Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, May 17, 2011

Najwa and Najihah

Assalamualaikum semua!!!

Dah lama tak update pasal anak2. Alhamdulillah mereka berdua membesar dengan cepat dan dalam keadaan sihat walafiat.
Semakin lama duduk di rumah dengan anak2, terasa malas sangat nak bekerja semula. Tapi tak boleh, sebab tak keja takde la $$$$. Takde $$$ takde la baju2 baru, mainan2 baru tuk anak2. Tambahan pulak anak2 sekarang bukan macam zaman dulu, cukup makan pakai kira ok lagi. Sekarang ni, perkataan favorite diorang ialah BELI ITU, NAK INI, MAU ITU, NAK BELI INI...fikiran dorang dh ada cop $$$ aje.

Anak saya Nur Ilyanie Najwa, dah semakin membesar. Alhamdulillah dah boleh la bercakap lancar walau kengkadang tu ada la beberapa perkataan atau ayat2 panjang yg salah disebutkan tatabahasanya. Alhamdulillah dah mau la makan nampaknya sejak akhir2 ni, bila disuap tu mau jugak la dibuka mulut. Berbanding dulu dikatup rapat mulut bila disua makanan. Menunjukkan interest untuk belajar ke sekolah, kebetulan anak saudara saya (sepupu Wawa) dah umur 5 tahun dan akan ke Pra Sekolah tahun depan, so interest itu ditunjukkan le dari buku2 dan tulisan2 yg dia buat. Saya ajar anak menulis, melukis dengan membelikan sketch book supaya dia boleh melakar apa saja yg terlintas di fikiran dan fantasinya. Dah pandai main 'role playing' kengkadang main mak2, doktor2.. Yang lain2 pandai merajuk, menangis bila di marah. Sangat2 tak ingat nak tidur bila dapat main, padahnya setiap malam mesti akan tidur awal.

Yang sorang lagi, usah la nak citer. Bila tengok ibunya ni pakai tudung, mata dh bulat!! Ingat nak tinggalkan dia. Ada satu ketika tu, menangis bila kita tinggalkan dia. Itu baru umur 4 bulan tuh. Favorite dia sekarang ni, MENJERIT! Cukup suka dia, tambah2 bila takde orang nak angkat dia atau dukung dia.. Memang le dia akan menjerit sampai la org angkat dia. Mulut becok tu memang tak nafikan dh. Rajin nak ajak org sembang. Bab makan.. ni lagi satu, bila tengok orang makan mulut dia pun sama bergerak macam nak mengunyah. Rasa2nya dia tak macam kakaknya susah nak makan. So kena la saya belajar memasak menu2 yg sesuai untuk dia nanti. Ada gaya nak meniarap tapi malas! Hehehehe... Alhamdulillah bulan depan kena tembak utk cucuk bulan ke 5. Setakat hari ni, alhamdulillah Najihah membesar dengan sihat.

3 comments:

  1. alhamdulillah...makin sihat anak2 ko..

    ReplyDelete
  2. x lama lagi wawa dah boleh pergi school..baby jihah kena dok umah sorang, xde geng la..

    ReplyDelete
  3. ayu, alhamdulillah.. anak2 kita sama2 dh besar.. kita??? sama2 dh??? heheh

    deena, seronok bl tgk anak2 dh membesar, tp susah hati fikir masa dpn diorg nnt...

    ReplyDelete

Jom Follow Me