Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, October 3, 2016

#1: Me now and 15 things u don't know about me

Assalamualaikum.... Morning!!

Hari ni saya mulakan misi menyahut seruan menulis entri mengikut tajuk-tajuk yang dah diberikan. Suspen je bunyinya...! Insya Allah saya nak mulakan ni untuk memberikan direction kepada blog kesayangan saya nih yang dah macam virtual diary saya. Selalu tu tulis ikut dan je... kekadang sendiri pun tak faham akhirnya apa yang ditulis. So hari ni kita nak bercerita tentang diri saya. 

Who am I?

Me... the latest version

By the way, ada sesapa yang nak join, sila tinggal komen nanti saya BW kat blog awak tau.....



7 perkara yang saya suka:

Menulis
Saya suka tulis. Apa je perkara yang bermain di fikiran akan hilang bila saya tak tulis. Bukan tu je, dengan menulis saya rasa lega sebab dapat lepaskan apa yang terbuku di fikiran.

Membaca
Novel RAM adalah novel favorite saya. Suka sangat baca novel RAM. Dan tak lama lagi salah satu hasil tulisan RAM akan diwayangkan, tak sabarnya!

Shopping
Yang ni semua orang perempuan pun suka. Cuma tinggal lagi ada sen ke takde je... Kalau ada tu dengar pulak ada SALE kat mana-mana.... habis la. Saya suka shopping beg tangan, kasut, baju seluar masa SALE biasanya suka beli kat Vincci.

SILENT MODE
Saya jenis suka diam diri ambil pendekatan tak cakap banyak. Orang selalu salah anggap ingat saya ni jenis menyombong. Sebenarnya tak pun cuma saya tak rajin nak sembang sangat. Cakap bila perlu je. Untuk berdepan sesuatu perkara yang saya tak puas hati saya pun amik pendekatan ni jugak. Bila perlu keadaan sesuai saya rasa nak cakap baru saya cakap.

Peace yo!
Saya suka peace yo! Even citer kat TV perang-perang, gaduh-gaduh yang heavy saya tak tengok. Andainya di sekeliling saya tetiba saya dengar orang gaduh bertekak ke.. saya dok jauh-jauh.

Meeeeeoooooowwwwwww
Saya pencinta kucing. Sangat tersentuh hati dengan makhluk Allah paling seksi ni. Tetapi belum le sampai ke tahap kawan-kawan lain yang hardcore menjaga kebajikan setiap kucing-kucing jalanan yang ada di merata tempat. Buat masa sekarang ni saya layan yang dok datang umah je. Ada juga niat satu masa nanti nak sumbang (bersedekah) kepada kucing-kucing jalanan...

Lagu-lagu Mat Salleh
Bila dengar radio, layan MP3 ke layan video kat youtube ke.. saya suka dengar muzik Mat Salleh. Bukan tak mo dengar lagu-lagu dan muzik tempatan. Cuma telinga tu selesa dengar muzik dan lagu Mat Saleh. Biasanya bila nak dekat-dekat raya tu je baru pasang radio siaran lagu-lagu raya. hehehe... 

3 perkara tak suka:

Kelab ketupat
Maaf ye... honestly saya bukan ahli kelab ketupat. Sangat la jarang nak dok bersembang citer tentang masalah orang ni. Saya kalau nak tau masalah orang saya terus direct dengan orang tu bukan tau dari mulut orang lain.

Kotor, serabut, semak, selerak
NO NO NO.... jangan bagi nampak semua ni di umah. Membebel le jawabnya. At the same time tangan tu ngutip le satu-satu benda yang semak, selerak, serabut tu....

Pedas
Bab makan ni agak cerewet jugak. Sampai En hubby kadang tu merungut ada je benda yang tak makan. Pedas ni bukan tak suka sangat boleh la terima cuma tak jadi favorite.

5 perkara lain tentang saya:

Harry Potter
Suka bebenor teman movie nih. Bila tengok citer ni leh bawak diri ke dunia lain kejap.

Saya seorang yang garang... macam singa!
Hahahaha... memang garang! Anak-anak sedara (terutama belah suami) saya tak berani nak tenung mata dengan saya. Nampak saya diorang lari... hahaha. Anak-anak saya didik dengan ketegasan dalam kasih sayang. Yang tak betul tak betul la... at time saya berkompromi juga tak la diktator sangat.

Teringin nak travelling
Travelling perkara yang saya suka. Cuma saya belum berkemampuan untuk buat perkara tu. Insya Allah ada rezeki saya nak mulakan tahun 2017, back pack seharian dengan anak-anak ke Kuala Lumpur. Lain kali saya citer...

Teringin nak pregnant lagi.... hehehe
Sekarang ni ada je suara-suara sumbangsih kedengaran, mengusulkan saya tambah korum sorang lagi. Maklum la anak-anak dah besar, yang kak Ngah patutnya leh la ada adik. Yang ada pun gugirl 2 orang leh la usaha dapat sorang lagi boboy... hehehe itu le suara sumbangsih tu. Insya Allah tak tolak rezeki teringin juga nak pantang lagi...tunggu je la.

Saya tak pandai biz walaupun saya amik course biz masa kat UUM.
Memang bukan otak niaga le. Walaupun darah orang niaga tu (abah jual mee kicap kat Ipoh) mengalir dalam badan. MLM (Elken) yang saya join pun saya tak khatam lagi. Hehehe.... walau hajat hati tu nak jugak buat biz.

Kesimpulannya saya orang yang simple je. Cuma perkara prinsip tu ada masanya saya buat orang tak boleh terima siapa Ibu Ilyanie ni. 
So, till next entry! 

2 comments:

  1. Salam kenal!

    Membalas kunjungan yang sebenarnya ^_^

    Kebetulan pulak masuk-masuk jumpa entri ni so, bolehlah kenal juga si empunya blog ni siapa. Saya pun memang suka menulis, merapu meraban lagilah suka. Pendekata saya memang happy go lucky dan 'banyak cakap' tapi itu pun tengok keadaan juga. Tak semua keadaan pun sebenarnya saya suka 'buka mulut' nih!

    ReplyDelete

Jom Follow Me