Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Monday, April 3, 2017

Bila Ibu Ilyanie Menceceh...

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Assalamualaikum... selamat Pagi!
Hari ni nak menceceh sikit bab kesihatan. Saya ni bukan orang yang layak untuk memperkata tentangnya tetapi ada sedikit kesedaran tentang pentingnya nikmat sihat ni. Hatta kalau kita diserang selesema pun kita leh jadi lemau dan hari biru...
Citernya saya berkenalan dengan seorang hamba Allah yang ada masalah hati. Saya ada belajar sikit-sikit bab penyakit hati ni dan selepas bertemu hamba Allah tu saya buat revision balik.
Kita selalu dengar masalah berkait organ jantung, usus, perut tetapi jarang dengar masalah berkait organ hati. Hati takde saraf sakit, bila sakit kita takde dapat signal dari otak menyatakan ia sakit. Tetapi tau tak hati menjalankan lebih 500 fungsi dalam tubuh kita? Dan hati juga adalah salah satu agen detoksifikasi? Tanpa hati yang sihat organ detoks yang kita sedia maklum buah pinggang, usus, kulit, peparu tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.. Tak perlu citer panjang meh baca ni... demi untuk kesihatan hati kita!
#sharingiscaring
😍😍😍😍😍😍😍😍

https://en.wikipedia.org/wiki/Liver
 

Thursday, March 30, 2017

You are more than what you think you are...

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Amboi... tajuk entri tak boleh blah kan! hehehe sesekali kita buka ke Oh My English apa salahnya kan?
Btw, hari ni nak kongsi satu info tentang macam mana cara kita nak jaga kesihatan otak kita. Sebenarnya secara tak sedar kita melakukannya setiap hari tetapi oleh sebab kita tak faham ilmu neurosains ni kita tak memanfaatkan aktiviti harian kita tu yang membantu kesihatan otak kita.

Meh la... takmo citer panjang jom baca je artikel ni. Oh ya! Untuk step #3 tu saya boleh bantu dapatkan sumbernya. Nak tau lebih lanjut PM tepi ye...


Sumber: www.success.com

1. Sleep to reduce stress.

Ever wonder what happens to all of the stress we accumulate during the day? That car that almost hit you? Your child screaming at you? Even the unconscious stress of self-judgment? Where does it go?
Your beautiful brain collects it and saves it for when you dream to process away. Let me repeat: When you sleep, you process stress and trauma. So, one of the simplest and most effective things you can do is to get your full seven to nine hours of shut-eye each and every day.

2. Rise with the sun.

Your brain uses a cluster of nerve cells called the suprachiasmatic nucleus, located in your hypothalamus to regulate something called “circadian rhythm.” Circadian rhythm is the “master clock” in your brain that syncs all your body’s clocks. Abnormal circadian rhythm is associated with obesity, diabetes, depression, sleep disorders, hormone dysregulation, bipolar disorder and seasonal affective disorder.
In other words, wake up when the sun does—no more sleeping in! If you are a parent, this habit will come naturally as most kids naturally wake with the sun and are happy to be your alarm clock.

3. Take fish oil.

Fish oil has positive benefits on brain health. My kids go for the hard-core fermented cod liver stuff, and somehow we’ve apparently cemented this into them so well over the years that they ask for it daily although it tastes awful. They take it by the spoonful, but you can also get it in capsule form, which has a pleasant lemon aftertaste.

4. Be mindful and meditate.

Meditation taps into your subconscious mind (just below consciousness) and has innumerable neurological benefits. Not sure how to be mindful on an everyday basis and want an easy way to meditate? I like Headspace—it’s like a “gym membership” for your mind. With its meditation and mindfulness techniques, you can train your mind for a happier, healthier, more enjoyable life.

5. Make yourself uncomfortable.

Your brain needs novelty to grow. How do you know when you’re doing something that’s “new enough”? When it feels uncomfortable, awkward, weird, strange or it scares you. By doing things daily that are out of your comfort zone, you allow your brain to develop new branches on its neuron tree (also called dendritic pathways) instead of shriveling up into a sad dried out tree stump.
Truth be told, I could write a book on this, and I live my entire life around this premise. And although there are many more habits I’d like to see you develop, start with these. After all, can you imagine how incredible it would be if we all lived to our potential?

Friday, August 19, 2016

Kuliah Jumaat: Kenali diri kenali Pencipta

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah #syukurselalu sebab kita masih diberikan peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah yang sementara ni. Bila dapat peluang untuk hidup lagi, mesti fikir tentang lebih banyak peluang yang patut kita rebut. Jangan biarkan hidup kita 'tersangkut' pada tempat yang sama setiap hari. Sebab apa yang berlaku semalam mesti tak berlaku lagi hari ni. Hari ni adalah new chapter dalam kehidupan kita, new phase, new episode. Jom kita create adventure dalam setiap episode kehidupan kita. Walla!!

