Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, June 9, 2016

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berada dalam bulan Ramadhan 2016. How is ur Ramadhan this year? Masa dulu-dulu faham bila datang bulan Ramadhan asyik ingat tak boleh makan dan minum je. Bila dah berakal sikit tu ingat Ramadhan ni tentang berpuasa dan solat terawih je. Sekarang ni tambah lagi kesedaran tentang bulan Ramadhan, iaitu fokus utama kita yang kita kejar masa bulan Ramadhan ni.

What i mean is.... ikut kepada apa yang kita fokuskan. Semuanya betul belaka takde salah pun. Untuk saya, tahun ni saya fokuskan kepada #sihatpuasa. Tak perlu le kot nak coleteh panjang tentang kebaikan berpuasa dari segi kesihatan kan, sebab u all semuanya pandai dah bab ni... nk google leh je di sini.

Berbalik kepada fokus yang saya maksudkan tadi, ada yang fokus nak turun berat, nak jengah bazar Ramadhan sebab nak makan juadah 'yang hanya ada di bulan Ramadhan' or fokus nak ibadah terutama solat terawih yang hanya ada di bulan Ramadhan or tak sabar dah buat persiapan untuk menyambut Syawal. Bagi saya azam Ramadhan saya untuk tahun ni, berbuka puasa mengikut sunnah, boleh baca penuh kat sini. Dari semuanya tu, satu-satunya yang saya dah berjaya buat untuk 4 hari Ramadhan ni, alhamdulillah... ialah #noicecold. Seronok sangat dan rasa lain sangat. Sebab sebelum-sebelum ni bila berbuka je mesti nak teguk air minuman sejuk atau berais. Teguk memang tak ingat dunia sampai lastnya perut kembung air. Belum masuk makanan lagi. Lepas tu dah boleh rasa kenyang je makan tamar, minum H2O (air), makan buah dan kuih. Then terus solat dulu. Bila nak sambung makan tu portionnya dah takde la sepinggan, jadi separuh je. Untuk Ramadhan kali ni juadah berbuka pun ala kadar je, ada 2 hari tu saya makan kueteow goreng dan nasi goreng je.

Sebenarnya ini satu petunjuk bagi orang yang dah semakin meningkat usianya ni kan... hehehehe. By the way it is a good sign sebab saya percaya dari pembacaan saya dan pengalaman, bulan Ramadhan boleh jadi turning point untuk kita change lifestyle kepada heathly lifestyle.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak!

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me