Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, April 22, 2010

BESTNYA BERENDAM...MACAM BADAK BERENDAM?


Dua hari aku tak niaga. Sekarang ni penat sikit sebab aku yang pulun uruskan kedai tu sendiri (tanpa pembantu) dari membeli barang, memasak, setting, berjual, mengemas dan membersih. Fuhh!! Lengkap pakej dalam sehari. Memang penat tapi nak buat camne? Inilah kehidupan aku sekarang.

Masa 2 hari bercuti pun bukan le cuti sangat buat aku, sibuk ngan Wawa dan Mr. Hubby pulak. Tapi yang tak hingat tu... Hari Selasa lepas aku bertiga beranak melepaskan geram terjun dan berendam ke dalam air sungai di kawasan perkelahan Ulu Chepor.

Best...best...!!! Aku dah jadi gian pulak sekarang ni, mesti nak berendam dalam sungai tu kalau aku cuti niaga. Wawa apatah lagi, dalam terketar-ketar menahan kesejukan air tu nak jugak sama berendam. Ada beberapa faktor yang menjadikan Ulu Chepor tu tempat yang paling best untuk berendam bagi aku, Mr. Hubby dan Wawa.

1. Jarak dari rumah mak aku di Pekan Razaki (atau dari rumah MILkat Kg ) ke Ulu Chepor tak de le sampai sejam, dalam 30-45 minit je masa perjalanan. Dari rumah dah siap pakai "berendam outfit" so, sampai aje leh terus berendam...

2. Duit minyak pun tak le luak sangat kalu nak ke Ulu Chepor tu pergi balik dari rumah mak aku
kat Pekan Razaki (atau rumah MIL kat Kg. Melayu), so... safe budget.

3. Masa pegi ari Selasa tu, entrance tak kena bayar pun. Kalau tak, ada sekali pegi weekends kena bayar RM2.00. Safe budget lagi...

4. Pegi hari Selasa ari tu pun, tak ramai pengunjung. Ada tu ada tapi tak le crowded sangat. Cuma yang ramai a group of budak-budak PUO buat aktiviti jungle tracking. Aku, Mr. Hubby dan Wawa conquer tempat yang kitorang mandi tu tanpa gangguan. Oleh sebab Wawa di bawah paras ketinggian, jadi kitorang mandi kat tempat paling "dalam" untuk Wawa.

5. Menikmati kesejukan air sungai Ulu Chepor tu buat aku nak dok berendam lelama je kat dalam sungai tu. BEST! Memang best! Sambil menikmati bekalan makanan bawak dari rumah (safe budget)... Boleh korang bayangkan excitementnya?

6. Tempat nak salin baju memang takde masalah walaupun ala kadar je ruang tertutup tu tapi, nak menyalin baju tu tak le sesusah kena bayar RM1.00. (Safe budget lagi!)

Dipendekkan citer, memang berbaloi-baloi habiskan masa di Ulu Chepor.

Layan le...A few snapshot dari web cam laptop aku untuk tatapan semua.... (citernya aku takde digi cam, ini je kemudahan yang ada demi untuk mengabdikan secebis kisah di dalam blog aku ni :D).

Lihat wajah Wawa menahan kesejukan, kaki dia tu memang dah sejuk berendam dalam air tu.

Happy faces of Mr. Hubby and Wawa






Wawa and Ibu

6 comments:

  1. snap guna webcam laptop?? wahh..jaga2 kang jatuh dlm air plak..

    rindu gak nk gi chepor. Tunggu Qaseh besar skit baru bawak dia ke sana. Karipap panas chepor pernah try?? Sedapp I like!!

    ReplyDelete
  2. ApasH,
    memang sedap wak karipap tu, tapi tu la... RM2.00 (5 biji)...tambahan makan panas2 lagi sedap...
    pasal laptop tu mmg gabra gak... tp demi nak berkongsi ngan kengkawan... :D hehehehe....

    ReplyDelete
  3. Syonya Fatin mandi sungai gitu...akak dah lama tak mandi sungai camtu..balik kampung budak2 je yg suka sgt pergi..tgh2 hari pun nak pergi..

    Kalau sungai Ulu Chepor ni mesti lagi best!!

    ReplyDelete
  4. TTM,
    Memang best! Nnt kalu fatin cuti, fatin nak pegi lagi. Selalu saya pegi waktu pagi jam 10 camtu, dapat le main2 dalam 2 jam sebelum tengah hari... 2jam kak memang best sejuk beku dibuatnya.... :D. Nanti akak balik kg mesti kena mandi sungai kak.... best.... :D

    ReplyDelete
  5. Fatin,
    Ko nak tau tak aku tak perrrrnah pegi Chepor..walaupun aku org Perak.

    ReplyDelete
  6. Ili,
    Hahahaha... mcm tu pun boleh? hem.. segala mcm bukit ko dh panjat... Ulu Chepor tu tak penah smpi lagi...? Ish3 :D

    ReplyDelete

Jom Follow Me