPLESS...! Tak tau macam mana nak tolong sebab takde tempat nak cekau anak dia tu keluar dari lubang tu. Rasa hati tu nak blah je, tapi hati tak rasa sampai... tak sanggup pulak nak tinggalkan dia. Ye la..ibarat kita mintak tolong orang dan terasa HELPLESS sampai tak tau nak buat macam mana. Begitu juga ibu kucing tu.

Saya berfikir sejenak. Lalu saya cuba masukkan tangan ke dalam lubang tu. Saya rasa HELPLESS sekali lagi sebab lubang tu terus ke longkang jadi saya tak dapat nak gapai anak kucing yang jatuh ke dalam longkang tu.

Tiba-tiba saya dengar something saya masukkan tangan ke dalam lubang tu sekali lagi, alhamdulillah saya dapat capai kepala anak kucing tu dan saya tarik dia keluar dari dalam lubang tu....

ALHAMDULILLAH!!! Lega rasanya...




Anak kucing tu dapat diselamatkan!!!! Rasanya tu bukan anak dia, tapi sebab rasa perikekucingan, ibu kucing tu tak sanggup nak tinggalkan anak kucing terbiar tu dalam lubang tu. 

Akhirnya, they live happily ever after. Amin...










Friday, April 24, 2015

Menjadi seorang pendidik

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

 Lepas grad pada tahun 2003, ramai kawan-kawan yang cadangkan saya jadi cikgu. Saya tak nak sebab tak minat lagi satu saya seorang yang garang, habis nanti anak murid kena dera.

Tahun demi tahun, bila dah ada anak, mahu atau tak saya kena la jadi cikgu jugak. Jadi la, dapat 2 orang anak murid. Tu pun macam-macam ragam!

Pengalaman menjadi cikgu kepada anak-anak saya ni yang paling best bila saya lihat development diorang from years to years. Bermula dengan Kak Long Najwa, saya hantar ke sekolah Permata Kemas masa tu umur 4 tahun. Kak Long Najwa suka menulis dan suka dengan buku. Saya tak ajar cuma bila nampak minat ke arah itu saya beli banyak buku kosong untuk dia menulis dan menconteng.

Bila masuk tahun seterusnya saya hantar dia ke sekolah Tadika Kemas masa umur 5 tahun. Di sekolah tu peringkat permulaan saya ikut perkembangan dia, cikgu-cikgu Tadika akan bekalkan kerja sekolah di rumah dalam buku latihan dan latihan awal Kak Long belajar tulis corak garisan... macam gambar kat bawah.

Contoh garisan... but not in dotted version la.

Credit picca to Google
 Then moving on to belajar menulis ABC, 123 dan Alif Ba Ta dan seterusnya belajar menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Alhamdulillah umur 6 tahun masuk Pra Sekolah dah pandai menyebut suku kata dan umur 7 tahun dapat membaca dengan lancar termasuk juga bacaan bahasa Inggeris.

Apa yang nak saya sharekan di sini ialah ilmu yang saya dapat dari 'proses pembelajaran' yang saya perolehi daripada Kak Long Najwa. Sebelum saya citerkan, one question... apa kaitan gambar garisan-garisan di atas dengan education development Najwa?

Jawapannya ialah anak kita belajar mengenal huruf, nombor dan alif ba ta daripada garisan-garisan tersebut! Itulah satu-satunya ilmu berharga yang saya belajar bila saya jadi cikgu kepada anak-anak saya.

Explore dan develop ur mind from ur own child education development. Masa terlalu suntuk nak citer panjang nanti saya sambung lagi.

Da...!!!


Wednesday, April 15, 2015

Hamba Dan 'Tuan'nya

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Lamanya tak berceloteh dalam laman blog kesayangan ni. Alhamdulillah hari ni baru ada kesempatan. Dah lama tak mencoret dah berkarat rasanya nak menulis ni. 

First and for most... Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah di atas limpah kurnia dan nikmat yang sangat banyak tak terhingga untuk kita. Terasa sangat kerdil diri ni yang mengaku hamba tapi berlagak seperti tuan.

Kadang-kadang ada ketika kita sedar diri yang kita ni hidup sebagai hamba di muka bumi... tetapi lebih ramai yang tak sedar dan berlagak seperti tuan. Bila kita sedar diri kita ni hamba, sedar tak kita ni hamba kepada 'tuan'nya? Bukan hamba selain dari 'tuan'nya itu?

