Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Tuesday, November 29, 2016

Tahniah Kak Long Najwa!!!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah!

Tahniah Kak Long Najwa di atas pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan Akhir tahun 2016, Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Bharu.

Ibu doakan kejayaan terus menjejak langkah kaki Kak Long hingga ke Jannah. Amin... Semoga Kak Long menjadi murid cemerlang dan anak yang terbilang sahsiah di rumah. Amin....


Wednesday, November 2, 2016

Lama tak citer pasal Parenting

Assalamualaikum... Morning!!

Lama tak citer bab parenting dalam blog saya ni. Kebetulan pulak browsing through FB ada plak status web yang sesuai dengan topik parenting kali ni.



Biasa buat dekat anak-anak??? Hehehehe... Tapi idak le teruk bebenor gaya ghope tu kan. Saya pun biasa menjerit kat anak-anak... dulu le. Sekarang ni dah insaf dan tak mau ulangi lagi kesilapan tu. Dah mintak maaf kat anak-anak dah... cuma kekadang tu terjerit aje la. Hehehe...

Saya nak share kat sini 5 Sebab ibu perlu jadi Tarzan Sebelum anak ikut kata. It is actually satu cara penyelesaian yang mudah bagi kita ibu-ibu supaya tak perlu la nak jadi tarzan kepada anak-anak kita. Penat kita nanti!! Sakit pun ye... sakit tekak le. Hehehe..

By the way selamat membaca dan mencuba!!

Thursday, October 20, 2016

Kembar tak serupa

Assalamualaikum.... Morning!!

Lama dah tak bercerita tentang anak-anak. Alhamdulillah.. they growing up so fast!!! Dah nak masuk tahun baru dah ni ha... tak lama dah nak cuti sekolahnya. Teruja plak!

Alhamdulillah saya dikurniakan 2 princess. Diorang berdua memang rapat ngan saya since saya yang menjaga dan mengasuh dari lahir. Tak keje kan.... opis kat umah je. So bila di bawa ke mana-mana udah le ditegur orang "Kembar ke??". Insya Allah coming soon...itu kata saya dalam hati je la.

Nak tengok ada rupa kembar ke idak...meh layan picca diorang.




Alhamdulillah..... nampak je macam kembar sebab si adik tu, Kak Ngah cepat meninggi dah nak sama tinggi kakaknya. Hehehe...

Tuesday, August 9, 2016

#TB: Happy happy coloring

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sabtu 30 Julai yang lepas Kak Ngah Najihah ikut serta dalam pertandingan mewarna anjuran FAMA sempena fiesta durian yang diadakan di RTC Gopeng.

Ramai yang join semua budak-budak Tadika dan Pra sekolah. Kak Long Najwa kecewa sikit sebab tak dapat nak join. Sebab dua kategori tu je yang boleh masuk.



Hasil kerja Akhir Kak Ngah


Alhamdulillah rezeki durian runtuh

Alhamdulillah.. tak sangka menang dapat tempat naib johan. Dapat hadiah wang tunai pulak tu. Memang rezeki dia la hari tu. Terus gi belanja makan kat KFC dah lama sangat mintak nak makan ayam goreng tu.

Untung sebenarnya dapat masuk pertandingan mewarna ni. Disiplin yang ada dalam pertandingan tu leh ajar anak kita untuk hargai masa sebab kena siapkan dalam masa yang diberi, pastu leh ajar anak kita tertib dan aturan yang betul sebab nak warna mana leh warna durian merah anggur biru kan.... Bagus bagi diorang masuk pertandingan mewarna ni. Selain dari peluang untuk dapat hadiah yang menarik bila menang, ada juga dapat door gift. Kak Ngah dapat door gift pensel warna. Macam pengalaman masa kak long Najwa sekolah tadika dulu, dapat door gift beg sekolah.

Lagipun dapat spend masa yang berkualiti bersama anak-anak jugak kan... Ibu pun leh la gantung kuali kat umah. Hehehe...

Monday, January 5, 2015

Welcome 2015!!! Kena Homeschooling la....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 dalam tahun 2015. How is ur day in this new year?

I'm feeling superb!!! Rasa macam baby baru lahir... Tak tau lah kenapa berperasaan begini. Normally orang akan kata, biasalah awal-awal tahun... No No No... Rasanya kali ni lain macam.

