Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, May 30, 2011

Gelagat anak2 di depan web cam

Assalamualaikum!!!

Lama tak bersiaran sebab bil broadband tak berbayor lagi. So, today is a quick update pasal anak2. Just melayan picca aje ari ni.

Btw, nak bagitau yang si Jihah tu walaupun baru 4 bulan lebih nak masuk 5 bulan Jun ni nanti, dah pandai demand. Nak citer kat sini tak reti nak describe. So jom layan je piccas. Semuanya aksi spontan dua beradik tanpa disuruh2.. yg si kecik tu boleh tahan jugak!! All those picca, yg plg favorite....





This is my favorite!!! Sweet!!!

Saturday, May 28, 2011

GO GO FOR BREASTFEEDING TO NEW MOM TO BE

Assalamualaikum!!

Perasan tak saya dah update balik blog list Mom to be. Mula2 tu eksyen sbb kita dh tak preggy lagi tunggu lagi 3 tahun lak pasni. Tapi bila terfikir nak berkongsi citer ttg breastfeeding to all new mom to be or mommies yg mahu berjinak2 dalam dunia Breastfeeding, saya wujudkan balik blog list tu. Dengan tujuan nak buka minda, beri kesedaran dan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yg ada.

Macam dalam n3 saya yg lepas2, kesedaran wujud dengan izin ALLAH dan dari itu saya mula menggerodek ilmu tentang breastfeeding. Dari mula kehamilan sampai la nak bersalin, saya terus menuntut ilmu even masa dalam pantang pun saya masih belajar sampai sekarang. As what i put kat side bar "Breastfeeding is forever a learning process for both mom and baby".
Antara blog, web, portal dan bacaan sy selalu saya buat ialah di sini




Website search entry: Breastfeeding

Selain dari itu, saya jugak selalu turun g Support Group Meeting di Ipoh. Tak penah miss sampai la masa saya nak dekat bersalin dan masa berpantang. Seronok dapat join ngan member2 seangkatan. Macam2 ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan. Jika ada di antara u all yg dok di Ipoh and masih tercari2 Support Group utk Ipoh area leh la add di FB..Kelab Penyusuan SusuIbu Perak. Tapi kena ada account FB dulu la yek. Dan tak lama pas tu ada group dalam FB Kumpulan Ibu2 Menyusukan, KIM.

Nak menuntut ilmu tak leh malu2, kena rajin bertanya. Sebab nak berBF zaman sekarang tak macam zaman dulu. Nak kena ada KESEDARAN, ILMU, MIND SETTING. Dan saya tak nafikan memang BF zaman sekarang makin mencabar sbb desakan hidup dan sebagainya. So, jangan malas2 nak membaca, jangan malu2 nak bertanya dan jangan lupa get ready mentally and physically especially to career mom yg nak berBF nanti. Saya tak keje, so tak terasa hebat cabarannya. Heheh..

GO GO FOR BREASTFEEDING TO NEW MOM TO BE!!!!

Friday, May 27, 2011

Positive Parenting

Assalamualaikum!!

 Masa saya bersalin di Hospital Bersalin Ipoh, saya diketemukan dengan satu majalah yg sangat informatif. Tak pasti ada dijual di pasaran ke tak, sebab kat MPH pun saya tak penah jumpa majalah tu. However, saya berjaya jumpa website majalah tersebut dan baru berjinak2 untuk mengexplore ilmu yg terkandung di dalamnya.

Sejak kejadian Wawa melukis di kereta hari tu, hati saya mula rasa bimbang sebab saya takut kelakuan itu berlaku akibat kurangnya perhatian yg saya berikan pada dia. Makanya saya ambil keputusan untuk belajar secara serius ttg Positive Parenting.

Jom kita gerodek ilmu ttg Positive Parenting.

Wednesday, May 25, 2011

Hari dan Waktu bersiaran telah berubah

Assalamualaikum!!

Disebabkan bil broadband saya tak berbayor lagi, makanya ari ni saya bersiaran di Opis saya bersama assistant saya.
With my loyal assistant
Best jugak ada opis sendiri, tak kisah nak masuk kol bape, nak dok bape lama, nak online bila2 masa, nak balik jam bape, nak buat apa yg kita suka, bila2 masa sahaja.

Upline tengah bersharing

Oh anakku!!!!

Assalamualaikum!!

 At the time i wrote this n3, I am feeling so depressed, sad and stress...