Ramainya dari kalangan kita yang menjadi hamba$$, hamba dunia, hamba cinta, hamba macam-macam lagi. Bila kita jadi hamba selain dari 'tuan'nya, kita akan lupa diri yang kita ni hamba dan menurut kehendak dasar hati yang nak jadi tuan. Bila kita hamba rasa diri kita tuan, kita renung balik kisah Adam, 'Tuan'nya Adam dan Iblis. Jadikan kisah ini pedoman selamanya dalam hidup kita. Sebab bila kita hafal, ingat dan menghayati kisah ini, kita takkan biar diri kita menjadi tuan dan sebaliknya menjadi hamba kepada 'tuan'nya sahaja.

Insya Allah... Amin.

 

Wednesday, February 11, 2015

Price you have to pay....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dalam kehidupan kita setiap apa yang kita nak mesti ada kos yang kita perlu bayar.

Nak makan...

Nak minum...

Nak pakai baju..

Nak mandi...

dan macam-macam lagi.

Sama juga le dengan kalau kita nak berjaya dalam hidup. Cerita paling mudah, sekarang dah masuk bulan ke dua dalam tahun 2015.

Disember 2014 ritu dah tetapkan azam nak kuruskan badan. Dah plan nak diet, nak bersenam, nak makan suplemen dan sebagainya....

Azam nak kuruskan badan akan tercapai bila sanggup bayar kos untuk menjadikan plan tu berjaya...

1. Kos untuk beli makanan yang berkhasiat. Cth: sayuran dan buah-buahan organik. Beli kat pasar pagi pun kena bayar gak... hehe

2. Kos untuk bersenam pun ada, nak beli kasut baju seluar untuk jogging... nak kena bayar untuk masa nak bersenam. Al maklum la sibuk bekerja... 

3. Nak makan suplemen mmg la nak kena bayar sebab nak kena beli!


So.. itu satu contoh je.

Yang paling penting kita kena faham, nak berjaya dalam perniagaan, lagi la banyak kos yang nak kena bayar untuk berjaya.

Tetapi!!!!

Yang membezakan perniagaan konvensional dan lain-lain perniagaan dengan Elken..... kita tak perlu bayar dah untuk sistem, mentor dan ilmu. Sebab elken memang dah sediakan semuanya!!

Yang kita kena bayar adalah...

1. Kos untuk kena reject

2. Kos untuk tebalkan muka

3. Kos untuk kena kondem (ada ke perkataan ni..? hehe) dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.

Anda ada bran??

Saya pun tak berani, tak sanggup tetapi saya mesti..mesti...mesti...mesti... MAHU!!

Sebab ini saja peluang yang ada dalam hidup untuk berubah.

 

Thursday, January 22, 2015

Back to Basic

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah di atas limpah kurnia nikmat yang melimpah ruah. Hari ni dah masuk hari ke 22 dalam tahun baru 2015. How is everything? Harapan saya anda semua dapat terus istiqamah dengan azam yang dah ditetapkan di awal-awal tahun.

Back to basic.

Setiap hari kita memulakan hari yang baru. Orang yang kita jumpa semalam tak kita jumpa hari ni pada masa keadaan dan mood yang sama seperti semalam. Kelukaan yang kita alami semalam takkan berulang hari ni pada masa, keadaan dan orang yang sama. Setiap hari adalah hari yang baru.

Dalam kehidupan kita, apa pun yang kita buat sebagai orang yang beragama terutama sekali kita yang beragama islam, seorang Muslim, kita buat apa pun mesti kembali kepada fitrah.

Seperti itu jugalah ilmu yang saya temui di Elken. Elken mengajar saya menjadi orang baru setiap hari. Zerorize.. mengosongkan diri walaupun dah berstatus tinggi dan berpendapatan 5 atau 6 angka sebulan. Apatah lagi saya yang masih merangkak mencipta kejayaan di dalam perniagaan saya di Elken. Setiap hari kita perlu belajar, dan guru paling dekat dengan kita adalah pengalaman. Pengalaman akan mendidik kita untuk menjadi orang yang hebat, secara negatif atau positif adalah pilihan kita sendiri. Tetapi dalam skop entri saya of course saya nak jadi orang yang hebat dari segi positivity. Dapat keuntungan senyum, dapat Hadiah senyum, dapat berita gembira senyum, dapat dugaan senyum, dapat ujian dari Allah pun senyum, hujan panas ribut petir pun senyum. Bukankah hebat macam tu!!

