Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, May 21, 2010

Contest UnguPurple Crazy


Oleh sebab contestnya UnguPurple, fontnye pun sj dipilih purple...:D. Member sorang ni baru first time wat contest, so aku kira nak support le kan.. di samping mengharapkan agar dapat menang sebb leh dpt hadiah misteri...

Nak tau lanjut sila terjah kat sini ek... http://nazzcoco.blogspot.com/2010/04/contest-ungupurple-crazy.html

Syarat-syarat contest:
1. Jd follower- Dah siap
2. Letak gambar. Ni gambar tahun 2008, leh terima ye tuan contest... :D. Dalam syarat tu tak bgtau gambar terkini pun... :D
3. Buat n3 pasal gambar tu- on progress kat bawa nu....
4. Letak banner promo contest- dh siap

"Ketiga-tiga gambar di bawah diambil ketika berlangsungnya kenduri kahwin adik lelaki aku, Aie pada 31.06.2008 di umah keluarga aku, di Ipoh. Sengaja aku memilih baju sedondon warna UnguPurple untuk dipakai pada hari tersebut.

Tapi bila terpandang gambar ni teringat plak sejarah yang berlaku pada hari pernikahan adik lelaki aku, 29.06.2008. Sebab, masa hari adik aku dinikahkan, kami mendapat perkhabaran dari kampung (umah opah aku) bahawa bapa saudaraku sekeluarga terlibat dengan kemalangan ngeri semasa dalam perjalanan hendak ke rumah kami (masa tu bapa saudaraku sekeluarga hendak datang bertandang ke kenduri rumah kami). Akibat dari kemalangan tersebut, bapa saudaraku meninggal dunia bersama salah sorang anaknya.

Waktu menerima berita tersebut, hanya aku orang pertama yang tahu, sebab aku yang menjawab panggilan telefon itu. Semasa itu, mak abah sanak saudara sibuk nak bersiap2 ke umah pengantin perempuan. Bayangkanlah perasaan aku pabila menerima berita tersebut.

Kerana peristiwa itu, kami sekeluarga menyambut hari perkahwinan adikku dalam suasana yang sederhana sahaja...

Lagi satu yang spesel pasal gambar pakai baju sedondon warna UnguPurple ni, waktu ni Wawa baru 6 bulan dan baru pandai meniarap... :D".






5. Akhir sekali , siapkan slogan...
"Purple atau ungu adalah warna yang....jarang orang suka. Tapi bila sesekali dipakai memang cantik bergaya. Warna biasa orang suka pink, biru, hitam. Tapi itu le UNGU warna yang ada aura tersendiri, warna yang penuh misteri......"

4 comments:

  1. Sorry lambat reply..

    Penyertaan diterima!Terima kasih sudi join;)

    Ala sedih la pulak bace cite hannan..smga roh bp saudara dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. wah, seronok kan asyik joint contest je. kita pun mcm dah giler nak joint contest bila sekali dah try masuk. syok rupanya.....

    ReplyDelete
  3. salam,

    takziah ct ucapkan untuk bapa sedara hannan.rasa mcm nak masuk contest ni gak tapi takde gambar baju purple.uhuk,uhuk..good luck ek.

    ReplyDelete
  4. nazz, kebetulan pulak contest nk color purple ni je picca yg ada... dan itu le citer di sebalik picca tu... :D

    niezza, jom kita join banyak2. sy pilih gak contest2 ni.. tak join sume pun. pilih yg senang2 je.. :D

    ct shah, jom join. amik le picca baru tangkap gambar pakai yg ada purple...

    ReplyDelete

Jom Follow Me