Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, October 25, 2016

Guasa Sebagai Alat Untuk Kecantikan Wajah

Assalamualaikum... Morning!!

Sebagai wanita, kita memang menitikberatkan soal kecantikan wajah. Ada yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk mencantikkan wajah. Apa jua cara itu pilihan peribadi. Tetapi saya nak kongsikan satu cara paling mudah dilakukan dan boleh dibuat di rumah saja at all time available. Janji kena rajin je.... nak cantik mesti kena rajin.

Melabur dengan kurang dari RM50, kita boleh buat treatment wajah di rumah. Nak labur extra leh juga guna bersama dengan krim urut muka.


Set Rawatan wajah dengan Terapi Guasa


Caranya kita boleh lakukan dengan mudah ikut langkah demi langkah seperti gambar di bawah. Nak buat anytime, anywhere, berapa kali pun boleh, jika tak guna krim urut tu pun boleh. Dapat guna krim lagi bagus, selepas cuci muka buat terapi urut guasa ni.


1, 2 - Mencegah kedutan di dahi
3 - Mencegah hidung tersumbat (saya selalu buat bahagian ni bila hidung tersumbat)
4, 7 - Kurangkan keletihan mata dan menambah ketajaman penglihatan
5, 8 -Menyihatkan bahagian bawah mata, elakkan mata panda
6, 9 - Mencegah kedut dan garis halus di sekitar mata
10, 13 -Kurangkan bintik hitam dan pori tersumbat
11, 14 - Kurangkan jeragat dan pigmentasi
16 - Menguatkan bahagian gusi atas
12, 15, 17, 18 - Mencegah kedut dan menguatkan gusi bawah
19 - Menguatkan kerongkong, mencegah kedut di leher
20, 21 - Melegakan bahu yang sakit

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me