Assalamualaikum... Morning!!
Saya mula menulis tentang Guasa dalam entri ni, pada tahun 2010. Jadi memang betul la kan pengalaman saya tentang Guasa ni dah masuk tahun ke 7 tahun depan. Masa mula diperkenalkan saya pun takde minat nak amik tahu. Tambah lagi bila upline saya masa tu beriya-iya mengajak saya ke kelas di Elken. Ada satu masa tu dia bagitau saya "Atin.. datang la kelas hari ni. Kita belajar urut dengan tanduk kerbau...". Saya pun berkata-kata dalam hati... Hah???!!! Urut dengan tanduk kerbau???? Terkejut la kan sebab terbayangkan kita amik tanduk dari kerbau tu nak urut.
Hah??!! Takkan tanduk kerbau ni nak guna untuk urut kan... |
Dengan sedikit ilmu yang ada, saya mula praktikkan Guasa di rumah. Saya urut guasa mak saya, mentua saya, suami tu apatah lagi kan guasa ni boleh jadi pengikat kasih sayang tau...., saya guasa anak-anak saya then pengalaman tak leh lupa saya guasa adik ipar saya la. Masa tu baru mula berjinak-jinak nak guasa orang lain, sekali dapat pengalaman yang mendebarkan cuak jugak. Tapi alhamdulillah pengalaman tu bagi saya ilmu tambahan. Kemudian saya terfikir pula nak guasa orang. Memang niat masa mula nak guasa orang luar tu sebab nak tambah sumber income. Alhamdulillah banyak membantu juga sumber kewangan saya. Tetapi tak berkat sebab buat kerana RM$$$$. Tetapi saya tak pernah tinggalkan guasa di rumah. Demam, selesema, batuk, kembung perut, sakit kepala macam-macam la saya cuba ikhtiar dengan guasa dulu. Matlamatnya tak mahu bergantung dengan ubat.
Ada satu kelas yang saya ikut pada awal tahun 2016, saya mula belajar ilmu yang lebih lagi daripada semata-mata urut dalam Guasa ni. Saya mula diperkenalkan dengan ilmu sains dalam Guasa. Saya mula mengenali apa itu arteri dan vein. Saya juga buat bacaan tambahan tentang ni. Dan saya temui ilmu tambahan bagaimana dengan menggesek tanduk kerbau pada bahagian kulit memberi kesan kepada salur darah arteri dan vein. Alhamdulillah dengan ilmu-ilmu tu saya semakin yakin dan percaya dengan Guasa.
Alhamdulillah hari ni pulak (panjang lebor citernya komer ye......) saya jumpa satu lagi ilmu yang buat saya yakin dan percaya dengan ilmu Guasa.
Masa saya browse through website ni tentang "Must Read: 7 Pains You Should Ignore".
Bahagian yang kerap alami kekejangan otot |
"The most common place for a blood clot to occur is in your lower leg, says Akram Alashari, M.D., a trauma surgeon and critical care physician at Grand Strand Regional Medical Center in Myrtle Beach, South Carolina.
A blood clot in your leg can have various symptoms, including:
Your symptoms will depend on the size of the clot. That’s why you might not have any symptoms or you might only have minor calf swelling without a lot of pain. If the clot is large, your entire leg could become swollen with extensive pain.
It’s not common to have blood clots in both legs at the same time. Your chances of having a blood clot increase if your symptoms are isolated to one leg."
Saya percaya dengan bacaan tambahan dari website tersebut, Guasa boleh menjadi medium untuk membantu mengatasi masalah yang berkaitan. Kadang kala kita mengambil ringan soal kesakitan yang kita alami, tetapi untuk zaman kini semuanya bukan mengenai apa yang kita rasa sakit tu. Tetapi ada cerita lain yang berlaku di dalam badan kita yang kita tak tahu. Guasa bukan ubat, bukan juga untuk merawat semata-mata tetapi sebagai alternatif atau ikhtiar awal untuk kita di rumah. Bukan untuk kita sahaja tapi turut membantu ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.
Mahu tau apa itu Guasa?? PM je.
No comments:
Post a Comment