Duduk dalam Elken selama 4 tahun dan tahun ni dah masuk tahun ke 5, terus bertahan sebab ilmu kehidupan, ilmu kesihatan dan ilmu kecantikan yang ada dalam Elken!!

Not just because of $$$$$RMRMRMRMRM sahaja!

Tahun ni 2015, Elken dah bertapak 20 tahun di Malaysia dan berkembang pesat ke 9 buah negara Asia!


Proud to be ELKENIAN.

"BUILD YOU TO BUILD OTHERS".

Tuesday, December 2, 2014

RIP: Jutawan MCCM Suzanah Usman

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

Beberapa hari lepas menerima satu berita tentang pemergian seorang rakan yang saya kenali dari jauh. Beliau insan biasa yang menjadi luar biasa di Elken!! Pemergian beliau tanpa diduga, namun kami redha kerana Allah lebih menyayangi arwah.

Takziah buat seisi keluarga arwah dan suami jutawan MCCM Agik.

Punca kematian arwah adalah disebabkan Cardiac Arrest Failure.

Untuk bacaan lanjut sila di sini.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al Fatihah.

RIP Jutawan MCCM Suzanah Usman.


 Gambar terakhir arwah (beberapa hari sebelum meninggal) ketika bercuti di US (CCMI Trip Elken ke San Fransisco, LV dan LA), credit picca to Jutawan Mr. Seng Kok Meng.

 Video youtube arwah bersama suami ketika dinobatkan menjadi Jutawan MCCM yang ke 86. Sila klik Link di sini.

Wednesday, September 24, 2014

E.G.O

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Mulai hari ini, saya nak kongsikan sama-sama dengan anda pengalaman dan azam impian saya untuk projek "Self Reconstruction". Saya berharap ia dapat membawa manfaat dan perubahan yang baik dalam hidup anda sama seperti yang berlaku kepada saya.

Jadi hari ni saya kongsikan tentang satu perkataan yang membawa kesan besar dan mendalam dalam diri dan kehidupan kita sama ada secara negatif atau positif (atas pilihan anda sendiri....).










Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.


 

(Sila klik link di atas).

Bermujahadah adalah kunci untuk menawan sikap hati ini. Berjaya atau tidak di akhirnya tidak penting tetapi istiqamah untuk menawan sikap hati yang negatif ini adalah paling penting. Salah satu tipsnya ialah Redha, Sabar dan Bersyukur.

 #selfreconstructionstips
#review
#muhasabah
#audit

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan berlalu.... hikmahnya??

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah hari ni dah masuk 4 Ramadhan. Alhamdulillah... sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menikmati hikmah Ramadhan kali ini. Saya berharap agar kita semua dapat melalui Ramadhan pada tahun ini sehingga ke akhirnya.

Alhamdulillah....sangat merasakan perbezaan yang nyata untuk Ramadhan pada kali ini.

Sebenarnya hidayah Allah itu ada di mana-mana, pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk. Allah pasti akan memberi petunjuk dan hidayah itu tetapi kita sendiri kena mencari.

Alhamdulillah... di usia masuk 3 series ini saya belajar semula tentang kehidupan DALAM ERTI YANG SEBENAR!

Yup!! Saya tidak dapat mengekspresikannya di sini. Kerana perasaan itu tidak terucap dengan kata-kata. Jika mengikuti blog saya sedari awal, saya sendiri merasakan transformasi diri melalui setiap penulisan yang ada di dalam blog ini.

Berbalik kepada kisah Ramadhan, jika anda masih merasakan tiada apa-apa, Ramadhan kali ini masih sama seperti bulan-bulan lain, dan seperti hari-hari biasa... Jangan berputus asa terus mencari HIKMAH dalam setiap hari yang anda lalui.

HIKMAH dalam maksud bahasanya adalah.....(rujuk sini). Salah satu yang saya pelajari di usia 3 series ini, HIKMAH! Ia perlu dicari dan tidak datang dengan sendirinya.

Saya merasakan adalah sangat rugi jika kita melalui hari-hari di bulan Ramadhan ini seperti hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain. Walau perbezaanya hanya pada berlapar dan dahaga, lebih dari itu ada dalam pakej di bulan Ramadhan ini. Lebih dari semata-mata menuntut malam Al Qadar, bersedekah dan membaca Al-Quran.