Citernya hari ni bukan nak bagi motivational talk kat u all. Just nak share sikit pendapat, pandangan dan buah fikiran. Macam tajuk hari ni, kita kenali diri, kita kenali Pencipta. Soalnya sejauh mana kita mengenali diri kita?

Back to basic, kejadian manusia dalam Al-Quran disebut dengan jelas dan nyata dari tanah, air mani (“nuthfah”), kemudian menjadi segumpal darah seterusnya segumpal daging dan seterusnya boleh terus membaca di sini. Itu dari sudut agama, dari sudut sains kita pun perlu mengenali diri kita siapa. Manusia terdiri daripada jasad dan roh. Jasad kita adalah bentuk fizikal tubuh badan yang kejadian asalnya bermula daripada sel.

http://www.slideshare.net/mrtangextrahelp/08-human-organ-systems


Daripada sekumpulan sel terbentuk tisu, kemudian sekumpulan tisu membentuk sebuah organ tubuh, dan sekumpulan organ tubuh membentuk sistem organ.


http://www.slideshare.net/mrtangextrahelp/08-human-organ-systems


 
 Mengenali diri kita secara fizikal membuatkan kita lebih merasa rendah diri kepada Allah yang menciptakan kita. Kita makhluk unik dan istimewa yang Allah jadikan berbanding makhluk yang lain. Sebab tu Iblis dan syaitan cemburu dan dengki dengan kita dan bersumpah untuk menyesatkan kita cucu Adam sehingga ke akhir zaman.

Nanti saya share lagi post yang menarik berkaitan dengan entri kali ni...

Tuesday, April 29, 2014

Ilmu Pelita Hidup

Assalamualaikum... Selamat Pagi.

Tanpa ilmu, manusia hidup dalam kegelapan. Benarkah??

Cuba lihat contoh-contoh ini..

Nak sihat?? Kena ada ilmu cara macam mana nak sihat.

Nak cantik??? Kena ada ilmu cara macam mana nak cantik luar dalam, cantik cara sihat atau cara tak sihat.

Nak $$$$RM??? Kena ada ilmu cara macam mana nak dapat $$$RM... Halal atau haram cepat atau lambat.

Nak hidup bahagia??? Kena ada ilmu cara macam mana nak hidup bahagia bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Jadi...sememangnya ilmu itu pelita hidup.

Bagaimana pula ada ilmu tapi tidak beramal???

Belajar...Belajar...Belajar....Cari ilmu, gali ilmu.

Tetapi tiada tindakan, tiada respon, tiada tindakbalas dari ilmu yang dipelajari.

Umpama pelita yang takde minyak tanah.

Tidak berfungsi hidup ini tanpa kedua-duanya.

Bagaimana pula bila dah ada ilmu dah ada tindakan TETAPI...

Kedekut Ilmu?!!

Ilmu yang bermanfaat, yang baik, yang boleh membantu orang lain perlu dikongsikan kerana ilmu ini rezeki dari Allah.

Manfaat dari ilmu yang dikongsi itu berterusan walaupun kita dah pergi dari dunia yang fana ini. Ilmu itu adalah amal jariah yang ditinggalkan kita di dunia ini.

Jadi...

Penuhkan diri dengan Ilmu.

Ilmu yang macam mana??

Yang bermanfaat,

Yang Baik,

Yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Saya ada ilmu untuk dikongsikan dengan anda... saya tak mahu jadi kedekut ilmu. Tanyalah saya... Call/sms/whatsapp 017-5346280.

 

Friday, December 27, 2013

Being a Good Muslim starts with....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

How r u today??

Mulakan segalanya dengan tiada yang lain selain dengan menyebut namaNya...




 Untuk menjadi seorang muslim sejati kita boleh mulakan dengan mereview diri sendiri sama ada kita ada berkaitan dengan perkara yang disebut... 

Sifat-sifat Mahmudah

vs

Sifat-sifat Mazmumah

Kenali hati budi kita dahulu sebelum kita nak mengenali hati budi insan lain kerana jika hati budi kita masih banyak kekurangannya dengan Allah, maka kita kena perbetulkan. Wallahu'alam... Hanya Allah Maha Mengetahui.

Rujukan bacaan boleh juga di sini.



Thursday, September 19, 2013

KESEIMBANGAN HIDUP

Assalamualaikum... Selamat Pagi Jutawan!! Salam Luar Biasa...




