Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, May 7, 2010

Welkam...Welkam...Siri Jelajah blog En. Ben.

First time aku 'bertentangan mata' dengannya di blog ini dan kemudian di blog ini dan sekali lagi di blog ini dan akhir sekali di blog ini.

Bertentangan mata di blog yang terakhir tu membuatkan aku tertanya-tanya siapakah gerangan si jejaka yang disamaertikan dengan Jimmy si pengacara tu. Akhirnya aku pergi menerjah ke blog si jejaka itu untuk mencari kepastian. Tenung punya tenung, tilik punya tilik, baru aku sedar ada le sket samaerti ngan Jimmy tu (for ur info Jimmy Shanley tu satu sekolah ngan aku, SMTLC Ipoh, hehehehe... tapi kira senior la, sebaya ngan Mr. Hubby...kes nak tumpang glamer la tu).

Oleh kerana itu, aku menyerah diri dan menjemput dengan rasa suka hatinya untuk Tuan Ben datang ke teratak yang baru sebulan di bina ni...

Sebelum tu kena le sediakan bahan untuk menyambut tetamu kan...

1. Header menyambut tetamu kena la ada- siap

2. Kena la link kat sini sebab lighting sangat penting untuk menyambut tetamu khas kita ni ye- dah siap gak.

3. Nak kena citer gak ke pasal apa aku nak ajak Tuan Ben datang ke teratak aku ni? Ok... aku citer ni...
"Nama aku dalam dunia maya Puteri Hannan. Sesuai ngan header blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE, itulah tujuan aku berblogging. Sumber inspirasi aku berblogging is definitely my fren, Cikgu Ili. Aku suka menulis dan aku suka berkongsi kisah hidup. Tapi, kisah hidup aku tak menarik. Untuk membuatkan hidup aku menarik makanya aku berkongsi kisah hidup kita di dalam blog ni.

Baru sebulan, berblogging macam-macam yang aku pelajari terutamanya dari sifu blogging aku. Kebetulan aku baru join MLM Elken, ops!! jangan salah faham kawan. Aku datang sebagai blogger dan bukan sebagai salesperson dalam dunia blogging. So, please let me be one of the blogger team, k?!

Hidup aku tak senang, dan juga tak susah. Aku graduate student tapi aku tak mendapat peluang selayaknya sebagai graduate student. Mungkin jugak salah aku sendiri (tak pandai nak bermuka-muka dalam dunia korporat ni).

Aku tak bekerja tapi aku juga bukan fulltime housewife. Aku adalah boss merangkap staff abah aku mengusahakan gerai kecil milik abah di Ipoh. Menjual makanan yang femes kat Ipoh iaitu Mee Kicap (kalu Tuan Ben ke Ipoh jemput singgah ke Megopleks Gerai 20 Mee Kicap, k..?).

Jadi apa yang terpapar di dalam blog ini adalah satu perkongsian hidup dengan semua bloggers lain. Niat aku hanya satu, untuk mencipta rangkaian (kenalan) dalam hidup aku".

4. Macam mana aku tau Tuan Ben nak ke teratak aku ni?
Aku tau dari semua blog yang aku dah sebutkan di atas (tak perlu ulang tayang le kot ek...).

Harap-harap Tuan Ben berpuas hati ngan persediaan yang dah dibuat ni. Sekarang cuma menunggu masa ketibaannya dan menyambut dengan red carpet dan paluan kompang je.... (Setia Menanti
)

3 comments:

  1. Terharuuu aku...
    mUah Muahhhh..

    ReplyDelete
  2. ni baik punya kredit tau... bkn tujuan nk mbodek, tp hakikat realiti kehidupan sebenar..:D

    ReplyDelete
  3. salam ziarah (^_^)

    datang guling2 dari blog ben :)

    ReplyDelete

Jom Follow Me