Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, August 30, 2013

MERDEKA

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...



Merdeka, apa ertinya kepada anda??

Menurut kamus, Merdeka bermaksud bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas.

Namun sejauh mana diri kita pada masa kini merdeka seperti maksudnya yang sebenar??

Merdekanya diri saya apabila saya mempunyai kebebasan

1. Dalam kesihatan
2. Kecantikan
3. Kewangan
4. Masa
5. Kekeluargaan
6. Kerohanian



Tuesday, August 27, 2013

TERSENTAP

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Saya seorang yang kurang menyenangi perasaan apabila tersentap dan menyentap. Tapi saya seorang yang mudah menyentap hati dan perasaan orang (sejujurnya...secara tak disengajakan). Kerana saya insan yang outspoken, tak pandai nak berbunga-bunga dalam berbicara. Nak cakap tu cakap terus, tak berlapik-lapik.

Jadi salah satu cara saya ialah mengelakkan bual bicara dan sesi sembang menyembang dengan orang. Hanya bercakap bila perlu dan berbual hal yang penting-penting saja.

Namun semakin hari semakin dewasa dan semakin matang akal dan fikiran saya, kini saya belajar satu perkara. Berapa lama kita nak tersentap dengan apa yang orang cakapkan kepada kita. Permulaannya kita sendiri jangan menyentap perasaan dan hati orang lain. Cakap kemudian berfikir terlebih dahulu... Then barulah kita sendiri takkan rasa tersentap bila orang bercakap dengan kita (walaupun kadang-kadang ada tikanya terasa tersentap kot...!).

Pokok pangkal adalah bagaimana kita nak menerima ia secara positif (bersangka baik) atau negatif (bersangka buruk). Semuanya dalam minda dan persepsi kita sendiri.

Kalu kita terima negatif, maka tersentaplah kita bermasam mukalah kita dan muncung pun panjang sedepa. Kalu kita terima dengan positif, maka ia akan berlalu bagai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi telinga.

Credit all pics to GOOGLE

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Monday, August 26, 2013

BERSYUKUR

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!! Salam Luar Biasa...




Statement di atas sangat2 menyentuh hati.

Kita jarang-jarang nak bersyukur.. bila teringat baru nak mengucapkan kata syukur itu.

Tetapi bila kita terlalai atau dilalaikan dengan hal keduniaan kita langsung lupa nak mengucapkan kata syukur.

Bersyukur bukan sekadar dengan apa yang kita ada, apa yang telah kita perolehi di depan mata. Tetapi bersyukur secara keseluruhan dengan apa yang kita lalui setiap hari setiap minit setiap saat.

Bersyukur kerana keamanan yang ada di Malaysia ketika insan lain nak tidur malam pun tak nyenyak dalam ketakutan setiap saat. Bersyukur kerana kita beroleh rezeki yang banyak setiap hari walau sekadar makan nasi dengan kicap saja. Bersyukur walau duduk rumah atapnya bocor sedangkan ada insan lain yang tidur berbumbungkan langit saja.

Bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala nikmat pemberian rezeki dariMu dari segenap sudut.




P/s: Mengambil kesempatan untuk ucapkan 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Sunday, August 25, 2013

CHANGES

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Meniti ke penghujung bulan yang ke 8 di dalam tahun 2013, sudah masuk tahun yang ke4 rupanya saya berkecimpung dalam dunia blogging. Melihatkan kembali entry-entry saya yang terdahulu.. baru le saya perasaan, caca marba... hahaha tunggang terbalik dan lintang pukang. Tak terurus langsung dan tak tersusun indah. Tapi saya tetap terus menulis, bukan kerana minat tetapi cara ini saja saya dapat meluah isi hati dan at least satu masa nanti anak-anak saya juga boleh mengikuti blog ini dan mengikut jejak langkah saya, blogging.

Perubahan itu kehidupan. Manusia hidup setiap hari kerana pilihan dan peluang yang membawa kepada perubahan dalam kehidupan. Saya juga begitu, tak betah untuk duduk dalam satu-satu keadaan yang sama dalam jangka masa yang panjang. Bagi yang mengikuti saya dari awal, mesti perasaan yang blog saya direnovate berkali-kali. Dah renovate tak lama lepas tu renovate lagi. Hari ni saya renovate lagi mengikut mood dan isi hati saya. Sebab tu entry-entry yang saya tulis tak teratur. Semua ikut mood dan perasaan saya ketika menulis.

Kali ni saya akan menukar latar penulisan blog saya kepada isu yang lebih penting dalam hidup iaitu MENIKMATI KEHIDUPAN.

Kehidupan saya kini walau tak semewah dari segi $$$ meaning nak gi bercuti ke Pangkor pun berkira-kira apatah lagi nak ke Langkawi atau ke Genting Highlands, nak shopping kat Tesco pun berkira-kira budget yang mana perlu, apatah lagi nak bershopping benda kegemaran saya (of course baju kasut dan beg tangan) yang dah lama saya tinggalkan... tetapi saya dapati banyak perubahan yang telah berlaku terutama sekali attitude saya towards masyarakat. Honestly saya seorang anti sosial, tak suka nak ber'klik' hang out sana sini, dan kawan pun tak seberapa.

Di sebalik perubahan itu, ada satu lagi yang perlukan dedikasi tinggi untuk diubah, iaitu MINDA DAN PERSEPSI. Nak berjaya dalam hidup MINDA dan PERSEPSI kita perlu sentiasa POSITIF (bersangka baik). Sebab tu saya mulakan dengan blog ini sebagai inspirasi saya untuk perubahan 360 darjah dalam kehidupan saya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'd 13:11)



Teruskan mengikuti blog saya ni tanpa jemu, dan saya berharap anda dapat menemukan sesuatu yang anda cari apabila membaca blog saya selepas ini.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love u

Thursday, August 22, 2013

Renovation in Progress

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...

Renovation is in Progress.

Perubahan membawa kepada kebaikan.

Nantikan kemunculannya!!

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...

Ucap selamat yang terlewat...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Jom Follow Me