Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, June 27, 2016

Ceritera orang yang tak pernah buat biskut raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Dalam hidup kita ni setiap perkara pasti ada 1st step, langkah permulaan untuk kita buat apa pun mesti mula dengan niat. Semenjak dah duduk umah sendiri, saya pasang niat setiap tahun raya saya nak buat kuih sendiri. Tahun pertama saya mulakan misi ni tahun 2015, alhamdulillah permulaan yang baik.

Alhamdulillah jugak tahun 2016, saya mulakan misi ni dengan inisiatif sendiri, tetapi dengan pemantauan dari Mak mentua. Nak belajar kena la ada mentor kan... So hasilnya selepas 2 hari bertungkus lumus.

Ta da!!!!

Gigih berusaha! Nampak tak latarnya di situ...heheh

Semperit in the making....

Biskut Badam Nestum

Biskut Sarang Semut

Almond London Sebelum dan sesudah itu...

Nyum...Nyum!


 Alhamdulillah, yang paling seronok dapat belajar buat biskut favorite yang sebelum ni kalau nak makan beli kat kedai bila ada budget je, takde budget tak de la merasa. Alhamdulillah pasni leh makan sepuas-puasnya!!

By the way nak citernya, bila buat sendiri biskut raya ni baru la dapat rasa perasaan orang-orang meniaga jual biskut raya tu. Terutama sekali biskut almond london tu. Senang buat tetapi memerlukan kesabaran tahap tinggi sebab apa? Cuba le buat sendiri baru tau... hehehehe.

Dah 2 kali buat biskut raya sendiri fahamlah saya asas nak buat biskut ni sama je adunannya cuma yang membezakan tu tambahan bahan-bahan sampingan seperti Nestum, serbuk koko, oat, badam, etc. Saya pun pilih buat biskut yang mudah dan barang yang diperlukan murah dan senang diperolehi. Bahan utama tepung gandum, mentega, majerin (5 biskut guna mentega, ada 2 lagi guna majerin sebab nk jimat.. hehehe), telur, tepung jagung dan esen vanila.

 Pengalaman setahun sekali memang seronok rasanya. By the way ni la ekspresi diri orang yang tak pernah memasak tetiba kena belajar buat sendiri biskut raya. Teruja terlebih sudah!! Hehehe....

Thanks kepada kawan-kawan yang share resepi mereka di Internet. Sangat-sangat membantu.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me