Daripada perbincangan SGM yg lepas, semua ibu2 yg terlibat sepakat bersetuju menyatakan bahawa 'Growth Spurt' adalah gangguan sementara dalam perjalanan penyusuan susu ibu.
Tetapi.....
Mengapa ada sesetengah ibu2 yg menganggap ia sebagai satu masalah besar yg mengganggu perjalanan PSI dan akhirnya ada juga ibu2 yg kecundang di pertengahan jalan??
Menurut ibu2 yg pro BF, apabila berlaku keadaan 'growth spurt' ini, ibu2 akan mengalami masalah pabila tidak mempunyai maklumat tepat (kurang ilmu), tiada sokongan, tidak mendapat bantuan dari pihak yg pro BF dan menerima pelbagai tanggapan negatif seperti susu kurang dan tak cukup untuk bb, bb tak puas menyusu susu ibu di mana akhirnya ibu2 memberikan gantian susu formula melalui botol susu.
Situasi ini memberikan pelbagai impak negatif kepada bayi (seperti bayi mula menyukai rasa susu formula & nipple confusion) yg akhirnya menyebabkan bayi tidak lagi mahu meneruskan penyusuan dengan susu ibu dan akhirnya ibu2 gagal meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif seperti yang ditetapkan dalam polisi PSI.
Jadi, apa sbnrnya 'growth spurt'?
Menurut sumber dari perbincangan lepas dan juga rujukan di web Kellymom.com,
1. Keadaan di mana pola penyusuan bayi bertukar menjadi sangat kerap daripada kebiasaan (kadangkala sejam sekali penyusuan) dan juga bayi menjadi sangat cerewet daripada kebiasaan.
2. Keadaan ini bersifat sementara.
3. Waktu berlakunya gangguan ini ketika bayi berusia (*keadaannya berbeza2 mengikut bayi),
2- 3 minggu pertama
3 bulan
5-6 bulan
8-9 bulan
1 tahun
18 bulan
4. Gangguan berlaku sekitar 2-3 hari atau mungkin selama seminggu atau lebih (bergantung kepada diri bayi sendiri dan tidak sama untuk setiap bayi).
5. Perkembangan fizikal bayi tidak mempengaruhi secara langsung kepada gangguan ini. Tapi berkemungkinan bayi akan menunjukkan petanda 'growth spurt' seiring dengan perkembangan fizikal bayi (ini boleh dijadikan panduan bagi ibu2 untuk bersedia menghadapi gangguan tersebut).
6. Cara menghadapi situasi ini-
Sabar
Sabar dan
Bersabar...
Mengikut kehendak dan keperluan bayi
Menambah bilangan kalori dalam pemakanan harian si ibu
Sebarang masalah dapatkan bantuan dan sokongan segera dari pihak yang benar, iaitu ibu2 yg pro BF.
7. Kesan positif
Apabila berlaku 'growth spurt', ibu2 mempunyai peluang untuk menambahkan sesi penyusuan (secara direct feeding @ pumping) dan dengan ini akan memberikan peluang untuk menambah penghasilan susu ibu (increase in milk production) secara semulajadi.
**Tidak digalakkan sama sekali menambah penyusuan bayi dengan susu formula kerana ia akan mengganggu penghasilan susu ibu secara semulajadi.
Walaupun aku belum ada pengalaman melalui gangguan seperti ini, tapi aku yakin jika sekiranya ibu2 mendapat maklumat yg tepat, sokongan dan bantuan dari pihak yg betul dan juga mengenepikan tanggapan negatif tersebut, Insya Allah berkat doa dan usaha yg berterusan, ibu2 dapat meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 2 tahun.

P/s: Menambah penyusuan bayi dengan susu formula itu adalah GANGGUAN yang utama kepada perjalanan PSI ibu2 sebenarnya.
No comments:
Post a Comment