Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, October 7, 2016

Kuliah Jumaat: A day a good deeds

Assalamualaikum... Morning!!

Manusia hidup mencari kebahagian. Apa yang dilakukan setiap hari adalah untuk membahagiakan diri dan orang di sekelilingnya. Kebahagian bermula dari rasa ketenangan dalam diri, terutamanya pada hati kita. Kita tenang kita akan bahagia.

Untuk tenang kita perlu memiliki keadaan emosi yang baik. Keadaan emosi yang baik hanya datang dari tindakan dan perkara kebaikan yang kita buat setiap hari. Sebenarnya masa umur saya 30 tahun saya mula menjadi orang yang 'soul-searching' setiap hari. Saya tanya soalan macam-macam pada diri dan setiap hari alhamdulillah Allah sentiasa bagi inspirasi yang buat saya berfikir dan berfikir...

Salah satu cara kita nak dapatkan kebahagian dalam hidup kita ialah kita mesti buat 'A day a good deeds'. Good deeds ni means act of kindness. Apa-apa je perkara yang kita buat mendatangkan perasaan dan emosi yang baik.

Pendapat saya bukan hanya tunjuk baik atau berbuat baik yang orang nampak tu je yang nak kata act of kindness. Kita boleh mulakan dengan satu perkara ni dulu yang boleh kita buat tiap-tiap hari sehingga jadi habit kita. Ianya ialah Forgive to Forget. Memaafkan.

Nak buat ni bukan senang jugak sebenarnya. Siapa yang sanggup nak maafkan orang yang dah buat salah kat kita? Lebih-lebih lagi yang terlibat dalam menjadikan hidup kita menderita. Memang susah sangat nak maafkan orang tu!!! Saya pernah berada dalam situasi ni dah lama juga saya amik masa untuk sedar yang akhirnya saya kena maafkan orang tu untuk hidup lebih tenang.

Bila kita tidak memaafkan orang yang dah buat salah dengan kita ianya seolah-olah seperti gambaran di bawah. 
 
Credit picca to en.google
Bila kita diheret macam tu apa kita rasa? Sakit, derita, terseksa, penat, luka, cedera kita rasa semua perasaan yang tidak baik. Kenapa nak terus berpaut pada tali tu sedangkan kita menderita diheret seperti tu. Lepaskan tali tu kita berguling-guling(struggle) kejap lepas tu hilang rasa sakit, derita, terseksa, penat, luka dan cedera tu tadi. Kan??

So, mulakan dengan memaafkan. Forgive and Forget. Memang susah tetapi kena paksa. Bila kita rasa susah nak maafkan orang, cuba ingat gambar yang saya tepek tu. Mesti tak mau rasa sakit macam tu kan? So Let it go...let it go.....can't hold it back anymore (nyanyi pojen sikit). Mula dengan memaafkan diri sendiri dulu. Diri kita banyak kelemahan, kekurangan kita kena terima dan maafkan diri kita kesilapan yang pernah kita buat. Kita mohon keampunan dari Allah dan bertaubat mengaku kesilapan diri kita pada Dia. Insya Allah kita mudah nak maafkan orang lain. Mula lakukan hari ini terutama semasa sebelum kita nak tidur.


Semoga kita menemui kebahagian yang dicari dalam hidup kita, Amin...
Lagi satu tips boleh cuba.. setiap hari cuba cakap ni pada diri
"I AM SORRY, PLEASE FORGIVE ME, THANK YOU AND I LOVE YOU"
Pada diri sendiri di hadapan cermin.  

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me