Tahun ni ada cabaran baru untuk saya, saya kena homeschool Najihah. Yup! Saya katakan ini cabaran sebab saya kena make it through and true. Tahun 2016, Najihah dah masuk pre school, so tak mo dia ketinggalan dari kawan-kawannya. Kenapa tak hantar sekolah tahun ni? Yeah... ada some last minute issues dan keputusan homeschool ni diambil.

Sekarang tengah surf and browse web untuk dapatkan bahan mengajar yang boleh membantu. Saya ambil kesempatan dengan cabaran ni untuk membentuk diri saya jugak, sebab saya not so so dengan budak-budak even dengan anak sendiri. Saya sangat garang, tegas, susah nak bergurau dan selalunya saya serius dengan anak-anak. So, saya harap dengan cabaran ni saya boleh membentuk diri sendiri jadi lemah lembut, sabar dan lebih bertenang bila berhadapan dengan ragam anak. And bonding antara saya dan anak akan jadi lebih lagi.

Ada kawan-kawan di dunia blogger yang pernah ada experience homeschool anak? Boleh la share your experience and tips.

Ok la, got to go. Nanti kita jumpa lagi! Wish u all the best for this year and may all your dreams come true. Amin.. Doakan saya jugak ye kawan-kawan.

Happy New Year 2015!!!!

Thursday, December 4, 2014

This is my Life

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... We are coming to the end of 2014.

What now??

Tahun 2015, tahun yang sangat mencabar!! How would you like your life to be?

This is my life... I'm doing it for them!

For the sake of my family.. I want my life to be

A sexy, pretty and gorgeous wife to my hubby.



A pretty and wonderful mom to my kids. And not to forget... menjadikan anak-anak saya kanak-kanak yang membesar dengan sihat (betul-betul sihat dari dalam bukan sihat sebab takde penyakit je, macam mana? PM ME).




How you want to be like that??

I have the way and I can show you how.

PM ME.

Saturday, May 31, 2014

Ur My Heart Ur My Soul

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dah lama tak update pasal anak-anak.

Time fly so FAST!!!!!!

Dah takde bau masam baby dah... they growing up so FAST!!!!

Yang Kak Long Najwa dah mula berjinak-jinak nak membaca, rajin menulis dan pantang nampak perkataan akan diejanya dan disebutnya perkataan tu. Alhamdulillah...
Insya allah tahun depan dah masuk darjah 1.

Yang si Kak Ngah Najihah akalnya macam-macam. Menuntut perhatian dari kita dengan cara BERDEGIL. Yup!!! Sampai ke tahap akhirnya dia yang menangis sama ada kena marah atau apa yang diminta tak dipenuhi. Tetapi at the same time paling pandai membodek orang dengan keletah dan mulut murainya.

But both are my heart and my soul!



Thursday, March 21, 2013

Berpandangan Jauh....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... sangat mensyukuri nikmat dan rahmat Allah yang tak terhitung banyak kepada kita dari segenap sudut.. Alhamdulillah, Thank u Allah!!


 Sebanyak-banyak nikmat yang Allah berikan saya sangat mensyukuri apa yang saya perolehi pada hari ini, iaitu PELUANG PERNIAGAAN DI ELKEN!

Pada hari selasa lalu, saya meluangkan masa mendengar perkongsian insan biasa yang kini menjadi luar biasa bukan kerana $$$ dan status, tetapi kerana kehebatan beliau mengharungi kesusahan kepayahan dan kesukaran dalam mengejar PELUANG PERNIAGAAN DI ELKEN!

Bersama CCM Rohana Sulaiman, 10 tahun dalam perniagaan Elken. Siapa dia???
Kami berdua sama status, SURIRUMAH TANGGA. Tetapi jurang yang paling besar antara kami ialah keazaman dan tekad seorang surirumah tangga CCM kak Rohana ini, mengapai impian dengan peluang biz di Elken, beliau berjaya sampai ke tahap ini.


 Dahulunya seorang pekerja kilang Carsem, Jalan Lapangan Terbang di Ipoh. Berpindah ke Kuala Terengganu selepas berumah tangga dan bertemu dengan peluang Elken pada 10 tahun yang lalu.

Tanpa saudara mara, tiada kawan-kawan, kelompok sosial sangat terhad, tiada pendidikan tinggi, takde pengalaman perniagaan, semua pun TAKDE!! Tapi kini beliau dapat menarik nafas lega kerana berjaya menjana income sehingga RM36,000.00 sebulan!! Membeli kenderaan sendiri walau berstatus surirumah (takde payslip) dan membeli rumah berharga RM300,000 dengan pendapatan di Elken! Walau...

Sehingga kini masih seorang surirumah tangga!!!