Mendengar perkongsian dari radio IKIM.fm, bagi orang yang betul-betul memperolehi dan merasai hikmah yang ada di dalam bulan Ramadhan ini, akan merasa sangat gembira apabila Ramadhan menjelang dan akan menangis apabila sampai ke penghujung Ramadhan nanti!

Perasaan ini tidak wujud sendiri, ia perlu dipupuk. Untuk dipupuk, kita perlu mengenali, untuk mengenal, kita perlu ada ilmu dan untuk memperolehi ilmu kita perlu belajar.

Hikmah bulan Ramadhan lebih dari bazar Ramadhan, lebih dari persediaan untuk Syawal, lebih dari itu!!!

Carilah...teruskan mencari Hikmah yang tersembunyi di sebalik bulan Ramadhan ini.

Semoga kita berkesempatan memperolehi hikmah itu dalam Ramadhan kali ini... Amin.

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai TURNING POINT... untuk hari-hari yang mendatang.

credit picca to Google.com

Sunday, May 25, 2014

Tribute to Bujang Lapok Trio

Assalamualaikum...Selamat Pagi!!

Mungkin dah lapok, tapi saya nak jugak share something kepada anda tentang Trio Bujang Lapok ni.




 "Aziz : Sudin, rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang tinggal belum?
Sudin : Rumah yang mana tu? Oooo.. rumah yang itu masih ada kosong lagi, tp kalau kita apply dapatlah
Aziz : Bagus juga rumah tu ya, berapa bilik ada Din?
Sudin : Yang aku tengok dalam tiga bilik yg masih kosong
Aziz : Bagus ya Din , boleh kita seorang satu. Berapa besar bilik tu Din ?
Sudin : Besar tak berapa besar bilik tu .panjangnya tujuh kaki .lebar nya membawa ke tiga kaki .dalam dia sama ngan panjang ,tujuh kaki daa .
Aziz : Besar juga ya ,bagus rumah tu ya .tujuh kaki panjangnya , tiga kaki lebar, ada dalam juga ya................. Eh itu KUBUR , tempat kau nak mampus, bahalol!"

Dialog filem Seniman Bujang Lapok (paling suka tengok scene ni).

Semoga Allahyarham P. Ramlee, Pak Sudin dan Pak Ajis di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al Fatihah.

Tuesday, April 29, 2014

Ilmu Pelita Hidup

Assalamualaikum... Selamat Pagi.

Tanpa ilmu, manusia hidup dalam kegelapan. Benarkah??

Cuba lihat contoh-contoh ini..

Nak sihat?? Kena ada ilmu cara macam mana nak sihat.

Nak cantik??? Kena ada ilmu cara macam mana nak cantik luar dalam, cantik cara sihat atau cara tak sihat.

Nak $$$$RM??? Kena ada ilmu cara macam mana nak dapat $$$RM... Halal atau haram cepat atau lambat.

Nak hidup bahagia??? Kena ada ilmu cara macam mana nak hidup bahagia bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Jadi...sememangnya ilmu itu pelita hidup.

Bagaimana pula ada ilmu tapi tidak beramal???

Belajar...Belajar...Belajar....Cari ilmu, gali ilmu.

Tetapi tiada tindakan, tiada respon, tiada tindakbalas dari ilmu yang dipelajari.

Umpama pelita yang takde minyak tanah.

Tidak berfungsi hidup ini tanpa kedua-duanya.

Bagaimana pula bila dah ada ilmu dah ada tindakan TETAPI...

Kedekut Ilmu?!!

Ilmu yang bermanfaat, yang baik, yang boleh membantu orang lain perlu dikongsikan kerana ilmu ini rezeki dari Allah.

Manfaat dari ilmu yang dikongsi itu berterusan walaupun kita dah pergi dari dunia yang fana ini. Ilmu itu adalah amal jariah yang ditinggalkan kita di dunia ini.

Jadi...

Penuhkan diri dengan Ilmu.

Ilmu yang macam mana??

Yang bermanfaat,

Yang Baik,

Yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Saya ada ilmu untuk dikongsikan dengan anda... saya tak mahu jadi kedekut ilmu. Tanyalah saya... Call/sms/whatsapp 017-5346280.

 

Jom Follow Me