Oh anakku!!!!
Kenapa jadi begitu???

Kenapa kau buat ibu dan abah begitu???
Kenapa??

Kenapa???
Semuanya hanya berlegar2 di sini, tak mampu nk diluahkan secara lahiriah. Apa la yg dapat difahami oleh anak berumur 3 tahun bila kita marah dan memukulnya.

Sabar lah ibu, sabarlah abah...
Semuanya dugaan dan ujian buat kita.

Susahnya nak jadi ibu and abah yg baik. Apa yg perlu kami lakukan??
Kenapa Wawa conteng kereta Ibu ngan Abah guna batu?????

Waaaaa!!!! Kenapa??????
Sob..sob..sob... (sedih sebab tahan perasaan marah dan memang sedih pun).

Sekian.

Sunday, May 22, 2011

Thanks for award

Assalamualaikum!!!

Terima kasih atas award yg sangat cantik itu from momma Rania.

Al- Fatihah buat Penghuni Rumah Anak2 Yatim, Hulu Langat Selangor

Assalamualaikum!!



Al-Fatihah buat mangsamangsa tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak2 Yatim, Hulu Langat Selangor dan takziah buat keluarga dan waris2 mangsa.

Daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Saturday, May 21, 2011

Berehat sekejap

Assalamualaikum!!!

Perhatian! Perhatian!

Mulai esok saya tak dapat nak bersiaran sehingga la saya bayar bil BB saya nih. For the time being, saya ada update pre scheduled n3 untuk tatapan semua. 

Will be right back soon!!
Nampak tak amaran terakhir tuh??

Alhamdulillah,,Pujian Bagi Allah

Assalamualaikum!!!


Sekadar ingin berkongsi kegembiraan saya bersama2 anda semua.




 Semoga urusan saya dipermudahkan ke peringkat yg seterusnya, AMIN...

Friday, May 20, 2011

Kuliah Jumaat: Kisah di sebalik Menguap

Assalamualaikum!!

 Kuliah Jumaat tertunggak pada Jumaat minggu lepas.

Sama2 kita renungkan dan selamat bermuhasabah!
Rujukan: Menguap
Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya." (HR Bukhari)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." (HR Muslim)

To my dearest beloved breastfeeding mom and non breastfeeding mom

Assalamualaikum!!!

To my dearest beloved breastfeeding mom and non-breastfeeding mom...
 Saya penah memegang title kedua2nya. Dan saya faham serta tahu bagaimana perasaan, hati dan nurani seorang ibu yg memegang title antara kedua2nya. Di sini saya ingin berkongsi, perasaan dan hati nurani saya untuk kedua2 insan tersebut yg berada di luar sana. Tanpa ada sebarang perasaan sangsi dan prejudis terhadap kedua2 insan kerana kita semua adalah IBU.

To my dearest beloved breastfeeding mom,
 Seronok rasa dapat menyusukan anak kitakan?! Sangat terasa bonding di antara kita dan anak. Saat melihat dia menyusu terasa tenang hati dan perasaan kita. Tapi jangan pula kita terlalu berlebih2 dengan ilmu, kesedaran dan kelebihan yg kita ada kerana kita adalah insan terpilih oleh Allah S.W.T untuk memperolehi ilmu, kesedaran dan kelebihan tersebut. Semuanya datang atas kehendak Dia. Begitulah yg saya alami ketika pertama kali saya bertemu blog Momma Ayu di dunia maya ni. Dan sekarang saya bersyukur ke hadrat mu Ya Allah kerana diberikan ilmu, kesedaran dan kelebihan itu berbanding sebelumnya. Saya berkata demikian kerana saya tidak merasakan semua itu bersama anak sulung saya, sampai sekarang kalu disingkap kisah itu saya akan menitiskan air mata (ni pun rasa nak nangis dh...). Jadi, jangan kita lupa untuk bersyukur kepada ALLAH atas setiap titis air susu yg kita berikan kepada si manja kita.

To my dearest beloved non breastfeeding mom,
Jangan pula anda berasa dukacita kerana tidak dapat memberikan hak yang sepatutnya buat anak2. Insya Allah, mohon sebanyak2nya pada Dia untuk diberikan peluang itu bagi anak2 kita yg lain. Walaupun bukan susu ibu yg anda berikan pada anak2, saya faham dan tahu anda tetap menyayangi mereka dan kasih sayang anda kepada mereka tidak berbelah bahagi. Bukanlah bermaksud bila anda tidak mampu (dari segi ilmu, kesedaran dan kelebihan) bermakna anda tidak menyayangi anak2 anda. Tetapi hanya Allah yg tahu hikmah di sebaliknya. Begitulah juga apa yg terjadi kepada saya, kasih sayang saya bertambah2 buat anak sulung saya kerana kekurangan yg saya ada (tidak memberikan susu ibu secara eksklusif sejak lahir).

Sekian!

*Luahan ini rentetan dari kejadian HAYAT HANYA 14 HARI). Jangan menjadi hakim terhadap apa yg terjadi, hanya Allah yg tahu apa hikmah di sebalik setiap kejadian itu.

Hayat Hanya 14 Hari

Assalamualaikum!!

Pagi-pagi tadi MIL mintak tolong belikan suratkhabar. As usual saya sebagai menantu yg taat (hehehe....) pergi la berjalan kaki ke kedai mamak lalu dibelikan suratkhabar biasa.

Sampai2 di rumah terus menyelak helaian suratkhabar tu, TETAPI!!! Bila saya terpandangkan tajuk n3 saya dalam suratkhabar tu, terus hati berdegup kencang. Dalam hati saya berkata... LAGI??!!!!!

Terus dibuka helaian suratkhabar ke mukasurat untuk berita tu. Ya Allah!!!! Telah ditakdirkan HAYATNYA HANYA 14 HARI sahaja. Innalillah.... Hati keibuan menjadi sedih dan pilu...
Untuk berita lanjut leh baca terus di sini. (Credit to Harian Metro Online)

Hayat hanya 14 hari

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
TUMPAT: “Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya,” kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.

“Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.


“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.

Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.

“Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.

“Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu,” katanya.


Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.


“Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.


“Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda,” katanya.


Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit.

Kuliah Jumaat: Dalil Bersyukur

Assalamualaikum!!!

Untuk kuliah jumaat kita hari ni, saya bukanlah orang yg layak untuk membicarakan tentangnya. Tetapi saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg saya perolehi dari pembacaan yg saya buat.
Bersyukur.. perkataan mudah untuk diungkapkan. Tapi berapa ramai di antara kita yg mampu untuk melakukannya?? Setiap masa rasa bersyukur dan tunduk dengan kebesaran yg Maha Esa. Sebagai manusia memang kita selalu buat salah dan silap, setiap kali kita mendapat kesenangan kadang2 kita alpa tapi bila kita ditimpa musibah, kita jadi marah kepada Pencipta.

Sama2 kita muhasabah diri betapa kerdil diri kita kerana apa sahaja yg ada di langit dan di bumi ini adalah milik ALLAH S.W.T semata2.

Renung2kan dan Selamat Bermuhasabah!

*Peringatan buat diri sendiri dan teman2...
Rujukan: DALIL BERSYUKUR

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.

“Mereka mengetahui nikmat Allah kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” QS. An Nahl : 83.

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah ia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Allah), lagi yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memeilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus.” QS. An Nahl : 120-121.

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik” kepada dua orang ibu bapaknya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Kulah kamu akan kembali.” QS. Luqman : 14.

“Jika kamu kafir (ketahuilah) maka sesungguhnya Allah tidak membutuhkanmu dan Dia tidak meridhoi kekafiran hamba-hamba-Nya. Jika kamu bersyukur, Dia meridhoi kesyukuranmu itu. Seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Robb-mulah kembalimu lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sungguh Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam dada(mu).” QS. Az Zumar : 7.

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nyalah kamu menyembah.” QS. Al Baqarah : 172.

“Sesungguhnya dia (Nuh) adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” QS. Al Isra’ : 3.

“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridhoi. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sholeh.” QS. An Naml : 19.

“…Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersykur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” QS. Saba : 13.

“…Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?.” QS. Al An’am : 53.

“Kami akan memberikan balasan kepa orang-orang yang bersyukur.” QS. Ali Imron : 145.

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersykur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” QS. An Nisa : 147.

“…Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” QS. Al Baqarah : 152.

“Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar dan tidak berterima kasih (bersyukur) kepada Rabb-nya.” QS. Al ‘Aadiyat : 6.

“Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. Sesungguhnya kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.” QS. Al Insaan : 3-4.

“Dan barangsiapa yang bersykur kepada Allah, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpui.” QS. Luqman : 12.

“Dan keridhoan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar.” QS. At Taubah : 72.
 
“Kemudian aku (iblis) akan mendatangi mereka (manusia) dari muka dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka yang bersyukur.” QS. Al A’raf : 17.

“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda kekuasaan Allah ditempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rizki yang dianugerahkan Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Rabb-mu adalah Rabb yang Maha Pengampun.”  “Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang sangat besar, dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua buah kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsi dan sedikit dari buah Sidr. Demikianlah kami memberikan balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.” QS. Saba’ : 15-17.

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari kamu, tiba-tiba sebagian dari kamu mempersekutukan Rabb-nya dengan (yang lain)” QS. An Nahl : 53-54.

“Dan terhadap nikmat Rabb-mu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” QS. Ad Dhuha : 11.

“…Dan Allah menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan bathin…” QS. Luqman : 20.

“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” QS. Ar Ruum : 41.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.” QS. An Nisa : 79.

“…Maka mengapa (sesudah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat Allah?” QS. Al Ankabut : 67.

“Kecelakaan bagi setiap pengumpat dan pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya.” QS. Al Humazah 1-3.

“Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta).” QS. Al Ma’arij : 24-25.

Thursday, May 19, 2011

GA:Kenangan Sewaktu Bersalin

Assalamualaikum!!!


 Untuk syarat2 penyertaan leh klik kat banner tuh. Tarikh tutupnya pada 29 Jun 2011. Saya nak tag Momma Ayu ngan Momma Azahariah.

Kenangan Sewaktu Bersalin
10 Januari 2011: 
Selepas admitted pd 5 Jan then kuar pd 8 Jan 2011, on this day segalanya bermula.

Pada jam 9.00 pagi, ada leaking (turun tanda air) then ada turun darah, bergegas ke wad bersalin untuk check up. Itu ini, begitu begini, jam 11.30 pagi warded.

Petang tu, doc review kata bukaan 3 cm and doc advice untuk induce pada keesokan harinya jika takde progress bersalin within 24 hrs.

Mula rasa kontraksi yg agak kerap dan sakit sedikit berbeza dari yg dirasa pada 5 Januari ari tu.

11 Januari 2011:
Kontraksi semakin kerap dan sangat sakit, 3 to 4 times in 5 minutes. 

Jam 9 pagi ready for doc review, and at last doc kata tak yah induce sebab dh ada kontraksi. Just waiting for the right time for bb to come out katanya... Fuh!!! Lego den. Walaupun tak tau macam mana rasanya bila kena induce, tapi memang tau akan bertambah2 rasa sakitnya. Kan??

Doc review, utk masuk LR pecahkan ketuban dan wait and see the progress...

Jenuh menunggu, kontraksi semakin kerap dan sangat2 sakit... akhirnya jam 9.30 malam di hantar ke LR.

Jam 10 malam, air ketuban dipecahkan dan bukaan still 3cm.

12 Januari 2011:
Tunggu..tunggu..terus menunggu... kontraksi semakin kuat dan klimaksnya pada sekitar jam 4 pagi, n ketika tu bukaan jalan improve 5cm. Sakit kontraksi yg tak penah saya rasakan sebelum nih. Dalam hati saya berkata pada ketika tu, rupa2nya ini le sakit yg plg sakit selepas sakit nak meninggal (betul ke ayat tu?). Tapi memang tak pernah rasa sakit seperti itu seumur hidup sebelum ni. Insaf sekejap pada kekerdilan diri.

Pada ketika sakit tu, saya menjerit sekuat hati dalam LR tu. Sakit........!!!!! ALLAH sahaja yg tau mcm mana rasanya dan keadaan saya pada ketika menahan kesakitan itu. Subhanallah!!! Sangat2 membuatkan saya rasa insaf.

Jam 7.00 pagi, setelah menunggu dari jam 10.00 malam (11 Januari 2011) selama hampir 9 jam menahan kesakitan. Akhirnya doc review terpaksa emergency czer sbb dh lama bb tak kuar sejak air ketuban pecah.

At last....

Jam 7.30 pagi, Alhamdulillah Nur Ilyanie Najihah selamat dilahirkan.
 
Sekian...

My Interest II

Assalamualaikum...

Hari tu saya cerita pasal minat saya tentang muzik dan lagu. Ni saya nak citer tentang 2 perkara yg saya minat lagi.

First tentang kehadirannya tak lama lagi, tapi tak tau le leh pegi ke tak dengan adanya si kenit tu. Btw, saya akan usahakan jugak sebab kali ni episod terakhir dari sequel nya. Apa lagi kalu bukan HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS: PART 2. Tak sabar nye....!!!!
Nak tgk trailernya... meh klik kat link ini, HPATDH.

2ndly, tentang sambungan epik thriller yg menjadi rebutan dan sebut2an di kalangan peminat fanatiknya... adakah di dunia manusia sepertinya???
"Apabila hujan turun,
melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menujah ke batu,
melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghanyut usia,
sejalan nafas melangkah ke hujung,
awan kalau dapat dicapai.....
maka saktilah hamba"
"Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN

Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan

Sang Ratu menjadi impian...."
Dah boleh agak apa ceritanya???

Nin dia!!!





























Rupa2nya novel terbaru dari Ramli Awang Murshid ni adalah sambungan buku yg ke-5 dari siri epik thriller BAGAIKAN PUTERI. Sungguh tak ku sangka, sebab ingatkan novel terbaru aje.

Kepada peminat setia kedua2nya, Harry Potter jom kita serbu panggung July nanti dan to all RAMians, jangan lupa dapatkan di kedai buku berdekatan. Wallawei!! Macam buat promo iklan lak...hehehe...

*Credit Picca to Yahoo!

My Exclusive Breastfeeding Update

Assalamualaikum semua!!!

 Alhamdulillah.. diam tak diam, dah nak masuk bulan ke 5 (Jun nanti) perjalanan penyusuan saya. Kalu perasaan tak banyak dh n3 saya pasal BF journey saya kan. Sebenarnya bukan takde pape nak citer, tapi alhamdulillah everything going on smoothly. Murah rezki bb Jihah berbanding kakaknya dulu sbb dapat merasai susu ibu secara eksklusif. Cuma sampai sekarang penyakit 'M' masih melekat dalam diri utk pumping.

Nak citer pasal perasaan saya, SERONOK!!!!! Selain dr dpt berjimat duit belanja tak payah beli FM, saya seronok BFkan bb Jihah. Bonding ibu and anak tu usah citer le. Macam dalam n3 lepas saya bagitau, bl tgk ibunya pakai tudung pun dh bulat mata!

Selain dari tu, I'm also getting used to Breastfeeding in Public. Takde la dh rasa malu2 alah. Bila Jihah lapar je, saya selak n dia pun kenyang sampai tertidur. Hehehe.. Tapi kena jaga adab dan tatasusila le yek! Kalu niat betul, cara pun betul, Insya Allah proses pelaksanaannya tu pun berjalan lancar. Cuma kalu open wide place cam taman permainan ke, pantai ke rasanya kena cari port yg tersorok sket. Takut nanti rasa tak selesa kita tu buat bb kita pun rasa tak selesa nak menyusu.
One more thing, did ur baby develop habit tak masa breastfeeding???

Saya perasan bb Jihah ada la.. tak silap yg saya perasan ada 3 habits dia bila time breastfeeding.

One, yg memang obvious dia akan main 'tarik tali'. Yang ni memang buat rasa kita tak selesa bl nak BF di public sebab takut terdedah aurat masa kita BF. Nak detailskan habit dia ni mmg tak patut kot dlm blog ni, malu le saya!! Heheh.. tapi kalu u all BF mesti tau macam mana bl bb kita main 'tarik tali' masa BF. Usually dia akan buat gini, bl dh kenyang or perhatian dia terganggu masa nak BF (sebenarnya sibuk nak tau hal sekeliling, tu yg jadi tak fokus bila nak BF).

2nd, 'story telling' masa BF. Everytime kalu saya BF Jihah mesti dia akan buat sound seolah2 nak bercerita ngan saya. Tak reti le nak explain. Tapi tu la 2nd habit dia.

3rdly, baru dpt 2 3 ari lepas. Kengkadang bb kita ni BF bukan le sbb lapar tp saja nak melekapkan. Ha.. bila time bb Jihah nak melekap, mesti dia akan 'gigit' cik N saya. Nasib belum tumbuh gigi!!!! Kalu tidak..mau putus jugak dibuatnya.

Ha.. tu la 3 habit yg bb Jihah akan buat bila saya BFkan dia. U all lak macam mana??

Pukul 3 pagi

Assalamualaikum semua!!

 Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang

( dialog )
Jam sudah pukul 3 pagi
Apa lagi dinda tidurlah intan
Esok dinda boleh bangun lagi
Sesudah itu kita boleh bersenda gurauan
Kalau bangun mesti pagi-pagi tau
Jangan lupa renung ke awan
Ha ha ha ha itu mesti selepas gosok gigi
Selepas minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja
Jauh di kota
Dinda jaga rumah
Jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang

for the vid clip click here, Pukul 3 pagi.

Kebetulan le pulak terkena ngan lirik lagu tuh. Memang sedang berjaga di jam 3 pagi ni. Liriknya berkait jam 3 pagi je la hehehe.. anak dan abah anak dh belayor jauh dh.. tapi ibunya masih lum nak tido.

Update blog, blogwalking, update FB, layan youtube. Tak tau nak tido jam bape lagi. Pewot rasa lapar lak nih!

Haish....!!!

Tuesday, May 17, 2011

Najwa and Najihah

Assalamualaikum semua!!!

Dah lama tak update pasal anak2. Alhamdulillah mereka berdua membesar dengan cepat dan dalam keadaan sihat walafiat.
Semakin lama duduk di rumah dengan anak2, terasa malas sangat nak bekerja semula. Tapi tak boleh, sebab tak keja takde la $$$$. Takde $$$ takde la baju2 baru, mainan2 baru tuk anak2. Tambahan pulak anak2 sekarang bukan macam zaman dulu, cukup makan pakai kira ok lagi. Sekarang ni, perkataan favorite diorang ialah BELI ITU, NAK INI, MAU ITU, NAK BELI INI...fikiran dorang dh ada cop $$$ aje.

Anak saya Nur Ilyanie Najwa, dah semakin membesar. Alhamdulillah dah boleh la bercakap lancar walau kengkadang tu ada la beberapa perkataan atau ayat2 panjang yg salah disebutkan tatabahasanya. Alhamdulillah dah mau la makan nampaknya sejak akhir2 ni, bila disuap tu mau jugak la dibuka mulut. Berbanding dulu dikatup rapat mulut bila disua makanan. Menunjukkan interest untuk belajar ke sekolah, kebetulan anak saudara saya (sepupu Wawa) dah umur 5 tahun dan akan ke Pra Sekolah tahun depan, so interest itu ditunjukkan le dari buku2 dan tulisan2 yg dia buat. Saya ajar anak menulis, melukis dengan membelikan sketch book supaya dia boleh melakar apa saja yg terlintas di fikiran dan fantasinya. Dah pandai main 'role playing' kengkadang main mak2, doktor2.. Yang lain2 pandai merajuk, menangis bila di marah. Sangat2 tak ingat nak tidur bila dapat main, padahnya setiap malam mesti akan tidur awal.

Yang sorang lagi, usah la nak citer. Bila tengok ibunya ni pakai tudung, mata dh bulat!! Ingat nak tinggalkan dia. Ada satu ketika tu, menangis bila kita tinggalkan dia. Itu baru umur 4 bulan tuh. Favorite dia sekarang ni, MENJERIT! Cukup suka dia, tambah2 bila takde orang nak angkat dia atau dukung dia.. Memang le dia akan menjerit sampai la org angkat dia. Mulut becok tu memang tak nafikan dh. Rajin nak ajak org sembang. Bab makan.. ni lagi satu, bila tengok orang makan mulut dia pun sama bergerak macam nak mengunyah. Rasa2nya dia tak macam kakaknya susah nak makan. So kena la saya belajar memasak menu2 yg sesuai untuk dia nanti. Ada gaya nak meniarap tapi malas! Hehehehe... Alhamdulillah bulan depan kena tembak utk cucuk bulan ke 5. Setakat hari ni, alhamdulillah Najihah membesar dengan sihat.

Saturday, May 14, 2011

Cupcakes

Assalamualaikum semua!!!



Credit Picca to Yahoo!
 
Honestly saya tak pandai memasak. Sikit2 ala kadar tu boleh la buat makan2 biasa jek. Tapi 2 3 ari ni saya ngidam sangat nak makan cupcakes buatan tangan sendiri.
Cuba tgk picca cupcakes tu, cam sedap sangat!!!! Meh kongsikan ngan saya idea nak buat cupcakes yg simple tp sedap siap ngan topping sekali..

Ni pun tengah google resipi cupcakes kat web ngan youtube.

Rasa lapar le pulak...

My Interest

Assalamualaikum semua!!!

Selama berblogging, tak penah citer detail pasal interest saya. Especially bab music.
Actually dari zaman mude2 dolu2, saya suke mendengar muzik ALTERNATIVE ROCK. Sgt2 minat sampai ke hari ni. Layan sangat2 muzik dia especially time tengah tensen2 masa zaman belajar dulu nak dekat exam layan muzik alternatif rock memang perrrgghhh!!
Ingat lagi kumpulan pertama dan album pertama dan lagu pertama yg saya dengar and kebetulan time tu tengah hits COME OUT AND PLAY, dr album Smash kumpulan The Offspring. Memang best!!!! Takkan tak ingat kot. Kalu tak tau g google balik.

 
Then diteruskan ngan macam2 kumpulan alternatif rock yg lain dan sekarang paling best saya suka layan
Muse

Green Day

Cold Play

Right now i'm listening to Muse.

*credit picture to Yahoo!

Monday, May 9, 2011

UK Microsoft Sweepstakes Promotion Scam

Assalamualaikum semua!!

Hari ni saya terbaca emel dalam inbox saya seperti di bawah. But then bila saya try goggle and saya terjumpa yg sebenarnya emel itu adalah scam mail. Anyone ada terima tak emel seperti ni??? Tak tau nak kata emel ni valid ke tidak, tp demi keselamatan diri di alam maya, saya ignorekan aje la emel tu.

Apa2pun, kena very2 particular pasal security dalam alam maya ni, jangan terlebih mendedahkan tentang maklumat peribadi, takut juga nnt ada org yg tak bertanggungjawab menggunakannya utk tujuan dan niat yg tak baik.






Saturday, May 7, 2011

Mak...Engkaulah Ratu Hatiku

Assalamualaikum Semua!!!

 Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah

Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

 *Original version of this song can be listened to at this link.

 Apa perasaan anda bila lagu ini dinyanyikan oleh anak2 kita? Mesti rasa syahdu kan. By the way, i am not celebrating but i want to express the feeling I have to my dearest mom....


"Mak...Kakyung tahu mak tak boleh dan tak dapat nak baca apa yg kakyung tuliskan di sini. Tapi apa yg kakyung nak nyatakan di sini, kakyung berbangga mempunyai ibu seperti mak. Walaupun mak tak sehebat mak2 orang lain, tapi mak adalah satu2nya di dunia dan di akhirat. Kakyung nak ucapkan terima kasih kerana melahirkan kakyung di dunia, membesar, mendidik dan mengasuh kakyung sehingga dewasa, bahkan sekarang pun mak masih menabur jasa menjaga cucu2 mak bila diperlukan. Mak... kakyung mintak ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki di atas salah silap kakyung dan kakyung mohon halalkan makan minum dan setiap air susu yg mak bagi pada kakyung. Kakyung tahu, kakyung bukanlah anak yg terbaik.. tapi mak.. tiada yg boleh mengganti tempat mak di dunia dan di akhirat. Mak ur the best!!!"




Selamat Hari Ibu to mak and all mothers in the world!

Friday, May 6, 2011

Kuliah Jumaat: Surah Al-Baqarah

Assalamualaikum semua!!!


[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Surah Al Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ "Lembu") Merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada' (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum meubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.
Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinahserta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.
  
Source and for further reading:

Thursday, May 5, 2011

Harapan dan Impian

Assalamualaikum semua!!!

*Ini bukan n3 promo atau nak berjual pape, just nak sharing wishlist yg tgh saya geramkan skrg ni.
Semua orang pun suka nak kongsikan wishlist masing2. Makanya saya pun nak kongsikan jugak.

My wishlist yg currently masih KIV


Dan semenjak habis pantang nih, saya tercari2 apa produk paling sesuai untuk saya pakai bagi membentuk semula bahagian2 badan yg tak berapa nak terbentuk. Dan 2 hari lepas saya dapat peluang mencuba memakai (try test pakai aje la....huhuhu) lingerie yg sedang hangat di pasaran!

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-










Haish!!!! Geram la rasanya bila hanya dapat try pakai jek. Bila la dpt disarungkan secara eksklusif ke badan nih????

Harganya boleh tahan tapi untung pada yg bekerja dan dapat gaji bulan2 sebab skrg ni ada promosi pakej kredit AEON hanya bayar serendah RM108.00 sebulan. Kalaulah saya bekerja sekarang nih, memang rembat satu set!!!!

Bila la dapat pakai??





APA PULA WISHLIST ANDA???

Jom Follow Me