Apa yang membezakan kami?? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi...

AZAM TEKAD DAN IMPIAN YANG SANGAT BESAR!!


 Gambar di atas adalah anak-anak yang selalu beliau tinggalkan untuk keluar rumah melakukan sharing dan fieldwork. Kini salah seorang anak beliau yang berusia 19 tahun, sama-sama melakukan perniagaan Elken!!!

Sangat luar biasa peluang perniagaan Elken!! Bukan semata-mata kerana $$$$ dan status tetapi ia telah membina jati diri dan modal insan seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak!

Kerana itulah juga saya melibatkan diri dengan perniagaan ini dan masih mahu bertahan sampai sekarang walau saya sendiri menghadapi cabaran paling hebat iaitu MEMPOSITIFKAN DIRI SENDIRI!!

Kata-kata kak Rohana membuka mata dan minda saya, jadilah ibu yang menjadi idola kepada anak-anak. Bila mereka dah besar nanti, bukan gambar pakwe atau gambar makwe yang mereka lekatkan di dinding bilik tetapi gambar kita ibu bapa mereka yang menjadi idola serta gambar kereta ferari, rumah banglo, dan gambar impian yang mereka nak capai ditampal di dinding bilik mereka.

Dengan peluang biz Elken, anak-anak kita juga menjadi pencetus semangat untuk sama-sama berjaya! Jadi, takdelah nanti mereka menconteng arang ke muka kita kerana tersalah pilih kawan di luar sana.

Kemudian, kata-kata kak Rohana membuka minda saya!

Jangan bila anak-anak dah besar nanti apa yang kita wariskan kepada mereka?? HUTANG KELILING PINGGANG, PENYAKIT KENCING MANIS, PENYAKIT DARAH TINGGI DSB kerana itu adalah penyakit keturunan??!

TAK MAHU!!! Saya tak mahu anak-anak saya mewarisi semua itu, maka kata-kata kak Rohana membuka mata dan minda saya untuk BERUBAH!!!

Anjakan paradigma perlu berlaku dalam hidup saya kerana masa depan anak-anak terbentuk dari didikan dan asuhan saya semenjak mereka kecil.

Permata Hati Ibu!

Monday, December 10, 2012

Di ambang Wati....??? Nah... Di ambang 2013...

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!!!



 Tak payah citer banyak-banyak... gambar tu pun dah cukup citer tentang entry saya hari ni. Di ambang 2013, apa citer anda semua??? Resolusi 2012 dan persediaan 2013??

Firstly saya nak citer tentang anak-anak. Alhamdulillah mereka membesar dengan sihat dan alhamdulillah yang paling obvious 2 beradik nih, pot pet pot pet macam bertih jagung. Walau tahun 2012 mencabar buat saya membesarkan mereka terutama sekali tentang kak ngah Najihah yang dah 2 kali masuk hospital sebab gejala batuk dan demam.


 Citer tentang kak long Wawa.

2013, going to be 5 years old dan akan belajar di sekolah tabika kemas. Tak sabar rasanya nak tengok gelagat hari pertama di tabika kemas. Masa umur 4 tahun ni saya hantar dia ke taska permata kemas. Banyak main dari belajar. Planning saya 2013 nak carikan tempat mengaji untuk dia. Mulut makin bijak bertutur, mengomen, mengkritik dan paling tak tahan sekarang ni cara nak berdepan dengan dia kena guna cara konfrantasi secara berkasih sayang dan secara penuh mainan psikologi. Kadang-kadang tak tahan tu ada la juga guna penyangkut baju bagi gempak sikit. 2013, nak pupuk semangat baru dalam diri kak long Wawa supaya dia boleh jadi kakak yg baik dan anak yang solehah.


Geng Taska Permata Kemas
 
Citer tentang kak ngah Najihah (dah tak leh bahasakan adik dah...).


    
 2013, saya masukkan Jihah ke taska permata kemas. Sebab apa? Awal sangat kot...? Sebab Jihah perlu didisiplinkan dirinya.  

Personaliti dan karakter Jihah sangat bercanggah dengan kak long Wawa. Walau baru berusia setahun jagung, perangai, minded dan personaliti bak budak berusia 2-3 tahun. Yup! She's matured enough than her age. Mula berjalan seawal usia 10 bulan, mula menyebut perkataan seawal usia 12 bulan, dan Alhamdulillah sekarang dah boleh bercakap dan boleh memahami arahan-arahan mudah, boleh tunjuk mana satu telinga, mata, kepala, rambut mulut, kaki dan tangan bila kita yang menyebutnya. Pakai baju sendiri pun dah mula pandai (dengan bantuan ibu bagitau mana lubang nak masuk tangan n kepala). Dan satu lagi sebab kena hantar dia ke taska, dia sangat suka menyakat orang. Yup! Umur setahun jagung pandai menyakat orang.... jadi kena ajar bab disiplin sikit.

