Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, May 20, 2011

To my dearest beloved breastfeeding mom and non breastfeeding mom

Assalamualaikum!!!

To my dearest beloved breastfeeding mom and non-breastfeeding mom...
 Saya penah memegang title kedua2nya. Dan saya faham serta tahu bagaimana perasaan, hati dan nurani seorang ibu yg memegang title antara kedua2nya. Di sini saya ingin berkongsi, perasaan dan hati nurani saya untuk kedua2 insan tersebut yg berada di luar sana. Tanpa ada sebarang perasaan sangsi dan prejudis terhadap kedua2 insan kerana kita semua adalah IBU.

To my dearest beloved breastfeeding mom,
 Seronok rasa dapat menyusukan anak kitakan?! Sangat terasa bonding di antara kita dan anak. Saat melihat dia menyusu terasa tenang hati dan perasaan kita. Tapi jangan pula kita terlalu berlebih2 dengan ilmu, kesedaran dan kelebihan yg kita ada kerana kita adalah insan terpilih oleh Allah S.W.T untuk memperolehi ilmu, kesedaran dan kelebihan tersebut. Semuanya datang atas kehendak Dia. Begitulah yg saya alami ketika pertama kali saya bertemu blog Momma Ayu di dunia maya ni. Dan sekarang saya bersyukur ke hadrat mu Ya Allah kerana diberikan ilmu, kesedaran dan kelebihan itu berbanding sebelumnya. Saya berkata demikian kerana saya tidak merasakan semua itu bersama anak sulung saya, sampai sekarang kalu disingkap kisah itu saya akan menitiskan air mata (ni pun rasa nak nangis dh...). Jadi, jangan kita lupa untuk bersyukur kepada ALLAH atas setiap titis air susu yg kita berikan kepada si manja kita.

To my dearest beloved non breastfeeding mom,
Jangan pula anda berasa dukacita kerana tidak dapat memberikan hak yang sepatutnya buat anak2. Insya Allah, mohon sebanyak2nya pada Dia untuk diberikan peluang itu bagi anak2 kita yg lain. Walaupun bukan susu ibu yg anda berikan pada anak2, saya faham dan tahu anda tetap menyayangi mereka dan kasih sayang anda kepada mereka tidak berbelah bahagi. Bukanlah bermaksud bila anda tidak mampu (dari segi ilmu, kesedaran dan kelebihan) bermakna anda tidak menyayangi anak2 anda. Tetapi hanya Allah yg tahu hikmah di sebaliknya. Begitulah juga apa yg terjadi kepada saya, kasih sayang saya bertambah2 buat anak sulung saya kerana kekurangan yg saya ada (tidak memberikan susu ibu secara eksklusif sejak lahir).

Sekian!

*Luahan ini rentetan dari kejadian HAYAT HANYA 14 HARI). Jangan menjadi hakim terhadap apa yg terjadi, hanya Allah yg tahu apa hikmah di sebalik setiap kejadian itu.

2 comments:

  1. kak... tiba2 rase sedih baca n3 akak ne.. mai pun sama... ank 1st xdpt nk bf lama.. sempat dlm 20hari je... akibat kurang ilmu, kesedaran n kelebihan.. rasa bersalah dgn anak psl dia xdpt hak dia secukupnye... utk 2nd baby ne.. mmg berazam n bertekad utk bf selama mungkin.. sdg gigih mengumpul ilmu tentag bf n juga berdoa moga Allah beri kelebihan utk ebf anak... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. mama afiq, takpe dik... sama2 kita belajar dr pengalaman....chaiyok! chaiyok!

    ReplyDelete

Jom Follow Me