Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 13, 2010

Aku nak cantik...Aku nak kurus @ Aku nak sihat...??

Sebenarnya kalu nak cantik kena la sihat dari dalam dulu. Tak sesuai jika hanya cantik luaran tapi dari dalam, badan kita menyimpan toksik dan segala macam benda yang boleh menjejaskan sistem imun kita. Dah lama-lama nanti kita akan mula rasa badan tidak boleh menerima bebanan lagi, pada masa tu tubuh kita tidak lagi nampak cantik dan berseri.

Orang perempuan tentu sekali nak cantik, tapi istilah cantik aku ni bukan cantik body je. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Korang kenal kan model ni, pemenang ANTM cycle 8. Cantik ke?


Jaslene Gonzales (Pemenang ANTM Cycle 8)

Honestly, cantik memang subjektif. Tapi kecantikan diri terpancar sendiri apabila seseorang itu sihat. Kalu macam model ni terasa macam dia ni tak cukup makan pulak. Too skinny...

Kalau yang ni pulak, kita boleh tengok perbezaan yang sangat ketara kan?

Danielle Evans (Cycle 6) dan Jaslene.

Sekurang-kurangnya kita nak bentuk tubuh dan wajah menarik seperti dalam gambar di bawah ni kan? Ada cutting, muka pun berseri dan menarik.

Saleisha Stowers (Pemenang ANTM Cycle 9).

Oleh itu, untuk memiliki susuk tubuh yang menarik seperti model di atas, kita perlu berdiet....Diet? Diet seimbang? Diet untuk kurus atau diet untuk sihat?

Ini lagi satu hal. Aku masih kurang faham dengan amalan individu tentang diet ni. Confius... seriously confius...

Bukan sebab apa, ada kuar berita tentang kematian akibat pengambilan pil-pil untuk kurus. Sanggup berlapar sebab nak kurus. Sanggup makan macam-macam produk untuk kurus dan cantik. Sanggup macam-macam untuk cantik dan kurus.

Tak boleh ke kita cantik dan menjadi kurus secara semulajadi?? Kenapa perlu mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk cantik dan kekal kurus?

Sebaik-baiknya kita kena faham betul-betul tentang tubuh badan kita. Maksudnya, kenalpasti saiz dan berat badan yang ideal dengan ketinggian tubuh badan kita serta kenalpasti sama ada tubuh kita alah dengan penggunaan sesuatu produk yang ingin kita ambil. Jangan pakai bedal aje!

So, guys.. yang mana kawan-kawan blogger sedang berdiet seperti aku...teruskan dengan cara yang sihat dan tidak mendatangkan mudarat.

Amalkan Gaya Hidup yang Sihat...

2 comments:

  1. itu terlalu obses pada cantik..jd dia takot pda byg2 dia sndiri..sbnrnya sume Allah cipta sempurna..sape nak caktik byk cara yng tak memudartkan..jgn salah ambil jalan...merana lah...hehehehe...
    ~kecantikan adalah milik setiap insan~

    ReplyDelete
  2. yup..yup... biar sihat dan cantik... :D. jangan cantik tp tak sihat....

    ReplyDelete

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails