Enjin Manusia...?? Ya, kita tau semua kenderaan ada enjin untuk menggerakkan kenderaan termasuk basikal (basikal yang pakai enjin tu). Manusia? Ada enjin jugak ke? Hem.... apa dia enjin manusia? Di kepala (atau otak) ka? Di hati ka? Di tangan atau kaki ka?
Salam sume... Hari ni nak citer pasal enjin dalam badan manusia pulak. Ha.. kalu kawan-kawan nak tau, enjin dalam badan manusia ni kecil aje tau. Dan besarnya hanya sebesar penumbuk.
Namun begitu, untuk berbicara tentang 'enjin kecil' di dalam badan manusia ni, aku nak terangkan dulu berkenaan dengan sistem kardiovaskular kita (atau sistem peredaran darah) yang sangat intim dengan 'enjin kecil' kita ni.
Apa itu sistem kardiovaskular atau sistem peredaran darah?
Menurut web ensiklopedia Wikipedia, sistem kardiovaskular (sistem peredaran darah) adalah satu set sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke/dari sel di dalam tubuh badan kita. Komponen sistem peredaran darah kita terdiri daripada:
1. JANTUNG
2. PARU-PARU
3. SALURAN DARAH
4. DARAH
5. OTOT
Sistem ini memainkan peranan pengawalan yang amat penting dalam setiap fungsi utama tubuh dan organ utama seperti di bawah. Jika sekiranya peredaran darah lemah ke organ-organ di bawah kesannya adalah seperti berikut:
1. Otak- Daya ingatan lemah, Pening Kepala, Sakit kepala, Strok
2. Jantung- Pening Kepala, sesak nafas, kelesuan, sakit dada, degupan jantung tidak teratur, Serangan jantung
3. Hati- Gatal-gatal kulit, Keimunan yang lemah, kelesuan, hilang selera makan, berat badan menurun
4. Buah Pinggang- kaki bengkak, muka sembap
5. Organ Pembiakan- Libido rendah, mati pucuk
Apabila darah diangkut ke seluruh bahagian tubuh badan melalui sistem peredaran darah, ia mengandungi beberapa komponen yang membantu menyuburkan 60 trilion sel (atau lebih sel) dalam badan kita:
1. Oksigen- untuk metabolisme sel
2. Air- untuk menghidratkan sel
3. Nutrien- untuk metabolisme sel
4. Hormon- untuk pertumbuhan, tumbesaran dan pembiakan
5. Sel darah putih- untuk melawan serangan virus, bakteria & parasit
6. Sisa metabolik- diangkut keluar dari tubuh badan
Dah tau apa itu sistem kardiovaskular (sistem peredaran darah), kita berbalik kepada cerita tentang 'enjin kecil' kita tadi. Rasa-rasanya korang dah boleh agak kan apa yang aku maksudkan dengan 'enjin kecil' tu kan, yes...JANTUNG. Itulah enjin di dalam tubuh manusia yang berperanan penting dalam kehidupan kita sepanjang hayat.
JANTUNG menurut artikel di dalam akhbar Berita Harian (17/09/2008), adalah pam yang menggerakkan tubuh manusia. Setiap denyutan jantung, darah yang mengandungi oksigen dan makanan akan disalurkan untuk menyokong kehidupan seluruh tubuh.
Selama kita hidup ni pernah tak terlintas di fikiran, JANTUNG kita mula berdegup sejak bila? Jantung kita mula berdegup sejak usia kita 6 MINGGU DI DALAM RAHIM IBU!!! Subhanallah.... betapa besar dan takjubnya kita dengan kekuasaan ALLAH! Jadinya, denyutan jantung pertama kita itu yang menentukan kita hidup atau mati sebelum dilahirkan ke bumi ini dengan sempurna sifatnya. Kalau nak info lanjut tentang jantung sila klik ke link ini http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1221626953937.
Untuk memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan baik sentiasa, kita akan menghantar ke bengkel untuk pemeriksaan enjin dan servis-servis lain, tapi pernah tak terfikir sejauh mana kita mengambil berat tentang enjin kecil kita yang satu-satu ini untuk meneruskan hayat kita? Kenderaan yang rosak enjin ada alat ganti, tapi kalau jantung kita tidak sihat dan rosak, adakah alat yang boleh menggantikannya? Kalau ada pun, ia takkan pernah menjadi sama seperti jantung kita yang asal.
Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita memastikan JANTUNG, SALUR DARAH dan DARAH kita berada dalam keadaan baik demi peredaran darah yang optimum. Jika sekiranya berlaku keadaan-keadaan seperti di bawah, adalah sukar bagi kita untuk menjalani kehidupan harian. Namun begitu, tidak sukar jika kita mengambil berat soal pemakanan dan mengubah gaya hidup kita.
Darah yang likat----> plak terkumpul di dinding salur darah----> Jantung terbeban dan tertekan (kerana perlu mengepam lebih kuat akibat saluran darah yang menyempit)----> Tekanan darah meningkat (menyebabkan kecederaan sel-sel di dalam saluran darah----> Saluran darah bertambah rosak (menjadi lebih keras, sempit dan sukar dilentur)
Lihat artikel dalam web http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1221626953937 untuk penerangan lanjut tentang kepentingan memastikan kesihatan 'ENJIN KECIL (JANTUNG)' dalam tubuh manusia.
Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template2.jsp?showMe=27
http://id.wikipedia.org/wiki/Jantung
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=31&storyid=1221626953954
http://www.scribd.com/doc/16696724/Sistem-Kardiovaskular
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kardiovaskular -FUNGSI SISTEM KARDIOVASKULAR
http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-6-weeks_1095.bc?intcmp=timeline
No comments:
Post a Comment