Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, November 6, 2010

Breastfeeding Journey for Wawa

Sebenarnya tak pernah terlintas pun nak citer pasal bab nih.

Kerana... ada sebabnya....

Tapi ada permintaan dari sahabat blogger a.k.a nursing mommy ALFA JULIET yang mintak kongsikan pengalaman Breastfeeding si kecik Wawa. Makanya aku stori mori la jugak di sini.

Before that, izinkan aku mengintroducekan sekali lagi si kecik Wawa nih.

Nama: NUR ILYANIE NAJWA BT CHE FADZLEE
Tarikh lahir: 07 JANUARI 2008
Tempat Lahir: HOSPITAL IPOH
Berat Lahir: 3.25KG
Proses kelahiran: C-SECT (Sebab progress bukaan tak berjaya lebih 12 jam)
Waktu Lahir: 4.34 petang

Itulah serba sedikit info tentang si kecik Wawa.
Wawa day 1

Masa melahirkan Wawa, aku tak leh nak direct feed Wawa sejurus lepas bersalin sbb aku c-sect kan..

Lepas je Wawa kuar ikut 'tingkap', Wawa dihadapkan pada aku sangat sekejap (dalam 1 minit gitu sbb nak bgtau gender bb). Dalam keadaan aku masih berbius, tak dapatlah aku mendakap Wawa pada saat itu.

Pada sebelah malam barulah dapat aku bertemu ngan si kecik Wawa. And pada ketika itulah dengan tiada bantuan dari sesiapa aku menggunakan akal logik aku menyuakan Wawa for the first time ke cik N aku. Siyes masa tu aku pakai logik jek nak breastfeed Wawa.
Bila aku rasa jerutan dari si kecik Wawa aku secara logik agak yg dia sedang Breastfeeding.
Dan pada malam kedua, yang sepatutnya esok hari aku dah leh kuar spital, aku mengalami bengkak susu sampai demam dibuatnya. Aku siyes tak tau buat pe, but then bila tanya nurse, nurse kata kena perah. Sekali lagi aku menggunakan akal logik aku memerah ikut cara yang aku rasa logik. Tanpa diajar oleh sesiapa.

Dari lahir, Wawa kurang tidur malam. Semasa di wad selama 2 malam aku tak tido lena and even waktu siang pun Wawa jarang2 tido dalam jangka masa yang lama (baru sekarang aku tau kenapa...).

Berpantang di rumah Mak aku, Wawa disajikan dengan hidangan susu segar dari ladang 'DUTCH LADY' (dan mix with BM la...). Walaupun aku mix ngan FM, aku still BF Wawa terutama sekali pada sebelah malam. N sometimes bila terasa cik B berat aku ada gak wat pumping pakai BP jenama Pureen yang harganya bawah RM30.00.

So, from this point u all can tell how is my BF journey with Wawa kan...?

Sebelum aku menetap di Ipoh (aku masih merantau semasa melahirkan Wawa), aku bekerja di Genting bersama En. Hubby. At this point, En. Hubby still keje kat Genting, so dia akan berulang alik balik Ipoh sebulan sekali for about 8 month since Wawa dilahirkan (so, aku penah jugak la berPJJ ngan En. Hubby).

Lepas je abis pantang pada hari ke 45, aku terus kuar umah mencari pekerjaan di mana sahaja sebab masa tuh both of us dah nekad nak dok di Ipoh. Alhamdulillah rezki si kecik Wawa aku pun berjaya dapat keje kat Ipoh.

But, untuk menjawat jawatan tersebut aku perlu berkursus di Subang selama 2 minggu. Maksudnya aku terpaksa berpisah dengan si kecik Wawa yang pada ketika itu baru nak masuk usia 3 bulan. (Pada ketika ini, Wawa sangat tak selesa nak BF ngan aku... masa tu aku tak tau kenapa...).

Sampai masa aku pun pegi dan jangka masa aku meninggalkan Wawa adalah dekat sebulan sebabnya aku gi Genting dulu settle resignation kat sana then baru berkursus kat Subang. Masa aku berjauhan ngan Wawa aku ada bawak bekalan BP, aku ada gak try pumping tapi nak cukupkan 1/2oz pun tak dapat so, aku pun tak de le pumping lepas dari itu.

Dan pada ketika aku balik ke Ipoh, Wawa dah pun selesa dengan botol susu, FM dan jugak pacifier.

Rumusannya di sini to all my dear frens,

AKU GAGAL MEMBERIKAN HAK SEPATUTNYA PADA WAWA, IAITU SUSU IBU!!!!!!!

Oh Tuhan!!! Rasa nak menangis pulak.
Credit to Yahoo!

Yup! Aku tak berjaya Breastfeed Wawa!!

Sebab tu aku tak pernah bercadang nak citer pasal Breastfeed journey aku ngan Wawa. Kerana ia hanya mendatangkan rasa duka pada hati dan naluri keibuanku.

Tapi aku tak salahkan sahabat yang meminta untuk berkongsi pengalaman aku BF Wawa, sebab aku take it as a positive point. Di mana aku boleh berkongsi ngan kawan2 tentang punca kegagalan aku.

Punca utama...

TIADA KESEDARAN

KURANG ILMU PENGETAHUAN

TIADA SOKONGAN DARI KELUARGA

Itulah 3 faktor utama punca kegagalan aku.

Nanti akan aku stori mori pulak kat korang apa yang membuatkan aku bangkit semula dari kegagalan yang lalu.

P/s: Thanks to Alfa Juliet sebab bagi cadangan untuk share stori tentang BF journey Wawa.

7 comments:

  1. Fatin,
    Apa yg dah berlaku...boleh dijadikan pengajaran.
    Ko bertuah Fatin sebab ko dapat peluang untuk menebus kembali kesalan lepas.
    Sekarang ko dah punya kesedaran, pengetahuan & sokongan kan...
    Aku sokong ko Fatin.
    Kali ni mesti boleh...
    Kalau kite berniat suci murni nak fully bfeed, insyaallah dipermudahkan-Nya.

    ReplyDelete
  2. fatin. aku pun mcm ko juga...hariz dulu aku campur2 gak..bf time malam je, n siang ngan fm..time tu serius tak tau nak perah mcm mana n nak simpan ke nak panaskan ke mcm mana..nampak mcm menyusahkan je..so, aku give up...bf direct je..so, time pregnant kedua la, aku jumpa SI.com, hasil rekemen dari ili n ummi..n alhamdulillah, still lg bf danial sampai skrg..ko kena kuat + komited..insyaallah ko juga akan berjaya nanti..

    ReplyDelete
  3. fatin, believe me..ramai lagi kat luar sana yg gagal tapi tak mau admit..yg penting awak dh tuntut ilmu...baca je secara teori dulu, nanti praktikal buat after deliver....ko boleh lah...ibu kan kuat!!

    ReplyDelete
  4. yang lepas biarlaa lepas..xde rezeki kan..try for the second..insyaallah..

    ReplyDelete
  5. thank u frens for ur support! memang skrg dh ada kesedaran, ada keazaman dan senang n masih mengerodek ilmu ttg BF.... thanks again!!

    P/s: memang dh tak toleh belakang lagi lepas nih...

    ReplyDelete
  6. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan...
    take it from +ve point of view & blaja dr kesilapan lalu... good sharing!!

    Semoga dipermudahkan for 2nd baby nnti Amin!. InsyaAllah! semangat tau. If down cari geng2 ibu menyusu yg lain insyaAllah kami akan bantu!

    ReplyDelete
  7. momma mia, thanks for ur support!! mmg sangat2 semangat...

    ReplyDelete

Jom Follow Me