Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Showing posts with label HomeSchool. Show all posts
Showing posts with label HomeSchool. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Cabaran jadi cikgu anak sendiri

Assalamualaikum...Selamat Pagi!!

Sambungan cerita dari pengalaman jadi cikgu buat anak-anak saya, Kak Long Najwa 7 tahun dan nanti saya citerkan tentang pengalaman saya homeschooling anak saya yang no 2 Kak Ngah Najihah.

Tahun ni 2015, Kak Long Wawa dah darjah 1. Alhamdulillah dia dah cekap membaca, menulis dan mengira. Alhamdulillah, dia pun dah pandai baca teks berbahasa Inggeris. Kena bantu dia untuk membaca teks-teks bahasa Inggeris supaya dia membaca dengan lebih lancar dan memahami teks tersebut.

Menjadi cikgu kepada anak-anak sendiri lebih mencabar sebab dari pengalaman peribadi saya, saya kena buat ulangkaji di rumah sebelum saya proceed mengajarnya. Nak kena study silibus subjek-subjek tersebut. Dan saya tak tau teknik-teknik terkini pembelajaran budak-budak sekolah. Tapi, since dia masih darjah 1 dan saya full time housewife, elok jugak la saya jadi cikgunya. Seronok jugak 'belajar' semula ni selepas meninggalkannya berbelas tahun.

Semua subjek mencabar jugak bagi budak-budak darjah 1. Dari pemerhatian saya, Kak Long Najwa tak boleh absorb terlalu banyak pemahaman untuk konsep. Jadi saya galakkan dia untuk buat latihan tubi untuk membiasakan diri dia dengan soalan-soalan tersebut. Corak soalan lebih kurang sama sahaja tetapi ada trick yang terselit dalam setiap soalan, dan trick tu la Kak Long Wawa kena kuasai.

Itu citernya tentang Kak Long Wawa. Ni nak citer pasal Kak Ngah Najihah pulak. Tahun ni saya tak hantar dia ke mana-mana, jadi saya buat homeschooling saja. Matlamat dan motif saya nak bagi Kak Ngah Najihah kenal huruf, ingat dan boleh menulis semula huruf tu, at least ada la bentuk huruf dan nombor tu.

Antara aktiviti yang saya buat, banyaknya mewarna dan menconteng! Sekarang ni tengah nak biasakan dia menulis huruf. Untuk nombor, nombor 1 2 3 dan 7 dah pandai tulis dan dah kenal. Sekarang nak ajar huruf pulak. Setiap hari saya luang masa paling kurang setengah jam untuk pastikan dia menulis dan membaca (untuk mengenal huruf dan nombor).

Ni antara aktiviti yang saya buat untuk homeschooling (banyak lagi gambar takleh nak upload kat PC).






 






 



 Cabaran? Memang la ada... nak ajar budak umur 4 tahun yang suka bermain dan suka hilang fokus tentu sekali mencabar! Sebab tu saya allocate masa at least setengah jam sehari. Masa tengah belajar mesti rasa mengantuk la, letih la, nak baring la, lenguh tangan la... macam-macam! Tapi memang best jadi cikgu kepada anak-anak sendiri.

Tuesday, January 13, 2015

Cerita 12 Jan 2015... part 2

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah hari ni genap umur kak Ngah Najihah 4 tahun. 
Selamat hari lahir kak ngah! Semoga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata ibu abah dan opah2 atuk, mengenang jasa ibu abah dan guru dan menjadi hamba Allah yang beriman. Amin....

Mula homeschool dengan dia seawal 8 pagi after breakfast, bertahan selama 40 minit je... Pastu dah tak fokus dah. Heheheheh....
 Ada je alasannya letih la, nak minum la, nak tengok tv la, ngantuk la...
Mencabar jugak nak homeschool ni!!

Takpe-takpe, esok masih ada kita cuba lagi. Tukar cara pulak. Ibu cuba belajar bersabar dan bertenang melayan karenah mu nak....

Semoga sesi homeschool kami untuk tahun 2015 ni berjaya, Amin....


 

Monday, January 5, 2015

Welcome 2015!!! Kena Homeschooling la....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 dalam tahun 2015. How is ur day in this new year?

I'm feeling superb!!! Rasa macam baby baru lahir... Tak tau lah kenapa berperasaan begini. Normally orang akan kata, biasalah awal-awal tahun... No No No... Rasanya kali ni lain macam.

Tahun ni ada cabaran baru untuk saya, saya kena homeschool Najihah. Yup! Saya katakan ini cabaran sebab saya kena make it through and true. Tahun 2016, Najihah dah masuk pre school, so tak mo dia ketinggalan dari kawan-kawannya. Kenapa tak hantar sekolah tahun ni? Yeah... ada some last minute issues dan keputusan homeschool ni diambil.

Sekarang tengah surf and browse web untuk dapatkan bahan mengajar yang boleh membantu. Saya ambil kesempatan dengan cabaran ni untuk membentuk diri saya jugak, sebab saya not so so dengan budak-budak even dengan anak sendiri. Saya sangat garang, tegas, susah nak bergurau dan selalunya saya serius dengan anak-anak. So, saya harap dengan cabaran ni saya boleh membentuk diri sendiri jadi lemah lembut, sabar dan lebih bertenang bila berhadapan dengan ragam anak. And bonding antara saya dan anak akan jadi lebih lagi.

Ada kawan-kawan di dunia blogger yang pernah ada experience homeschool anak? Boleh la share your experience and tips.

Ok la, got to go. Nanti kita jumpa lagi! Wish u all the best for this year and may all your dreams come true. Amin.. Doakan saya jugak ye kawan-kawan.

Happy New Year 2015!!!!

Jom Follow Me