Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, November 13, 2010

Perlukah susu lain selepas 2 tahun menyusu Susu Ibu??

Tajuk ini diambil semula dari 2 blog yang telah membicarakan tentangnya...

My xclusive xpressing


The Greatest Moment of Being a Supermom



Tertarik dengan isu ini, aku yang penah gagal dlm pengalaman Breastfeeding terdahulu nih nak mengulas sedikit pendapat peribadi tentangnya dan ingin memohon pandangan dari kawan2 lain.


Sebelum tuh, aku ingin bertanyakan beberapa persoalan.


Pertama- Bila anak2 kita dah terikat sepenuhnya dengan Susu Ibu sejak lahir sehingga umur 2 tahun, dan bila mereka putus menyusu badan (wean off), apa pilihan lain yang korang nak bagi sebagai pelengkap kepada sumber pemakanan anak2 kita?

Kedua- Apakah perbezaan antara susu segar (fresh milk) dan susu formula?

Ketiga- Bagi ibu2 yang pro BF, bagi mereka susu formula tidak bagus dan propaganda tentang kebaikan susu formula yang disampaikan melalui iklan2 di media adalah palsu dan sekadar program marketing mereka untuk mengaut keuntungan... apa kata anda?

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebagai mukadimahnya, aku personally bersetuju dengan pendapat ibu2 yg pro Susu Ibu, tentang keburukan memberikan anak2 kita SUSU FORMULA (walaupun aku sendiri currently memberikan anak aku Wawa susu formula).

Di sini aku ingin berkongsi dengan korang pendapat Pn. Kamariah dari SusuIbu.com tentang Susu Formula.
Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.


Dicopy paste dari SusuIbu.com.

Dari pendapat tersebut, dan dari pengalaman peribadi aku sendiri aku tak suka SUSU FORMULA.

Segala kebaikan susu formula yg diterjemahkan melalui pengiklanan di media tu adalah propaganda semata2 untuk mengaut keuntungan wang ringgit.

Cuba lihat perbandingan nutrisi antara Susu Ibu dan susu formula, diperolehi dari web AskDrSears.com
**Aku tak dapat nak copy paste jadual tu sbb tak pandai nk buat.. heheheh.. so terjah terus ke web tuh...

Jadinya, apa yang perlu kita berikan kepada anak2 yg dah wean off Susu Ibu, terutamanya anak2 yg berusia lebih daripada 2 tahun?

Kalu korang luaskan skop pembacaan korang ke beberapa sumber lain, pilihan yang ada selain susu formula ialah susu segar, yogurt drink dan juga susu kultur.

Sebenarnya kita hidup tidak perlu terlalu bergantung kepada susu semata2. Apabila kita berjaya memberikan susu ibu secara eksklusif kepada anak2, pelengkap kepada anak2 itu adalah sumber makanan yg berkhasiat dan tidak semestinya WAJIB disertakan bersama dengan susu.

Berikan peluang kepada mereka untuk explore setiap perisa, tekstur, bentuk dan warna pelbagai jenis makanan. Dengan itu mereka tidaklah membesar dgn menjadi seorang yg cerewet bab makan2 nih. Lagipun boring jugak bila dihadapkan dengan susu sepanjang hayat mereka apabila mereka telah mendapatkannya melalui susu ibu.

Siyes aku belajar dari kesilapan!!!

Kesilapan yg aku buat pada Wawa. Kasihan dia.. kerana aku tak berjaya memberikan hak mutlak Susu Ibu kepadanya, disumbat pula dengan SUSU FORMULA yang tak seberapa tuh dan skrg dia sangat cerewet bab makan dan jugak menu makannya tersangatlah TERHAD.. kasihan Wawa!!

So, ibu2 mulalah mendidik diri kita dengan memberikan yang terbaik buat anak2..

Bukan hanya memenuhi kehendak berbaju cantik, pelbagai permainan, sekolah atau taska dan tadika terbaik sahaja yang kita sediakan buat mereka. Tetapi apa yg kita salurkan ke perut anak2 itu biarlah juga yang terbaik secara fitrahnya.


Pilihan di tangan masing2... tepuk dada tanya selera.

P/s: Menyesal tak sudah aku sampai hari ni!!

6 comments:

  1. Puteri Hannan,
    Alhamdulillah, semoga impian anda kan tercapai untuk anak-anak berikutnya.
    Kita belajar dari kesilapan. Saya pun masih dlaam proses belajar.. Dan saya sendiri regret dengan anak pertama. Walaupun boleh dikategorikan sebagai fully BF, tapi saya masih ralat kerana telah memberikan FM ketika dia masih kecik (takde ilmu time tu).

    Insya Allah berikan didikan yang sempurna buat Wawa. Perkara yang lepas tak boleh kembali, face the future dan berusaha demi adik2 Wawa nanti.

    I like your comment. Sangat positif.

    ReplyDelete
  2. suke dgn ibu yg berfikiran seperti anda..sbb tak ramai yg bersikap terbuka dan cuba membuka fikiran kenapa bila org katakan susu formula tu xbagus..sy pernah melihat anak buah yg cerewet mkn disebabkan mereka dah kenyang minum susu formula 4-5 kali sehari sy merasa sgt terkilan melihat keadaan itu tp sy xsalahkan si ibu barangkali mereka belum cukup ilmu yg penting sekurang2nya kite menyedari kesilapan itu moga ia takkan berulang lagi kan..

    ReplyDelete
  3. owh...macam tu ka. patutla anak aaya fussy. takpa la d lepas. next baby akan ku usahakan betul2.

    ReplyDelete
  4. salam momma2...

    saya belajar dari kesilapan lalu... dulu tiada langsung kesedaran, tiada ilmu pengetahuan dan tiada sokongan keluarga yg pro BF...

    so, mcm sy katakan belajar dari kesilapan lalu... bl dh ada kesedaran, terus mencari ilmu dan beri pendedahan kepada keluarga supaya mendapat sokongan dari mereka...

    thanks for all ur feedback... :D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sy pun masih dpt teruskan bf ini wlupun usia pregnant sudah masuk 4bulan. sakit tu mmg sakit tiap kali anak menyusu, tp sbb nekad nak teruskan sy tabahkan jua :)

    ReplyDelete
  6. gembira apabila orang2 yang saya kenali memahami betapa bernilainya kasih sayang dan khasiat dari susu ibu....kesilapan lalu usah dikesalkan...ada hikmah disebaliknya...mari kita wujudkan komuniti yang lebih baik dengan memberikan yang terbaik buat anak2 kita....semoga usaha anda semua diberkati Allah SWT...

    ReplyDelete

Jom Follow Me