Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 20, 2010

Siapa yang boleh lupakan kenangan???

Hi guys!! I'm home... 2 hari ni takde mood nak tulis n3. Rasa cam MALAS tahap maksimum. Rasa nak baring, rasa nak tidur je (tapi bukan leh pun). Hari ni baru le rasa nak bersemangat skit.

Untuk hari ni, ada satu perkara yang ingin dikongsikan. Dah lama aku simpan idea nak tulis n3 ni.

Soklan cepu cemas aku ari ni... siapa boleh lupakan kenangan??

Tak kira le yang manis ke pahit. Semua kenangan akan terpahat dalam ingatan dan akan menjadi satu memori... Waduh!!! Jiwang karat le plak.

Gambar kat bawah tu semua member2 lepak masa zaman muda remaja aku. Yup! Aku tak berklik ngan dak perempuan... aku berklik ngan dak lelaki saja.

Dalam ramai2 tu ada seorang yang dah pergi meninggalkan kami. Tahun ni dah masuk 4 tahun (aduh tiba2 sebak rasa di hati) dia pergi. Meninggal sebab eksiden tahun 2006, masa umur arwah 26 tahun. Masa tu aku keje kat Genting sama ngan Mr. Hubby. So, tak dapat tengok jenazah buat kali terakhir. Cuma dimaklumkan melalui panggilan telefon je.

Hanya tinggal kenangan.
Gambar terakhir bersama arwah (masa ni aku dah kawan ngan Mr. Hubby dan ketika ni kenduri kawin adik ipar aku). Arwah yang paling depan pakai baju kelabu tak pandang kamera.

Aku dan arwah ada banyak kisah. Even arwah ngan Mr. Hubby pun sahabat karib sebenarnya dari kecil. Arwah adalah teman, sahabat, kawan, kekasih dan ex lover aku sebelum aku bersama ngan Mr. Hubby.

Macam2 kenangan pahit manis suka duka yang aku lalui bersama dorang. Tak dapat aku nak citer kat sini. Biasalahkan zaman remaja, zaman mencari identiti diri. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang dalam melalui perjalanan hidup masing-masing.

Tapi sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri. Ada yang dah beranak pinak. Ada yang masih membujang trang tang tang. Ada juga yang masih tercari-cari haluan hidup.


Begitulah suratan takdir kehidupan kita.

1 comment:

  1. akak pun ada kawan baik meninggal..tapi sakit:( al-fatihah utk diorg..

    Fatin dulu keje Genting kenal tak kak Norsiah..suami dia paggil Mie jer...jiran akak tu kalau fatin kenal..

    ReplyDelete

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails