Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Sunday, April 18, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ACHIK SPIN

Semalam dunia hiburan digemparkan sekali lagi dengan pemergian secara mengejut seorang artis muda yang baru berusia 27 tahun iaitu Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari (Arwah). Arwah terlibat dengan kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Angkasapuri selepas selesai bersiaran secara langsung dalam rancangan Hits1 di TV1. Pada ketika itu arwah bersama seorang rakan Mohd Salihin Shah Mohd Salleh, 29.

Kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan MPV Toyota Estima yang dipandu terbabas dan melanggar papan tanda susur keluar Persimpangan Pajam di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS), pada jam 6.15 petang. Arwah dilaporkan tercampak keluar sebelum kenderaan tersebut meletup dan terbakar. Arwah mengalami kecederaan serius di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal di tempat kejadian.

Keadaan kereta Arwah yang terbakar selepas terbabit dengan kemalangan ngeri.
(Gambar dari mStar Online).

Kalau korang nak tengok photo eksklusif keadaan kenderaan arwah dan berita lanjut tentang kemalangan ngeri tersebut, boleh ke link di bawah:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
http://ondscene.blogspot.com/
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/18/mstar_hiburan/20100418090506&sec=mstar_hiburan

Aku tengok berita semalam kat TV3 tapi tak fokus sangat cuma nampak gambar dia terpampang, tapi berita tentang kemalangan tu tak ditunjuk. Lepas tengok berita TV1 jam 1200 malam tadi, baru aku tau yang berita tu sebenar-benarnya berlaku. Aku bukan terkejut dengan kematian arwah, tapi mengenangkan flownya tu buat aku terfikir sejenak...

Arwah sempat buat penggambaran untuk rancangan Jangan Tidur Lagi di TV3 bersama Siti Nordiana dan kemalangan tersebut berlaku selepas selesai siaran langsung rancangan Hits1 di RTM1. Tapi Allah lebih sayangkan arwah dan itulah saat arwah kembali semula kepada Penciptanya...

Lepas tengok berita TV3 tu, aku cam tak de perasaan lagi cuma tertanya-tanya, ia ke? betul ke? salah dengar ke? Peh tu TV3 ada tunjuk pulak promo citer JANGAN TIDUR LAGI bersama Achik Spin dan Siti Nordiana. Lagi le aku musykil! Then aku online FB aku tanya member-member, lepas tengok berita TV1 jam 1200 malam tu baru le aku terima hakikat yang Achik Spin dah meninggal.

Takziah buat keluarga Allahyarham dan terutama isteri arwah yang lebih mencabar dugaannya terpaksa menghadapi pemergian 2 orang insan tersayang. Sebelum ini anak beliau Puteri Rania meninggal dunia kerana demam panas pada tahun 2007 dan kini beliau kehilangan suami tercinta... Semoga beliau tabah menghadapi dugaan...

"YA ALLAH, YA TUHANKU! MATIKANLAH KAMI DALAM KEADAAN BERIMAN KEPADAMU YA ALLAH.... AMIN...."

4 comments:

  1. Ya Allah..sedihnya...

    Aku baru ingat balik Fatin pasal anak arwah yang meninggal tu..
    Dugaan betul kepada wife arwah..semoga dia tabah...

    ReplyDelete
  2. Itulah kehidupan namanya Ili... cuma yg aku terkesan tu sbb arwah takde penyakit, perginya pun mcm tak disangka2... kita ni tak tau le mcm mana nasibnya... Tp kalu ko baca kat link utusan tu... lagi detail beritanya....

    ReplyDelete
  3. Salam fatin :)
    Mengejutkan bukan...baru je dengan kematian Din Beramboi hari tu..

    Dari Dia kita datang, kepada Dia kita Kembali..

    sampai janji, tak ditangguh walau sesaat, tak dicepatkan juga walau sesaat.

    semoga jadi iktibar pada kita semua..mati adalah pasti tak kira usia, siapa kita dan dimana kita..

    semoga keluarganya tabah

    ReplyDelete
  4. TTM, ye la kak... sbnrnya fatin masih dalam proses menerima takdir... fatin bkn fan arwah, tp tu la cara dia pegi tu mmbuatkan fatin terfikir esok2 kita ni camne lak....

    ReplyDelete

Jom Follow Me