Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, April 2, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

AL-FATIHAH.....
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Ramai yang meratapi dan menangisi pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Dalam akhbar melaporkan bahawa, Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selepas 4 hari dimasukkan ke wad tersebut akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ dalamannya seperti hati dan buah pinggang gagal berfungsi.

Honestly, aku tak kenal siapa Din Beramboi. Aku cuma tau nama dan kadang-kadang je aku tertengok dia di televisyen dalam beberapa rancangan. Tapi bila hubby aku bagitau yang Din Beramboi masuk ICU kritikal pada Isnin (29 Mac 2010) yang lalu, aku cam terkedu. Memang aku terkejut sebab tak sangka!! Tambahan pula masa mula-mula tu tersebar kononnya arwah masuk hospital kritikal sebab terkena virus kencing tikus. Lagi-lagi le bertambah terkejut. Sejak hari itu, aku mula mengikuti perkembangan berita tentang arwah dan akhirnya pagi ini 2 April 2010, aku sekali lagi terkejut bila terlihat laporan dalam akhbar Harian Metro yang arwah meninggal dunia. At that time, apa yang berlegar-legar di fikiran aku hanya satu. Bila pulak ajal menjemput aku? Sempat ke aku?

Aku betul-betul rasa insaf dan mengambil iktibar yang sangat-sangat bermakna tentang apa yang telah berlaku kepada arwah. Dan di sini ingin aku berkongsi dan mengingatkan diri aku sendiri tentang firman Allah dalam surah Al-Munaafiquun, ayat 11,

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala yang kamu kerjakan."

Sama-samalah kita mengambil iktibar dan menginsafi tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.


Rujukan berita: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DinBeramboimeninggal/Article


Din Beramboi dalam kenangan....

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me