Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 17, 2010

Kuteringin @ kumengidam??

Hari ni aku dapat jugak makan nasi ayam bazar bulat. Wow! Nasi ayam apa tu??

Ini kesnya sebelum aku tau yang aku ni preggy lagi lidah aku ni dah terasa-rasa nak makan nasi ayam bazar bulat tu... Peh dah confirm aku ni preggy 6 minggu, perasaan teringin tu lagi membuak-buak.

Sampailah ke pagi tadi sebelum hubby g keje, siap pesan kat dia... "Abang jangan lupa tau... (sambil buat muka malu2 meow...). Nasi ayam tu...". Mr. Hubby hanya mampu tersenyum, sambil berkata "Belum pape lagi dah ngidam!" Alamak kena batang hidung... toing!!

Apa nak buat, lidah ni yang teringin sangat merasa nasi ayam bazar bulat tu. Then at last dapat le jugak aku merasanya bila tengah hari tadi hubby datang ke kedai aku bawak bungkusan. Dari jauh aku dah tersenyum kerang busuk (ee...busuknya!!).

p/s: soklan aku hari ni... itu kira mengidam ke? walau sebenarnya aku teringin nak makan nasi ayam tu dari awal lagi....

Info: Menu tu dipanggil Nasi Ayam Bazar Bulat sebab kalu sape dok kat Ipoh, zaman sehingga ke awal 2000 ada sebuah arked dikenali BAZAR BULAT kat pekan Ipoh ni (arked tu memang berbentuk bulat, kalu jalan2 situ, kita kira memusing2 bangunan tu). Dalam bangunan tu ada sebuah restoran kecil yang specialty dia jual Nasi Ayam. Masa sekolah rendah dulu abah suka sangat bawak kami adik beradik makan nasi ayam situ. Tapi sekarang Bazar Bulat tu dah diruntuhkan jadi tapak parking kereta (sedih tul org tak amik kisah warisan tinggalan sejarah ni). Sekarang ni restoran tu ada bukak kat tempat lain berdekatan ngan tapak Bazar Bulat tu... Itu le alkisah aku teringin a.k.a aku mengidam NASI AYAM BAZA
R BULAT...

First Preggy...2007

4 comments:

  1. ehem...ehem...akak pregnant ke? uiit.

    ReplyDelete
  2. Fatin...
    Aku macam musykil la..kalau masa sebelum ko tau ko pegnen takde pulak nak ngidam-ngidam ni kan?
    Pelik kan..tapi itulah magicnya pregnany.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal

    tahniah, jaga kesihatan baik2 ya Fatin.Orangnya muda lagi, leh tambah 3 orang lagi kot..

    ReplyDelete
  4. awe: alhamdulillah... br 6 minggu, muda lagi bb nya... nak kena jaga leklok... :D

    ili: mmg ye pun... peh tu nak sgt tu smpi leh terasa2 je kat lidah ni... :D.


    sweetie: salam kenal kembali, Insya Allah dlm plan nk 4 orang... :D

    ReplyDelete

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails