Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Ingat lagi tak lirik lagu ni? Memang pun agak melucukan bila ada orang buat lagu tentang duit. Tapi hakikatnya DUIT dan KEHIDUPAN memang tak boleh dipisahkan. Kehidupan memerlukan duit dan duit itulah kehidupan. Zaman sekarang ni pun nak masuk ke tandas untuk menunaikan niat yang suci pun kena bayar. Dulu bayar 20 sen sekali masuk, sekarang ni ada kena bayar sampai RM1.00 sekali masuk (tandas kat pantai, kalu nak mandi itu le regenye). Tak berbaloi-baloi langsung.
Sekarang ni aku tengok dah jadi satu trend pulak bila orang berlumba-lumba buat side income. Dah ada keje tetap pun masih mencari peluang untuk buat side income. Apatah lagi yang berstatus tanam anggur, pekerja kontrak (jawatan taraf kontrak) atau pekerja sambilan.
Antara side income yang menjadi kegilaan zaman sekarang ni, join MLM tu the most famous le, then ada yang buat pelaburan dalam pelbagai biz (saham le, emas le). Lagi satu online biz jual tudung, minyak wangi, baju baby, baju kanak-kanak dan jual cupcake. Dan satu lagi yang biasa orang buat cari keje part time (refers to yang halal aje tau). Itu le pelbagai contoh side income yang famous di Malaysia ni.
Kalu kita bandingkan masa zaman mak ngan abah kita dulu-dulu, memang JAUHHH... BEZANYA.
1. Dulu isteri tak payah keje, suami yang keluar umah cari rezki. Sekarang kalau boleh isteri pun perlu bantu suami untuk tambah sumber pendapatan is rumah= desakan hidup
2. Walaupun suami isteri dah bekerja pun masih tak cukup duit gak nak tampung kehidupan harian sebab setiap hari keluar dari rumah mesti akan berlaku pengaliran DUIT. Tambahan pulak kalu pasangan yang ada anak lebih dari seorang.
3. Oleh sebab zaman sekarang zaman kecanggihan teknologi, terlalu banyak kemunculan gadget-gadget yang terbaru yang menjadi idaman setiap orang, ramai yang tak mahu ketinggalan untuk mencuba.
Itulah antara perubahan gaya hidup yang kita lalui pada masa kini yang menyebabkan DUIT itu menjadi satu keperluan hidup, itu sebahagian je tu. Tak termasuk bab persekolahan anak, bab fesyen baju, kasut, beg tangan yang terkini.
Walau bagaimanapun, aku masih ingin mengajak semua untuk mengutamakan kesihatan lebih dari DUIT. Kalu ada duit lebih, cepat-cepat buat pelaburan untuk kesihatan sepanjang hayat. Insya Allah kalu kita sihat, masih ada peluang untuk buat duit banyak-banyak. Nak tau caranya?? Tunggu.....
Aik???? baikkk punya promo pu3... meh linda pun nak promo gak... same la gak... tp moto len skit...
ReplyDeleteDUIT BUKAN SEGALA-GALANYA, TP SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT... TAK GUNA DUIT BANYAK TP BADAN TAK SIHAT/SAKIT.. TP TAK GUNA JUGA BADAN SIHAT TP DUIT TAK BANYAK.... heheheh....
Insya Allah, kalu badan sihat... lagi banyak duit boleh buat dan lagi senang nak kejar pahala... :D. Amin...
ReplyDelete