Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, April 9, 2010

NUR ILYANIE NAJWA

For the first time ever, aku perkenalkan anak aku dalam blog aku ni. Her name is NUR ILYANIE NAJWA. Actually aku tak tau maksud ilyanie tu. Masa cari dulu pakai amik je tapi tak memorize maksudnya. Kalu ada sesiapa tau mintak tolong share..share...ye.

Sedikit intro tentang Wawa, she was born on 7th January 2008, dah masuk 2 tahun 4 bulan (hem.. kejap je masa berlalu). Sangat aktif, suka menari, menyanyi, dengar lagu M. Daud Kilau ngan Alif Satar, suka hisap pacifier, tapi tak suka makan. Susah betul nak bagi dia makan. Bab ni yang nak mintak sangat-sangat pandangan kengkawan.


Berikut adalah aksi-aksi Wawa sebelum nak tidor malam tadi. Aku snapshot gambar-gambar ni pakai web cam. Saja nak share ngan kengkawan dalam blog ni.

Nampak tak dia pegang tali sarung bantal tu...? Itu tabiat dia bila pegang bantal tu masa baring atau nak tidur mesti dia letakkan tali sarung bantal tu kat hidung... tak tau le kenapa dan apa yang istimewanya tali tu...
Wawa terkejut bila tiba-tiba dia ternampak gambar dia dalam web cam, tu yang malu-malu kucing tutup muka tu.
Sempat lagi main aumchak....
Ta daaa..... sekali hisap puting da...
Ni kalu ikutkan masih ada pacifier kat mulut dia, tapi ibu dah cabutkan...

Hari ni hari keenam abah Wawa pegi kursus di Sg. Petani. Jadinya selama 6 hari ni le Wawa habiskan masa sepenuhnya bersama aku di bilik tido tu. Kalu tak, dia suka main lawan-lawan ngan abahnya. Bila tengok wajah anak aku sedang tido, macam tak percaya dah 2 tahun aku jadi ibu. Memang masa aku lebih banyak di gerai aku, tapi bila ada kelapangan memang aku suka main ngan dia, bawak dia gi jenjalan dan shopping.

Dalam pelbagai bab tentang Wawa ni, satu je yg buat aku berhati walang (betul ke penggunaan perkataan tu?). Bab tu yang paling susah sekali, kadang-kadang bikin hati ibu panas je. Aku kategorikan Wawa ni tak bernafsu bila tengok makanan. Rakus ke istilah tu. Tapi memang betul. Kalu budak-budak lain tengok orang kat meja makan aje dah meluru nak join. Wawa, kalu tengok opah dia bawak pinggan nasi pun dia boleh lari. Belum nak menyuapnya lagi. Lepas tu bagi suap 2, 3 suap dah tak nak makan. Sayur apatah lagi, buah nasib dia nak makan buah betik. Minuman kegemaran nasib air suam, yang lain-lain tu sampingan le jus oren, ribena.

Selain makan, tentang 'curut'nya tu (pacifier) pulak. Memang tak boleh nak lekang buat masa ni. Dah ikhtiarkan letak kicap, jadam, sos cili, garam. Tak menjadi, bila dia tengok pacifier dia kotor, dia suruh basuh dulu pandai pulak tu. Kalu tak basuh menangis-nangis cam sakit sangat tak dapat pacifier tu. Kalu time tido lagi lah, especially bila malam, mesti nak kena bagi kalu tak jam 12 jam 1 pun masih tak tido dan masih nak main lagi. Kalu kawan-kawan ada apa-apa petua, boleh le kongsikan.

That's my enjoyment of being a mother...
:D

2 comments:

  1. Fatin..tali tu mcm bantal busuk dah la...
    Kalau takde mesti Wawa sudah nak tido.

    ReplyDelete
  2. takde tali tu boleh le tido lagi tapi jgn takde curut tu... mmg tak tido le jawabnya.. tali bantal tu buat dia meralit je. kdg2 aku pun tak tau nape dia suka wat cam tu. ada skali sarung bantal tu di basuh, masa nk lipat dia nampak tali tu dia ambil dia letak kat idung. itu pun boleh... mcm2 anak aku tu...

    ReplyDelete

Jom Follow Me