Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, November 6, 2010

Bila gerai no 20 ditutup...

Bila gerai no 20 ditutup.... maksudnya customer aku tak dapat nak beli bubur nasi spesel aku atau mee kari aku atau mee kicap aku...

Last week (Sabtu dan Ahad, 30/10 & 31/10/10) aku tutup kedai sebab balik ke umah Opah kat Sungkai, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Pak Ude Wawa.

Majlis berlangsung dengan meriah dan yang paling best korang mesti la tau adat2 kenduri dan kendara di kampung kan... GOTONG ROYONG!!

Memang seronok, puas makan dan bersuka ria. Terutamanya si kecik Wawa tuh.

Dah pandai nak bergaul mesra dan mencari kawan.

Sepupu aku nih anak kepada bapa sedara aku, Pak Anjang (adik mak aku). Dalam famili diorang yang seramai 8 adik beradik tuh, Pak Ude Wawa lah yang first2 kawin. So kira meriah sangat kenduri tuh selama 3 hari 2 malam berturut2.

Malam pertama sebelum kenduri berlangsung, diadakan sesi main rebana (kompang). Memang suke sangat dengar muzik kompang..best, layan!!

Yang paling seronok melayan, tak lain dan tak bukan si kecik Wawa la. Dia le orang yang tak segan silu nak tunjuk bakat tarian seni kebudayaan masa kompang dipalu. Honestly, malu aku!!! Tapi aku biarkan aje, kasi dia enjoy sket.

Keesokkan harinya semasa majlis berlangsung, persediaan dibuat secara bergotong royong. Dari memasaknya, menyusun atur meja dan menghias pelamin, etc. Semua dilakukan oleh orang kampung sendiri.

Semangat gotong royong dalam kenduri kendara kat kampung memang tiada tandingannya. Semua yang terlibat tak kira la jiran sekampung ke, bau2 bacang ngan famili pengantin ke, semua turun padang menghulurkan bantuan bagi memastikan kelancaran majlis.

Nak citer panjang2 rasa malas nak menaip, so korang layan la picca yg sempat dirakamkan...

Let the piccas do the talking...

Ruangan memasak lelaki

Ruangan meamasak perempuan

Pangkin untuk kaum ibu bekerja


Pelamin yang simple tp menarik, hasil kreativiti sanak saudara pengantin lelaki

Meja makan pengantin

See the crowd...

Pengantin baru tiba...

First time tgk adat menyambut pengantin bagi mereka2 yang berpakaian uniform (polis, tentera, etc...). Fyi, sepupu aku nih anggota bomba, same goes with his wife.

Si pengapit tak bertauliah, me sista!

Sibuk plak mak buyong nak bergambar...

See.. Wawa get new fren. Berkepit aje ngan si kakak tuh. Tengok besar mulutnya ketawa, sampai nampak gigi...



Budak kecik buli budak besar

Aktiviti malamnya potong kek n baling duit syiling ngan gula2





Sekian sahaja dari bilik berita.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me