Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, May 21, 2010

Contest: Kenangan Terindah

Ada sorang member ni baru first time wat contest. Sj nak try join. Menang tu rezki anak dalam pewot ni. Kalah tu pun tak kisah sj cuba suka-suka...

Contest di adakan sempena 2nd Anniversary dan Birthday tuan contest ni. Nak tau lebih lanjut gi le terjah sekarang kat sini.

"Kenangan Terindah"

First Preggy 2007.

Kenangan yang terindah buat aku tentu sekali bila aku dikhabarkan hamil 5 minggu. First time preggy memang tak rasa pape. Jalani kehidupan normal seperti biasa tanpa sebarang alahan. Tapi satu je yang paling aku ingat. Aku ingat aku sangat lapar dan selalu nak makan. Sehari 5 kali kau..!! Breakfast, teabreak, lunch, minum petang, makan malam dan supper.. WOW!! lengkap pakej.

Melalui fasa kehamilan sehingga perut aku semakin hari semakin membesar sangat2 membuatkan aku teruja, almaklum le baru first time. Saat yang paling best bagi aku dan Mr. Hubby pada ketika usia kandungan ku menginjak ke bulan ketujuh. Aku mula merasai pergerakan pertama baby yang aku kandung.. Terasa sungguh ajaib. Best sangat! Tak dapat nak digambarkan melalui perkataan. Aku leh rasa siku dia, leh pegang lutut dia, kaki dia, jari dia...

Pada Januari 2008 hari yang ketujuh, aku mula merasakan kontraksi. Takde pengalaman membuatkan aku clueless. Tengah malam tu ada rasa cecair mengalir. Tak puas hati aku ajak abah hantar gi spital. Masa tu dok ngan mak aku. Mr. Hubby dok jauh keje kat Genting. Memang sedih dok jauh dari Mr. Hubby dalam keadaan sarat begitu. Tapi nak buat camne.

Sampai spital kena tahan ward walaupun kontraksi kerap tapi tak le terasa cam nak bersalin lagi tambahan pulak bukaan baru takat 3cm je. Dah lebih 12 jam bukaan tak besar, air ketuban aku dipecahkan dan sehingga kering abis air ketubanku, babay takmo gak keluar.

At last apa lagi, kena masuk wad bedah le. Aku diinjek bius kat belakang betul2 tengah2 tulang belakang kat bahagian pinggang. Aku tak terasa pape dari bahagian pinggang ke kaki. Aku dalam keadaan kepenatan, kelaparan membiarkan sahaj diriku diperlakukan entah apa le doktor tu buat. Tak sampai 5 minit, " Uuuweeeekkkk!!!!" Terus mengalir air mata ku dan perkataan pertama yang keluar dari mulutku "Anak aku!".

Begitulah indahnya kenangan sewaktu mengandungkan dan melahirkan anak sulung ku NUR ILYANIE NAJWA.


Wawa first day born

Wawa 2 tahun

7 comments:

  1. berbaloi ok pengorbanan ko tue!!

    ReplyDelete
  2. sebak, sedih dan terharu awe bace kisah akak ni..even awe tak kahwin na belum rasa semu tu..tapi nth..awe sgt2 suke bace pasal hal2 mcm ni tau..perkembangan bby...tak sbr nak tunggu saat2 mcm akak..tak kesah brape org anak pun

    ReplyDelete
  3. sedih nyeee! hehehe. comel anak akk. ta saba lak nak lalui zaman preggy! hikhi~ nak dpt anak yg comel :P

    ReplyDelete
  4. Subhanallah!!! Maha Suci Allah...!! memang tak tergambar dengan perkataan pengorbanan seorg ibu melahirkan anak. buat ain ngan awe, jgn dipersiakan ibu kita. dah banyak dia berkorban dari saat melahirkan hingga membesarkan. sampai ketika, awe ngan ain pun akan lalui jugak... :D

    Aznee, yup.. memang berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Thnks sudi join kontes..

    terharu baca..moga ada rezki saya pula lepas ni..:)..btw..gud luck...

    ReplyDelete
  6. salam..singgah baca entry...good luck!

    ReplyDelete
  7. salam.....good luck yer...syu baca entri contest ni :)

    ReplyDelete

Jom Follow Me