 Are you in this position right now???

Kita bertungkus lumus untuk siapa??

Untuk apa?

Renung-renungkan dan selamat beramal....

 7 sebab kenapa kita perlu BERUBAH!!! Berjaya dan Kaya.....

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

 4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Sharing is caring.... Al-Fatehah utk kedua ibubapa kita.

Peringatan yg baik kepada kita semua tak kiralah bangsa dan agama anda.""
feeling blessed.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Friday, August 30, 2013

MERDEKA

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...



Merdeka, apa ertinya kepada anda??

Menurut kamus, Merdeka bermaksud bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas.

Namun sejauh mana diri kita pada masa kini merdeka seperti maksudnya yang sebenar??

Merdekanya diri saya apabila saya mempunyai kebebasan

1. Dalam kesihatan
2. Kecantikan
3. Kewangan
4. Masa
5. Kekeluargaan
6. Kerohanian



Tuesday, August 27, 2013

TERSENTAP

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Saya seorang yang kurang menyenangi perasaan apabila tersentap dan menyentap. Tapi saya seorang yang mudah menyentap hati dan perasaan orang (sejujurnya...secara tak disengajakan). Kerana saya insan yang outspoken, tak pandai nak berbunga-bunga dalam berbicara. Nak cakap tu cakap terus, tak berlapik-lapik.

Jadi salah satu cara saya ialah mengelakkan bual bicara dan sesi sembang menyembang dengan orang. Hanya bercakap bila perlu dan berbual hal yang penting-penting saja.

Namun semakin hari semakin dewasa dan semakin matang akal dan fikiran saya, kini saya belajar satu perkara. Berapa lama kita nak tersentap dengan apa yang orang cakapkan kepada kita. Permulaannya kita sendiri jangan menyentap perasaan dan hati orang lain. Cakap kemudian berfikir terlebih dahulu... Then barulah kita sendiri takkan rasa tersentap bila orang bercakap dengan kita (walaupun kadang-kadang ada tikanya terasa tersentap kot...!).

Pokok pangkal adalah bagaimana kita nak menerima ia secara positif (bersangka baik) atau negatif (bersangka buruk). Semuanya dalam minda dan persepsi kita sendiri.

Kalu kita terima negatif, maka tersentaplah kita bermasam mukalah kita dan muncung pun panjang sedepa. Kalu kita terima dengan positif, maka ia akan berlalu bagai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi telinga.

Credit all pics to GOOGLE

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Monday, August 26, 2013

BERSYUKUR

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!! Salam Luar Biasa...




Statement di atas sangat2 menyentuh hati.

Kita jarang-jarang nak bersyukur.. bila teringat baru nak mengucapkan kata syukur itu.

Tetapi bila kita terlalai atau dilalaikan dengan hal keduniaan kita langsung lupa nak mengucapkan kata syukur.

Bersyukur bukan sekadar dengan apa yang kita ada, apa yang telah kita perolehi di depan mata. Tetapi bersyukur secara keseluruhan dengan apa yang kita lalui setiap hari setiap minit setiap saat.

Bersyukur kerana keamanan yang ada di Malaysia ketika insan lain nak tidur malam pun tak nyenyak dalam ketakutan setiap saat. Bersyukur kerana kita beroleh rezeki yang banyak setiap hari walau sekadar makan nasi dengan kicap saja. Bersyukur walau duduk rumah atapnya bocor sedangkan ada insan lain yang tidur berbumbungkan langit saja.

Bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala nikmat pemberian rezeki dariMu dari segenap sudut.




P/s: Mengambil kesempatan untuk ucapkan 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Sunday, August 25, 2013

CHANGES

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Meniti ke penghujung bulan yang ke 8 di dalam tahun 2013, sudah masuk tahun yang ke4 rupanya saya berkecimpung dalam dunia blogging. Melihatkan kembali entry-entry saya yang terdahulu.. baru le saya perasaan, caca marba... hahaha tunggang terbalik dan lintang pukang. Tak terurus langsung dan tak tersusun indah. Tapi saya tetap terus menulis, bukan kerana minat tetapi cara ini saja saya dapat meluah isi hati dan at least satu masa nanti anak-anak saya juga boleh mengikuti blog ini dan mengikut jejak langkah saya, blogging.

Perubahan itu kehidupan. Manusia hidup setiap hari kerana pilihan dan peluang yang membawa kepada perubahan dalam kehidupan. Saya juga begitu, tak betah untuk duduk dalam satu-satu keadaan yang sama dalam jangka masa yang panjang. Bagi yang mengikuti saya dari awal, mesti perasaan yang blog saya direnovate berkali-kali. Dah renovate tak lama lepas tu renovate lagi. Hari ni saya renovate lagi mengikut mood dan isi hati saya. Sebab tu entry-entry yang saya tulis tak teratur. Semua ikut mood dan perasaan saya ketika menulis.

Kali ni saya akan menukar latar penulisan blog saya kepada isu yang lebih penting dalam hidup iaitu MENIKMATI KEHIDUPAN.

Kehidupan saya kini walau tak semewah dari segi $$$ meaning nak gi bercuti ke Pangkor pun berkira-kira apatah lagi nak ke Langkawi atau ke Genting Highlands, nak shopping kat Tesco pun berkira-kira budget yang mana perlu, apatah lagi nak bershopping benda kegemaran saya (of course baju kasut dan beg tangan) yang dah lama saya tinggalkan... tetapi saya dapati banyak perubahan yang telah berlaku terutama sekali attitude saya towards masyarakat. Honestly saya seorang anti sosial, tak suka nak ber'klik' hang out sana sini, dan kawan pun tak seberapa.

Di sebalik perubahan itu, ada satu lagi yang perlukan dedikasi tinggi untuk diubah, iaitu MINDA DAN PERSEPSI. Nak berjaya dalam hidup MINDA dan PERSEPSI kita perlu sentiasa POSITIF (bersangka baik). Sebab tu saya mulakan dengan blog ini sebagai inspirasi saya untuk perubahan 360 darjah dalam kehidupan saya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'd 13:11)



Teruskan mengikuti blog saya ni tanpa jemu, dan saya berharap anda dapat menemukan sesuatu yang anda cari apabila membaca blog saya selepas ini.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love u

Wednesday, February 6, 2013

Saya nak jadi Transformer.....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Anda semua penah tengok citer kartun atau filem Transformer kan? Asal bentuk adalah sebuah kenderaan, sebagai contoh watak Bumblebee adalah kereta tapi berubah jadi autobot. Bila jadi autobot... siap ada power weapon lak tu kan...


 Jadi.. apa pulak kaitannya citer transformer ni dengan saya yang nak jadi transformer??? Hehehehe....

Citernya mula begini....

Mula-mula dulu ada kawan saya tu macam gini rupanya....

 
Lepas tu...... tak semena-mena jadi cenggini pulak....


Dah lama sikit lepas tu, TERKINI!!!!! Kawan saya tu terus dan kekal jadi macam ni pulak....


  Wah!!!!!!! Maunya tak saya pun nak jadi transformer......

Kerana kehebatan produk-produk berkualiti MRT dan Elysyle berserta DX Lingerie Elken, dari seorang yang biasa-biasa je tapi sekarang penuh keyakinan diri dan berisi.

Itulah dia yang saya mahukan dalam hidup saya KINI!  
Transformasi diri...

From Zero to Hero!!!!!

Sebelum ini saya... agak boyish dress up jeans and t-shirt sahaja. Tak pandai berdandan. Tak pandai jaga muka, tak pandai jaga penampilan diri!

Masa ni umur 17 tahun.

 Setelah berlalu 15 tahun kemudian....

Kini, saya lebih berkeyakinan untuk berpenampilan menarik, menjaga kulit wajah dan berani nak berdandan. Salah satu transformasi diri yang saya temui di Elken. Alhamdulillah... Insya Allah.....


Picture taken today 06 Feb 2013.

Nak belajar cara dari saya?? Call/sms 017-5346280, saya boleh beri tunjuk ajar.

Thursday, June 21, 2012

CHECKLIST HARIAN CPU KITA

Assalamualaikum.. Selamat pagi!!!

Hari ni saya ingin berkongsi tentang macam mana nak jaga OTAK (CPU) kita. Kadang-kala kita tak ambil berat langsung tentang bahagian organ paling penting yg Allah jadikan letak duduknya di paling atas sekali.

Jom semak!!




I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

Sunday, June 12, 2011

Rombongan cik kiah ke Stadium Putra Bukit Jalil

Assalamualaikum semua

Semalam heboh pasal piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya pun sibuk juga mengikut rombongan cik kiah ke Bukit Jalil, tapi bukan ke Stadium Nasional. Saya ke indoor stadium di sebelahnya, Stadium Putra Bukit Jalil.

Untuk apa???
Nak tau leh tengok picca kat blog saya yg lagi satu.

Wednesday, April 28, 2010

ETIKA DIET RASULULLAH

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Terdapat pelbagi etika diet yang diamalkan Rasulullah. Tapi takkan aku nak cut and paste kot. So, untuk bacaan lanjut tentang ETIKA DIET RASULULLAH sila ke web link ini.
"Happy Reading"

Jom Follow Me