Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 10, 2016

Azam Tahun Baru: Nak sihat Nak cantik

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Personally, saya percaya kita boleh mulakan azam tahun baru kita yang dah tak berapa nak baru ni untuk kekal sihat dan cantik di bulan Ramadhan. Sebab apa tau, masa bulan Ramadhan saja kita dapat peluang sepenuhnya nak rehatkan perut kita dari bekerja 24 jam.

Saya suka idea untuk berusaha jadi sihat dan cantik lebih dilakukan masa datangnya bulan Ramadhan. Sebelum Ramadhan kita ada Rejab dan Syaaban. Masa ni kebanyakan kita suka buat puasa ganti dan puasa sunat. Itu pun satu permulaan yang baik.

Untuk saya tahun ni saya berazam untuk jadikan ibadah puasa saya #sihatpuasa. Alhamdulillah rasa berbeza sangat, rasa lebih seronok dan lebih tenang (dalam erti kata menahan nafsu serakah selera 'RIMAU' hhehehe...), lebih sihat (perut takde krok krik krok krik dan badan takde la rasa lemau sangat).

Apa yang saya amalkan? Macam jugak puasa sebelum ni cuma ada adjustment sikit yang saya buat terutama ketika berbuka puasa. Yang berbeza sikit tahun ni sebab juadah berbuka air tangan sendiri (sebelum ni duk ngan mentua and ipar jadi berkongsi air tangan dengan mereka).

Dah masuk 5 hari puasa juadah nasi putih tak laku masa berbuka. Mee goreng, kueteow goreng dan nasi goreng yang laku. Mula berbuka makan tamar, pastu minum air suam (cukupkan 8 gelas dalam satu malam) then makan la buah-buahan. Pastu solat dulu, baru sambung makan yang berat (but no nasi putih). Air minuman berais diLARANG SAMA SEKALI. Untuk melegakan tekak yang teringin air sejuk, air yang dalam peti ais tu diteguk seteguk dua je la. Biasa le kan mana nak lepas air sejuk ni hehehe... Pas dah setel berbuka rehat jap then ada buah-buahan sambung makan (pas balik solat terawih). Tido macam biasa la kul 11 @ 12 malam.

Masa sahur esoknya, bangun minum air kosong dulu (memang jadi amalan harian), makan ikut apa yang ada tapi yang ringan. Nasi putih dalam portion yang sedikit, makan roti, lebihan nasi goreng atau kueteow atau mee goreng masa berbuka semalam dan tak lupa jamah tamar. Minum air Milo then lebihkan sikit air kosong dalam 2@3 gelas.

Sepanjang hari puasa buat je tugasan rutin harian sebagai surirumah di samping keluar cari prospek untuk buat servis Guasa. Masa sebelum waktu Zuhur saya lelap kejap.

Apa yang penting moto kita ialah #noicecold dan #sihatpuasa.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails