Raya tahun ni disambut ala kadar jek. Tapi yang pastinya tema raya kali ni (n of course setiap tahun dan juga di mana2 pun jua) pasti temanya MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN...
Raya pertama: Rumah Opah di Sungkai Perak
Tahun 2010 ni agak menyedihkan sket beraya di Sungkai sebab cuma keluarga kami saja yang balik beraya. Adik beradik mak yang lain (yang masih ada) semua tak dapat balik. Kesian kat Opah.. sebab dari kecil aku beraya di Sungkai, umah opah mesti penuh ngan sanak saudara. Walaupun cuma keluarga kami saje yang ada, raya tetap happening ngan aktiviti MAKAN.










Raya kedua: Balik Ipoh umah MIL
Takde pape aktiviti pun sebab keluarga MIL pegi beraya kat Perlis. Diorang bertolak awal pagi so tak dapat nak join sekali. Sampai di umah terus uruskan laundry yang dah penuh bakul.





Raya ketiga: Rumah MIL, Ipoh
Bila 5 keluarga berkumpul dalam umah kecil yang didiami oleh MIL aku ni, makanya takde benda lain nak buat selain dari MAKAN..MAKAN.. DAN MAKAN...
Bangun pagi2 lagi dah bersiap sarapan terus bershopping ke Pasar Besar Ipoh. Rancangan menu raya ketiga ni, tengah hari: Ikan bakar, ketam masak gulai kari, Daging Masak Itam (menu yang aku ngidam2kan sejak sebelum bulan Ramadhan...). Memang kenyang tak hingat!!!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Menjelang senja persediaan dibuat untuk MAKAN LAGI. Of course kalu korang penah baca n3 aku sblm ni, bila berkumpul keluarga MIL aku ni tak lain dan tak bukan BBQ la... apa lagi... BBQ kali ni different sbb selalu kitorg bakar sausage, isi ketam & ayam sahaja. Kali ni ada tambahan sausage, isi ketam, ayam, sotong dan udang!! Memang senak perut dibuatnya....
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Raya keempat: Rumah MIL, Ipoh
SIL dah bertolak balik ke KL so umah pun dah sunyi dari riuh rendah anak2 buah. Tapi sesi malamnya aku isikan dengan aktiviti 'JUST THE 3 OF US'. Jalan2 cuci mata kat Jusco Kinta City.
Begitulah ceritera Hari Raya 2010 milik aku sekeluarga.... How bout u all?? Mesti lagi happening...
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN."
wahhh...meriahnya hari raya ko kan...
ReplyDelete