Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, May 10, 2010

HADIAH HARI IBU.....


Sempena Hari Ibu semalam, takde apa yang menyenangkan hati aku melainkan dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anak aku, Wawa. Disebabkan masa yang aku ada sepenuhnya di gerai aku, maka dapat sehari cuti dan bersama Wawa, sangatlah seronok!

Hari ni gerai aku tutup sebab kena wat 'Gerak Kemas' atau dalam perkataan mudahnya Gotong-Royong, lepas selesai upacara kemas mengemas tu, aku g bawak anak aku jalan-jalan shopping kat Jusco Ipoh.

Memang seronok!!! Yang paling best tu aku ngan Wawa melayan makan AISKRIM BASKIN ROBBINS....! Sedap.... sebab dah lama tak merasa. Dengan 3 perisa aiskrim (tengok kat photo tu, yang satu lagi perisa tak dapat cari gambarnya) dan topping caramel serta coklat M&M.


Choclate Chip (Vanila ice cream with lot of bittersweet chocolate chips).
Jamoca (Jamoca ice cream with a chocolate fudge ribbon and roasted almonds).

Mmmmmmmm..nyum...nyumm.....memang sedap!! (Aku tak de digi cam, so tak dapat nak tayang gambarnya....). Tapi korang mesti leh imagine rupa dan leh terasa RASA aiskrim BASKIN ROBBINS tu kan... Alamak! Kecur air liru aku, macam nak makan lagi....

Dah puas melayan aiskrim, baru gi jalan-jalan and aku sempat singgah kat kedai buku MPH. Korang leh teka tak buku apa yang aku cari?

Ha.......Buku ni.... (Sila tengok di bawah).
Akhirnya aku dapat memiliki Cinta Sufi.... lengkaplah trilogi Bagaikan Puteri aku. Korang harus membaca trilogi ni tau. Best!! Mesti layan dan kalu dah mula baca mesti nak baca lagi...dan lagi...dan lagi....

Trilogi hasil karya Ramlee Awang Murshid (Novelis Thriller No. 1 Malaysia).

Dah penat berjalan-jalan, melayan karenah Wawa bermain kat children playground kat foodcourt Jusco and sempat sambar 2 3 helai baju untuk aku dan Wawa, barulah kitorang gerak balik. Best dan enjoyable...

p/s: Happy Mother's day to all mothers in the world....

2 comments:

  1. Fatin....
    Happy Mother's Day.
    Sori lambat wish sebab aku dapat 'hadiah' hebat hari ibu smapai mc.
    Aku tak penah rasa eskrem baskin robbins.sian tak.

    ReplyDelete
  2. huisshh!!! ruginya hidup tak penah rasa eskrem baskin??? memang rugi BESARRR PUNYEEE!! hehehehe :D

    ReplyDelete

Jom Follow Me