Assalamualaikum... Selamat Pagi!!
Alhamdulillah hari ni dah masuk 4 Ramadhan. Alhamdulillah... sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menikmati hikmah Ramadhan kali ini. Saya berharap agar kita semua dapat melalui Ramadhan pada tahun ini sehingga ke akhirnya.
Alhamdulillah....sangat merasakan perbezaan yang nyata untuk Ramadhan pada kali ini.
Sebenarnya hidayah Allah itu ada di mana-mana, pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk. Allah pasti akan memberi petunjuk dan hidayah itu tetapi kita sendiri kena mencari.
Alhamdulillah... di usia masuk 3 series ini saya belajar semula tentang kehidupan DALAM ERTI YANG SEBENAR!
Yup!! Saya tidak dapat mengekspresikannya di sini. Kerana perasaan itu tidak terucap dengan kata-kata. Jika mengikuti blog saya sedari awal, saya sendiri merasakan transformasi diri melalui setiap penulisan yang ada di dalam blog ini.
Berbalik kepada kisah Ramadhan, jika anda masih merasakan tiada apa-apa, Ramadhan kali ini masih sama seperti bulan-bulan lain, dan seperti hari-hari biasa... Jangan berputus asa terus mencari HIKMAH dalam setiap hari yang anda lalui.
HIKMAH dalam maksud bahasanya adalah.....(rujuk sini). Salah satu yang saya pelajari di usia 3 series ini, HIKMAH! Ia perlu dicari dan tidak datang dengan sendirinya.
Saya merasakan adalah sangat rugi jika kita melalui hari-hari di bulan Ramadhan ini seperti hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain. Walau perbezaanya hanya pada berlapar dan dahaga, lebih dari itu ada dalam pakej di bulan Ramadhan ini. Lebih dari semata-mata menuntut malam Al Qadar, bersedekah dan membaca Al-Quran.
Mendengar perkongsian dari radio IKIM.fm, bagi orang yang betul-betul memperolehi dan merasai hikmah yang ada di dalam bulan Ramadhan ini, akan merasa sangat gembira apabila Ramadhan menjelang dan akan menangis apabila sampai ke penghujung Ramadhan nanti!
Perasaan ini tidak wujud sendiri, ia perlu dipupuk. Untuk dipupuk, kita perlu mengenali, untuk mengenal, kita perlu ada ilmu dan untuk memperolehi ilmu kita perlu belajar.
Hikmah bulan Ramadhan lebih dari bazar Ramadhan, lebih dari persediaan untuk Syawal, lebih dari itu!!!
Carilah...teruskan mencari Hikmah yang tersembunyi di sebalik bulan Ramadhan ini.
Semoga kita berkesempatan memperolehi hikmah itu dalam Ramadhan kali ini... Amin.
Jadikan Ramadhan kali ini sebagai TURNING POINT... untuk hari-hari yang mendatang.
credit picca to Google.com |
No comments:
Post a Comment