Citer tentang Ibu Abah pulak.

Alhamdulillah dan Insya Allah... rumah tangga yang dilayari sejak tahun 2007 akan masuk tahun ke 6. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hubungan suami isteri... ada la jugak turun naiknya. Tapi apa yang penting??!! KERJASAMA!!! Tolak ansur, berdiplomasi dan jangan sesekali ada perasaan negatif dalam diri. 

Tahun 2013, berharap agar lebih banyak komunikasi 2 hala dan musyawarah antara kami. Semakin hari semakin sibuk, sampai nak duduk bersembang pun kena buat appoinment..:D. Perkahwinan kami atas dasar cinta selepas kahwin (jadi banyak percanggahan dan perbezaan, tapi kerana chemistry antara kami), alhamdulillah jodoh antara kami dah ditentukan dan bila dikenang-kenang memang tak percaya yang kami boleh bersama selama 6 tahun ni.

 
Citer tentang saya dan Biz Elken...

 2012 banyak yang telah saya belajar tentang hidup. Bukan senang nak hidup senang, tapi TAK SUSAH juga nak hidup senang. Semuanya di atas pilihan sendiri, nak senang jadi senang, kalu fikir susah jadi susah.

2013 ada banyak perancangan untuk menjayakan biz saya ini. 2012 macam saya katakan, saya belajar... banyak yang saya belajar tentang cara nak menjayakan biz ini. Nak berjaya bukannya untuk dapatkan RM3000-5000 sebulan. Tetapi nak berjaya dengan biz Elken, mesti kena dapat RM10,000.00 sebulan!! Itu baru boleh dikatakan berjaya di Elken (berjaya sikit la....). Macam mana nak buat??? Itulah yang saya belajar semasa di tahun 2012.

Lagi saya belajar... nak menjayakan biz Elken, saya mesti ada IMPIAN. Kerana itulah yang menggerakkan perjuangan saya. 2012, impian saya tak cukup besar, jadi ada turun naik. Bila semangat datang baru ada motivasi, bila semangat hilang tak de motivasi. Jadi saya revise balik kenapa nak buat biz Elken??
1. Nak bagi kesihatan yang baik kepada keluarga terutama mak abah, mak mentua, anak-anak dan suami.


2. Saya nak income RM10,000.00

3. Saya nak pergi melancong (honey moon @ family trip) ke Australia!!!!

4. Kebebasan Kewangan (Debt Free)


Bila nak berjaya dengan biz Elken, saya mesti IKUT 100%, kena ikut sistem pendidikan, kena ikut cakap upline, dan kena ikut 100% apa yang dah sedia ada. Tak payah nak memandai-mandai rekacipta cara lain. PHOTOCOPY JE!

99% sikap saya mempengaruhi kejayaan biz saya. Sebelum ni saya seorang yang sangat tidak pandai bersosial (bermasyarakat) suka buat hal sendiri, tak suka nak bazir masa sembang, tak suka grouping, tak pandai senyum, tak pandai amik hati orang, selalu buat orang terasa hati, macam-macam sikap negatif. 

2012, saya ubah tetapi belum capai 80%, 2013 saya perlu ubah 100%!! Hati kena ikhlas, jujur dan telus bila berkongsi, 4 besar mesti kena BESAR (mata, suara, gaya dan senyum). Kalu dulu tak pandai bermasyarakat, sekarang kena pandai bermasyarakat. SEMUA KENA BERUBAH!!

Buat biz Elken tak susah langsung, kalu nak capai income RM10,000.00 sebulan cabaran yang hebat perlu dihadapi. Kerana kita nak buat sesuatu kerja yang berbaloi, kita hadapi saja cabaran dan dugaan itu dengan senyuman....

2013 tahun penting bagi saya, saya perlu capai satu perubahan dalam hidup sebelum usia saya menjejak ke era 4 series....

"Ya Allah.. Aku hanya merancang, Engkau adalah perancang. Bantuilah aku menjayakan segala perancanganku di tahun 2013 ini, Amin..."

Semoga azam dan perancangan tahun 2013 anda juga berjaya, Amin.

Jom Follow Me